Memaparkan catatan dengan label kuih-muih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih-muih. Papar semua catatan

Ahad, 22 September 2024

Cucur Labu Kuning

Selain buat pengat labu dan masak lemak,labu kuning ni sedap juga juga dibuat cucur.Macam-macam lagilah boleh dibuat menggunakan labu kuning ni,cuma kena rajin ja.Di bawah saya dah sertakan resepinya.




Cucur Labu Kuning


Bahan-bahan:

125g labu kuning,diparut

1 biji telur

50g gula 

1/4 st baking soda

1/4 st baking powder

1/2 st garam

50g santan (santan kotak) 

150g tepung gandum 

1 sudu makan minyak masak 


Minyak untuk menggoreng


Cara membuat:

1.Satukan semua bahan di dalam mangkuk.Gaul sebati.

2.Panaskan minyak secukupnya.Punjutkan adunan ke dalam minyak panas.Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan minyak.

Sabtu, 27 Julai 2024

Kuih Dadar Gulung Berpori

Suka makan kuih dadar? Ini kali saya share resepi kuih dadar/ketayap yang berpori.Skarang ramai yang cari resepi dadar yang berpori kan? Sebenarnya senang ja buatnya.Jom follow resepi di bawah.



KUIH DADAR GULUNG/KUIH KETAYAP


Bahan A:(Inti Kelapa)
225g kelapa parut
120g gula merah
1/4 st garam
5 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara memasak inti kelapa:

Gula merah,air di masak hingga gula larut kemudian ditapis.Masukkan semula ke dalam periuk,air gula,kelapa parut,garam.Masak dengan api kecil sehingga air agak surut.Tambahkan tepung gandum.Teruskan masak sambil digaul hingga sebati dan pekat.Tutup api dan sejukkan.


Bahan B:(dadar)
125g tepung gandum cap ros
1 sdu besar tepung ubikayu
1 biji telur A/B
270g air
1/4 st pandan paste
1/4 st garam

Cara membuat:
1 Satukan semua bahan untuk dadar,gaul rata.Kemudian tapis.

2.Untuk mendapatkan dadar yang berpori,panaskan kuali,sapu dengan minyak masak,tuangkan satu senduk adunan,lenggangkan.Masak sehingga permukaan dadar kering.Angkat.Buat sampai habis.

3.Ambil satu lembar dadar,letak inti kelapa,gulung kemas.Siap.



Khamis, 6 Oktober 2022

Kuih Bom Pisang Lemak Manis

Salam kepada semua pembaca blog Rahel,semoga sentiasa sihat dan ceria.Awal-awal lagi ni saya buat kuih bom pisang untuk minum petang.Semalam pergi ke pasar beli bahan-bahan masakan,ternampak pula pisang lemak manis,so kita belilah satu sisir konon untuk makan begitu saja tapi boleh pula teringat kuih bom pisang.Saya teringat kawan saya yang pernah datang rumah saya dulu,dia buatkan kuih bom pisang dan bubuh kelapa parut,sedap pula.Jadi ini hari saya cubalah buat kuih bom macam kawan tu buat.Resepinya mudah sahaja,boleh tengok resepi yang saya sediakan.



KUIH BOM PISANG LEMAK MANIS


Bahan-bahan:

6 buah pisang lemak manis

3 1/2 sudu besar gula kastor

2 biji telur gred B,dipukul sikit guna garfu

1 cawan kelapa parut

1 1/4 cawan tepung gandum

1/4 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh soda bikarbonat


Cara membuat:

1.Pisang dilenyek hingga hancur.Masukkan gula dan telur.Kacau rata.Masukkan kelapa parut,kacau rata.Tambahkan tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat.Kacau lagi hingga rata.Perap adunan selama 15 minit.

2.Panasakan minyak secukupnya,jemput2kan adunan ke dalam minyak panas.Goreng dengan api sederhana sehingga  keperangan.Angkat dan tuskan minyak.Siap.




Rabu, 21 September 2022

Resepi Kuih Misro

Dalam hidup saya memang suka kuih versy dulu-dulu sebab senang saja dapat bahan-bahannya.Kalau kamu ada tanam ubikayu di tepi rumah lagi la senang,tapi skarang ubikayu pun beli dari pasar juga baru dapat merasa yang namanya ubi kayu.Misro adalah salah satu kuih kesukaan saya,ia terbuat dari ubikayu fresh yang diparut kemudian bubuh inti gula merah.

Kuih Misro ini sangat sesuai dihidang masa sarapan atau minum petang.Sesuai juga dihidang di tempat kenduri.Kalau nak jadikan bekal untuk jalan jauh pun ok sangat.Kalau kamu jenis yang suka memandu jarak jauh macam dari Tawau ke Kota Kinabalu memang sangat rekomen,tinggal bancuh kopi o saja then simpan dalam botol tahan panas.Dalam perjalanan kalau ada terasa mengantuk bolehlah cari tempat parking untuk santai sekejap menikmati Misro dan Kopi O panas.Jadi harap kamu sudi mencuba resepi yang senang dan sedap ini.Resepi selengkapnya ada di bawah.Selamat mencuba.



 KUIH MISRO


Bahan-bahan:

350g ubikayu~diparut halus

  50g kelapa parut

1/2 sudu makan marjerin

1/2 sudu teh garam


Inti:

Gula merah/gula melaka secukupnya


Cara membuat:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk.Gaul sebati.

2.Ambil doh 30g kemudian leperkan,bubuh inti gula merah 1/2 sudu kecil.Bulatkan adunan kemudian tekan manja sedikit bagi leper.

3.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali,goreng kuih sehingga keperangan.Angkat dan toskan minyak.




Sabtu, 20 Ogos 2022

Kaswi Cendol

Salam semua.Awal lagi menayang kuih kaswi sudah.Sebenarnya lama suda saya mau cuba ini resepi tapi selalu saja terlupa sebab terlampau banyak resepi yang sedap di ambil dari facebook.Banyak resepi yang menunggu giliran untuk dicuba.


 

Untuk resepi kali ini saya ambil dari buku resepi yang sudah bertahun-tahun saya beli.Banyak sudah resepi dalam buku tu saya cuba,semua sedap dan cantik kejadinnya.Mungkin ada yang mencari resepi kaswi pandan jadi resepi ini memang sesuai kamu cuba.Rasa kaswi pandan lemak dan paling sioknya ada letak cendol,jadi kamu bayangkanlah sendiri macam mana dia punya rasa.


Saya rasa resepi kaswi pandan ni sesuai juga untuk buat jualan,confirm ramai peminat.Cubalah resepinya ya manatahu kamu pun tersuka.Pagi-pagi ada kuih talam memang best.


KASWI CENDOL


Bahan A:

20g tepung jagung

100g tepung ubikayu

250g tepung beras

100g gula merah

250g gula pasir  

600ml air 

400g cendol

500ml santan pekat

1 sudu teh pes pandan

1 sudu teh pewarna hijau

1 sudu teh garam

1 sudu teh air kapur


Bahan B:

1 biji kelapa parut putih

2 helai daun pandan,dipotong kecil

Secubit garam


Cara membuat:

1.Kukuskan bahan-bahan B selama 10 minit dan biarkan sejuk.

2.Gaulkan semua bahan A hingga sebati (kecuali cendol) dan ditapis.Panaskan dan gaul sehingga gula larut.

3.Matikan api,masukkan cendol dan gaul rata.

4.Loyang 10 inci disapukan dengan sedikit minyak lalu ditiangkan adunan dan kukus selama 40 minit.

5.Sejukkan beberapa jam baru dipotong dan hidangkan dengan kelapa parut.


Selamat mencuba.

Isnin, 1 Ogos 2022

Tips Membuat Kuih Bom Agar Tidak Meletup

Salam.Ni hari kita cerita pasal kuih bom bijan yang banyak peminatnya.Ada yang mengadu terpaksa sedia perisai time menggoreng sebab takut kena percikan minyak.Jadi apakata korang ikut sedikit petua yang selalu saya amalkan jika membuat kuih bom,mula-mula korang kena campurkan tepung gandum or tepung ubikayu ke dalam tepung pulut.Kalau ada ubi manis or kentang lagi bagus.Tapi kali ini saya guna resepi yang simple sahaja,takda bubuh ubi manis or kentang.Pastikan juga korang bancuh tepung dengan air secukupnya sebab kalau doh agak keras nanti bila dibentuk bebola akan ada rekahan so boleh jadi kuih akan merekah/meletup time digoreng.

Selepas bubuh inti kelapa gula merah pastikan gesek betul-betul bebola tu dan jangan ada nampak rekahan.Celupkan bebola ke dalam air kemudian sadur dengan bijan.Gesek lagi dekat tapak tangan sehingga bijan betul-betul melekat.Sebelum digoreng sebaiknya rehatkan bebola dalm peti sejuk selama 30-60 minit.Ini part paling penting ni,time korang nak goreng kuih,letak kuali atas dapur,tuangkan minyak secukupnya (goreng kuih mesti tenggelam jadi kena guna banyak minyak) buka api kecik dan masukkan juga bebola tadi,tak perlu tunggu minyak panas baru nak bubuh bebola memang meletop la jadinya.Korang goreng bebola dengan api kecil sahaja lebih kurang 10 minit.Kacau perlahan-lahan sehingga masak time korang goreng kuih bom.Setelah masak angkat dan toskan minyak.Selamat mencuba.



KUIH BOM INTI KELAPA GULA MERAH
Resepi by : Rahel Blogspot

Bahan-bahan (inti kelapa)
225gram kelapa parut putih
120gram gula merah (gula Indon)
1/4 sudu teh garam
5 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara memasak inti kelapa:
Gula merah,air dimasak hingga gula larut kemudian ditapis.Masukkan semula ke dalam periuk air gula,kelapa parut,garam.Masak dengan api kecil sehingga air agak surut.Tambahkan tepung gandum.Teruskan masak sambil digaul hingga sebati dan pekat.Tutup api dan sejukkan.Setelah sejuk timbang 9gram setiap satu dan bulatkan supaya senang nak guna nanti untuk buat kuih bom.


Bahan-bahan untuk doh/kulit:
200gram tepung pulut
50gram tepung gandum
20gram gula pasir
2gram garam halus
184gram air

60gram bijan
Air untuk celup bebola

Cara membuat:
Satukan semua bahan kering dalam basin.Tuang air perlahan sambil diuli sehingga menjadi doh.Bahagikan doh kepada 16 bebola (28gram setiap satu) Bubuh inti kelapa gula merah.Bulatkan kembali.Celupkan bebola ke dalam air kemudian sadur dengan bijan.Sediakan kuali untuk menggoreng.Masukkan minyak secukupnya.Buka api kecil ja dan terus masukkan bebola tadi.Goreng dengan api kecil selama lebih kurang 10 minit sahaja.Setelah masak angkat dan toskan minyak.Siap.



Dah cuba jangan lupa share dekat fb Rahel Home Made.Thanks.

Rabu, 10 November 2021

Sagu Bronok

Ini pertama kali saya buat sagu bronok,biasanya saya beli ja di luar jika teringin makan.Walaupun banyak resepi sedap-sedap di google tapi saya tetap memilih untuk mencuba resepi yang ada dalam buku resepi.Lama juga resepi tu terperap.Syukur sangat2 hasilnya memuaskan.Sangat sedap.


 

SAGU BRONOK

Sumber Resepi :Kuih Melayu


Bahan-bahan:

275gram sagu-basuh dan tos

375gram gula (saya bubuh 300gram sahaja)

125gram kelapa parut-ambil yg putih sahaja

2 Liter air

3 sudu makan pewarna merah (sy buh 2 st sahaja)


Cara membuat:

1.Didihkan air di dalam periuk.Masukkan pewarna merah dan gula.Kacau sehingga gula larut.

2.Kemudian masukkan sagu.Kacau tanpa berhenti sehingga likat.(ambil masa 30 -40 minit)

3.Angkat dan masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan.Sejukkan dan potong.

4.Gaul dengan kelapa parut dan hidang.

Saya bubuh 2 sudu teh esen vanila ke dalam adunan supaya wangi.


Selamat mencuba.

Selasa, 17 Ogos 2021

CEKODOK KACANG MERAH

Sedap rupanya kacang merah ni dibuat jadi cekodok,mula-mula teringin buat kuih kasturi kacang merah tapi ada bahan yang kurang jadi kita buat cekodok ja la.


 

CEKODOK KACANG MERAH

Resepi by : Rahel Blogspot 


Bahan-bahan:

1 1/2 Cawan kacang merah yg sudah direbus (empuk)

1/2 Cawan santan kara

1 biji telur A 

4 sudu besar gula kastor

1/4 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu besar minyak masak

160gram tepung gandum


Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara membuat:

1.Kisar kacang merah,santan dan telur hingga agak halus.Tuang ke dalam mangkuk.


2.Masukkan gula kastor,gaul hingga sebati.Masukkan tepung gandum,bkg powder,soda bikarbonat & minyak masak.Gaul sebati.Rehatkan bancuhan selama 10-15 minit.


3.Panaskan minyak secukupnya.Ambil sedikit adunan dan punjutkan ke dalam minyak panas.Goreng sehingga kekuningan.



Selamat mencuba.

Selasa, 2 Jun 2020

PISANG GORENG RANGUP

Salam semua😊 semoga ceria selalu bersama orang tersayang,yang terpisah dengan orang tersayang sebab pkp tu harap bersabar,doa banyak2 supaya covid 19 segera berlalu pergi.

Banyak juga try  resepi pisang goreng dari google tapi masih juga tidak puas hati dengan hasilnya,ada yang rangup tapi bila da sejuk jadi liat pulak dan kebanyakan resepi hasilnya begitu.Macam teringin jak pi tanya resepi penjual pisang goreng yang sedap2😆tapi itu takkan terjadi,nanti kena maki😆

Oleh sebab itu saya belajar macam mana mo buat itu pisang goreng yang rangup dan tidak sakit gusi mengunyah dan yang penting tahan kerangupan walau dah berjam2 dihidang.

Kebanyakan resepi guna tepung beras jadi tak hairan la kalau rangup time panas2 tapi jadi liat bila dah sejuk.Letih rahang.Oklah,kali ni resepi dari saya memang sangat simple dan tidak menggunakan air kapur tapi in sha Allah saya puas hati dengan hasilnya.Pisang goreng rangup walau dah berjam2 dihidang.Paling penting masak pakai mata dan perasaan.



PISANG GORENG RANGUP
Resepi dari Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
5 buah pisang saba,dipotong nipis

100g tepung gandum
  10g tepung beras
  20g gula pasir
  15g marjerin

175ml air} ~~~~dicampur
1/4 sudu teh pewarna makanan kuning lemon}

Minyak untuk menggoreng

Caranya:

1.Satukan tepung gandum,tepung beras dan gula.Masukkan pula marjerin.Ramas2 hingga jadi crumble.Tuang air sedikit-sedikit sambil digaul (guna tangan) hingga bercampur dan menjadi adunan pekat.

2.Panaskan minyak secukupnya,kemudian renjis2kan batter ke dalam minyak panas,kemudian masukkan juga pisang yang telah dicelup ke dalam batter.Goreng pisang sampai keperangan.

3.Setelah pisang masak,angkat dan toskan minyak.Jika suka serdak yang banyak,boleh teruskan renjiskan lebihan batter ke dalam minyak,goreng sampai keperangan.

Nota:
Marjerin tak perlu dicairkan.



Terima kasih sudi jengah blog masakan Rahel😍

Khamis, 7 Mei 2020

KUIH BOOM PISANG

Salam sayang kepada semua pembaca blog masakan Rahel.Selalu juga Rahel buat kuih boom pisang tapi jarang ambil gambar sebab tak mahu korang jemu asik nampak cekodok ja di sini😆 tapi ini kali saya upload gambarnya juga sebab ini kuih paling senang dibuat,lagi2 dalam.bulan puasa ni,boleh jadi menu berbuka puasa.Saya nampak ramai juga yang suka,jadi saya sertakan lagi resepinya supaya semua orang boleh cuba dan makan puas2😆


KUIH BOOM PISANG
Resepi by : Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
6 buah pisang saba/pisang abu,dilenyek halus
4 sudu besar gula kastor
160g tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
1 biji telur,dipukul sedikit
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh esen Vanila

Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuat :

1.Lenyekkan pisang bersama gula kastor,garam.

2.Masukkan telur,esen vanila.Gaul rata.

3.Masukkan tepung gandum,baking powder dan soda bikarbonat.Gaul rata.Tambahkan minyak.Kacau rata.Perap adunan selama 30 minit.

4.Panaskan minyak secukupnya,ambil sedikit adunan dan punjutkan ke dalam minyak.Goreng sampai keperangan.Angkat,kemudian toskan minyak.



😍

Rabu, 6 Mei 2020

KUE JA'DE AKA KUIH JANDA

Salam semua😊 semoga ceria selalu.Tak terasa masa berlalu dengan cepat,kalau boleh hari-hari mahu buat kuih-muih ja.Tahun ni betul2 takda beli kuih dari luar,semua kena buat sendiri di rumah.Terjamin juga kebersihan kuih-muih kalau gitu kan?


Lain macam ja nama kuih ni kan,tapi saya dah selalu makan kuih Janda ni sejak kecil lagi.Salah satu kuih bugis yang saya paling suka makan😍 jarang ada dijual digerai-gerai yang jual kuih-muih.Jika kamu suka makan ubikayu dan pisang,pastinya kamupun boleh cuba kuih Janda ni.Sedap tau👍


KUE JA'DE AKA KUIH JANDA
Resepi by:Rahel

Bahan-bahan(12 pcs)
1kg ubikayu,dibersihkan,diparut halus
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh pewarna makanan (kuning)
6 buah pisang saba,dibelah dua
200g kelapa parut putih
Daun pisang secukupnya,dilayur

Cara membuat:

1.Ubikayu,gula pasir,garam,pewarna kuning digaul hingga sebati.

2.Ambil satu lembar daun pisang,letak 2 sudu makan adunan ubikayu,ratakan kemudian letak 1 keping pisang kemudian tutup lagi dengan 2 sudu adunan ubi.Kemaskan dan bungkus elok2.Buat sampai habis.

2.Panaskan air dalam pengukus.Biar mendidih.Kukus kuih selama 25 minit.Setelah kuih masak,biarkan suam or sejuk kemudian tanggalkan daun pisang.Golekkan kuih Janda dalam kelapa parut.Siap untuk dihidang.


Rabu, 29 April 2020

CUCUR JAWA AKA PENYARAM

Di musim PKP ini macam-macam kuih lalu depan kita,semua menggiurkan macam melambai2 suruh kita try satu-satu😄

Di fb pun ramai saya nampak buat kuih cucur aka penyaram ni,ada juga bejualan.Hebatlah korang😍

Kuih Cucur ni nampak mudah saja bahannya,tapi kalau part membuat tu korang sendiri boleh faham la🤣macam2 kejadian pun ada.Anda dinasihatkan,jangan main2 dengan resepi orang dulu-dulu,kerana tak semudah yang anda bayangkan🤣

Resepi kali ni saya ambil dari chanel Mama Adeeva.Betul2 puas hati,sedap dan empuk,ada sarang lagi.Tu ja nak kabar.


CUCUR JAWA AKA PENYARAM
Resepi by : MAMA ADEEVA 

Bahan-bahan:
125g tepung beras
100g tepung gandum
100g gula merah
3 sudu makan gula pasir
1/4 sudu teh garam
200ml air
1 lembar daun pandan
100ml air

Cara membuat:

1.Gula merah,gula pasir,daun pandan dimasak dengan 200ml air.Masak sampai gula larut.Biarkan sirap gula suam.

2.Masukkan tepung beras,tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk.Jirus dengan air gula yang sudah suam.Gaul sebati.

3.Menggunakan mixer,pukul adunan sehingga pekat selama 5 minit.Setelah itu masukkan pula 100ml air.Gaul sebati.Perap adunan selama lebih kurang 20 minit.(adunan ditutup)

4.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tuangkan 1 senduk adunan ke dalam minyak yg panas.Masak sampai adunan gelembung sepenuhnya,kemudian terbalikkan kuih dan teruskan masak sebentar saja.Angkat dan toskan minyak.

Nota tambahan dari tuan tanah:
☕Gula pasir tu saya timbang 37gram
☕Saya guna acuan lompang saiz S untuk cedok adunan yang nak digoreng.
☕Gula merah tu saya guna yang timbang ja (jaggery powder)
☕Minyak untuk menggoreng saya letak sikit sahaja,lebih kurang 1/2 cawan.Elakkan letak minyak banyak sangat dalam kuali,boleh menyebabkan bentuk cucur tak cantek.

Selamat mencuba



Terima kasih😍

Isnin, 13 April 2020

KASWI GULA MERAH

Salam ceria selalu💋
Harap korang ceria2 saja selama musim pkp ni.Saya tahu la kaki korang memang sudah gatal sangat mahu keluar jalan2 kan?

Hari ni baru update resepi kuih kaswi gula merah yang sangat sedap.Macam nda' mo stop pulak makan ni.Musim berkurung di rumah ni memang sesuai la korang cuba,dijamin puas hati.



KASWI GULA MERAH
Resepi by Che Nom

Bahan A:
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubikayu
3 cawan air
2 sudu besar bancuhan air kapur

Bahan C:(mix)
1 biji kelapa parut putih
Sedikit garam

Cara membuat:

1.Satukan bahan A dalam periuk,masak sehingga gula larut.Biarkan suam.

2.Dalam mangkuk yang lain,sediakan tepung gandum,tepung ubikayu.Tuangkan air gula.Kacau sebati.Tambahkan air,air kapur.Kacau lagi sehingga bercampur.Tapis adunan.

3.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu minyak masak.

4.Kukus adunan selama lebih kurang 40-45 minit.

5.Setelah masak,pastikan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.

Nota tambahan:
Gunakan loyang 9" or 10".Pastikan loyang disapu dengan minyak masak supaya kuih tidak melekat pada loyang.Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih.Pastikan juga pisau itu disapu dengan sedikit minyak.Kuncinya pastikan kuih betul2 dah sejuk baru dipotong.Biasanya kuih akan sejuk sepenuhnya selama 4-5 jam.Air kapur tu pulak saya guna 1 st kapur makan then bancuh dengan 2 sb air.

Selamat mencuba.



Sabtu, 28 Mac 2020

LEPAT UBI KAYU

Salam😊
Hari ni kita kongsikan lagi satu resepi lepat kesukaan ramai.Semoga bisa memberi idea kepada yang tengah kekeringan idea😁 harap kita sentiasa patuhi perintah kerajaan.Stay at home👍

Sedap dan secukup rasa Lepat Ubi Kayu ni😍 Jemputlah mencuba ea.


LEPAT UBI KAYU
Resepi by Irene Ho

Bahan-bahan:
600g ubi kayu,diparut
200g kelapa parut
250g gula melaka,dipanaskan bersama 30ml air 
200ml santan pekat (kurangkan ke 100ml)
1/2 sudu teh garam

Daun pisang secukupnya
Kain Muslin untuk perah ubikayu

Cara membuat:

1.Ubikayu diparut halus atau diblend dengan air secukupnya,kemudian perah ubi guna kain muslin.Air perahan tu kita kena rehatkan lebih kurang 30 minit,setelah itu buangkan air dan ambil kanji ubikayu.Kemudian campurkan dengan ubikayu tadi.

2.Masukkan pula kelapa parut,garam,gula melaka dan santan pekat.Digaul sebati.

3.Siapkan daun pisang,bubuh 2 sudu adunan ubikayu,bungkus kemas.

4.Kukus lepat ubi kayu selama 20-25 minit.Biarkan sejuk dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba😘👍

Terima kasih.Sila

Khamis, 26 Mac 2020

KUIH RENGAS

Sudah masuk hari ke 9 perintah kawalan pergerakan korang buat apa jak di rumah? Saya masih lagi rajinkan diri melayan resepi2 baru dari buku resepi yang dibeli tahun lalu2😁resepi lama tapi baru dibuat kuehnya😜jadi kira resepi baru la tu kan? 😁


Saya pilih resepi yang simple2 sahaja,yang senang dijumpa dia punya bahan2 dan haruslah bahan itu memang sudah ada di rumah,jadi daku senang beraksi di dapur.Ini kali resepi kuih rengas jadi pilihan sebab memang sudah lama juga tidak membuat ni,biasa main beli ja😁 kuih rengasnya memang sedap,secukup rasa,lembut di dalam rangup di luar😘👍



KUIH RENGAS
Resepi by Irene Ho

Bahan-bahan A (Batter)
130g tepung beras
  30g tepung ubikayu
200ml air
1/2 sudu besar marjerin,dicairkan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur (i skip)

Bahan B:
200g kacang hijau
150g gula melaka
100ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
2 lembar daun pandan

Cara membuat:

1.Batter:Ayak tepung ke dalam mangkuk,masukkan air,garam dan marjerin.Kacau rata hingga tiada ketulan.

2.Bahan B:Rendam kacang hijau semalaman.Setelah itu toskan air,kemudian rebus kacang dengan daun pandan,air sehingga lembut.Setelah kacang lembut dan air sudah mulai kering masukkan gula melaka,santan dan garam,teruskan masak sehingga pekat.Biarkan sejuk.

3.Ambil sedikit adunan kacang hijau,bentukkan menjadi bebola kemudian tekan sikit bagi leper.

4.Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng.Bila minyak sudah cukup panas,celupkan bebola kacang ke dalam batter dan goreng sehingga kekuningan.Angkat kuih dan toskan minyak.Siap.

Tips by Me:
Kacang hijau boleh direndam selama 4-5 jam sahaja kemudian toskan air.Rebuskan kacang hijau bersama 1 liter air selama lebih kurang 30 minit guna api kecil sahaja,pastikan kacang hijau betul2 sudah lembut baru masukkan bahan yang lain.Untuk batter tu pulak,janganlah siapkan awal2 sebelum rendam kacang hijau,bancuhlah setelah kacang hijau sudah dibentuk.1 adunan ni boleh dapat lebih kurang 20 biji kuih.


Terima kasih sudi jengah blog saya👍

Rabu, 9 Oktober 2019

KUIH ABOK

Selamat petang😊
Satu lagi kuih kesukaan  kita.Hari tu buka fb tiba2 nampak resepi ni lalu depan wall.Cepat2 saya tulis resepi tapi lupa pula nama pemilik resepi.Semoga dia sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Berbaloi makcik simpan resepinya.Time hujan2 ni asik mencari kuih ja untuk dikunyah2.Jadinya kita merajinkan diri la membuat kuih abok petang ni.Sebenarnya saya pernah juga beli beberapa kali kuih ni di bazar @ tamu dan pernah juga tempah tapi terasa ada yang kurang,tak berapa merecik,adunan kelapa/putih tawar dan agak keras.Kali ni memang daku puas hati sangat2 makan sebab sedap sangat@secukup rasa.


KUIH ABOK
Resepi by group Masak Apa Hari Ini

Bahan:
1 cawan tepung pulut
3 cawan kelapa parut
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
Gula Kabung secukupnya (hiris halus)

Cara membuat:
1.Panaskan kukusan.

2.Faul semua bahan di atas kecuali gula kabung.Gaul guna garpu ja.Gaul biar berderai taknak berketul2.

3.Sapukan sedikit minyak di dalam acuan,bubuh penuh.Adunan jangan ditekan.

4.Kemudian bubuh gula kabung di atasnya.

5.Kemudian kukus selama 15 minit.Biarkan sejuk seketika dan bolehlah dikeluarkan dari acuan.

Pesan:
Guna acuan lompang saiz paling kecil maka dapat la lebih kurang 20 pcs kuih abok.

Selamat mencuba.


Bye😘

Jumaat, 4 Oktober 2019

Kuih Cubit

Selalunya kalau petang mesti kita tercari-cari apa kuih yang mau dibuat dan waktu membuatnya tu pun mesti la mau yang
singkat.Kalau boleh pejam mata pun siap sudah kuenya.

Tadi time pi meluncur di google saya ternampak kuih yang comel ni.Terus saya save dia punya resepi sebab nampak senang sangat cara buatnya tu dan yang penting bahan2nya ada ja di dapur.Maka membuatlah kita Kuih Cubit di petang hari.Memang sekejap ja siap sudah dibuat kuihnya.Cute kan nama kuih ni😊Kuih Cubit ni berasal dari Indonesia😁tidak rugi mencuba sebab sedap rupanya.Boleh pulak indak pandai berenti mengunyah...adoii.


KUE CUBIT
Sumber:Google

Bahan-bahan:
100g tepung gandum
  50g gula pasir
1/2 st garam
1/2 st esen vanila
1/2 st baking powder
1/2 st soda bikarbonat
150ml susu cair
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak

Cara membuat:
Campur semua bahan menjadi satu.
Kacau dengan whisk hingga bercampur rata.
Rehatkan adunan selama 5-10 minit.
Panaskan acuan,sapu dengan minyak.
Tuang adunan sampai 1/2.
Panggang sehinggga permukaan kuih nampak gelembung.Kemudian tutup dan teruskan masak beberapa saat.Cungkil dengan cucuk gigi untuk keluarkan kuih dari acuan.Siap.

Pesan:
Masak kuih guna acuan kuih cara atau acuan takoyaki.Boleh juga guna acuan kuih bahulu.

Selamat mencuba.


Bye😘

Khamis, 3 Oktober 2019

KERIA KENTANG GULA MERAH

Selamat malam semua😊
Pantang betul bah ada gula merah di rumah,ada saja kuih yang mau dibuat.Keria Kentang salah satu mangsa sira gula merah😃Esok2 kita buat pula Keria Keledek ya.

Saya suka kuih keria yang lembut.Kadang ada keria yang liat oh..tengkorak kita pun penat mengunyah.Antara petua2 malam jumaat ialah letak la sedikit baking powder or baking soda supaya keria ko lembut gitew.Elakkan juga campur macam2 tepung.Guna ja tepung gandum bah.

KERIA KENTANG GULA MERAH
Resepi by Rahel

Bahan:
200g kentang
  70g tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam

Sira Gula Merah:
50g Gula pasir
50g Gula merah
2 sudu besar air

Cara membuat:👇
Potong kecil kentang,kemudian rebus hingga empuk(lebih kurang 10 minit) setelah itu toskan air nya.Menggunakan garpu kita lenyek kentang bersama secubit garam sampai hancur.Masukkan Baking powder,Soda bikarbonat & tepung gandum.Gaul hingga mesra dan jadi doh.Timbang 1 bebola seberat 30gram.Bulat2kan.
Sapu tangan dengan tepung,ambil satu bebola kemudian tekan sikit hingga agak leper kemudian celup jari masuk dalam tepung dan buatlah lubang di tengah macam buat donut gitew.Kemudian kita susun la doh dalam dulang yang ditaburi tepung (kalau buat doh banyak la) Panaskan minyak secukupnya.Api sedang saja bossku😁Goreng la doh hingga keperangan.Angkat dan toskan minyak.

Nah! Ni dia keria yang kita goreng tadi.Normal ada yang kekal montok ada yang merajuk sampai kecut sikit😀
Ok,skarang part untuk kita buat sira gula merah pulak.Korang boleh tengok cara buat sira untuk kuih Getas 👉 Di sini sama saja itu.

Selamat mencuba😘


Bye😘

Rabu, 2 Oktober 2019

KUIH GETAS

Salam ceria😍
Hari ni daku mau share tips membuat kuih getas yang lembut dan sedap gitew.Semua orang pun ada resepi masing2 kan? banyak juga resepinya di google.Kalau kita google resepi kebanyakan guna gula pasir sahaja tapi kalau versy dari seberang memang guna gula merah terutamanya kalau orang sulawesi selatan yang buat.

Di Tawau kami panggil kuih Sawalla (bahasa bugis).Kuih getas gula merah tentunya pilihan gue.Paling suka makan tapi jarang sangat membuat selalu beli ja di gerai dan harga pun memang murah RM1/3pcs.Puas hati makan.


Oh ya,kita di Tawau rata2 guna gula merah dari Indonesia dan tentunya gula merah from Sulawesi Selatan @ Rasanya memang lemak manis dan wangi.


KUIH GETAS
Resepi by Rahel

Bahan:
100g tepung pulut
  20g tepung ubikayu
  50g kelapa parut putih
5 sudu besar air
Secubit garam

Cara membuat:
Dalam mangkuk,satukan tepung pulut,tepung ubi kayu,kelapa parut & garam.Kemudian tuang air sedikit2 sambil kita gaul adunan hingga jadi doh.Bahagi doh kepada 9 bebola.Bentukkan bujur kemudian tekan leper.Panaskan minyak secukupnya.Goreng kuih dengan api perlahan.Setelah masak toskan minyak.

Sira Gula:
50g gula pasir
50g gula merah (sy guna gula merah dr Indonesia)
2 sudu besar air

Cara membuat:
Masak gula pasir,gula merah dengan air (api kecil) sehingga agak pekat.Masukkan kuih tadi dan terus gaul hingga sirap sebati dengan kuih.Bila sudah sebati matikan api dan teruskan menggaul hingga sirap gula jadi keras.


Bentukkan bujur doh itu kemudian tekan sikit bagi meleper/nipis supaya senang masak nanti.


Panaskan minyak secukupnya.Ni api mesti kecil ya supaya kuih tidak merekah.Tak payah tunggu minyak terlalu panas,terus goreng ja kuih tu dan balik2an.Jangan goreng lama sangat sampai meletup2.Goreng sekejap saja dalam 4-5 minit gitew.Angkat memang kuih sebelum merekah/meletup...haha.


Jangan lupa toskan minyaknya ya bossku😀



Kita masak sira gula pula.Ni pun kita guna api kecil saja tau.Supaya sira gula kita nanti tu tidak hangit dan terasa pahit.


Haaa masak sira gula sehingga berbuih dan pekat tapi jangan la terlampau pekat ya bossku..pahit nanti.

Ok,setelah sira gula da pekat kita masukkan la semua kuih yg digoreng tadi tu.Time ni kita mesti buka api yg paling kecik.


Kita gaul perlahan sampai semua kuih disalut dg sira gula gitew.Setelah itu boleh la kita matikan api.

Selepas kita matikan api teruskan gaul kuih perlahan dengan manja gitew.

Kenapa kita kena teruskan gaul? Supaya kuih tu bersalut betul2 dengan sira gula.Teruskan gaul sehingga sira gula jadi keras.Bila sira da keras berhenti la mengacau.Nah siap sudah.Boleh sudah susun cantik2 dalam pinggan pastu ambik gambar.

Selamat mencuba.

Terima kasih sudi singgah.