Memaparkan catatan dengan label Kek Tiramisu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek Tiramisu. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Jun 2012

Kek Tiramisu

Selamat pagi kepada kawan-kawan semua..apa khabar? Diharap kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria.Semenjak dua menjak ni blog slow sikit..tuan tanah banyak sebok..jadi ampun maaf dipinta sebab tak sempat terjah dapur kawan semua..dan terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan memberi komen yang manis..gue sangat menghargainya.Untuk tanda penghargaan..gue buat satu Kek Tiramisu pulak..jom cuci mata.




Kek Span Kopi

Bahan:
140g gula kastor
15g ovalette
5 biji telur
125g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik} diayak (A)
70g minyak masak
40g air
1 sudu teh emulco kopi} disatukan
1 sudu teh serbuk nescafe} (B)

Cara:

1.Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.Masukkan telur dan bahan (A).Pukul kelajuan perlahan selama 2 minit dan tukar kelajuan tinggi selama 5 minit hingga kembang dan gebu.

2.Perlahankan kelajuan dan tuang campuran (B).Pukul lagi kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan gebu.

3.Tuangkan minyak masak dan gaul perlahan-lahan sehingga sebati.

4.Sediakan loyang 8'' yang dilapik dengan kertas pembakar.Tuangkan adunan ke dalam loyang.

5.Bakar selama 45 minit pada suhu 180'C.Setelah masak,keluarkan kek dari oven dan terlangkupkan selama 5 minit.Terbalikkan semula dan biarkan sejuk.



Kek Tiramisu
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
1 biji kek span kopi 8 inci
250g krim keju
120g gula kastor
150g yogurt perisa asli
200g krim putar tenusu (dairy whipping cream)

20g gelatin halal} dilarut dan disejukkan
80ml air mendidih}

Sedikit serbuk koko

Bahan sirap kopi disatukan:
1 sudu makan kopi segera nescafe
Sedikit pes kopi
3 sudu makan gula pasir
1/4 cawan air panas


Cara membuat:
1.Belah kek span kopi pada dua lapisan.Potong bahagian atasnya.(Rahel belah kek span kopi pada 3 lapisan)

2.Krim putar dipukul hingga kembang.Simpan dalam peti sejuk.

3.Krim keju dipotong kecil-kecil.Masukkan ke dalam periuk.Campurkan gula kastor.Panaskan atas api yang kecil hingga cair.Masukkan yogurt.Kacau rata dan angkat dari api.Sejukkan.

4.Campurkan gelatin ke dalam adunan krim keju bersama krim putar tadi.Kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk selama 10 minit agar ia pekat sedikit.

5.Ambil selapis kek span dan letakkan ke dalam acuan bulat berukuran 8'' yang boleh ditanggalkan bawahnya.Renjiskan sirap kopi atas kek supaya ia lembap.Kemudian tuangkan 1/2 dari adunan krim keju atas kek ini.Ratakan krim di tepi kek.

6.Letakkan lapisan kedua dan renjiskan air kopi atas lapisan ini.Tuang lebihan krim keju atas kek hingga menutupi bahagian tepi kek.Hentakkan 2-3 kali atas meja agar krim keju sampai ke bawah.Taburkan serbuk koko dengan menggunakan penapis kopi.

7.Sejukkan dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum dihidang.

*Rahel hanya menggunakan 10g gelatin untuk adunan krim keju.

*Rahel gantikan krim putar tenusu dengan krim putar bukan tenusu.

*Untuk adunan krim keju Rahel tambahkan sebab Rahel buat kek 3 lapis.

*Untuk gelatin pulak,Rahel hanya rendam dengan air minum biasa dan biarkan kembang,kemudian panaskan dg cara double boil hingga larut.


Selamat menikmati Kek Tiramisu.

Isnin, 11 April 2011

Kek Tiramisu

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali..semoga kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Siapa yang tahan dengan godaan tiramisu yang sedap lemak berkrim ni..halus membelai lidah.





Sebelumnya ada jugak buat tiramisu tapi yang saiz kecik je bukan macam dalam gambar ni,tapi memang ada beza la sebab yang ni kena lapis ngan kek span dan guna serbuk gelatin.
Bah,ok lah kawan-kawan,kalau ada yang teringin mencuba kek tiramisu ni..Rahel sertakan aje resepinya kat sini ek,tapi walau macam mana pun,kena berterima kasih gak kepada tuan empunya resepi kek tiramisu yang sedap ni yaitu Chef Noraini Zakaria..jom layan dulu..resepinya..


 

KEK TIRAMISU


Bahan untuk kek span kopi:
120g gula kastor
10g ovallet
4 biji telur A
130g tepung kek/tepung superfine
1 st serbuk penaik
40ml air
60g minyak masak atau mentega cair
1 st esen kopi

Cara:

1.satukan semua bahan,kecuali air,esen kopi,minyak,putar hingga gebu dan masukkan air bercampur esen vanila,putar lg dan gaulkan minyak hingga sebati.

2.griskan acuan bulat 8" dan lapik dg kertas serap minyak.tuangkan adunan hingga rata.bakar dlm ketuhar selama 45 minit pd suhu 180'c.

3.setelah masak telangkupkan selama 5 minit agar kek tdk mendap.terbalikkan semula dan lorek tepinya dg pisau & keluarkan kek.biarkan ia sejuk.belah kek span pada dua lapisan.ketepikan.

Bahan untuk isian keju:
250g keju krim philadelphia-biarkan pd suhu ruang
120g gula kastor
150g yogurt perisa asli
200g krim putar
20g gelatin halal
80ml air

Bahan untuk sirap kopi:
1 sudu besar serbuk nescafe+sedikit pes kopi
3 sudu besar gula kastor
1/4 cawan air panas

Cara membuat kek tiramisu:

1.krim putar dipukul hingga kembang dan kental.simpan dlm peti sejuk.

2.krim keju & gula kastor dipukul hingga lembut,masukkan yogurt & pukul lg sehingga sebati.

3.panaskan gelatin dan air hingga cair,setelah sejuk,campurkan gelatin ke dlm adunan keju tadi,putar sebati & masukkan krim putar,kacau sebati.

4.ambil selapis kek span tadi dan letakkan ke dlm tin bulat 8" yg boleh ditanggalkan bawahnya.renjiskan sirap kopi atas kek supaya ia lembap.kemudian tuangkan 1/2 adunan krim keju,ratakan krim keju di tepi kek.

5.letakkan lapisan ke dua dan renjiskan sirap kopi atas lapisan ini.tuangkan kebihan krim keju hingga menutupi bahagian tepi kek.simpan dlm peti sejuk selama 5 jam.

6.utk hiasan,taburkan serbuk koko di atas kek menggunakan penapis kopi yang kecil.

Pesan:
*Pada lapisan ke dua Rahel potong-potong kek sebesar biskut lady fingers,kemudian susun dan jarakkan (perhatikan dalam gambar,kek tak nampak berlapis tapi tampak potongan kek yang kecil kan)




Enjoi.