Memaparkan catatan dengan label salad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label salad. Papar semua catatan

Rabu, 14 November 2018

GADO-GADO

Salam 😁
Semoga ceria selalu.Harap tak jemu melawat blog Rahel.Plan mau berdiet konon tapi macam asik melantak ja ni 😅 Hari ni kita buat gado-gado yang ringkas sahaja,tapi tak faham saus kacang dia pucat semacam..hehe macam kurang cili ja tapi secukup rasa juga bah.


GADO-GADO

Bahan: (sayur,dipotong sesuai selera)

Timun
Daun Salad
Tomato
Kacang buncis,dicelur
Kubis,dicelur
Kentang,direbus hingga empuk

Nasi impit

Saus Kacang:(dikisar halus)
180g Kacang tanah,goreng
3 ulas bawang putih,goreng
5 tangkai cili padi
5 tangkai cili kering,direbus hingga lembut (i skip)
3 sudu makan gula melaka,boleh ditambah
400ml santan sederhana pekat
1 sudu kecil air asam jawa
Garam secukupnya

Caranya:
1.Panaskan saus kacang hingga mendidih.
2.Hidang bersama sayuran.


Selamat mencuba.
terima kasih sudi melawat blog saya.

Sabtu, 23 Julai 2011

Kerabu Sardin

Selamat bertemu kembali,apa kabar semua?? Hari ni tak masak banyak sebab badan terasa malas..adoiii..susahnya macam ni..perut udah berkeroncong mintak diisi.Oleh kerana nak sangat jugak makan terpaksalah buat apa yang patut untuk mengalas perut.Kerabu sardin jugak yang jd pilihan,o ya kerabu ni rasanya sedap dan lemak-lemak gitu,mungkin kerana kehadiran serbuk biskut tu..pada saya memang sesuai la dg menu yang simple2 cam ni.Oklah kawan-kawan..jom layan dulu kerabu ni..
Kerabu Sardin
Resepi:Buku Resepi

Bahan:
3 biji telur rebus,hiris nipis
1 biji bawang besar,hiris nipis
6 keping biskut marie,ditumbuk halus
1 tin kecil ikan sardin,dibuang sosnya dan di racik
1 st serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cara:
1.Gaul mesra semua bahan.
2.Perasakan dengan garam dan sedia utk dinikmati.

Selamat mencuba.