Memaparkan catatan dengan label minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minuman. Papar semua catatan

Isnin, 8 Oktober 2012

Es Buah Segar

Selamat petang...
Cuaca di Tawau hari ini memang panas banget...gue memerap diri di rumah sambil selongkar rumah pak google..maka terjumpa la Es Buah Segar...yang sememangnya menyegarkan..tapi kali ni nama es buah setup kayu manis sudah berubah ke Es Buah Segar...bahan-bahan pun gue tukar sesuai dengan apa yang ada di dapur...tapi tetap nyaman...
Es Buah Segar

Bahan:
500ml air
250g gula pasir (kurangkan jika tak suka manis)
3 buah kiwi,potong dadu
1 tin buah peach (410g),potong dadu
1 buah naga,potong bulat
1 batang kulit kayu manis
air batu secukupnya

Cara:
1.Didihkan air dan kayu manis,masukkan gula pasir,masak hingga larut.
2.Masukkan buah-buahan,masak hingga layu.Angkat dan dinginkan.
3.Masukkan dalam gelas.Tambahkan air batu.Hidangkan.
Enjoi..

Sabtu, 14 Januari 2012

Banana Smoothie

Salam petang semua...dan selamat berhujung minggu..apa khabar? sihat k? Hari ni tuan tanah rehat aje kat umah..pun takde baking-baking hari ni,just buat sikit minuman untuk penyejuk tekak,lama juga tak menikmati banana smoothie ni.Oklah,saje nak sapa korang semua..harap2 korang enjoi dihujung minggu ni...



Banana Smoothie
Resepi:Rahel


Bahan:
1 buah pisang montel
300ml susu rendah lemak
1/2 sudu besar chocolate cips

Cara:
1.Satukan semua bahan dan blend hingga halus.
2.Hidangkan dalam gelas.


Enjoiii....

Jumaat, 20 Mei 2011

Smoothie Pisang Oat

Selamat pagi semua....semoga semua sihat dan ceria selalu..Pagi ni tak buat kuih untuk sarapan...saya hanya sarapan smoothie pisang oat,maklumlah..kena jaga badan juga..klu hari2 sarapan yg berat-berat  badan tak tahan sangat.Walaupun ni hanya minum kisaran pisang dan oat badan tetap segar dan terasa kenyang sampai tengah hari.Sesiapa yg tak nak makan yg berat2 di pagi hari tapi tetap bertenaga bolehlah ikut cara ini...


Oklah kawan-kawan..Rahel letak aja resepinya kat sini ye..ingat tau...

Smoothie Pisang Oat
Resepi:Rahel

Bahan:
3 biji pisang berangan
3 sudu besar oat segera
360ml susu rendah lemak
sedikit serbuk cinnamon untuk taburan

Cara:
1.Blender bersama semua bahan hingga halus & tuang dalam gelas.
2.Taburkan serbuk cinnamon di atasnya.Siap untuk dinikmati.

Sabtu, 14 Mei 2011

Koleksi Rasa

Sisipan Kasih
Sisipan Kasih
Sumber:Majalah Rasa


Bahan:
250ml air kopi O (tanpa susu)
3 st gula halus
300g ais krim berperisa vanila

Cara:
1.Tuangkan air kopi O dan gula ke dalam gelas.Gaulkan sehingga gula larut.
2.Masukkan ais krim dengan perlahan-lahan.
3.Taburkan serbuk koko sebagai hiasan.

Selasa, 26 April 2011

Banana Smoothie

Banana Smoothie


Banana Smoothie
Sumber:Rahel


Bahan:
350ml susu segar
2 buah pisang

Cara:
1.Satukan semua bahan dan blender hingga halus,tuang ke dalam-
   gelas.Siap.

Khamis, 21 April 2011

Oreo Yogurt Shake

oreo yogurt shake
Oreo Yogurt Shake
Sumber:Rahel


Bahan:
3 keping biskut oreo tanpa membuang krimnya
360ml yogurt perisa buah2an (dari peti sejuk)

Cara:
1.blender bersama oreo & yogurt hingga halus.
2.tuangkan ke dlm gelas,siap untuk dinikmati.