Memaparkan catatan dengan label pau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pau. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Disember 2019

COCOA PA0

Salam😘 Setelah sekian lama resepi diperap maka muncullah kerajinan ini hari.Dulu pernah buat da cocoa pau ni tapi masa tu kita belum ada blog masakan,belum ada fb so tak tau mau share di mana itu resepi pau.


Jarang kita nampak orang buat pau kaler coklat sebab lebih ramai yang minat pau putih gebu tapi tekstur sama saja bah.Inti pau pun ada macam2 pilihan.Kali ini daku guna inti ready made ja,beli di bake with yen.Dalam resepi asal guna inti yang berperisa pandan.Len kali mungkin try letak coklat filling pula,baru la meletop.Ok la,semoga dengan adanya resepi cocoa pau ni boleh jadi idea lagi bagi korang yang rajin membuat pau.



COCOA PAO
Sumber:Dim sum goes vegetarian (chin Mun Chong)

Bahan Doh:(8 pcs pau)
200g tepung pau
    3g baking powder
    4g yis
  90g air
    7g shortening
  45g gula halus
1 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh Milo

Inti:
Pandan flavoured mung bean paste (timbang 20g)

Cara membuat doh:

1.Mix air,gula,yis.Rehatkan selama 5 minit sehingga berbuih.

2.Satukan dalam basin;tepung pau,serbuk koko,Milo,baking powder.

3.Kemudian tuangkan bancuhan yis ke dalam campuran tepung.Gaul sebati.Masukkan shortening.Teruskan menguli selama lebih kurang 5 minit.Rehatkan doh selama 30 minit.(tutup doh) Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin.Uli lagi doh sehingga lembut dan licin selama lebih kurang 10 minit.Bahagikan doh kepada 8 bahagian (42g),bulatkan.

4.Sediakan inti.Timbang 20g setiap satu dan bulatkan.

5.Canai leper doh kemudian letak inti.Kelim kemas atau bentuk sesuai selera.Rehatkan lagi selama 30 minit.

6.Panaskan air dalam pengukus.Setelah air mendidih kukus pau dengan api sederhana selama 10 minit.

Selamat mencuba.


Terima kasih😘

Khamis, 11 September 2014

Pau Gebu & Lembut

Salam penuh ceria selalu...


Petang ni saya menyempatkan diri buat sedikit Pau untuk peneman Nescafee O.Semalam sebok mencari resepi pau yang simple dan yg pastinya haruslah mengguna tepung gandum sahaja...malas pi cari tepung pau...lebih2 lagi cuaca sekarang yg sangat panas...skejap datang hujan skejap panas terik.Maka terjumpa la resepi Pau Gebu & Lembut di dapur Noreen.Tengok bahan2nya memang simple,jadi kita pun ambik la resepinya.

Ermmm...hasilnya memang gebu & lembut.Suka sangat dan puas hati.Inti kita kasi peanut n kacang hitam aja.So terpulang pada selera memasing la ya...jika mahu inti yg sedap..rajin2 la skodeng di google...pastinya banyak resepi inti pau yang menarik.

Saya banyak buat kesilapan time buat Pau ni...hihihi.Pau tak berapa mulus sebab tak balut tudung periuk dg kain..pastu bila pau dah masak...saya biarkan dalam pengukus...maka merajuk la ia dan terjadilah bekas2 jerawat.Oh ya,untuk doh Pau pula saya letak 1 tsp pandan paste sebab doh mengguna tepung gandum dan saya tak mau pau yg kelihatan kuning.Jom kita lihat resepinya....


PAU GEBU DAN LEMBUT
Sumber:Noreen 

Bahan-bahan (10 biji)
250gm tepung pau atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
3gm (1 tsp) yis
2gm (1/2 tsp) baking powder (saya guna D A baking powder)
50gm (4 tbsp) gula castor
20gm (1 tbsp) lemak sayuran
2gm (1 tsp) bread softener-optional klu tiada pun pau masih lg gebu & lembut
1/2 cawan air suam (yg ni sy tambah lg air sampai doh elok diuli)

Inti secukupnya (sesuai selera)

Cara-cara:


1.Satukan tepung,yis,baking powder,gula dan bread softener ke dalam mangkuk adunan

2.Ulikan sebati dengan memasukkan air sedikit demi sedikit

3.Masukkan lemak sayuran dan ulikan lagi sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan.

4.Jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan mengikut turutan air suam-yis-tepung baking powder-gula-bread softener-lemak sayuran

5.Kemudian pilih menu doh (tidak perlu menunggu sehingga doh siap selama 1 1/2 jam cukup sekadar 10 minit atau sehingga doh sebati dan bolehlah dikeluarkan dari BM)

6.Setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm dan bentukkanmenjadi bulat.

7.Ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti yang  disukai dan tutupkan semula menjadi bentuk bulat.Lakukan sehingga habis.

8.Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 minit atau 1 jam.

9.Sementara itu panaskan kukusan dan pastikan setelah air mendidih barulah dimasukkan doh2 tadi dan kukuskanlah selama 10 minit.

Note:Air kukusan perlulah betul-betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan  pau yang gebu dan lembut.


Jemput mencuba ya.

Jumaat, 12 April 2013

Pau Kacang Merah

Selamat bertemu kembali walau hanya di alam maya...semoga pengunjung setia dapur RB sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga tercinta...
Awal-awal lagi kita sudah bangun memproses Pau kacang merah ni..semalam Nampak kat dapur Shiela..licin dan gebu...itu yang kita terus tertarik untuk mencuba.Memang tak menghampakan...sangat2 sedap..tapi kita guna tepung super fine aje...tepung pau dah abis...dah lama tak simpan stok tepung pau sebab kita ni kadang rajin kadang malas...takut nanti tepung pau berkulat...hehehe.Apa2 pun terima kasih banyak-banyak kepada tuan empunya resepi ni..Shiela..ijin kan gue share resepi ni kat sini sebagai rujukan pengunjung setia dan juga kita yang suka buat homemade pau....terima kaseh...
Award dari blog Nasya cantik kan award ni...terima kasih banyak-banyak yea Nasya kerana sudi jemput Rahel untuk ambik award ni...
Pau Kcang Merah
Bahan Inti Kacang Merah:
500g kacang merah
1 1/2 cawan gula pasir
3 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar tepung gandum
2-3 helai daun pandan
Air secukupnya
Cara memasak:

1.Rendam kacang semalaman hingga kembang.Bilas dan rebus hingga pecah dan empuk.Matikan api dan sejukkan sebentar.

2.Setelah sejuk,blend atau kisar separa halus.Tak perlu halus sangat,tak sedap bila makan nanti.

3.Kemudian jerang balik atas dapur dengan menambah air,daun pandan yang disiat disimpul dan masukkan gula.

4.Gula boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa memasing.Bila sudah hamper sebati dan pekat masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga sebati.

5.Akhir sekali masukkan minyak jagung.Bila sudah pekat,matikan api dan sejukkan dulu sebelum digunakan.
Bahan Untuk Doh Pau:
1 kg tepung Pau 'Blue Key'
11g yis kering 'mauripan'
1 sudu kecil bread improver 'nona'
2 sudu besar shortening
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula kastor
2 1/2 sudu kecil garam halus
3 cawan air biasa
Cara membuat:

1.Bancuh yis dengan 1 cawan air,lepas tu taburkan denga sedikit gula supaya yis tu membiak berbuih-buih elok.

2.Satukan bahan-bahan yang lain dan masukkan balance air yang tinggal dua cawan tadi sedikit demisedikit dan gaul rata.

3.Kemudian uli tanpa henti lebih kurang 15 minit hingga betul-betul sebati dan memutih doh
tu.Sambil menguli ditumbuk-tumbuk sedikit doh tu untuk buang angina yang berlebihan.Rehatkan doh sebentar lebih kurang 5 minit.

4.Kemudian bagikan kecil-kecil untuk dimasukkan inti.Kalau buat bajet comey-comey 1 kg tepung ni boleh dapat hingga 40 biji pau.

5.Setelah dimasukkan inti lapikkan dengan daun pisang  dan susun dalam pengukus.Susun jarang-jarang.Biarkan naik seketika.Sebaiknya diletak di tempat ada cahaya supaya ia cepat mengembang.

6.Setelah permukaan pau itu betul-betul naik bolehlah dipanaskan kukusan kita.

7.Kukus pau lebih kurang 5-7 minit sahaja dengan api yang sederhana.
*Rahel guna tepung paling halus dan uli doh guna mesin pengadun selama 10 minit.

*Rahel tak lapikkan dengan daun pisang tapi guna paper cup sahaja.

*Rahel kukus pau 7 minit dengan api sederhana kuat.
Enjoi...


Jumaat, 20 April 2012

Pau Keledek

Selamat pagi kepada semua..dan salam ceria slalu.Semoga semua sentiasa sihat dan ceria bersama orang yang disayang.


 

Untuk sarapan pagi ni Rahel hidang Pau Keledek bersama teh o saja.Sebenarnya uda lama teringin merasa pau keledek,tapi slalu tertunda disebabkan banyak sangat resepi yang mau dicuba.Kalau jalan-jalan ke dapur kawan-kawan memang telan-telan liur je tengok masakan diorang tu...pandai betul menggoda gue.Kali ni Rahel belajar sendiri pulak buat pau keledek sebab selama ni memang tumpang resepi pau orang jer,jadi sudah tiba masanya untuk gue mencuba nasib gak.

Di pagi yang cerah gue mula siapkan bahan-bahan untuk membuat pau yang menggunakan keledek merah,kebetulan masih ada satu keledek merah yang tergolek sendirian..seakan-akan memanggil gue ''cepatlah buat pau keledek!'' dan yang sebetulnya gue memang tak pernah buat pau yang menggunakan keledek..time menguli doh memang tertanya-tanya dalam hati ..jadi k tak..jadi k tak...huhuhu..tapi bila siap nguli selama 5 minit memang puas hati dengan hasilnya..gue dah terbayang-bayang pau keledek yang meletopss di pagi hari.

 

Ok la,ni saya mo kasi tau korang sikit,dengar baek-baek aa..pau keledek ni lembut dan gebu jer walau pun tak mulus sangat tapi gue senang banget..akhirnya menjadi jugak Pau Keledek yang gue idamkan selama ini..harap korang sudi jugak terai yer..resepinya gue letak aje kat sini sebagai rujukan nanti..kot2 ada yang teringin merasa Pau Keledek,tapi intinya tu korang letaklah apa-apa yang korang suka...yang penting senang hati...

Pau Keledek
Sumber:Rahel

Bahan:(12 biji pau berat setiap doh 44gram )
250g tepung pau,ayak
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu kecil yis segera
150g keledek,direbus & dilecek halus
1 sudu besar shortening
3 sudu besar gula kastor
110ml air

Inti Keledek Oren:
380gram keledek oren,buang kulit,rebus/kukus hingga empuk,toskan air.
1 1/2 Sudu besar gula kastor
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
Secubit garam.

Cara membuat inti:
~Keledek dilenyek hingga hancur
~Satukan keledek,garam,serbuk kayu manis.Gaul rata.
~Timbang inti keledek 25g,bulatkan

Cara membuat doh pau:

1.Tepung pau,serbuk penaik,yis dan gula disatukan dalam mangkuk,gaul rata.

2.Tambahkan shortening dan keledek,gaul rata hingga menyerupai serbuk roti.

3.Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.Uli doh selama 5 minit.

4.Biarkan doh mengembang selama 40 minit (tutup doh),kemudian kempiskan doh.

5.Timbang 44g setiap satu.Bentuk bulat.Biarkan selama 10 minit.

6.Canai doh/leperkan doh & beri inti kesukaan.Bentuk bulat & letak di atas cawan kertas.

7.Biarkan mengembang selama 20 minit.Jerang air hingga mendidih.Kukus pau 9-10 minit.




Selamat mencuba.

Selasa, 10 April 2012

Pau Pulut Hitam

Selamat pagi dan salam manis kepada semua..semoga sihat dan ceria selalu.Hmmm...semua dah siap sarapan k? Pagi ni ambo hidang pau pulut hitam lak untuk sarapan dan digandingkan dengan teh O panas jer..emm enak banget.Dari saman bujang hinggalah dah berkahwin resepi ni tetap disimpan elok-elok kat almari buku..hehe..sebenarnya kan..mula-mula tengok gambar dalam buku resepi terus berkenan sangat dengan bentuk & kaler pau ni,tapi masa tu tak berani lagi mencubanya,terbayang-bayang akan kejadiannya yang tak secantik dalam gambar kat buku resepi tu..

Tapi kan..pau pulut hitam ni macam popular sangat kat Indonesia,diorang kat sana panggil ''Bakpao Ketan Hitam'' dan sememangnya gue ternampak gak resepi ni kat Sajian Sedap Indonesia..tapi kat Malaysia pulak kita nampak dalam Majalah Sedap dan Rahel memang suka koleksi majalah Sedap,harga yang berpatutan,resepinya banyak yang menarik serta gambarnya yang cantek..yang sentiasa membuatkan gue terpanggil untuk mencubanya..dan memang banyak resepi dari majalah Sedap yang Rahel dah try dan semuanya menjadik..walaupun tak semuanya sempat Rahel post kat blog masakan ni.. 





Di pagi selasa yang cerah gue bulatkan semangat melanjutkan cita-cita gue untuk  menakluki ''Pau Pulut Hitam'',time menguli adunan gue tak sabar sangat nak tengok hasilnya walaupun ada terselit sikit perasaan yang was-was..takut paunya kejung sebab teringat akan adanya putih telur...huhuhu..tapi sangkaan gue meleset ketika menguli adunan selama 15 minit..aduhai cantek banget dohnya..elastik gitu..lepas doh mengembang 30 minit..waw..bersemangat nengoknya..setelah dikukus 8 minit dan lihat kejadiannya yang amat mulus dan gebu..lagilah tak sabar nak rasa..


Ok la tu,pagi-pagi sudah membebel banyak..gue langsung aja kasi lu orang itu resepinya,biar korang merasa gak pau pulut hitam nanti..tapi kan..dalam resepi asal menggunakan inti kacang hijau dan yang ni gue kasi inti kacang hitam..itu aja yang ada kan..hehe..terserah lu orang mau letak inti apa..yang penting gue rasa enak juga guna inti kacang hitam..

Pau Pulut Hitam
Sumber:Majalah Sedap

Bahan:
225g tepung pau
50g tepung pulut hitam
1 1/2 sudu teh yis segera
15g tepung susu
50g gula kastor
1 putih telur
115ml air sejuk dari peti sejuk
20g shortening

Bahan Inti:
Inti Kacang Hitam secukupnya

Cara:

1.Campur tepung pau,tepung pulut hitam,yis,tepung susu dan gula kastor.Gaul rata Tambahkan putih telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati. Tambahkan shortening.Uli sehingga elastik (gue uli selama 15 minit tau).Diamkan selama 30 minit (tutup doh).

2.Kempiskan adunan.Timbang masing-masing 30g.Bulatkan.Diamkan selama 10 minit. Canai nipis.Beri inti.Bentuk bulat.

3.Alas dengan kertas minyak atau cawan kertas.Diamkan lagi selama 30 minit.

4.Kukus selama 8 minit.


Selamat menikmati Pau Pulut Hitam

Ahad, 11 Disember 2011

Pau Inti Kelapa

Salam kepada yang singgah ke dapur Rahel  petang ini.Apa khabar semua? dah siap minum petang? Petang ni lepak skejap dalam blog sambil tanya-tanya khabar korang semua dan tak lupa jugak untuk menambah koleksi resepi pau menggunakan resepi Chef Norzailina.Dah lama sebenarnya plan mahu buat pau yang satu ni tapi banyak sangat resepi pau yang dijumpa di google so ada pening sikit memilih resepi.







Walaupun banyak resepi pau di google tapi bahan-bahan asasnya hampir sama ja semua.Dalam resepi ni guna tepung pau tapi daku guna tepung gandum biasa ja dan hasilnya pau tetap gebu dan lembut.Saya ada tambahkan juga pandan paste dalam doh supaya wangi dan ada kaler hijau.Selamat mencuba.









PAU INTI KELAPA
Resepi:Chef Norzailina

Bahan:(24pcs pau,berat doh 37gram)
500g tepung pau~saya guna tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu besar yis segera
100g gula kastor
240ml air
3 sudu besar lemak sayuran
1 sudu teh D.A Baking Powder

Inti Kelapa Gula Merah (pilihan),timbang 14g

Cara:

1.Satukan tepung,D.A Baking Powder,garam,gula dan yis.Gaul rata.

2.Tuangkan air,uli sehingga sebati.Tambahkan lemak sayuran.Uli lagi sehingga tidak melekat di tangan lebih kurang 7 minit.

3.Rehatkan doh sehingga naik 2x ganda selama 1 jam.(tutup doh)

4.Setelah doh naik 2x ganda,tekan2 doh untuk membuang udara.Bahagikan doh kepada 24 bahagian.(berat doh 37gram) kemudian bulat2kan doh.Rehatkan doh lebih kurang 15 minit.

5.Ambil satu doh,leperkan dan bubuh inti,kelim doh dengan kemas.Susun dalam tray (lapik doh dg kertas or daun pisang) Rehatkan doh selama 20 minit.

6.Panaskan air dalam kukusan.Kukus pau selama 10 minit guna api sederhana.(balut tudung pengukus)

Pesan:

*Rahel letak 1/2 sudu besar pandan paste dalam air untuk dapatkan doh warna hijau.

*Rahel guna inti kelapa gula merah.




Selamat mencuba.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Pau Kacang Merah

Selamat petang semua...dah siap buat kueh k? Sebenarnya ni pau yang dibuat tadi pagi untuk sarapan punya.Resepi Rahel ambik dari buku resepi,dan Rahel nak kongsikan jugak kat sini walaupunrupa dia tak cantek sangat dan akan tetap begitu juga rupanya sesuai dengan yang dalam buku tu..memang tidak lawa tapi saya teringin juga mencuba dan hasilnya betul² sama dengan yang dalam gambar di buku resepi.

 

Texture pau ni memang tak nampak licin tapi dohnya sangat lembut macam roti manis dan bab warna merah jambu ni jangan ditanya,itu semua kerjaan orang yang tiada kerja..suka tambah2,tapi niatnya baik sebab ingin mencantekkan pau kacang merah ni.O ya,dalam buku resepi tu sebetulnya ditulis "pau ayam" tapi Rahel tak sempat buat pulak inti ayam tu,Rahel guna inti kacang merah yang dah siap beli...jadilah "pau kacang merah"..hehehe..tapi jangan risau nanti Rahel akan letak jugak resepi yang ori punya,mana la tau kot2 ada juga yang teringin mencuba.




Oklah,resepi originalnya saya simpan sini untuk jadi rujukan nantinya..

PAU KACANG MERAH
(Pau Ayam)
Resepi:Aneka Hidangan Sarapan

Bahan doh:(24 pcs pau)
450g tepung pau
40g gula kastor
6g yis segera
220-230 air suam
75ml minyak masak
1 st garam

Cara:

1.Pukul bahan dengan mesin penguli selama 15 minit.Rehatkan doh sehingga naik 2x ganda selama lebih kurang 40-60 minit.

2.Ambil sedikit doh dan timbang 31g setiap satu.Rehatkan 15 minit.Leperkan dan masukkan inti yang telah dibulatkan (inti 20gram). 

3.Kelim doh sesuai dengan kreativiti masing2.Letak atas kertas kalis minyak.Biar kembang di tempat hangat selama 30 minit.Kukus selama 10 minit.

Bahan untuk inti ayam:
350g isi ayam mentah dicincang halus
50g kicap cair
50g sos tiram
50g gula pasir
30g mentega kacang
30ml minyak bijan

Cara:

1.Kacau semua bahan di atas api sederhana hingga masak.Biar sejuk baru guna.

*selamat mencuba,resepi Rahel letak sesuai dengan yang tertulis dalam buku resepi.

 

Khamis, 7 April 2011

Pau Gebu


 



PAU GEBU
Sumber:Buku Resepi

Bahan Untuk Doh:(10 pcs pau berat doh 41gram)
250g tepung pau
1/2 sudu besar yist
20ml minyak zaitun
145ml air suam
1/2 st baking powder
1/4 st garam halus

Bahan Untuk Inti:(berat inti 20gram)
100g kelapa parut putih
60g gula merah
5oml air

Cara untuk membuat doh:

1.bancuh yist,air suam,gula dalam cawan,ketepikan selama 3 minit.

2.masukkan tepung pau,baking powder,garam,minyak zaitun dlm mangkuk,gaul rata.

3.tuangkan bancuhan yist sedikit demi sedikit sambil digaul rata,uli lg 10 minit.

4.biarkan doh naik selama 45 minit,tutup doh dg tuala lembab.

5.kemudian tumbuk doh untuk mengeluarkan angin,buatkan bulat2 41g setiap satu.

6.kemudian beri inti,ketepikan lg selama 15 minit,tutup pau.

7.kukus pau selama 10 minit.


Cara membuat inti:

1.masak gula merah dg airhingga larut,kemudian tapis.

2.masak kembali gula merah dg kelapa parut hingga sebati.Siap.


Terima kasih sudi singgah blog Rahel.