Sabtu, 1 Oktober 2011

Pau Kacang Merah

Selamat petang semua...dah siap buat kueh k? Sebenarnya ni pau yang dibuat tadi pagi untuk sarapan punya.Resepi Rahel ambik dari buku resepi,dan Rahel nak kongsikan jugak kat sini walaupunrupa dia tak cantek sangat dan akan tetap begitu juga rupanya sesuai dengan yang dalam buku tu..memang tidak lawa tapi saya teringin juga mencuba dan hasilnya betul² sama dengan yang dalam gambar di buku resepi.

 

Texture pau ni memang tak nampak licin tapi dohnya sangat lembut macam roti manis dan bab warna merah jambu ni jangan ditanya,itu semua kerjaan orang yang tiada kerja..suka tambah2,tapi niatnya baik sebab ingin mencantekkan pau kacang merah ni.O ya,dalam buku resepi tu sebetulnya ditulis "pau ayam" tapi Rahel tak sempat buat pulak inti ayam tu,Rahel guna inti kacang merah yang dah siap beli...jadilah "pau kacang merah"..hehehe..tapi jangan risau nanti Rahel akan letak jugak resepi yang ori punya,mana la tau kot2 ada juga yang teringin mencuba.




Oklah,resepi originalnya saya simpan sini untuk jadi rujukan nantinya..

PAU KACANG MERAH
(Pau Ayam)
Resepi:Aneka Hidangan Sarapan

Bahan doh:(24 pcs pau)
450g tepung pau
40g gula kastor
6g yis segera
220-230 air suam
75ml minyak masak
1 st garam

Cara:

1.Pukul bahan dengan mesin penguli selama 15 minit.Rehatkan doh sehingga naik 2x ganda selama lebih kurang 40-60 minit.

2.Ambil sedikit doh dan timbang 31g setiap satu.Rehatkan 15 minit.Leperkan dan masukkan inti yang telah dibulatkan (inti 20gram). 

3.Kelim doh sesuai dengan kreativiti masing2.Letak atas kertas kalis minyak.Biar kembang di tempat hangat selama 30 minit.Kukus selama 10 minit.

Bahan untuk inti ayam:
350g isi ayam mentah dicincang halus
50g kicap cair
50g sos tiram
50g gula pasir
30g mentega kacang
30ml minyak bijan

Cara:

1.Kacau semua bahan di atas api sederhana hingga masak.Biar sejuk baru guna.

*selamat mencuba,resepi Rahel letak sesuai dengan yang tertulis dalam buku resepi.

 

7 ulasan:

Nuwairani berkata...

kak rahel memang suka warna2 pau. pertama kali saya buat pau guna resepi kak rahel. hihih...sampai sekarang pon masih lagi pakai.

izahdaut berkata...

wohhh.. lawo nyer pau pink... sedap sedap. kalau lembut tu memang menjadi sesangat la tu kan. pulak2 kalau kulit atas dia tu leh disiat. kalau pau saya suke pau kacang merah berbanding inti yg lain... nak kena beli tpung pau dulu la

izahdaut berkata...

nak tambah lagi.. buku tu pun saya ade. kikiki..

rahel berkata...

Dek Nani,teruskan guna resepi yang ok...mesti sentiasa puas hati..mekasih krn sudi mencuba resepi pau dulu2..hehe.

rahel berkata...

Izah,memang sedap lemak guna inti kcg merah.Lembut pau ni...hehe..
Kalau Izah dah ada buku resepi tu..bolehlah cuba kan...

REEN KHAN SHARIFF berkata...

aduahaiii semua nya menikam kalbu.. semua reen nak..semua sedap.. cantik2 gmbr ..:) nice blog

rahel berkata...

Kak Reen,
terima kasih sudi lawat dapur Rahel,ambik la apa yang patut..banyak ni ha...hehe..
Tengok dapur Kak Reen pu apa kurangnya,semua menggiurkan...