Memaparkan catatan dengan label donut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label donut. Papar semua catatan

Rabu, 28 September 2022

Donut Susu Terpaling Lembut dan Gebu

Memang tidak pandai puas rasanya makan donut susu ini.Hari tu sudah makan tapi hari ini teringin lagi makan itulah kita buat lagi dan makan sambil pejam-pejam mata. sebab lembut dan sedap sangat.Resepi hari ini kita guna resepi yang lain lagi.Ini kali donutnya memang terpaling lembut dan gebu sudah.Boleh buat untuk jualan.Sebenarnya boleh saja gunakan mana-mana resepi donut untuk dijadikan donut susu.Siapa tahu anda ada resepi dari pjj online,boleh ja guna resepi itu.Manakala kakak-kakak adik-adik yang masih mencari resepi,saya rasa ini resepi paling sesuai anda cuba.Donut tetap lembut dan gebu walaupun disimpan dalam masa 24 jam.




Saya selalu teringat kalau pergi kedai roti dan nampak donut gebu-gebu memang tidak senang kalau tidak beli sebiji.Geram sebab donutnya empuk sangat.Nah! Kamu yang suka donut ala kedai bakery punya kena ingat,diorang guna bahan-bahan premium dalam adunan,jadi pastikan kamu pun guna bahan-bahan yang bagus kalau mahu donut itu sedap.Contohnya tepung gandum biasa tu kamu kena gantikan dengan tepung roti,kalau dulu kamu letak marjerin skarang letak pure butter.Air biasa digantikan dengan susu segar.Confirm kamu tak pandang sudah donut yang lain punya.Oklah,selamat mencuba ya.




DONUT SUSU TERPALING LEMBUT DAN GEBU


Bahan A:

210g tepung roti

 50g tepung gandum

  5g yis segera

33g gula kastor

  5g garam halus


Bahan B:

5g susu tepung


Bahan C:

1 biji kuning telur B

145g air sejuk dari peti sejuk


Bahan D:

40gram mentega


Hiasan atas:(satukan)

25g snow sugar

35g susu tepung


Cara membuat:

1.Campurkan bahan (A),masukkan bahan (B) dan (C).Pukul pada kelajuan sederhana selama 5 minit.Tambahkan bahan (D) dan teruskan memukul selama 15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.


2.Biarkan doh di atas permukaan yang telah ditaburkan tepung dan ditutup dengan kain bersih.Biarkan doh mengembang selama 30 minit sehingga menjadi dua kali ganda daripada saiz asal.


3.Setelah doh mengembang,tumbuk2 doh untuk buang angin.Bahagikan doh kepada 10 bahagian,timbang doh 49g setiap satu.Bulat-bulatkan doh kemudian susun di atas dulang yang ditaburi tepung.Ketepikan selama 30 minit untuk doh mengembang dengan secukupnya.(Terap doh setelah direhatkan 15 minit,kemudian rehatkan lagi 15 minit) 


4.Panaskan minyak secukupnya.Goreng doh sehingga keperangan.Angkat don tuskan minyak.Biarkan donut agak suam sebelum disalut dengan hiasan atas.


5.Celup donut ke dalam campuran snow sugar dan susu tepung.Siap.


Nota:Untuk resepi ini adunan sangat lembik,jadi sapu tangan kamu dengan sedikit minyak supaya doh tidak melekat.




Selasa, 9 Ogos 2022

Donut Susu Gebu

Nampaknya sekarang ni tengah viral lagi pasal donut susu yang gebu.Saya ternampak resepiya di fb so saya pun tertarik untuk mencuba.Penasaran dengan texture dan rasa susu.Sebenarnya kejadin donut ni gebu lain macam ja sebab ada bubuh ovalet.Saya suka dengan topping susu tepung+gula ising sebab boleh ejas  ikut selera kita,tapi tak boleh vogue la time makan sebab serabai hihihi.Oklah,jika korang terlebih rajin bolehlah mencuba ya.


 

RESEPI DONUT SUSU GEBU
Sumber resepi:Group Masak2

Bahan-bahan:
500gram tepung gandum
5gram yist
1 sudu makan ovalet (saya bubuh 1 sudu teh ja)
1 biji kuning telur
1 sudu makan gula (saya bubuh 45gram gula)
1 sudu makan planta (saya guna marjerin)
Secubit garam
1 cawan air (saya bubuh 290ml air)

Topping:
Susu tepung penuh krim fernleaf + gula ising

Cara-cara:

1.Mula2 larutkan 1 cawan air,yis dan gula.biarkan seketika sehingga berbuih.

2.Setelah itu satukan tepung,planta,telur,garam dan ovalet.Gaul sebati semua.

3.Kemudian tuang larutan yis tadi.Uli sampai doh tidak melekat di tangan.(saya uli selama 20 minit)
Perap doh selama 40 minit.(tutup doh supaya tak kering)

4.Setelah itu tekan2 doh untuk keluarkan angin.Bahagikan doh kepada 20 bahagian (39gram setiap satu doh),bentuk bulat kemudian tekan sikit bagi leper 👇 letak atas dulang yang ditabur sedikit tepung


5.Rehatkan doh hingga naik gebu lebih kurang 30 minit.Buat lubang di tengah.




6.Panaskan minyak secukupnya.Goreng donut sehingga keperangan.Angkat dan toskan minyak.



7.Setelah donut agak suam bolehlah salut dengan campuran susu tepung+gula ising (korang pandai2 la agak sukatan susu tepung dengan gula ising tu ya)



Selamat mencuba.

Jumaat, 9 Oktober 2020

Donut Lembut Gebu

Salam semua😘Semoga tetap sihat dan ceria selalu.Hari ni daku share lagi balik resepi donut yang simple tapi lembut dan gebu.Kalau cek balik dalam entri yang lalu2 dekat setahun juga baru post lagi donut dalam blog ni.Saya selalu ja buat donut simple ni sebab ada budak satu orang di rumah ni memang peminat donut.



Untuk hari ini mami buat dua versi gitew...satu bahagian donut ring untuk budak kemudian satu lagi tu ala2 bomboloni untuk mami,konon-kononnya mau letak inti vanilla custard tapi tak terbuat pulak intinya tu jadi kesudahannya digolek2 saja dalam gula aising tapi memang sedap sangat..lembut dan gebu.Laju ja dibantai.

Walaupun resepi ini guna tepung gandum sahaja tapi hasilnya memang lembut,korang tak perlu risau.Oh ya,doh ni agak melekit sikit so korang kena rajin2 la sapu tangan korang dengan tepung.Selamat mencuba.



DONUT LEMBUT GEBU

Resepi by Chef Lim


Bahan-bahan:

250g tepung gandum

45g gula kastor

20g telur (1 biji kuning telur)

1 tsp yeast

1/4 tsp garam

140g air

30g Butter


Cara membuat:

1.Mix semua bahan kering.


2.Tuang telur di tengah tepung.Gaul rata.


3.Tuangkan air,gaul rata.


4.Tambahkan butter,teruskan uli hingga lembut selama 20-25 minit.


5.Rehatkan doh 10 minit.Tekan doh untuk keluarkan angin.Bahagikan doh kepada 12 bahagian.Kemudian bulat2kan doh,tekan2 sikit bagi leper dan susun atas tray yang ditabur sedikit tepung.Rehatkan lagi 10-15 minit.


6.Panaskan minyak.Goreng donut sehingga keperangan.Toskan minyak dan salut dengan gula aising.



Terima kasih sudi jengah blog Rahel. 

Ahad, 22 Mac 2020

DONUT GEBU

Salam semua😊
Sejak perintah kawalan pergerakan ni macam2 gambar masakan lalu dekat wall fb.Donut gebu ni salah satunya resepi yang sempat ditangkap,berkenan sangat sebab nampak bahan senang dan buatnya pun tersangat mudah.

Pagi tadi budak kecik di rumah ni tetiba tercakap donut pulak,macam dia tau2 ja maminya ada dapat resepi baru😆jadi daku segera beraksi la,memang senang betul buat donut guna resepi ni,hasilnya sangat memuaskan,gebu dan lembut gitew.Korang patut cuba tau.


DONUT GEBU
Sumber:Fb Norazline Ridda & Shima Chym

Bahan-bahan A:
2 sudu besar yis (sy bubuh 1 sudu besar ja)
2 sudu besar susu pekat
3/4 cawan air suam

Bahan-bahan B:
2 sudu besar marjerin (me guna 20g pure butter)
1 sudu teh garam (ku guna 1/2 st ja)
2 cawan tepung gandum

Cara membuat:

1.Mix semua bahan A dan rehatkan sehingga berbuih.

2.Sediakan tepung gandum dan garam dalam basin.Tuangkan adunan A dan digaul sebati.Tambahkan marjerin.Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.(saya uli kejap ja dalam 7 minit gitu)

3.Bahagikan doh kepada beberapa bahagian (saya bahagi 12 ja),bulatkan doh kemudian susun dalam dulang yang telah ditabur tepung gandum.(doh ni tak perlu rehat lama2) setelah itu buat lubang di tengah.

4.Panaskan minyak yang secukupnya,terus goreng donut dengan api sederhana.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan toskan minyak.

5.Setelah donut sejuk anda boleh bubuh topping kegemaran anda.

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi jengah dapur ambo😘👍

Jumaat, 8 November 2019

BOMBOLINI

Salam ceria😁
Ni kali kita hidang bombolini pula.Ramai orang sudah pandai buat donut bombolini ni.Ada suatu masa tu balik2 balimpas di wall,montok2 lagi tu,macam2 filling pun ada.Paling tabik betullah pada yang berjualan sampai beratus2 ketul bombolini setiap hari pastu sekejap jak habis dibeli semua bombolini tu.

Jika saya terjumpa resepi donut/bombolini mesti saya ambik resepinya dan cari masa yang sesuai untuk praktis.Resepi kali ni kepunyaan seorang Chef,jadi saya tidak sabar mau mencuba kunuk tapi ada satu bahan tu macam terlebih pulak,nasib saya perasan time timbang bahan2,entah dia tersilap taip resepi atau saja dia buat begitu.Dapat saya bayangkan kalau ada yang lebih awal dari saya buat bombolini guna resepi tu bulat2 memang gerigitan makan sebab masin terlampau oh.Mujur beta kurangkan garam tu..hahaha.Korang tengok sendiri la resepinya di bawah sana.Filling tu terpulang la korang mau letak apa.Saya letak nutella saja.Sedap oh.



BOMBOLINI
Resepi by Chef Khairi Al Mansor

Bahan-bahan:
500g tepung high protin
50g gula caster
30g shortening
30g marjerin
2 biji kuning telur
12g yis
80ml susu segar
10g garam (i guna 5g ja)
10g K-fine cream
200ml air sejuk

Cara membuat:
Masukkan semua bahan kecuali garam/marjerin/shortening

Uli anggaran 1-2 minit

Masukkan garam,marjerin & shortening.

Uli sehingga licin & elastik

Perap doh dan biar kembang sekali ganda.

Tumbuk2 doh & timbang dalam 40gm.

Bulat2kan dan bentuk,biarkan naik dan goreng.

Golek pada gula caster & isi filling.


Terima kasih sudi singgah.



Selasa, 22 Oktober 2019

DONAT

Bila balik Tawau ada saja kuih yang  datang dalam ingatan.Donat versy kampung2 sentiasa ku ingat dan yang penting secukup rasa dan texture lembut.Skarang ni macam orang tak pandang sudah donat berkedut2 ni.Kalau boleh semua benda mau dikasi montok gebu gitew😀

Bab donat kedut kali memang puas hati dengan hasilnya.Sedap dan lembut ja.Tengah menaip resepi malam ni pun masih mengunyah donat yang dibuat pagi tadi.Donat masih lembut betul dimakan walaupun saya guna tepung gandum saja.Korang kalau rajin menguli doh boleh la mencuba resepi ini.Dijamin senyum sampai telinga😄



DONAT
Resepi by Wong Kee Sum

Bahan-bahan:
300g Tepung Berprotein tinggi (i guna t.gandum)
  20g susu tepung
  50g gula caster
1/2 tsp garam
1 1/2 tsp yis segera

130ml air
1 biji telur A/B

40g mentega/marjerin

Caranya:
1.Mix semua bahan kering hingga sebati.

2.Tuang campuran air + telur sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga bercampur rata.

3.Tambahkan mentega/marjerin.Teruskan menguli sehingga doh lembut dan anjal.

4.Rehatkan doh sehingga naik 2x ganda daripada saiz asal (lebih kurang 30-40 minit)

5.Tekan doh untuk keluarkan udara.Uli lagi sehingga doh lembut.Bahagikan doh kepada 14 bahagian (39g).Bulatkan dan rounding.

6.Susun doh atas dulang yang ditaburi tepung gandum.Biarkan doh naik lebih kurang 30 minit.Tekan2 doh guna telapak tangan bagi leper sikit.Kemudian buat lubang di tengah.Rehatkan lagi doh selama 10-15 minit.

7.Panaskan minyak secukupnya.Goreng donat dengan api sederhana sehingga keperangan.Angkat dan toskan minyaknya.Biarkan donat sejuk.Boleh la tabur gula donat atau apa2 topping kegemaran korang.

Pesanku:
Saya guna mesin pengadun untuk menguli doh selama 30 minit.
Saya gunakan kuning telur sahaja dalam adunan.
Saya tambahkan air lagi 2 sudu besar sebagai pengganti putih telur yg sy skip.



Terima kasih sudi membaca😘

Khamis, 15 November 2018

DONUT MAYONIS

Salam petang 😂
Bersiaran lagi di petang ini.Cuaca sejuk skarang di Kota Kinabalu.Hari ini dari pagi hingga ke petang masih hujan.Mahu keluar bawa' budak jalan-jalan pun malas dibuatnya.Sudahnya kami berkurung saja di rumah sambil tengok kartun😃


Bila berkurung saja di rumah,ada saja yang mau dibuat.Paling penting budak Alfian yang satu ni suka makan donut.Kalau boleh hari2 kena ada donut,mana larat emaknya menguli doh hari-hari.Mesin pengadun doh pun sudah rosak,minta ganti baru agaknya.


O ya,hari ni kita buat Donut Mayonis yang dulu2 viral tu,resepi dari Ros Jintan Manis,tapi kucedok resepi tu dari blog Izah Daut.Apa kabar agaknya Izah Daut tu😊.Bercakap bab donut yang satu ni memang geng masak2 da tau,donut gebu montok jadinya.Kalau bab mendonut ni memang kena tahu sedikit sebanyak tekhniknya,resepi memang banyak berlambak kat mana2,bahan lebih kurang sama ja,cuma teknik tu yang mahal,skarang senang sudah,ada yang mengajar buat donut secara online,dalam sana banyak tips dan teknik cikgu hidangkan.Setakat ni macam 3 kelas online donut da saya join.Masing2 ada keistimewaan.


Ok lah,mesti korang tak sabar sudah mau tengok balik resepi donut ni kan? Jomlah kita mendonut.

DONUT MAYONIS

Sumber:Izah Daud

Bahan-bahan:
330g tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur,dipukul sedikit menggunakan garpu
140ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 g yis ( 1 1/2 sudu teh)
1/2 sudu kecil baking powder (ni Rahel yang tambah)

Sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti (i skip sebab guna topping lain)

Cara membuat:

1.Buat doh kaedah 1,penggunaan bread marker (BM),masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing2 dan tekan start,tunggu sampai siap diuli dan boleh terus ke langkah no.4 di bawah.

2.Kaedah 2,jika uli guna tangan,masukkan semua bahan doh & uli hingga tidak melekat pada tangan,tips untuk dapat doh yang lembut,ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik itu,ramas2 beberapa init.lebih kurang 5-10 minit.Keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yang elastik.(saya uli selama 30 minit)

3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap dan biarkan doh naik 2x ganda.Selepas itu tumbuk2an doh bagi mengeluarkan angin.

4.Bahagi doh pada bebola kecil & rehatkan selama 6-8 minit,kemudian bentukkan seperti donut,lubangkan tengahnya,biar naik 2x ganda & goreng sehingga keemasan.Gunakan api sederhana,angkat dan salutkan dengan serbuk gula,sedia untuk dihidang.

Nota dari Rahel:
Doh saya timbang 36g,maka dapatlah 16 biji donut gebu.
Bentuk donut terpulang pada anda.
Untuk topping coklat,anda boleh cairkan dark chocolate compound secara double boil,kemudian celup permukaan donut.
Untuk Chicken Flos ,anda boleh sapu permukaan donut dengan susu pekat manis,kemudian tabur chicken flos.


Selamat mencuba.



Terima kasih sudi singgah blog saya.

Ahad, 8 April 2012

Donat Badam

Selamat bersiaran dan selamat bertemu kembali di alam maya..semoga geng masak-masak semua sihat dan ceria selalu.Kali ni Rahel punya dapur agak sepi sikit,masih terasa penatnya kemas-kemas barang untuk balek ke Sabah..aduhaiii..perasaan malas-malas pun ada gak ni..tapi kerana takut blog ditumbuhi lalang maka kuatkan sikit semangat untuk mendonat lagi..ini jer yang termampu gue buat untuk santapan petang...



Oh ya,resepinya gue cedok dari buku resepi Donut.Dalam resepi tak cakap Donat Badam,tapi gue jer yang kasi itu nama..biar glamour sikit..hehehe..apa2 pun memang sedap donat badam ni,lembut dan gebu,puas hati dengan hasilnya.Kawan-kawan pun boleh try gak..skejap gue kasi itu resepi aaa...

Donat Badam
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
A).400g tepung roti
     100g tepung kek
     10g yis segera

B).80g gula kastor
     10g garam
     20g tepung susu

C).50g telur
     250g air sejuk

D).100g mentega

Hiasan:
coklat masakan putih,dipotong kecil
badam keping secukupnya,disangai atau dibakar sekejap dalam ketuhar

Cara:
1.Campurkan A,masukkan B dan C.Pukul pada kelajuan sederhana selama 5 minit.Tambah-
   kan D dan teruskan memukul selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.

2.Biarkan doh di atas permukaan yg telah ditaburkan tepung,& tutup dengan kertas plastik.
   Biarkan doh mengembang selama 30-40 minit sehingga menjadi dua kali ganda daripada
   saiz asal.

3.Canaikan doh pada ketebalan 1-1.5cm.Rehatkan selama 10 minit.Terap doh dengan meng-
   gunakan penerap donat dan letakkan dalam dulang yg telah ditaburkan tepung.Ketepikan
   selama 30 minit untuk doh mengembang dengan secukupnya.

4.Panaskan minyak secukupnya.Goreng donat dengan api sedang hingga keperangan.Angkat.
5.Cairkan coklat dengan cara double boil pada suhu rendah,celup bahagian atas donat ke
   dalam coklat cair dan hiaskan dengan kepingan badam.


Enjoiii...

Jumaat, 16 Mac 2012

Donut Taufu Lembut

Selamat malam semua...hem..dah tidor k? gue mo letak dulu ni resepi donut tofu lembut yang sememangnya lembut dan gebu.Terima kasih Mimie kerana berjaya menggoda gue awal pagi tadi dengan tayangan donut tofu ni,lepas tengok je donut ni terus ke dapur siapkan bahan-bahannya,maka jadilah donut tofu lembut yang gebu dan sedap,tapi gue buat donut cincin semua..takde yang dipintal..hehehe..


Ok la,gue letak lagi resepi kat sini.Terima kasih banyak kepada Kak Ros Intan Manis selaku tuan empunya resepi donut,izinkan Rahel share resepinya skali lagi kat sini sebagai rujukan nanti.

Donut Tofu Lembut

Bahan;
300g teppung gandum
100g tepung roti (ganti dg tpg gandum pun bole)
125g taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur (dipukul sedikit menggunakan garpu)
160ml susu suam/air suam
40g shortening
4 sudu besar gula
6g yis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk penaik

sedikit serbuk gula sebagai salutan pd donut ni nanti

Cara:
1.Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.Tips untuk dapat doh yg lembut,ambil plastic bersih dan letakkan doh di dlm plastic itu,ramas2 beberapa minit,lebih kurang 5-10 minit,keluarkan & uli semula dlm bekas adunan,anda akan dapat doh yg lembut dan elastik.

2.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dg plastic wrap & biar doh naik dua kali ganda.Selepas itu,tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin.

3.Bahagi doh pada bebola kecil & rehatkan selama6-8minit,kemudian bentuk seperti donut,lubangkan tengahnye,biarkan naik 2x ganda & goreng sehingga ke-emasan,gunakan api sederhana,angkat & salutkan dengan serbuk gula,sedia untuk dihidangkan.


Enjoiii...

Isnin, 12 Mac 2012

Donut Mayo

Selamat petang kepada semua,tengah buat ape tu? dah siap buat kuih k? hehehe..petang ni kita  tayang donut mayo ja,hasil selongkar resepi kat dapur Izah Daut pagi tadi.Ramai yang dah pun mencuba donut ni kan? tapi memang best la rasa dia..sodap gitu..lembut banget + gebus..dan cara penyediaannya pun tersangatlah mudah,kepada yang belum mencuba donut mayo ni..harus mencuba ek.



Ok lah,terima kasih banyak kepada Kak Izah Daut yang sudah bikin gue ngeces dengan donut mayo ni (banyak koleksi donut kak Izah tu),sebenarnya resepi ni diambik dari dapur Kak Ros Jintan manis,tapi tak tau la kenapa..satu hari Rahel cuba masuk dapur Kak Ros tapi tak dapat la pulak.Terima kasih Kak Ros untuk resepi donutnya yang memang terbaek,izinkan gue share skali lagi kat sini...

Donut Mayo

Sumber:Izah

Bahan:
330g tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur (dipukul sedikit menggunakan garpu)
140ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 g yis 

Sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti
*(Rahel tak letak pun)

Cara:

1.Buat doh kaedah 1,penggunaan Bread Marker (BM),masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan start,tunggu sampai siap diuli dan boleh terus ke langkah no.4 di bawah.

2.Kaedah dua,jika uli guna tangan,masukkan semua bahan doh & uli hingga tidak melekat pada tangan,tips untuk dapat doh yang lembut,ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik itu,ramas2 berapa minit,lebih kurang 5-10 minit,keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yg lembut & elastik.*(Rahel uli doh guna tangan je selama 15 minit)

3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap & biarkan doh naik 2x ganda.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.*(Rahel perap doh selama 40 minit)



4.Bahagi doh pd bebola kecil (42g jadi dapat 14 biji donut)& rehatkan selama 6-8 minit,kemudian bentukkan seperti donut,lubangkan tengahnya,biar naik 2x ganda (30 minit) & goreng sehingga keemasan,gunakan api sederhana,angkat & salutkan dengan serbuk gula,sedia untuk dihidang.(saya hidang plain ja tanpa coating dengan gula)



Selamat menikmati Donut Mayo

Ahad, 19 Februari 2012

Donat Kentang

Selamat malam semua..kalau belum mengantuk..temankan gue lepak skejap sambil makan-makan donut kentang...




Donut Kentang
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
250g tepung roti
5g yis segera
40g gula kastor
10g tepung susu
100g kentang,direbus hingga empuk,kemudian haluskan
140g air sejuk dari peti sejuk
30g mentega

Cara:
1.Campurkan tepung roti dan yis,kemudian masukkan gula,tepung susu,kentang dan
   air,gaul rata sehingga menggumpal.

2.Tambahkan mentega dan teruskan menguli sehingga doh menjadi licin dan anjal.

3.Biarkan doh di atas permukaan yang telah ditabur tepung & ditutup dengan kertas
   plastik.Biarkan doh mengembang selama 40 minit.

4.Panaskan minyak yang cukup dalam kuali,punjutkan doh guna tangan dan terus
   masukkan dalam minyak panas.Goreng hingga perang.Angkat & toskan.

5.CARA 2:Jika ingin membuat donat menggunakan penerap donut,canaikan doh
   pada ketebalan 1 1.5cm setelah doh mengembang selama 40 minit ( cara no.3)
   Rehatkan selama 10 minit.Terap doh dengan menggunakan penerap donat
   dan letakkan ke dalam dulang yang telah ditabur tepung.
   Ketepikan selama 25-30 minit untuk doh mengembang dengan secukupnya.

6.Kemudian goreng donat dengan api perlahan hingga perang.Angkat dan toskan.

Enjoiii..


Jumaat, 10 Februari 2012

Plain Donut

Salam semua😁korang dah siap minum petang  ka? kali ni Rahel post donut yang dibuat semalam,dah habis pun 😁donut yang Rahel buat ni pun donut biasa ja dan seperti biasa Rahel guna resepi Wendy Kor & Clement Lim,kalau ikutkan hati banyak sangat resepi donut yang mau dicuba tapi belum berkesempatan lagi,kena buat satu persatu dulu.Oklah..layan skejap donut asal ni..jeng..jeng..jenggg..
   




Plain Donut
Sumber:Buku Resepi DONUT/Wendy Kor & Clement Lim

Bahan A:
400g tepung roti
100g tepung kek
10g yis segera

Bahan B:
80g gula
10g garam (Rahel letak secubit je)
20g tepung susu

Bahan C:
50g telur
250g air sejuk dr pt sejuk

Bahan D:
100g mentega

Cara-cara:
1.Campurkan (A),masukkan (B) dan (C).Pukul pada kelajuan sederhana selama 5 minit.Tambahkan (D) dan teruskan memukul selama 10-15 minit sehingga dohmenjadi licin dan anjal.

2.Biarkan doh di atas permukaan yang telah ditaburkan tepung,dan ditutup dengan kertas plastik.Biarkan doh mengembang selama 30-40 minit sehingga menjadi dua kali ganda daripada saiz asal.

3.Canaikan doh pada ketebalan 1-1.5cm.Rehatkan selama 10 minit.Terap doh dengan menggunakan penerap donut dan letakkan ke dalam dulang yang telah ditabur tepung.Ketepikan selama 30 minit untuk doh mengembang dengan secukupnya.

4.Panaskan minyak secukupnya pada suhu 160'C-170'C,goreng donut di kedua dua bahagian sehingga keperangan.Angkat dan toskan.Biarkan ia sejuk.






Terima kasih sudi berkunjung ke sini.

Jumaat, 13 Januari 2012

Sesame Donut

Selamat bersiaran  di tengah hari..apa  khabar semuanya?  harap semuanya sihat.Nape donut lagi? hehe..semalam dah plan  nak buat tapi macam yang dicakap tu stok minyak  masak takde,so  selepas  menikmati  donat  kek coklat semalam,gue pun terus pecut laju ke kedai beli sebotol minyak masak,senang nak goreng donut
nanti.

Haa untk pengetahuan korang semua,donut bijan ni sangat sedap tau,klu tak suka dengan bijan tu...boleh abaikan je...pastu korang letaklah apa2 topping kegemaran korang ek..& rasailah kelembutannya bak sutera...ececece..tapi memang betul tau,ikhlas dari hati cakap ni...teksture donut macam kat Big Apple & Dunkin Donut,tak caye? silahkan buat sendiri baru tau..time tu mesti korang akan ingat apa yg Rahel cakap ni..yang ni bukan promosi tau tapi nak berkongsi resepi yang terbaek ja.



Tapi kan,,,Rahel nak cakap sikit bab menguli doh donut ni,klu guna tangan & guna mesin pengadun memang tak sama kjadiannya,sebabnya Rahel pun dah cuba kedua2  cara tersebut & buat perbandingan,klu uli doh  guna tangan memang gebu juga & tetap lembut donut tu,tp klu uli doh guna mesin pengadun lagilah cantek kejadiannya..doh sangat kalis elastick...bahan-bahan dalam adunan tu betul2 sebati/bersatu hinggakan time kita makan pun tak nampak ketulan2 dalam donut tu.

Untuk Kali ni  saja Rahel share resepi donut yg lembut & gebu ni sebab ramai yang tercari-cari  resepi  donut yg lembut  macam kat Big Apple & Dunkin Donut & rasanya resepi ni sudah dekat2 dengannya..hanya topping ja yang kena dipelbagaikan & Rahel pun tidak guna mesin  pengadun yang mahal untuk adun doh,tapi guna pengadun yang ada pada mixer biasa ja..ingat tak? kalau kita beli mixer mesti ada 2 besi utk menguli kan,so itulah yang Rahel guna,memang berbaloi hasilnya tau.Oklah,kita teruskan pulak letak resepinya...

Sesame Donut
Resepi by:Wendy Kor & Clement Lim
Sumber:Buku Resepi ''DONUT''

Bahan A:
tepung roti...................................300g
tepung kek...................................200g---> (Rahel guna tepung gandum,ayak)
serbuk penaik................................10g
yis segera.......................................10g
gula kastor.....................................90g
garam..............................................7g
tepung susu...................................25g
bijan putih.....................................30g

Bahan B:
telur..............................................60g
air dingin.....................................250g

Bahan C:
lemak sayuran...............................50g

HIASAN
bijan putih...................................200g

Cara:

1.Pukul bahan (A) pada kelajuan perlahan selama 1 minit,tambahkan bahan (B) dan pukul pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga doh kasar terbentuk.Masukkan (C) dan teruskan memutar selama 10-15 minit hingga licin dan anjal.(Rahel putar selama 10 minit ja)

2.Rehatkan doh selama 40  minit sehingga doh menjadi dua kali ganda daripada saiz asal.Kemudian bulatkan doh.Rehatkan lagi selama 15 minit.Tekan doh hingga leper kemudian tekap guna acuan donut.

3.Susun dalam tray yang sudah dilapik baking paper.Biarkan selama 20 minit kemudian sapu dengan air kemudian taburkan bijan.


3.Panaskan kuali bersama minyak secukupnya .Goreng donat hingga keperangan di kedua-dua bahagian.(Rahel goreng donat dengan api perlahan).

Kita punya donut terlebih perap so nampak kedut sikit selepas digoreng.So hati2 kalau buat perap donut ya.


Terima kasih sudi singgah selalu.

Khamis, 12 Januari 2012

Donat Kek Coklat

Selamat  bertemu kembali...apa khabar  semua? harap  kawan-kawan  semuanya sihat. Masih  ingat tak  akan  buku  resepi  yang  memuatkan  bermacam-macam resepi donat? Rahel pun dah  lama beli buku  resepinya dan ada beberapa resepi donat kat situ yg Rahel dah cuba, memang sedap-sedap  semua hasilnya,tapi kan..kali ni Rahel nak cakap pulak pasal salah satu resepi donat dlm buku tu..dari dulu Rahel tak pandang walaupun rupanya cantik,tambah2 lagi dengan kaler coklat yang menggiurkan,pada Rahel..mungkin donut tu  keras kejung sebab tak  gunakan yist dlm  adunan,rupanya yist tu telah  digantikan  Double action Bkg Powder..korang bole bayangkan kan?



 

Hari ni..terjawab sudah  persoalannya..cerrr..macam dalam  peperiksaan la pulak.Pagi tadi duduk on line sambil  belek-belek  buku  resepi DONUT yang direka oleh Wendy Kor & Clement Lim  banyak  sangat yg berkenan  di hati...mula-mula ingat nak buat donat bijan..skalinya penuh semangat ke dapur cari bahan-bahan,rupa2nya gue tak ada stok minyak masak sudah..hihihi...apa macam sudah ni?



Rahel tetap jugak  nak teruskan buat kuih donut dan  kembali  ke buku resepi lagi.tengok-tengok ada donat kek coklat yang cantek..bila baca bahan-bahan dan cara-cara dalam buku resepi tu..memang mudah dan senang disediakan,so kesimpulannya..try buat donut kek coklat yang penuh persoalan ni...

Time siapkan adunan memang tersangat la mudah..macm buat kek pun ada..mcm buat biskut samprit pun ada jugak...time bakar dalam ketuhar pun masih tertanya-tanya..apakah kejadiannya donut dalam ketuhar tu..tambahan pulak dengan masa memanggang yang sekejap...dalm buku  cakap 8-9 minit, boleh masak ke donut tu? Tingggg..bunyi menandakan sudah cukup masa memanggang..pastu angkat keluar oven dan sentuh sikit permukaan donut..alamak!!!..

Korang jangan pandang pada rupa donut ni yg  nampak macam  samprit tau..tapi dalamnya tu memang sangat lembut..sangat ringan dan gebu...gue makan sampai berketul-ketul  pun tak muak..sedap  sangat hidang ngan  secangkir hot chocolate.Baiklah tuan-tuan  dan puan-puan...banyak sudah yang gue  cerita pasal donut ni,kita lanjutkan pulak dengan resepinya...jeng jeng jenggg...

Donat Kek Coklat
Resepi by:Wendy Kor & Clement Lim
Sumber:Buku Resepi "DONUT"

Bahan A:
mentega.................................70g
gula kastor.............................90g
tepung susu..............................4g

Bahan B:
telur.....................................2 biji
esen vanila...............1/2 sudu teh

Bahan C:
tepung kek...........................180g
serbuk koko...........................20g
serbuk penaik 2 kali kembang 10g

Cara-Cara:
1.Pukul (A) pada kelajuan tinggi selama 5-10 minit sehingga kembang.

2.Masukkan telur perlahan-lahan dan adun hingga sebati.Tambahkan esen
   vanila.

3.Masukkan (C)  yang telah diayak dan kacau sebati.

4.Griskan dulang pembakar atau gunakan pelapik silicon.Paipkan adunan
   menggunakan muncung aising no#854 menjadi bentuk donat.

5.Bakar pada suhu 180'C selama 8-9 minit.

6.Taburkan donat dengan serbuk aising sebagai hiasan.




Selamat menikmati Donat Kek Coklat...

Isnin, 26 Disember 2011

Cucur Donut Lagi

Selamat petang semua..apa khabar? sihat k?  rindunya nak lepak lagi kat blog,baru berapa hari je tak ngentry dah macam setahun..ish..ish..ish..begitu  cepatnya masa berlalu,rindu juga nak tinjau-tinjau dapur kawan-kawan semua,tapi berapa hari ni memang sebok bener..tangan tak sampai..dan akhirnya  petang ni berkesempatan jugak nak try wat cucur donut versi pisang pulak,macam lebih suka  pulak cara yg macam ni..banding kalau buat donut pelampung..kena buat kerja lebih sikit.




Oh ya,cucur donut kali ni ada letak koko and pisang,resepinya lebih kurang ngan cucur donut durian yang pernah Rahel buat dulu,cuma ada yang diubah sikit ikut selera tekak tuan tanah,tapi masih lagi senang dan mudah banget utk  disediakan.



Untuk kali ni,Rahel hidang cucur donut koko pisang ni bersama sos coklat sebab doh donut macam kurang manis,jadi memang sesuai la diberi topping atau sos kegemaran memasing,& utk resepi sosnya pulak Rahel tak letak kat sini sebab tadi main  campak aje,so  pandai2lah  adjust ek...oklah,jum kita lepak  sambil tengok resepi.

Cucur Donut Koko Pisang
Resepi:Rahel

Bahan:
220g tepung gandum*
2 sudu besar serbuk koko*
2 sudu besar susu tepung*
1/2 sudu besar yist*
30g gula kastor*
70g pisang,dihaluskan
1 kuning telur
25g marjerin
140ml air

Cara:
1.Satukan bahan bertanda* dalam mangkuk,gaul rata.
2.Masukkan telur dan air sambil diuli hingga menggumpal.
3.Tambahkan pisang dan marjerin,gaul rata.Teruskan menguli doh 15 minit.
4.Biarkan doh mengembang selama 1 jam (tutup doh dg tuala/kling wrap).
5.Setelah doh kembang,panaskan minyak dalam kuali,kemudian sapu tangan
   dengan sedikit minyak masak.
6.Ambil segenggam doh menggunakan tangan dan kepalkan hingga terkeluar
   dari celah ibu jari,terus goreng hingga masak.Angkat dan toskan.
   Hidang bersama sos coklat.



Selamat menjamu mata..daaa

Selasa, 13 Disember 2011

Cucur Donut Durian

Selamat malam kepada yang singgah melawat dapur Rahel malam ini..silahkan menjamu mata.Ok,kali ni Rahel nak share pulak satu resepi cucur donut durian yang sangat simple bahan2nya dan mudah banget disediakan..harum semerbak bau duriannya time  lepas digoreng...bikin lapar je,terasa nak  rata macam tu je walaupun tanpa kopi panas/teh panas..memang lembut dan gebu & yang paling bestnya cucur donut ni sangat sedap..(sorry,puji masakan sendiri dah ni).



Mula-mula tadi ingat nak buat donut pelampung,tapi memandangkan datang lagi fikiran yang malas mau tunggu lama-lama..jadinya buat cucur donut aje,tak perlu susah-susah nak bentukkan..just ramas guna  tangan je..dah ok kejadiannya..tapi kepada yang tak  biasa buat cucur guna cara kepal memang  agak kaku gak..tapi lama-lama ok la tu...


Bah,jum kita tengok pulak resepinya cucur donut durian ni..harap kawan-kawan semua suka ek,pada yang tak reti makan durian tu..sabar je la..sendiri mo pandai2la buat donut versi lain pulak..oklah..kita teruskan dulu kongsi-kongsi resepi...


Cucur Donut Durian
Resepi:Rahel

Bahan:
240g tepung gandum*
1/2 sudu besar yist*
1 kuning telur
140ml air
secubit garam
25g marjerin
70g isi durian,haluskan
30g gula kastor*

Cara:
1.Satukan bahan bertanda*,gaul rata.Masukkan kuning telur dan air.

2.Uli sehingga menggumpal.Masukkan pula garam,durian dan marjerin.

3.Uli doh selama 15 minit.Kemudian diamkan selama 45 minit (tutup doh).

4.Setelah doh kembang,tekan guna jari (doh sangat basah & melekit).

5.Guna tangan,ambil doh segenggam kemudian kepalkan sehingga doh keluar dicela ibu jari dan jari penunjuk,terus masukkan ke dalam minyak yang sudah dipanaskan.Goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.

6.Ayakkan gula aising dipermukaan cucur donut durian.Sedia dihidang.



Selamatvmencuba.

Sabtu, 5 November 2011

Donut Ball

Selamat malam kepada semua..tengah buat apa tu? sudah tidurkah? malam ni lewat sikit tidur..masih lagi jalan-jalan dalam blog ni..mo letak laporan dulu..pastu jalan-jalan ke blog kamu semua..mo intai2 jak kalau ada resepi yg boleh dicuba lagi..

Kembali ke tajuk..donut ball..haa yang ni Rahel buat petang tadi utk hidangan petang punya..siok sangat makan donut sambil minum teh panas,ngam betui,tambahan pulak ada letak sikit2 milk chocolate di atasnya sebagai penambat hati,lepas letak coklat..trus dingap satu persatu,senang betul makan kalo buat
yang bentuk bola2 kecil macam ni..suka sangat..


Sebelum ni..ada jugak Rahel buat donut..tapi bentuk cincin dan juga bentuk bulat yang dileperkan,boleh tengok di sini kalau teringin mencubanya,tapi yang tu Rahel tak letak kentang dalam doh..kalau yang donut bebola ni..memang ada letak sikit kentang lecek dalam adunan untuk kasi lembut punya..

Oklah kawan-kawan..mo cakap sikit pasal donut ball ni..memang lembut betul..sampaikan Rahel sendiri pun tak mo berhenti makan..hehehe..berhenti makan kalau sudah habis..itupun buat setengah adunan jer. Pada kawan-kawan yang mo menerai resepi donut ni..boleh tengok resepinya di myresipi.com,itu jer resepi yang Rahel slalu guna,cuma tambahkan 5 sudu besar kentang lecek dalam adunan..jika nakkan donut yg lembut.

Selamat mencuba..daaa..