Memaparkan catatan dengan label Sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sambal. Papar semua catatan

Ahad, 17 Julai 2022

Sambal Sardin Simple dan Sedap

Salam semua.Ini petang kita hidang Sambal sardin dengan ubikayu rebus.Semalam pi pasar jadi terbeli ubikayu sebab lama da rasanya tidak makan ubikayu rebus.Sebelum ke pasar basah kita ada singgah juga di supermarket,time pusing-pusing dalam supermarket mata terpandang sardin,jadi kita capailah setin sardin sebab teringat sambal sardin yang kita masak time hari raya puasa hari tu.Korang masih ingat kan pengumuman raya yang tiba2 tu semua jadi kelam kabut dibuatnya.Hari raya pertama time tu saya dapat masak sambal sardin dengan pulut kuning sahaja.Tak sangka pulak sambal sardin ngam dimakan dengan pulut kuning.

Sebenarnya kita orang plan mau balik kota kinabalu 02.Mei.2022 tu sebab kononnya hari raya jatuh pada 03.Mei.2022,kita pun sudah kemas-kemas semua apa yang patut dibawa pulang,semua biskut raya yang ditempah oleh customer da siap diambil dan dihantar so tak sangka pulak tiba² pengumuman hari raya jatuh pada 02.Mei.Terus hilang mood dibuatnya sebab kita takda beli apa2 untuk masak2 di Tawau.Mujurlah masih ada stock sardin dan sedikit beras pulut so itulah yang dijadikan menu raya pertama.Jadi kita layankan aje la sambal sardin ni dengan ubikayi rebus.


Sambal Sardin

Resepi by :Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

1 tin besar (425gram) sardin,dibuang tulangnya

Satu genggam cili padi,ditumbuk halus

2 biji bawang merah,dicincang

3 ulas bawang putih,dicincang

1/2 sudu makan gula pasir

Garam secukupnya


Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang putih,bawang merah hingga wangi.Masukkan cili tumbuk,kacau sebentar.


2.Masukkan sardin dengan sosnya.Kacau sehingga naik minyak.Perasakan dengan gula dan garam.Kacau sebentar.Siap.


Sambal sardin + Ubikayu rebus.

Sabtu, 10 November 2018

ACAR BUAH

Salam.

Awal pagi ni masih lagi hadap laptop sambil tinjau-tinjau blog masakan kawan-kawan.Banyak hari sudah sepi blog masakan Rahel ni.Selalu juga jengah blog tapi takda upload apa-apa sebab kadang terasa liat betul mau ambik gambar,kalau hantar resepi saja tapi takda gambar,macam ada jak yang tidak kena.Nampak masih ramai geng masak-masak yang rajin ambik gambar dan upload setiap hari dalam blog masakan mereka.Hebatnya korang.

Oh ya,hari ni saya menyempatkan diri juga masak sambal Acar Buah.Sedapnya.Boleh bertambah-tambah nasi jika ikutkan nafsu,nasib baik saya tahan-tahan hahaha.Pernah juga beli acar buah ni,sikit saja dalam bekas tu tapi boleh tahan harganya,tapi kalau dikira-kira memang boleh tahan juga harga jeruk buah-buahan yang diguna dalam sambal ni,apalagi jika melibatkan cili padi,confirmlah mahal gila harga cili skarang ni,sejemput saja pun sudah RM2.Kerana suka yang pedas maka dibeli juga walau mahal.


ACAR BUAH

Sumber:Resepi HOME MADE
Resepi by:Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan:
3 sudu besar rempah kari ayam
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan bijan
1 cawan cuka
1 kg campuran jeruk (prun,limau,ceri,mangga,aprikot,kismis,cili,buah kana)

Bahan Kisar:
30 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
10 sm halia
30 tangkai cili kering~direbus lembut

Cara membuat:
1.Sangai bijan terlebih dahulu.Angkat.
2.Kemudian sangai rempah kari hingga harum,angkat.
3.Panaskan minyak,tumis bahan kisar dan rempah kari tadi hingga pecah minyak.
4.Masukkan gula dan cuka.Masak lagi atas api perlahan hingga pecah minyak.
5.Masukkan jeruk.Kacau atas api perlahan hingga pekat dan berminyak.
6.Biar sejuk sebelum ditaburkan bijan dan dihidangkan.

Nota by Chef:Boleh kurangkan cili kering untuk kurangkan pedasnya.

Nota tambahan dari Rahel:
Di cara No.5 Rahel tambahkan 2 cawan air panas,sebab nak masak lebih masa sikit supaya jeruk buah-buahan jadi lembut sebelum pecah minyak.Rahel juga masukkan sedikit garam.Jeruk buah-buahan tu pun Rahel basuh terlebih dulu sebelum masak.

Terima kasih sangat-sangat kepada Chef Norzailina sebab share resepi Acar Buah yang sangat sedap.Banyak lagi resepi beliau yang kena cuba lepas ni.



Selamat mencuba.
Terima kasih awak sudi jengah blog Rahel.

Isnin, 19 Ogos 2013

Sambal Sotong Kering

Salam
 
 
SAMBAL SOTONG KERING
Sumber:Rahel
 
Bahan-bahan:
150g sotong kering
 
Bahan kisar:
10 tangkai cili kering-rendam dan buang bijinya
2 tangkai cili merah
1 genggam cili api
2 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1/2 sudu kecil belacan
1/2 cawan air
 
Perasa:
2 sudu kecil pes asam jawa
1 1/2 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
 
Cara memasak:
1.Rendam sotong semalaman,bersihkan,toskan,potong ikut suka.
2.Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga naik bau.
3.Masukkan sotong kering dan bahan perasa.Masak sehingga sotong empuk.
  
ACAR TIMUN
 
Bahan-bahan:
1 batang timun-potong sesuai selera
1 batang lobak merah-potong sesuai selera
1 ulas bawang besar-dimayang
1 tangkai cili merah,buang biji,hiris
7 buah limau kasturi,ambil jusnya
3 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu kecil garam halus
 
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan-bahan di atas,gaul hingga gula larut.
 
NASI KUNING SABAH
 
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan beras basmati
700ml santan (200ml santan pekat + 500ml santan cair)
5 lembar daun pandan,diracik,simpul
1 1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
 
1 sudu makan jus limau kasturi
 
Cara memasak:
1.Cuci beras basmati,toskan.Sementara itu boleh la panaskan pengukus untuk kukus
   nasi kuning.
2.Masak santan,daun pandan,serbuk kunyit,garam,pati ayam sehingga mendidih.
   Masukkan pula beras yang telah dicuci tadi.Masak sampai santan di serap oleh
   nasi.Jirus nasi kuning dengan jus limau kasturi.Gaul rata.
3.Alihkan nasi kuning ke dalam pengukus yang telah dididihkan airnya.Kukus nasi
   kuning selama 20-30 minit.
 
Nota:Hidang nasi kuning bersama sambal sotong,telur rebus,acar timun.
 
 
Selamat menikmati.