Sabtu, 20 Julai 2024

Kek Pisang Gebu Dan Moist

Baru ada kesempatan ini hari untuk upload resepi di sini.Selalu upload gambar dan resepi di fb sahaja.Resepi kali ini memang sangat mudah dan senang dibuat.Keknya pula gebu dan moist ja,boleh ketagih makan.


KEK PISANG GEBU DAN MOIST


Bahan-bahan:(loyang 8"x8")

100g gula kastor

110g gula perang

3 biji telur A

125g mentega~cairkan

125g minyak jagung

4 biji pisang berangan~dilecek

1/2 st esen pisang

190g tepung gandum cap sauh}

1 st baking soda }~~~diayak bersama

1  1/2 st baking powder


Cara membuat:


1.Gula dan telur diblend hingga hancur.


2.Masukkan mentega cair,minyak jagung.Blend sebati.


3.Masukkaan pisang lecek,esen pisang.Blend sebati sehingga pekat.(supaya kek jadi gebu)


4.Masukkan ke dalam campuran tepung gandum.Gaul rata.Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan dilapik baking paper.


5.Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 45-50 minit sehingga masak.


6.Setelah kek masak,keluarkan dari oven.Biarkan lek sejuk baru hidang.



Selamat mencuba.

Sabtu, 15 Oktober 2022

Chocolate Chip Cookies


Ini antara cookies yang paling ramai peminatnya.Skarang kalau mahu makan cookies boleh pergi kedai bakery or supermarket sahaja untuk membeli.Jika rajin bolehlah buat sendiri di rumah sebab bahan-bahan yang diguna pun sangat mudah dan resepi pun berlambak-lambak di google,anda tinggal memilih resepi yang mana berkenan di hati.Ini kali saya guna resepi dari google juga sebab saya nampak best itulah tertarik untuk mencuba.

Untuk percubaan pertama saya ikut bulat-bulat resepi sebab nampak comel pula saiz cookies yang besar-besar itu.Selalunya kita buat yang saiz kecil-kecil sahaja kan? Jadi ini kali kita cuba pula saiz cookies yang besar-besar.Pada yang suka cookies crunchy-crunchy boleh tambahkan kekacang dalam adunan cookies ini.Resepi asal memang tak bubuh banyak bahan,jadi terpulang pada selera masing-masing.Selamat mencuba. 



CHOCOLATE CHIP COOKIES


Bahan-bahan:

226gram butter,potong kiub dan biar pada suhu ruang 30 minit

2 biji telur saiz L

150gram gula perang

 70gram gula kastor

415gram tepung gandum

2 sudu teh esen vanila

2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam halus

2 cawan chocolate chip


Cara membuat:

1.Putar butter dengan gula kastor,gula perang sehingga berkrim.Masukkan telur sebiji-sebiji,putar rata.Masukkan esen vanilla.Putar lagi hingga rata.

2.Masukkan baking powder,garam dan tepung sedikit-sedikit sambil diputar perlahan hingga bercampur rata.

3.Tambahkan chocolate chip,kaup balik hingga bercampur rata.

4.Gunakan ice cream scoop untuk bentuk adunan,susun dalam dulang.

5.Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 35 minit.


Nota:

Jika suka cookies yang soft,elakkan bakar cookies terlalu lama,sebaiknya keluarkan cookies dari oven ketika permukaan masih lembut.



Rabu, 12 Oktober 2022

Beppa Janda @ Kuih Janda

Lain macam saja nama kuih ini kan tapi itulah nama sebenar kuih khas bugis ini.Kuih dulu-dulu yang sentiasa dirindui.Sedap sangat hidang dengan kopi panas.Selain Beppa Janda ada juga yang memanggil nama kuih ini Kuih Lidah Sapi,mungkin sebab texture kuih lembut gebu.Ada satu kuih yang hampir sama texture kuih ini tapi saya tak berapa tahu apa nama kuih itu,tapi orang Cina saja yang banyak buat kuih tersebut.Oklah,sesiapa yang berani mencuba dipersilahkan.Resepi kita sudah sediakan.


 

BEPPA JANDA @ KUIH JANDA


Bahan-bahan:

400g tepung gandum

250g gula merah (gula aren)

150ml air

175ml minyak masak

2 sudu makan air

1 sudu teh baking powder

Sedikit bijan


Cara membuat:

1.Masak gula merah dengan 150ml air.Masak sehingga gula merah larut.Biarkan air gula sejuk.

2.Tapis air gula ke dalam basin.

3.Bancuh 2 sudu makan air dengan baking poder,kemudian masukkan ke dalam air gula merah.Kacau rata.

4.Masukkan tepung,kacau rata.

5.Masukkan minyak masak,kacau hingga sebati.

6.Sediakan dulang yang dilapik kertas pembakar.Sudukan adunan ke dalam dulang tadi,bagi jarak sebab kuih akan melebar bila dibakar.Boleh juga bulat-bulatkan adunan kemudian susun dalam dulang.Taburkan sedikit bijan di atas doh.

7.Bakar adunan dalam oven pada suhu 175C selama 30-35 minit.



Khamis, 6 Oktober 2022

Kuih Bom Pisang Lemak Manis

Salam kepada semua pembaca blog Rahel,semoga sentiasa sihat dan ceria.Awal-awal lagi ni saya buat kuih bom pisang untuk minum petang.Semalam pergi ke pasar beli bahan-bahan masakan,ternampak pula pisang lemak manis,so kita belilah satu sisir konon untuk makan begitu saja tapi boleh pula teringat kuih bom pisang.Saya teringat kawan saya yang pernah datang rumah saya dulu,dia buatkan kuih bom pisang dan bubuh kelapa parut,sedap pula.Jadi ini hari saya cubalah buat kuih bom macam kawan tu buat.Resepinya mudah sahaja,boleh tengok resepi yang saya sediakan.



KUIH BOM PISANG LEMAK MANIS


Bahan-bahan:

6 buah pisang lemak manis

3 1/2 sudu besar gula kastor

2 biji telur gred B,dipukul sikit guna garfu

1 cawan kelapa parut

1 1/4 cawan tepung gandum

1/4 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh soda bikarbonat


Cara membuat:

1.Pisang dilenyek hingga hancur.Masukkan gula dan telur.Kacau rata.Masukkan kelapa parut,kacau rata.Tambahkan tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat.Kacau lagi hingga rata.Perap adunan selama 15 minit.

2.Panasakan minyak secukupnya,jemput2kan adunan ke dalam minyak panas.Goreng dengan api sederhana sehingga  keperangan.Angkat dan tuskan minyak.Siap.




Selasa, 4 Oktober 2022

Apam Nasi Mudah dan Gebu

Ada lebihan nasi semalam jadi hari ini kita buat apam nasi.Sesiapa yang ada nasi sejuk di rumah tu jangan risau,macam-macam boleh buat dengan nasi itu,tetapi paling selalu korang buat ialah nasi goreng kan? Saya kadang buat juga apam nasi ini tanpa kelapa parut,tapi paling sedap la kalau ada kelapa parut.


Untuk resepi ini kali guna resepi jiran ja,senang dibuat,apam pun lembut dan gebu.Inipun salah satu kuih yang sesuai untuk difrozenkan,buat banyak-banyak selepas kukus sejukkan apam kemudian simpan dalam peti sejuk,bila teringin makan just keluarkan dan kukus sebentar,kemudian bolehlah hidang dengan kopi o.Mudah kan?


APAM NASI MUDAH DAN GEBU

Bahan-bahan:(20pcs apam)
225gram tepung beras
105gram gula kastor
  75gram tepung gandum
170gram (1 cawan nasi sejuk)
1 1/2 cawan air
1 sachet (11gram) yis segera

Pewarna makanan rose pink

Kelapa parut putih secukupnya

Cara membuat:

1.Blend nasi dengan 1/2 cawan air.Blend hingga nasi betul-betul hancur.Masukkan lagi 1 cawan air dan teruskan blend hingga halus.

2.Sediakan dalam basin,tepung beras,tepung gandum,yis dan gula kastor.Tuangkan adunan nasi tadi,kacau hingga rata.Perap adunan selama 30 minit.

3.Setelah adunan diperap,bahagikan kepada dua bahagian,satu bahagian bubuh pewarna rose pink dan satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal.Sapu minyak pada acuan.Isikan adunan ke dalam acuan apam sampai 3/4 penuh.

4.Kukus adunan selama 15 minit dengan api sederhana kuat.Jangan lupa balut tudung pengukus dengan kain untuk elak apam terkena wap.Setelah apam masak,biarkan sebentar supaya senang tanggalkan dari acuan.Bolehlah hidang dengan kelapa parut.

Selamat mencuba.


 


Rabu, 28 September 2022

Donut Susu Terpaling Lembut dan Gebu

Memang tidak pandai puas rasanya makan donut susu ini.Hari tu sudah makan tapi hari ini teringin lagi makan itulah kita buat lagi dan makan sambil pejam-pejam mata. sebab lembut dan sedap sangat.Resepi hari ini kita guna resepi yang lain lagi.Ini kali donutnya memang terpaling lembut dan gebu sudah.Boleh buat untuk jualan.Sebenarnya boleh saja gunakan mana-mana resepi donut untuk dijadikan donut susu.Siapa tahu anda ada resepi dari pjj online,boleh ja guna resepi itu.Manakala kakak-kakak adik-adik yang masih mencari resepi,saya rasa ini resepi paling sesuai anda cuba.Donut tetap lembut dan gebu walaupun disimpan dalam masa 24 jam.




Saya selalu teringat kalau pergi kedai roti dan nampak donut gebu-gebu memang tidak senang kalau tidak beli sebiji.Geram sebab donutnya empuk sangat.Nah! Kamu yang suka donut ala kedai bakery punya kena ingat,diorang guna bahan-bahan premium dalam adunan,jadi pastikan kamu pun guna bahan-bahan yang bagus kalau mahu donut itu sedap.Contohnya tepung gandum biasa tu kamu kena gantikan dengan tepung roti,kalau dulu kamu letak marjerin skarang letak pure butter.Air biasa digantikan dengan susu segar.Confirm kamu tak pandang sudah donut yang lain punya.Oklah,selamat mencuba ya.




DONUT SUSU TERPALING LEMBUT DAN GEBU


Bahan A:

210g tepung roti

 50g tepung gandum

  5g yis segera

33g gula kastor

  5g garam halus


Bahan B:

5g susu tepung


Bahan C:

1 biji kuning telur B

145g air sejuk dari peti sejuk


Bahan D:

40gram mentega


Hiasan atas:(satukan)

25g snow sugar

35g susu tepung


Cara membuat:

1.Campurkan bahan (A),masukkan bahan (B) dan (C).Pukul pada kelajuan sederhana selama 5 minit.Tambahkan bahan (D) dan teruskan memukul selama 15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.


2.Biarkan doh di atas permukaan yang telah ditaburkan tepung dan ditutup dengan kain bersih.Biarkan doh mengembang selama 30 minit sehingga menjadi dua kali ganda daripada saiz asal.


3.Setelah doh mengembang,tumbuk2 doh untuk buang angin.Bahagikan doh kepada 10 bahagian,timbang doh 49g setiap satu.Bulat-bulatkan doh kemudian susun di atas dulang yang ditaburi tepung.Ketepikan selama 30 minit untuk doh mengembang dengan secukupnya.(Terap doh setelah direhatkan 15 minit,kemudian rehatkan lagi 15 minit) 


4.Panaskan minyak secukupnya.Goreng doh sehingga keperangan.Angkat don tuskan minyak.Biarkan donut agak suam sebelum disalut dengan hiasan atas.


5.Celup donut ke dalam campuran snow sugar dan susu tepung.Siap.


Nota:Untuk resepi ini adunan sangat lembik,jadi sapu tangan kamu dengan sedikit minyak supaya doh tidak melekat.




Isnin, 26 September 2022

Flat Bread Super Gebu

Teringat flat bread berkeju yang  di restoran pizza hut,suka pula makan sebab ada pencicah macam saus spagetti bolognese.Harga pun boleh tahan juga.Flat bread yang saya buat hari ini boleh juga dipelbgaikan,boleh dijadikan pizza tinggal buatkan topping sahaja,boleh juga dijadikan roti cheese,roti bawang,tapi hari ini saya buat yang biasa sahaja dan hidang dengan kari ayam.Teh tarik yang secawan tu saya bancuh teh tarik 3-1 sahaja,Memang padu.


kelebihan resepi roti kali ni doh boleh dibuat banyak,kemudian masak.Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk,bila anda teringin nak makan,keluarkan dari peti sejuk dan panaskan sebentar,setelah itu bolehlah hidang roti.Texture roti ini lembut dan gebu.So selamat mencuba.


KARI AYAM


Bahan-bahan:

500g paha ayam,dipotong sesuai selera

3 sudu makan mumbung rempah kari daging

2 biji kentang,dibelah empat

100ml santan kotak (santan pekat)

4 cawan air

Garam,gula dan serbuk pati ayam


Bahan tumis:(ditumbuk halus)

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

2 biji buah keras


Rempah tumis:

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

1 tangkai daun kari


Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan bahan tumbuk,tumis hingga wangi.Masukkan rempah tumis,tumis lagi hingga wangi.

2.Masukkan rempah kari dan potongan ayam,kacau sebentar.Tuangkan air.Masak sehingga mendidih.Setelah ayam ayam hampir empuk masukkan potongan kentang dan teruskan masak sehingga kentang empuk.Masukkan santan dan perasakan dengan garam,gula dan pati ayam.Siap.





FLAT BREAD SUPER GEBU

Bahan-bahan:
500g tepung gandum
2 sudu teh yist
250ml air
1/2 sudu teh garam
 50g minyak masak



CARA MEMBUAT:

1.Air,gula dan yis di masukkan dalam cawan.Perap selama 10-15 minit.

2.Sediakan tepung gandum dan garam dalam basin.Tuangkan bancuhan yis tadi ke dalam tepung.Kacau rata,kemudian tuangkan minyak dan uli sehingga sebati dan jadi doh.(uli 1-2 minit sahaja) Rehatkan doh selama 1 jam sehingga naik 2x ganda.


3.Setelah doh mengembang,tekan-tekan doh untuk keluarkan udara.Bahagikan doh kepada 12 bahagian atau timbang doh 70g,bulatkan doh.Rehatkan lagi doh selama 30 minit supaya mengembang.Setelah doh mengembang,canai doh hingga leper ke saiz 6 inci.



4.Siapkan pan,sapu dengan minyak.Panaskan pan,letak satu keping doh dalam pan,masak sehingga keperangan,sapu permukaan doh dengan minyak kemudian kalihkan dan teruskan memasak sehingga keperangan.Setelah masak sepenuhnya,sapu lagi permukaan roti dengan minyak.


5.Setelah semua doh selesai dimasak.Bolehlah hidang dengan teh tarik dan kuah kari.