Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan

Rabu, 4 Disember 2019

SAMBAL KERING PARU

Salam semua.Semoga ceria selalu.Hari ni kita masak lauk kesukaan kita.Ni kira terlebih rajin sudah ni sebab selalunya makan sambal paru di kedai saja,memang terasa geram ja bila nampak orang tayang sambal paru.Terbayang akan tekstur yang kenyal2 gitew.Kadang kalau pergi tempat kenduri pun ada hidangan sambal paru,kita sanggup makan itu ja dengan nasi,lain lauk tidak dipandang sudah๐Ÿ˜†๐Ÿ˜œ


SAMBAL KERING PARU

Bahan-bahan:
360g Paru
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 lembar daun bay
*rebus bahan di atas selama 30 minit,kemudian toskan airnya.Biar sejuk baru dipotong nipis2.

Bahan untuk diblend:
7 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai ambil putihnya saja,hiris

Perasa:
1/2 sudu makan asam jawa,bancuh dg sedikit air
2 sudu makan gula melaka
Garam secukup rasa

Cara memasak:

1.Paru yang sudah dipotong nipis tadi digoreng hingga separuh garing.Kalau terlampau garing jadi liat pulak so hati2 bila menggoreng.

2.Panaskan sedikit minyak,tumis bahan yang diblend sehingga garing.

3.Masukkan paru goreng tadi.Kemudian masukkan bahan perasa.Gaul sehingga sebati dengan paru.Siap.


Khamis, 25 Julai 2019

Daging Gulai Kawah

Salam๐Ÿ˜Š
Macam terlebih rajin pulak sudah saya ni kan๐Ÿ˜ŠBaru ja upload kueh siput tiba-tiba muncul lagi dengan Daging Gulai Kawah.Gitu la sebenarnya kalau tidak sebok sangat buat tempahan habis semua buku resepi dibelek2.Kali ni daku masak Gulai konon mau hidang skali dengan roti naan,last2 malas ambil gambar roti naan pulak.Esok2 laitu baru tangkap gambal roti naan,kita bagi laluan pada Gulai dulu.



Daging Gulai Kawah
Resepi by Chef Hanieliza
Sumber:Senangnya Memasak Daging

Bahan A:
500g daging
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 cawan santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugur
2 sudu makan gula merah
2 cawan air
5 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B:
20 tangkai cili kering
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh jintan manis
1 sudu twh jintan putih
7 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas

Cara membuat:

1.Potong daging nipis dan kecil.Basuh kemudian tuskan.

2.Panaskan minyak kemudian tumiskan kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

3.Masukkab bahan B kemudian masakkan sehingga wangi dan pecah minyak.

4.Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sedikit air dan kacau rata.

5.Apabila sudah pecah minyak,masukkan santan,kerisik,asam gelugur,garam dan gula merah.

6.Masak sehingga mendidih dan pekat.Kacau sekali-sekala.

7 Tutup api dan hidangkan.

Ermmm sedap tau Daging Gulai Kawah ni.

Selamat mencuba๐Ÿ˜˜


Terima kasih sudi membaca๐Ÿ˜Š

Jumaat, 4 Ogos 2017

DAGING MASAK HITAM

Salam ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ’‹




DAGING MASAK HITAM ๐Ÿฒ
    Resepi by Chef Hanieliza

Bahan-bahan:

500g daging
10 biji bawang merah}
3 ulas bawang putih   }
2 inci halia                 } Dikisar
15 tangkai cili kering}

3 batang serai (diketuk)

1 sudu makan serbuk jintan manis}
1 sudu makan serbuk jintan putih  } Dibancuh
3 sudu makan air                            }

1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan air
5 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Potong daging kecil dan nipis.Basuh dan tuskan.
2.Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar,serai,serbuk jintan manis,dan
   serbuk jintan putih yang sudah dibancuh sehingga wangi.
3.Masukkan daging dan air.Masakkan sehingga lembut dan air kering.
4.Masukkan kicap dan asam jawa.Masakkan lagi sehingga pekat dan naik minyak.
5.Tutup api dan angkat.Sedia dihidangkan.




Selamat mencuba ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹

Rabu, 14 Jun 2017

RENDANG TOK

Hi semua.
Hari ni awal rehat,so sempat la bersiaran,tapi ni lauk yang dimasak beberapa hari yang lalu..hehehe.Sebelum terlupa baik cepat-cepat letak resepi di sini.


Sedap la Rendang Tok ni,teringat pulak masa pi makan di Imago Kota Kinabalu hari tu,rasa hampir sama,tapi Rendang Tok di Shah Alam tu memang tip top betul..sukar untuk dilupakan...hehehe.Rendang Tok ni saya gandingkan dengan Lemang segera ja hari tu,maklumlah satu Tawau ni kehabisan bekalan beras pulut,padahal dah rancang nak buat pulut kuning...adoiii..sabar ja la.


RENDANG TOK (RENDANG DAGING)
Resepi by Chef Hanieliza

Bahan A:
1 kg daging (dipotong sebesar 3 inci)
2 cawan santan pekat
3 sudu makan gula merah
3 keping asam gelugur (sy letak 2 keping sahaja)
1/2 cawan kerisik
2 cawan air
3 helai daun kunyit (dikoyak)
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa

Bahan B:
2 sudu makan ketumbar
1 susu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 tangkai cili kering
5 biji cili api (sekiranya suka)
10 biji bawang merah
3 inci halia
5 batang serai
2 inci lengkuas

Cara membuat:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga naik/pecah minyak.
2.Masukkan daging dan air.Masakkan sehingga daging lembut dan naik minyak.
3.Masukkan santan,garam,gula merah,asam gelugur,kerisik,daun limau purut dan daun kunyit.
4.Masukkan sehingga pekat dan pecah minyak.Kacau sekali-sekala.
5.Tutup api dan hidangkan.


Selamat mencuba dan terima kasih sudi singgah membaca coretan saya.

Selasa, 13 Jun 2017

KARI DAGING

Salam semua.
Sebelum masuk rehat malam ni daku menyempatkan diri upload gambar dan resepi masakan kari daging yang sedap.Memang tak cukup masa sudah skarang untuk skodeng sana-sini sebab sebok da siapkan tempahan biskut raya.Oh ya,ini pun resepi dari Chef Hanieliza juga.Saya gandingkan dengan acar timun saja dan juga nasi putih.Memang kaw2 oh.


KARI DAGING
Resepi by Chef Hanieliza

Bahan-bahan:
1 kg Daging
5 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan kerisik

5 biji bawang merah}
3 ulas bawang putih}-------> dihiris
2 inci halia}

3 tangkai daun  kari
4 cawan santan
5 biji kentang (dibelah 4)
2 keping asam gelugur
2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Potong daging dalam saiz kecil.Basuh dan tuskan.
2.Perap daging dengan rempah kari,kerisik dan sedikit garam.Biarkan seketika.
3.Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dihiris dan daun akri sehingga
   wangi dan garing
4.Masukkan daging dan air.Masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
5.Masukkan santan,kentang,asam gelugur dan garam.Biarkan seketika mendidih.
6.Kecilkan api dan biarkan masak sehingga pecah minyak dan pekat.
7.Sedia dihidangkan bersama ketupat ataupun nasi.


Selamat mencuba.Terima kasih sudi membaca.

Isnin, 22 April 2013

Daging Kambing Masak Cili

Selamat bersua kembali.
Jarang-jarang jenguk blog masakan sebab sebok dengan kerja rumah.Kali ni Rahel share pulak resepi daging kambing yang masak pedas.Saja masak yang pedas2 gitu biar tak cepat muak makan.Ok lah,jom tengok apa bahan-bahan yang perlu disiapkan...
 
 
Daging Kambing Masak Cili
Sumber Resepi:Rahel Blogspot
 
Bahan-bahan:
650g daging kambing-dipotong kecil
1 keping asam keping 
1 batang serai-diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
500ml air
 
Bahan dikisar halus:
1 genggam cili padi-
3 tangkai cili merah
2 lembar daun limau purut-buang urat
5 biji buah keras-dicincang
1 ulas bawang besar-dihiris
3 ulas bawang merah-dihiris
5 ulas bawang putih-dihiris
 
Rempah tumis:
1 batang kulit kayu manis
1 biji puah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
 
Perasa:
1 sudu kecil pati ayam
1 1/2 sudu kecil garam/secukup rasa
1/2 sudu makan gula pasir
1 sudu kecil lada hitam
 
Cara memasak:
1.Panaskan sedikit minyak.Tumis rempah tumis,serai,serbuk kunyit dan bahan yang dikisar
   hingga naik minyak.
2.Masukkan air,asam keeping.Biar mendidih.Masukkan potongan daging kambing.
   Masak dengan api sederhana selama 1/2 jam.Perasakan dengan bahan perasa.Kacau rata.
3.Biar masak sebentar.Angkat.Siap.

 
Selamat menjamu selera.


Isnin, 7 November 2011

Daging Bumbu Sate

Selamat bertemu kembali..semoga semuanya sihat dan ceria selalu..Rahel sebenarnya udah letih dan matapun dah mengantuk sangat ni,tapi kerja menghantar laporan masakan tetap diteruskan..skarang ni semua mesti sedang menikmati makan yang sedap-sedap kan?

Oklah kawan-kawan,Rahel nak share lagi satu resepi daging bumbu sate,menu yang sangat simple dan mudah disediakan.Pada yang suka makan kuah sate tu,bolehlah mencuba daging bumbu sate ni,mesti suka banget


Seperti biasa..sebelum keluar..Rahel mesti share resepinya kat sini untuk jadi rujukan Rahel di masa-masa mendatang dan juga kepada kawan-kawan yang tercari-cari resepi daging bumbu sate..jom kita layan dulu resepinya...

Daging Bumbu Sate
Resepi:Rahel

Bahan:
500g daging
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
air secukupnya untuk merebus daging hingga empuk
1/2 cawan kacang tanah,digoreng
3 sudu makan serbuk cili*
1 sudu makan serbuk ketumbar*
1 sudu kecil serbuk jintan manis*
1 sudu kecil serbuk jintan putih*
3 biji buah keras*
3 batang serai,ambil yang putih saja,hiris nipis*
30g lengkuas,hiris nipis*
2 cili merah*
5 biji bawang merah*
4 biji bawang putih*
1/2 sudu makan asam jawa,bancuh dengan 1/2 cawan air*
2 sudu besar minyak masak*
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
gula merah secukup rasa

Cara:
1.Rebus daging bersama bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis se
   hingga empuk.Angkat.
2.Blender bahan bertanda* dengan sedikit air sehingga benar-benar hancur.
3.Masukkan kacang tanah dan teruskan blender sehingga semuanya hancur.
4.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tuangkan bahan yang diblender tadi,
   goreng sampai pecah minyak.
5.Masukkan daging dan santan.Biarkan mendidih sambil dikacau perlahan.
6.Perasakan dengan garam dan gula merah.Kacau.Angkat dan sedia di
   hidang.


Selamat menjamu mata..daaaa..

Isnin, 31 Oktober 2011

Daging Black Pepper

Salam semua..apa khabar hari ini? harap semua sihat dan ceria selalu,tapi tuan tanah punya kepala ni tengah pening..mungkin pasal lewat tidor semalam,dalam keadaan pening2 pun sempat jugak masak sikit lauk untuk makan tengah hari and ini aja hidangan yang dimasak hari ni..semua pun mesti pandai masak lauk ni,kalau ada yang belum tau masak daging black pepper tapi suka makan..silahkan belajar buat ye...


Oklah kawan-kawan,resepi kali ni memang mudah je,bahan-bahannya pun tak banyak sangat..tapi yang ni ikut selera Rahel la pulak..len kali Rahel kena try jugak resepi kawan2 semua..k la..jom kita tengok pulak bahan2 yg perlu disiapkan untuk membuat daging black pepper...


Naaaa..dah tengok resepinya kan? pasni bolehlah kawan-kawan cuba.


Selamat mencuba dan selamat menjamu mata..nyam..nyam..nyam...

Sabtu, 18 Jun 2011

Tempe Salut Daging

Selamat bertemu kembali...apa khabar semuanya? udah siap masak k? masak lauk ape hari ni? klu jeling-jeling kat blog list banyak hidangan yang sedap2,dah bengong skarang ni..nak tengok yang satu dulu,semuanya menggamit selera.Kali ni Rahel nak share pula resepi yang simple dan teramat mudah untuk disediakan..


Kalau nak buat hidangan yang simple-simple Rahel pilih je menu ni bab kite semua suka..boleh cicah ngan sos cili..pun boleh dimakan begitu saja,kalau nak bawak pegi piknik pun sesuai jugak...senang nak kemaskan dalam bekas.


Oklah kawan-kawan..jom kita sama-sama tengok kat bawah tu,ada resepinya menunggu...layan dulu ek...

Tempe Salut Daging
Resepi:Rahel



Bahan:
2 keping daging burger,biarkan pada suhu ruang
100g tempe,dikukus kemudian tumbuk halus
3 ulas bawang putih,ditumbuk halus
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu makan bawang goreng,ditumbuk halus
2 biji kentang saiz sederhana besar,digoreng kemudian tumbuk halus
1 biji telur saiz L,pisahkan kuning dan putihnya

Cara:
1.Lenyek halus daging burger,kemudian campurkan dengan semua
   bahan,kecuali putih telur.Gaul sebati.Bulat2kan,kemudian leperkan.
2.Panaskan minyak dalam kuali.Celup bebola ke dalam putih telur,
   kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sedang sehingga
   kecoklatan.Angkat dan toskan.


Selamat menjamu selera..

Khamis, 5 Mei 2011

Daging Masak Kicap

Selamat tengah hari kepada semua..apa khabarnya hari ini? Skarang dah tengah hari kan? hmm dah siap masak k belum?..awal siap masak-masak hari ni,so awal jugak nak masukkan entry..kali ni Rahel masak lauk yang simple jer dan mudah disediakan,menu ala2 keluarga jer..dan semestinya ikut selera tuan tanah jugak..Resepi kali ni Daging Masak Kicap...kegemaran keluarga kite...senang dan sedap.





Oklah kawan-kawan..Rahel nak sambung gi makan dulu..dah lapar ni..kalau suka silahkan dicuba resepi Daging Masak Kicap ni..pasti enak...

Daging Masak Kicap
Resepi:Rahel


Bahan:
500g daging,dibersihkan dan potong nipis
3 sdm kicap manis ABC
1 1/2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 tangkai cili merah,dihiris
7 tangkai cili padi,dihiris
1 sk sebuk pati ayam
1 sudu makan serbuk cili
5 ulas bawang merah-hiris halus*
3 ulas bawang putih-hiris halus*
1/4 bawang besar,dipotong dadu*
1 batang kulit kayu manis*
2 lembar daun bay*
2 buah keras-tumbuk halus*
1 batang lobak merah dipotong kecil
garam dan gula pasir secukup rasa
2 liter air untuk merenih daging hingga empuk

Cara:
1.Panaskan minyak,tumis bahan bertanda* hingga keperangan.
2.Masukkan daging,kacau sebentar dan tambahkan air,cili merah,cili padi,
   serbuk cili.
3.Biarkan daging masak hingga empuk selama 90 minit.
4.Masukkan potongan lobak merah,serbuk pati ayam,garam,gula,kicap manis,
   sos tiram,sos tomato.Biarkan masak sebentar sambil dikacau skali-skala.
5.Angkat dan hidang.



Selamat menjamu selera...