Isnin, 22 April 2013

Daging Kambing Masak Cili

Selamat bersua kembali.
Jarang-jarang jenguk blog masakan sebab sebok dengan kerja rumah.Kali ni Rahel share pulak resepi daging kambing yang masak pedas.Saja masak yang pedas2 gitu biar tak cepat muak makan.Ok lah,jom tengok apa bahan-bahan yang perlu disiapkan...
 
 
Daging Kambing Masak Cili
Sumber Resepi:Rahel Blogspot
 
Bahan-bahan:
650g daging kambing-dipotong kecil
1 keping asam keping 
1 batang serai-diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
500ml air
 
Bahan dikisar halus:
1 genggam cili padi-
3 tangkai cili merah
2 lembar daun limau purut-buang urat
5 biji buah keras-dicincang
1 ulas bawang besar-dihiris
3 ulas bawang merah-dihiris
5 ulas bawang putih-dihiris
 
Rempah tumis:
1 batang kulit kayu manis
1 biji puah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
 
Perasa:
1 sudu kecil pati ayam
1 1/2 sudu kecil garam/secukup rasa
1/2 sudu makan gula pasir
1 sudu kecil lada hitam
 
Cara memasak:
1.Panaskan sedikit minyak.Tumis rempah tumis,serai,serbuk kunyit dan bahan yang dikisar
   hingga naik minyak.
2.Masukkan air,asam keeping.Biar mendidih.Masukkan potongan daging kambing.
   Masak dengan api sederhana selama 1/2 jam.Perasakan dengan bahan perasa.Kacau rata.
3.Biar masak sebentar.Angkat.Siap.

 
Selamat menjamu selera.


6 ulasan:

Mamasya berkata...

Baru mkn kari kambing beberapa hari lepas di tempat kenduri. ni Rahel hidangkan kambing masak cili...nampak sedap..pekat kuahnya.

Amie berkata...

Terhidu bau kambing malam-malam nan sunyi... terus terjun masuk laut berenang ke Tawau terjah dapur Rahel... mmmm enaknya dapat semangkuk kambing pedas!

Melly Octaviana berkata...

Ngga begitu suka makan daging kambing tapi kalo Rahel yang masak mau aja makan nya..hehe

suryabil berkata...

Kite ni bukan pengemar sgt dging kambing ni...bila tgok menu rahel ni kecur gak dibuat nya...:-)

Unknown berkata...

hahaha saya suka saya suka...

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

Jarang nk mkn kambing kecuali time kenduri
sedapkan kalu kena cara msknya tu
Nmpk Rahel msk sedapp je