Selamat malam and selamat berhujung minggu.Semoga ceria selalu.
Chocolate Banana Crepe
Sumber Resipi:Wendy Kor
Bahan untuk krep:
100g tepung kek
20g tepung ubi kentang
10g tepung jagung
10g tepung kastard
50g gula
2 biji telur
100g susu cair/segar
250g air
10g minyak
Bahan untuk inti
Coklat ganache:
250g coklat
150g krim putar (dairy)
Krim coklat:
250 krim putar (non-dairy)
20g serbuk koko
5 biji pisang
50g coklat masakan--utk hiasan
Cara membuat krep:
1.Gaul tepung kek,tepung ubi kentang,tepung kastard & tepung jagung dalam sebuah mangkuk. Tambah gula,telur,susu dan gaul sehingga sebati dengan pemukul telur.
2.Kemudian tambah air serta minyak sehingga adunan sebati.Gunakan ayak sekiranya adunan berketul.
3.Panaskan kuali tidak lekat atas api sederhana dan sapukan sedikit mentega atau minyak.
4.Tuangkan sesenduk adunan dan putarkan kuali untuk membentuk krep yang nipis dan bulat.Setelah masak keluarkan dan biarkan sejuk.
Cara menyediakan inti
A.Ganache:Cairkan coklat dan krim putar secara double boil.Biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk sehingga padat.
B.Krim Coklat
1.Pukul krim putar non dairy sehingga kembang dan tambah serbuk koko.Gaul sehingga sebati.
2.Paipkan krim coklat ke atas sekeping krep & susun potongan pisang di atas.Paipkan ganache coklat di atas dan lipat ke dua dua sisi krep.Kemudian gulungkan dengan kemas.
Selamat menikmati Chocolate Banana Crepe.
Terima kasih kepada yang sudi order.
6 ulasan:
wah wah akaak...
hihi atie pernah mkn sekali banana crepe.sedap jgk
best idea Rahel ni
sgt2 sedap nampak tu
wow! mabelesnyaaa....
Bestnya rahel, saya mmg tak pernah mencrepe, tau makan je
blm penah makan crepe tapi fillingnya tu nampak sangat sedap..
Rahel, marbeles betul tgk gandingan choc n banana as a filling dlm crepe tuh...terasa2 jer kat tekak akak ni taaauu...adeeii kijamnya Rahel..
Catat Ulasan