Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan

Selasa, 16 Ogos 2022

Sayap Ayam Goreng Tepung

Ada yang suka makan ayam goreng yang krispi tapi selalu pening nak buat macam mana dia punya tepung bagi rangup manja gitew,so ini kali saya share cara saya yang sangat simple.Guna bahan yang ada di dapur ja.Pastikan goreng dalam minyak banyak dan buka api kecil sahaja untuk dapatkan ayam goreng krispi.Jika anda tak suka daun kari boleh abaikan ja.

.


 

SAYAP AYAM GORENG TEPUNG

Resepi by : Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

Sayap ayam 3 ketul


Bahan kering:(dicampur rata)

1/2 cawan tepung gandum

1 sudu teh serbuk rempah kari daging

1/2 sudu teh serbuk kunyit

1/2 sudu teh serbuk lada putih

1/2 sudu teh garam halus

1 tangkai daun kari,dimayang/dicincang


Bahan untuk celup sayap:

1 biji telur }~kacau rata

4 sudu besar air }


Minyak secukupnya untuk menggoreng


Caranya:


1.Cuci bersih saya ayam kemudian toskan airnya.Perap dengan sedikit garam dan serbuk lada putih.

2.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.

3.Salut sayap dengan tepung kemudian celup ke dalam bancuhan telur tadi,kemudian salut kembali dalam tepung.

4.Goreng sayap dalam minyak panas dengan api kecil sehingga kekuningan atau sampai masak.(ambil masa lebih kurang 15 minit utk masak) Toskan minyak.Siap.


Selamat mencuba.

Selasa, 26 Oktober 2021

Sweet And Sour Chicken

Salam semua.Baru ada masa nak taip resepi walaupun tak seberapa sibuk.Kali ini daku masak ayam masam manis,mesti ramai peminat ayam manis kan? Lain orang lain resepinya,masak ikut selera masing-masing.Jadinya kita tulis pulak resepi sesuai selera kita.Pada yang minat ayam masam manis dipersilahkan mencuba.


SWEET AND SOUR CHICKEN

Resepi by:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

1 bahagian paha ayam,buang tulang,potong kecil2

1/4 sudu teh serbuk lada hitam

Secubit garam

*Perap bahan di atas


Adunan tepung untuk celup ayam:(bancuh)

1/2 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung ubikayu

1/4 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh garam

1/4 sudu teh serbuk kunyit

100ml air

1 sudu besar minyak masak


Bahan pelengkap:

2 ulas bawang putih,dicincang halus

Sedikit  nenas,dipotong kecil2

Separuh timun,dipotong kecil

Satu tangkai cili merah,dipotong kecil2

Separuh bawang besar(bawang kuning),dipotong2


Sos masam manis:(satukan)

2 sudu besar sos tomato

4 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos plum

1 sudu besar gula,kurangkan jika tak suka manis

5 sudu besar air


Cara memasak:

1.Panaskan minyak secukupnya.Celup potongan2 ayam ke dalam bancuhan tepung.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan toskan.

2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang putih hingga wangi.Masukkan semua bahan pelengkap,tumis sebentar hingga layu.Angkat dan ketepikan.

3.Masukkan semua bahan sos masam manis ke dalam.kuali,masak dengan api perlahan sehingga berbuih dan pekat.Masukkan ayam goreng tepung tadi.Kacau rata.Masukkan bahan pelengkap (sayuran) yang sudah ditumis tadi.Kacau rata.Tutup api.Siap.

4.Taburkan sedikit bijan jika suka.



Ahad, 22 Ogos 2021

CAKAR AYAM PEDAS

Salam.Semoga semua sihat dan ceria selalu.Menu kita kali ini ialah cakar ayam masak pedas gitu.Pada yang suka makan cakar ayam maknanya kita geng.Cakar ayam ni kita boleh pelbagaikan,masak ikut selera masing².Masak cakar ayam sampai betul² empuk baru la siok makan.


CAKAR AYAM PEDAS

Resepi by:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

600g kaki ayam,bersihkan


Bahan kisar:

3 biji bawang merah

3 biji bawang putih

1 inci halia

2 inci lengkuas

Segenggam cili api,boleh lebihkan jika suka pedas


1/2 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk ketumbar

3 lembar daun limau purut

Garam secukupnya

Sedikit gula pasir

1/2 sudu teh pati ayam maggi


Cara memasak:

1.Rebus kaki ayam hingga empuk.Toskan.


2.Tumis bahan kisar,serbuk kunyit,ketumbar & daun limau hingga pecah minyak.


3.Masukkan cakar ayam.Perasakan dengan garam,gula dan pati ayam maggi.Kacau rata.Siap.




Selamat mencuba.


Isnin, 24 Februari 2020

AYAM MASAK SERAI

Hi😊Salam ceria selalu.Makan hari sudah baru upload resepi.Nampak slow sudah berblog ni,tak tau mau buat macam supaya semangat balik berblog


Setiap hari ada masak juga di rumah,tapi tidak serajin dulu2 mengambil gambar,kadang sudah ambil gambar tapi dibiar jak gambar tu bertumpuk dalam galeri😁 

Kali ni daku masak ayam berbumbu serai.Jarang2 masak gini,konon mau gandingkan dengan burasak tapi terlupa beli tali untuk ikat burasak,jadinya hidang saja la dengan nasi putih.Pokoknya sedap bah.



AYAM MASAK SERAI
Resepi by Rahel

Bahan-bahan:
1 kg ayam,dipotong sesuai selera
21 batang serai,diambil putihnya saja
2 inci halia
2 inci kunyit 
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
25g gula melaka
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu makan asam jawa
2 sudu makan minyak masak

Cara memasak:
1.Serai,halia,kunyit,bawang merah,bawang putih dihiris nipis2.Kemudian blend dengan air +2 sudu makan minyak masak.

2.Panaskan kuali,tuang bahan yang diblend tadi ke dalam kuali,tak perlu tambah minyak dan  air.Biarkan sehingga menggelegak.Setelah itu masukkan ayam,ketumbar dan lada putih.Teruskan memasak dengan api sederhana.Jangan lupa kacau sekali skala.

3.Tambahkan asam jawa,gula melaka,pati ayam dan garam.Teruskan memasak sehingga ayam empuk dan airnya agak kering.Siap.

Selamat mencuba👍



😍😍😍



Selasa, 26 November 2019

AYAM MASAK MERAH YANG SEDAP

Salam ceria selalu.Semoga sentiasa sihat dan bahagia bersama orang disayangi.Hari ni kita masak ayam masak merah versi kita sebab kita juga yang makan😁lain orang lain resepinya.Saya pernah beberapa kali makan yang orang masak tapi jujur saya cakap tidak berapa suka dia punya rasa n ada bau yang semacam,mungkin bahan2nya tidak ditumis sampai garing jadi bila kita makan macam bau rempah mentah ja dalam mulut.Ada juga yang bubuh daun sup dengan daun bawang tapi saya tidak.Itu saja ceritanya😁 so korang cuba la resepi ayam masak merah by Rahel.Semoga ngam dengan selera kamu.


AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

600g ayam dilumur garam dan serbuk kunyit.

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai,ambil putih saja
5 tangkai cili kering
*blend semua (6 jenis) bahan di atas
4 sudu makan tomato puree
1 1/2 sudu makan sos cili
40g Gula Melaka
Satu sudu makan bawang goreng
Garam secukupnya

Rempah 4 sekawan:
1 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
4 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis

Hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang,dipotong

Cara memasak:

1.Goreng ayam sehingga masak.

2.Panaskan sedikit minyak,tumis rempah 4 sekawan hingga wangi.Masukkan bahan yang diblend tadi.Tumis hingga garing.

3.Masukkan 1 cawan air,tomato puree,sos cili,gula melaka.Biarkan mendidih.

4.Masukkan ayam goreng,bawang goreng.Kacau rata dan masak sekejap lagi hingga agak pekat kuahnya.Perasakan dengan garam.

5.Hidangkan ayam masak merah dengan taburan bawang goreng dan daun bawang.


Terima kasih sudi membaca👍

Ahad, 23 Jun 2019

AYAM PALEKKO'

Salam😘
Masih dalam mood raya kan? Jadi boleh lagi masak-masak lauk kegemaran.Ayam Palekko' ni salah satu menu wajib juga yang perlu ada ketika musim raya di rumah suku Bugis.Selalu juga dihidang bersama Burasa' atau Tumbu',tapi raya tahun ni kita takda buat pun,ni semua gambar tahun lalu punya😀🤣baru teringat ni hari mau masukkan resepi dalam blog😆Jika korang rajin masak,silahkan mencuba.Dijamin menjilat jari makan😘



Ayam Palekko'
============

Resepi By Rahel😘

Bahan-bahan:
1kg Ayam,bersihkan & potong seauai selera
1 sudu makan asam jawa,bancuh dg sedikit air
*satukan ayam dg asam jawa,ketepikan

Bahan kisar:
5 inci lengkuas,dipotong nipis
5 inci halia,dipotong nipis
2 batang serai,ambio putih saja,potong nipis
1 inci kunyit
2 biji buah keras
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 lembar daun limau purut
1 genggam cili padi
5 buah cili merah
*kisar bahan di atas hingga halus,kecuali daun limau

1 cawan air

Perasa:
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya
Aji shio secukupnya

1/4 cawan minyak masak (secukupnya)

Cara memasak:
=============

1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.

2.Masukkan ayam beserta air asam,daun limau & 1 cawan air.Tambahkan perasa.Masak hingga naik minyak & ayam empuk.

Sedia dihidang.

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi membaca😘

Selasa, 4 Julai 2017

KERUTUK AYAM

Salam ceria selalu.Confirm semua masih dalam suasana hari raya kan...hehehe.Masih belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir dan batin,yang sudah jemu dengan lauk raya tu confirm tercari-cari menu yang berasaskan sup atau sayur rebus plus sambal belacan..wallaaaa...


Masa baru balik dari cuti hari tu kami terbeli lemang dan juga rendang daging,tapi dapat habiskan satu batang lemang saja dan rendang pulak habis.Time pi pasar masih lagi teringat akan baki lemang tu,sayang pulak kalau dibiar sampai basi,jadi kesudahannya saya beli ayam dan santan fresh,tapi masih tak tau lagi mo masak apa.Sampai rumah macam biasa,belek2 buku resepi cari idea maka ternampak resepi Kerutuk Ayam.Bila dibaca resepi memang senang buat,bahan2 pun sudah ada,so mula la beraksi.Ha..ni pertama kali saya masak Kerutuk Ayam tau..memang sedap dan puas hati,dapatlah kami gandingkan dengan lemang dan nasi putih.Kenyang.


KERUTUK AYAM
Resepi by Chef Hanieliza (Edisi ke 2 Senangnya Memasak Ayam)

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibuang kulit dan dipotong kecil)

Bahan Kisar:
2 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
5 biji bawang merah (digoreng)

4 sudu makan rempah kerutuk
1 sudu makan kerisik
1 sudu makan gula merah
2 cawan santan
Garam secukup rasa
3 sudu makan minyak

CARA MEMBUAT:
1.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
2.Masukkan rempah kerutuk kemudian kacau sehingga sebati.
3.Masukkan ayam,kerisik,garam,gula merah,dan santan.Biarkan sehingga mendidih.
4.Pastikan kacau sekali-sekala.
5.Apabila sudah pekat dan ayam menjadi lembut,tutup api dan angkat.
6.Hidangkan bersama nasi ataupun roti.

Pesan dari Rahel:
-Tambahkan 1 sudu kecil pes asam jawa dalam masakan.
-Tambahkan 1 sudu kecil serbuk pati ayam maggi dalam masakan.


Selamat mencuba.Terima kasih sudi membaca coretan Rahel.

Jumaat, 2 Jun 2017

Rendang Ayam & Onde-onde Pulut Hitam

Salam sejahtera diucapkan khasnya kepada semua pembaca blog ini.Semoga sentiasa dalam rahmatNya.Amin.Sudah berapa hari puasa,tapi baru berkesempatan upload menu berbuka puasa hari pertama.Sempatlah juga masak sikit lauk dengan berpandukan buku resepi...hehehe.Biasa kalau takda buku resepi,boleh jadi bingung mo masak apa kan?,tapi kalau ada..ya senang ja,tinggal pilih menu kesukaan.

Hari pertama puasa Rahel pilih untuk masak Rendang Ayam.Bahannya mudah dan senang dimasak.Sedap pulak tu.Nampaknya dalam bulan puasa ni saya pulun resepi Chef Hanieliza.Senang dan sedap.



RENDANG AYAM
Resepi by Chef Hanieliza (Buku Resepi Senangnya memasak Ayam)

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibuang kulit dan dipotong kecil)
3 labu bawang besar}
5 ulas bawang putih}
5 batang serai}
1 inci halia}------------------------> dikisar
1 inci lengkuas}
1 inci kunyit hidup}
15 tangkai cili kering}
15 biji cili api}
2 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit (Rahel guna daun limau purut sebab takda daun kunyit)
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.
2.Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya sebati.
3.Kacau sehingga sebati.Apabila sudah pekat,tutup api dan angkat.
4.Sedia dihidangkan.

Pesan dari Rahel:
1.Panaskan minyak secukupnya.Tumis bahan kisar hingga naik minyak.
2.Masukkan ayam,santan,kerisik,daun kunyit/limau purut.Perasakan dengan garam.
3.Rahel letak 1/4 cawan gula kabung.


Time berbuka puasa memang terasa kurang lengkap kalau takda kuih muih kan,so Rahel buat la juga onde-onde pulut hitam.Tahun yang lalu2 Rahel kadang beli kuih di bazar,sampai boleh beli berapa jenis kuih.Suka betul.Tapi tahun ni dah janji akan buat sendiri di rumah,tak pegi bazar lagi.


ONDE-ONDE PULUT HITAM

Resepi by Rahel

Bahan-bahan:
  50g tepung pulut hitam
100g tepung pulut putih
125ml air + secubit garam

Gula Melaka secukupnya untuk inti,dikikis
150g kelapa parut putih 

Cara membuat:
1.Sediakan tepung pulut dalam mangkuk,tuang air sedikit2 sambil diuli jadi doh.
2.Bahagikan doh kepada 15 bahagian atau sesuai selera anda.Beri inti gula Melaka.Bulatkan.
3.Sediakan air 1 liter dalam periuk,masak hingga mendidih.Masukkan bebola dan biar masak
   hingga terapung.Angkat dan toskan.Segera golekkan di atas kelapa parut.
4.Sedia dihidang.


Selamat mencuba.Terima kasih sudi membaca.


Jumaat, 24 Julai 2015

Ayam Pedas

Ayam masak pedas ni selalu saya buat sebab sukakan rasa pedas gitu.Boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya.Kadang tak masak sayur dah jika ada lauk macam ni.Ayam pedas ni sesuai juga dihidangkan dengan nasi pulut.


Ayam Pedas
Resepi Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
2 bahagian paha ayam-potong sesuai selera
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan gula pasir
sedikit lada sulah
1 sudu makan saus manis ABC
2 helai daun limau purut
300ml air

5 ulas bawang putih}
2 inci halia}--------------ditumbuk
3 biji buah keras}

1 sudu teh serbuk pati ayam maggi
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:

1.Panaskan minyak.Tumis bahan tumbuk hingga wangi.

2.Masukkan ayam,tumis hingga berubah warna.

3.Tambahkan serbuk cili,gula,lada sulah,saus manis ABC,daun limau,pati ayam,air dan garam.Masak hingga ayam empuk.



Selamat mencuba.

Selasa, 20 Januari 2015

Ayam Masak Keluak

Salam ceria selalu.Menu hari ini kita masak ayam keluak versy Rahel.Setiap orang ada resepi masing-masing jadi kenalah masak ikut cara masing2 kan? Saya suka makan ayam masak keluak ni,tapi bukan senang nak dapatkan stock keluak,yang ada jumpa pun kadang masih dalam bentuk biji bukan serbuk jadi leceh sikit.Serbuk keluak ni pun sepupu yang bagi so dapatlah merasa ayam masak keluak.


Ayam Masak Keluak
Resepi dari Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
700g ayam dipotong sesuai selera
3 sudu makan penuh serbuk keluak~dibancuh dg sedikit air jadikan pes
5 ulas bawang putih}
2 biji bawang merah}~~dihiris
2 inci halia}
1 genggam cili padi-dicincang
1 lembar  daun bay
1 batang serai~dititik
500ml air
1 sudu kecil pati ayam maggi
garam secukup rasa

Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan hiris hingga naik bau.

2.Tambahkan cili padi,daun bay,serai dan ayam.Tumis hingga ayam berubah warna.

3.Tambahkan pes keluak dan juga air.Tambahkan pati ayam & garam.Masak sampai ayam empuk.


Selamat menjamu selera.

Sabtu, 6 Disember 2014

Nasi Ayam Spesel

Salam ceria selalu..



Nasi Ayam Spesel
Sumber:Junjs11

Bahan-bahan (6-8 orang)
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2sm halia

Untuk perap:
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair

Untuk Nasi:
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia-ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam

Bahan sos:
5 biji cili merah
5ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka,garam,gula
1/2 cawan air

Untuk Sup:
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar-kisar
rempah sup
garam
daun sup yang dihiris (i letak daun bawang)

Cara-cara:

1.Ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh) bersihkan dan dilumur dengan 2 ulas bawang putih yang ditumbuk dan 2sm halia yang diketuk dan rebus hingga empuk.

2.Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15 minit.Goreng hingga garing.

3.Basuh beras dan toskan.Panaskan butter,tumis halia dan bawang putih hingga garing.Masukkan beras,terbit bau,masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam.Masak seperti biasa.

4.Untuk sos,blendkan semua bahan di atas,boleh ditambah sos tomato/sos cili jika suka.Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

5.Untuk sup,air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar,rempah sup,garam dan daun sup tadi.

Selamat menjamu selera.

Rabu, 28 Ogos 2013

Burasak & Ayam Masak Lengkuas

Salam sejahtera dan salam ceria selalu.
 
 
Semalam sudah tayang burasak yang bersedia untuk direbus di facebook.Pada yang tertanya-tanya akan bentuk burasak tu silahkan tengok2 ya...ini la dia yang dinamakan burasak.Burasak atau buras dihidang pada waktu raya di rumah suku bugis...tak kira la di Indonesia atau pun di Sabah.Burasak dihidangkan bersama Ayam Masak Lengkuas aka bicara ogi' "Manuk Inasu Likku".Memerlukan kesabaran untuk buat buras sebab ianya direbus berjam-jam dengan api perlahan untuk mendapatkan teksture nasi yang padat dan enak.Buras ni ada dua jenis,boleh guna beras biasa dan boleh juga guna beras pulut,tapi yang guna beras pulut tu memang kena kerja lebih lagi la...hehehe.Apa-apa pun jom tengok resepi buras yang Rahel sediakan buat penggemar buras,manatau rajin mau buat  kan...
 
Potong daun pisang,untuk pembungkus luar potong dengan ukuran lebar 9" & panjang 11",kemudian untuk alas dalam potong dengan ukuran lebar 5" & panjang 4".Daun pisang mesti kenaa layur kan agar tidak retak ketika proses membungkus dan mengikat nanti.
 
 
Ambil daun pisang,letak 3 sudu makan nasi.
 
 
Bungkus dengan kemas.Ambil 3 bungkus nasi.Dakapkan.Ikat kemas dengan tali rafia.
 


BURASAK
Sumber resepi:Rahel
 
Bahan-bahan:
1 kg beras,dicuci bersih,toskan
500ml santan pekat
800ml santan cair
2 sudu teh garam halus
5 helai daun pandan,disimpul
Daun pisang secukupnya
Tali rafia secukupnya
 
Cara membuat:

1.Didihkan santan bersama daun pandan,garam.

2.Tambahkan beras yang sudah dicuci tadi.

3.Masak sambil digaul hingga kering.Angkat.Ambil daun pisang,letak 3 sudu makan nasi.Bungkus dengan kemas.

4.Buat sampai semua nasi selesai dibungkus dengan daun pisang.Dakapkan.Ikat dengan tali rafia.

5.Rebus nasi selama 5-6 jam sehingga menjadi burasak.
 
 
Macam yang Rahel cakap tadi,buras digandingkan dengan ayam masak lengkuas.Ermm...memang nda' sah kalau mengahdap burasak baru tiada ayam masak lengkuas...hampeh! Untuk ayam lengkuas pulak memang nda' susah bahan-bahannya...guna jak rempah2 yang ada ditanam di sekeliling rumah...begitu la orang dulu2 kan...bukan mau pening2 cari bahan2 sebab memang diorang sudah ada sedia tanam lengkuas,halia,serai dan kunyit hidup di dekat2 pagar rumah,jadi masak ayam pun guna bahan2 yang fresh.Oh ya,buras jugak serasi digandingkan bersama sambal ikan bolu,sambal ikan tongkol,sambal ikan bilis dan juga sambal merah khas bugis...biasanya orang tua2 akan guna itu la jika tiada ayam tua.Ok la tu,jom tengok pulak resepi ayam likku yang Rahel sudah sediakan untuk penggemar ayam likku...
 
 
AYAM MASAK LENGKUAS
Sumber resepi:Rahel
 
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (1 kg),bersihkan,potong sesuai selera
500ml santan pekat
500ml santan cair
500g lengkuas,bersihkan,hiris nipis
3 buah limau kasturi,ambil jusnya
50g kelapa parut putih,sangai jadi kerisik,tumbuk halus
 
Bahan kisar:
2 inci halia
5 batang serai,ambil putihnya,hiris
5 cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 biji buah keras,hiris/cincang
 
Bahan perasa:
1 keeping asam keping-boleh diganti dengan 1/2 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan gula jawa atau gula Melaka
1 sudu teh lada putih biji,tumbuk halus
3 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh ajinomoto atau serbuk pati ayam
 
Cara membuat:

1.Perap ayam bersama jus limau.Ketepikan.

2.Kisar lengkuas bersama air secukupnya.Tapis dan perah airnya.Buang air perahan tadi.Kukus lengkuas selama 5 minit.

3.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali,tumis bahan kisar hingga naik minyak.Tambahkan santan.Masak santan hingga mendidih.

4.Masukkan pula lengkuas,ayam.Masak dengan api sedang.Kacau sekali-sekala.Bila santan sudah mul surut,tambahkan kerisik dan bahan perasa.

5.Teruskan memasak ayam lengkuas hingga benar-benar kering (jangan hangit).
 
 
 
Selamat menjamu selera.
 


Sabtu, 6 Julai 2013

Ayam Goreng Berempah

Selamat malam...semoga ceria selalu.



SAMBAL BELACAN

2 buah limau kasturi-ambil jusnya

Bahan-bahan:(dikisar)
1 genggam cili api
3 tangkai cili merah
1 buah tomato besar
1/2 sudu makan gula merah
1/2 sudu kecil belacan-bakar
sedikit garam
1 sudu makan minyak masak

Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak dalam periuk,tuang bahan kisar dan jus limau.Masak hingga mendidih.Angkat.Hidang bersama ayam berempah.


AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:
600g ayam-dipotong sesuai selera
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 buah limau kasturi,ambil jusnya
1/2 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar

Bahan kisar:
2 batang serai,ambil putih,hiris
2 inci halia,hiris
2 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara membuat:
1.Perap ayam bersama bahan kisar dan bahan lain selama 1 jam.
2.Panaskan minyak.Goreng ayam dengan api sederhana hingga kekuningan atau hingga masak.
3.Hidang ayam goreng berempah bersama potongan timun dan sambal belacan.

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi membaca.

Ahad, 2 Disember 2012

Ayam Goreng Sambal Udang Kering

Menu hari ini ayam goreng sambal udang kering.Selalunya kita buat sambal udang kering saja kan? ataupun sayur masak sambal udang,jadi apakata korang cuba pula menu yang satu ini.Sedap sangat.





Ayam Goreng Sambal Udang Kering
Sumber:Rahel

Bahan:
2 ketul paha ayam-dibersihkan-potong sesuai selera
2 biji limau kasturi
3 sudu makan udang kering-direndam dengan air panas,kemudian toskan*
1 genggam cili api*
10 biji bawang merah*
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

1.Satukan ayam bersama jus limau dan sedikit garam.Ketepikan selama 30 minit.Goreng ayam dalam minyak panas dengan api sedang hingga masak.Angkat & toskan.

2.Kisarkan bahan bertanda*.Tumis hingga pecah minyak.Tambahkan cili merah,gula,pati ayam & garam.

3.Masukkan ayam.Kacau hingga mesra.Angkat.Sedia untuk dihidang.


Selamat menikmati Ayam Goreng Bersambal Udang Kering.

Selasa, 24 April 2012

Briyani Ayam

Salam😊



Semalam Rahel memilih untuk masak briyani ayam sebab ianya dimasak dengan nasi skali,senang kerja dan ini kali ke dua Rahel masak briyani ayam menggunakan resepi yang sama.Hasilnya memang enak sekali,macam makan di restoran India pulak,tapi betul ni..tak tipu tau..briyani ayamnya sebijik macam yang slalu Rahel makan kat restoran India..nasinya lembut dan moist...wangi pulak tu.Memang berbaloi dicuba.




BRIYANI AYAM
Sumber:Buku Resepi Rasa Malaysia

Bahan-bahan:
3 sudu besar minyak sapi
2 batang,9 cm setiap satu Kulit Kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bawang besar,dikupas dan dihiris
1 ekor,kira-kira 1.5kg Ayam,dipotong enam
1 sudu sedang serbuk kunyit
1/2 cawan yogurt
4 biji tomato,dibelah empat
4 tangkai cili hijau,dibiarkan sebji-sebiji
1 sudu besar garam
3 tangkai daun kari
875ml santan,diperah daripada 1/2 biji kelapa parut dg air secukupnya
1 sudu besar badam yang dikisar
1 sudu besar gajus yang dikisar
480g beras basmati,dibasuh dan dituskan
3 helai daun pandan,disimpul

Bahan-bahan dikisar:
1.25cm halia,dikupas
3 ulas bawang putih,dikupas
8 ulas bawang merah,dikupas
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh lada hitam biji

Cara:

1.Panaskan kuali dengan minyak sapi & goreng rempah ratus selama 1 minit dan bawang besar sehingga perang.

2.Masukkan pula ayam dan goreng betul-betul,kemudian bubuh kunyit serbuk dan bahan-bahan yang dikisar.

3.Tambah yogut,tomato,cili hijau,garam dan daun kari & renihkan selama beberapa minit.

4.Tuang separuh daripada santan dan masukkan badam & gajus.Kacau.Didihkan & tuangkan baki santan.

5.Masukkan beras yang dituskan,ayam & baki santan ke dalam periuk atau periuk elektrik untuk memasaknya.Apabila setengah masak,bubuh daun pandan dan kacau rata.

6.Hidangkan panas dengan sekeping ayam.



Selamat mencuba.

Ahad, 22 April 2012

Kari Ayam Kering

Selamat petang semua..dah siap minum petang k? Petang ni Rahel tak buat apa-apa yang berkenaan dengan kuih-muih atau pun kek,sebab kek carrot yang semalam tu pun ada lagi,jadi itu aje yang akan di hidang untuk minum petang.Hem..kali ni Rahel nak share lagi satu resepi Kari Ayam Kering yang sememangnya dicedok lagi dari buku resepi RASA MALAYSIA yang memuatkan lebih darpada 200 resepi asli jadi kebanyakan bahan-bahan menggunakan bahan yang segar dan sememangnya enak sekali.

Tapi kan,gue mau tanya kepada geng blogger masakan atau yang pakar bab masakan kari ni terutamanya yang berasal dari negeri Selangor sebab menurut dalam buku resepi..Kari Ayam Kering ni adalah resepi asli dari negeri Selangor.Macam mana rupa Kari Ayam Kering tu? hahaha..soalan apa ini.Sebenarnya Rahel baru pertama kali masak kari ayam kering ni dan dalam buku resepi tu memang kebetulan tiada gambarnya,jadinya gue tak tau macam mana rupanya setelah dimasak.Adakah seperti yang dalam gambar di atas/di bawah ni? Sila beri tunjuk ajar yer..hehehe..


Baeklah,jangan lupa jawab pertanyaan gue tu nanti,kita teruskan pulak pada resepi Kari Ayam Kering.

KARI AYAM KERING
Sumber:Buku Resepi Rasa Malaysia (Betty Saw)

Bahan-bahan:
1 ekor,kira-kira 1 kg ayam
2 sudu teh garam
100ml minyak masak
250ml santan daripada 1 biji kelapa parut
Jus lemon dari 1 biji lemon

Bahan-bahan kisar:
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering,direndam
15 ulas bawang merah,dikupas
8 ulas bawang putih,dikupas
2.5 cm kunyit,dikupas

Cara:

1.Potong ayam kecil-kecil dan perasakan dengan bahan-bahan yang dikisar dan garam.Perapkan selama 3 jam.

2.Panaskan minyak masak didalam kuali dan goreng ayam yang diperasakan sehingga perang.

3.Campurkan pati santan dan renihkan di atas api kecil sambil dikacau sekali-sekala sehingga ayam empuk dan kuah pekat.

4.Sebelum diangkat,bubuh jus lemon.

*Rahel campurkan sedikit bahan perapan dan kunyit ke dalam santan.

Isnin, 16 April 2012

Sate Ayam Kuah Lemak

Salam manis kepada semua yang sudi melawat dapur Rahel.Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu.Hmm..korang semua udah siap makan kan..hehe..terlewat lagi gue hantar laporan..tadi udah sarapan yang berat-berat so ingatkan tak mo makan tengah hari lagi,tapi bila belek-belek majalah Sedap ternampak pulak Sate Ayam Kuah Lemak..menarik sangat bunyinya kan..pastu tenung pic lama2.. lagi la bertambah perasaan yang lapar.


Kali ni Rahel hidang sate ayam dengan nasi impit,tapi memang sedap la sate ayam kali ni,cicah dengan kuah kacang lemak pun dah cukup menyelerakan.tambahan pulak dengan penggunaan isi peha ayam,lembut sangat satenya,cara penyediannya pun tak la cerewet..suka sangat.


Ok la,kepada yang gemar makan satay ayam tu,bolehlah mencuba resepi ni ya bahan-bahannya sangat mudah didapati dan cara penyediannya pun sonang banget.

Sate Ayam Kuah Lemak
Sumber:Majalah Sedap

Bahan:
300g peha ayam,ambil isinya,buang kulitnya dan potong-potong
3 sudu makan kicap manis
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh air perahan limau nipis
2 sudu makan minyak masak

Bahan Kuah Santan:
200g kacang tanah,goreng & kisar halus
575ml santan
3 helai daun limau,buang tulangnya
2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Kisar:
3 biji cili kering
2 ulas bawang putih

Cara:
1.Lumur ayam dengan kicap manis,garam,serbuk lada sulah,air perahan limau nipis dan minyak masak.Perapkan selama 30 minit.

2.Cucuk ayam dengan lidi pencucuk sate.

3.Bakar sambil disapu baki rempah sehingga masak.

4.Kuah Santan;tumis bahan kisar dan daun limau sehingga terbit aroma.Masukkan kacang tanah dan kacau rata.Masukkan santan,kicap manis,sos tiram dan garam.Masak sehingga mendidih.

5.Hidangkan sate bersama kuah santan.


Selamat menikmati Sate Ayam Kuah Lemak. 

Khamis, 22 Mac 2012

Ayam Ala Tinju Bersalut Oat

Salam manis dan selamat bersiaran kembali,apa khabar semua? Hari ni Rahel cuba pulak masak ayam ala tinju bersalut oat,resepi dari majalah rasa mac..semenjak Rahel beli majalah rasa mac memang terus berkenan dengan resepi ni,tengok bahan-bahan dan cara penyediannya memang mudah,makan pun berselera banget,dan makan dua ketul pun terasa cepat kenyang,mungkin sebab disalut dengan oat dan sedikit tepung.Dulu pernah makan ayam ala tinju kat rumah kawan ..memang sedap la.


Kali ni Rahel hidangkan ayam ala tinju ni bersama tomato dan timun yang ala sambal dabu-dabu,memang serasi la..tambah pulak dengan adanya cili api...memang semakin menggamit selera.Kepada sesiapa yang belum cuba ayam ala tinju ni memang wajip mencuba..sedap tau..anak-anak dan orang dewasa mesti sukakannya.


Ok la,kepada yang belum memiiki atau tak sempat beli majalah rasa mac..Rahel sertakan resepinya sebagai rujukan di sini...

Ayam Ala Tinju Bersalut Oat
Sumber:Majalah Rasa Mac

Bahan:
5 ketul kepak ayam (i buat 6 ketul),dibentuk seperti genggaman tangan peninju
90g rolled oats
40g tepung jagung
40g tepung gandum
2 biji telur
1 sudu teh herba campuran (mix herbs)
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Gaulkan ayam bersama rempah campuran dan garam secukupnya.
2.Kemudian gaulkan pula dengan tepung jagung dan tepung gandum hingga sebati.
3.Setelah itu,celupkan ayam ke dalam adunan telur yang dipukul sedikit.
4.Seterusnya salutkan pula dengan rolled oats secukupnya.
5.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuning keemasan.Angkat & toskan.
6.Sedia untuk dihidangkan bersama sos pilihan.

Info Chef:
Ayam perlu digoreng di dalam minyak yang penuh dan pastikan api sederhana supaya
ayam masak sempurna. 



Selamat menikmati Ayam Ala Tinju Bersalut Oat.

Selasa, 13 Mac 2012

Satay Ayam Serai

Selamat pagi semua..semoga sihat dan ceria selalu.Jom kita masak satay ayam serai yang ala satay lilit bali.Kalau buat macam ni lagi senang dan sedap,makan time panas-panas memang mantap betul rasanya.

Satay Ayam Serai
Sumber:Rahel

Bahan:
200g isi ayam kisar
50g kelapa parut putih
3 ulas bawang merah kecil}
2 ulas bawang putih}
1/2 sudu kecil serbuk lada putih},ditumbuk halus
1 tangkai cili merah,dicincang
1 sudu kecil gula pasir
Garam secukup rasa

10 batang serai dipotong 5-6inci

Cara:
1.Satukan semua bahan dan gaul rata.

2.Ambil 1 sudu makan adunan ayam dan tempelkan pada batang serai.

3.Panaskan kuali leper,sapu dengan minyak panggang satay ayam dalam kuali hingga masak.Setelah masak hidang bersada lada bawang bersauce manis.

Lada Bawang
4 sudu makan sos manis ABC
7 tangkai cili api,ditumbuk halus

Cara:
1.Satukan semua bahan dan hidang bersama satay ayam serai.



Selamat membaca.