Memaparkan catatan dengan label apam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apam. Papar semua catatan

Selasa, 4 Oktober 2022

Apam Nasi Mudah dan Gebu

Ada lebihan nasi semalam jadi hari ini kita buat apam nasi.Sesiapa yang ada nasi sejuk di rumah tu jangan risau,macam-macam boleh buat dengan nasi itu,tetapi paling selalu korang buat ialah nasi goreng kan? Saya kadang buat juga apam nasi ini tanpa kelapa parut,tapi paling sedap la kalau ada kelapa parut.


Untuk resepi ini kali guna resepi jiran ja,senang dibuat,apam pun lembut dan gebu.Inipun salah satu kuih yang sesuai untuk difrozenkan,buat banyak-banyak selepas kukus sejukkan apam kemudian simpan dalam peti sejuk,bila teringin makan just keluarkan dan kukus sebentar,kemudian bolehlah hidang dengan kopi o.Mudah kan?


APAM NASI MUDAH DAN GEBU

Bahan-bahan:(20pcs apam)
225gram tepung beras
105gram gula kastor
  75gram tepung gandum
170gram (1 cawan nasi sejuk)
1 1/2 cawan air
1 sachet (11gram) yis segera

Pewarna makanan rose pink

Kelapa parut putih secukupnya

Cara membuat:

1.Blend nasi dengan 1/2 cawan air.Blend hingga nasi betul-betul hancur.Masukkan lagi 1 cawan air dan teruskan blend hingga halus.

2.Sediakan dalam basin,tepung beras,tepung gandum,yis dan gula kastor.Tuangkan adunan nasi tadi,kacau hingga rata.Perap adunan selama 30 minit.

3.Setelah adunan diperap,bahagikan kepada dua bahagian,satu bahagian bubuh pewarna rose pink dan satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal.Sapu minyak pada acuan.Isikan adunan ke dalam acuan apam sampai 3/4 penuh.

4.Kukus adunan selama 15 minit dengan api sederhana kuat.Jangan lupa balut tudung pengukus dengan kain untuk elak apam terkena wap.Setelah apam masak,biarkan sebentar supaya senang tanggalkan dari acuan.Bolehlah hidang dengan kelapa parut.

Selamat mencuba.


 


Isnin, 15 Ogos 2022

Apam Tepung Beras

Awal pagi lagi saya buat ni apam untuk sarapan.Senang sangat membuatnya,tak perlu perap pun apam tetap merekah dan gebu.Resepi ni saya dapat dari blog masakan orang Jepun hihihi.Mula2 tengok gambar yang di dalam blog c Jepun tu memang menarik sangat dan nampak bahan2 serta cara pembuatan memang tak cerewet.Teringin juga merasa so kita buatlah apam ni.

Apam tepung beras ni memang sedap cuma kena siap air minum la time kita makan sebab pandai melekat di langit2,macam buat senaman wajah pun ada hihihi.Buat satu adunan ni dapat 7 ketul apam ja so kalau korang nak buat banyak sila la gandakan bahan-bahan.Selamat mencuba.



 

APAM TEPUNG BERAS

Sumber resepi:Encik google 


Bahan-bahan:

150g tepung beras

2 sudu teh serbuk penaik

50g gula kastor

120ml susu soya/susu penuh krim

2 sudu besar minyak jagung


Cara membuat:

1.Masukkan tepung beras,serbuk penaik dan gula ke dalam mangkuk,kacau rata.Masukkan susu soya dan gaul rata.

2.Masukkan minyak dan gaul lagi.

3.Tuangkan sama rata ke dalam acuan yang telah disapu minyak.

4.Kulus dengan api besar selama 10 minit.




Jumaat, 22 Julai 2022

Apam Pandan Resepi Mudah dan Sedap

Setiap kali jika kita mahu membuat kuih muih pastinya kita cari resepi yang ringkas sahaja tapi sedap.Jumpa resepi apam dekat facebook ari tu so cepat2 kita ambil resepinya.Kita suka mencuba pelbagai resepi apam,tapi kadang tak ambil gambar.Dalam banyak2 resepi ni salah satu resepi apam yang betul2 mudah tapi sedap.Kali ni saya buat dalam acuan besar sebab malas nak guna acuan kecil.Ok la,korang yang suka makan apam bolehlah mencuba resepi ini.Dijamin tak menyesal.


 

APAM PANDAN

Resepi by:Siti Hadirah


Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

2 cawan air suam

1 cawan gula (boleh kurangkan)

1 paket yis mauripan

2 sudu teh pandan emulco


Cara membuat:

1. Campur semua ke dalam bekas kacau sebati.


2. Perapkan adunan lebih kurang 1 jam dalam keadaan bertutup.


3. Sapu sedikit minyak pada acuan/loyang. Tuang adunan (adunan jangan dikacau).


4. Kukus selama 15 minit. Kalau yang nak guna loyang kukus selama 1 jam atau sehingga apam masak.


Nota:Jika guna loyang besar sila tambahkan masa utk mengukus



Selamat mencuba.

Khamis, 19 Ogos 2021

APAM KACANG MERAH

Awal pagi lagi sudah menayang Apam Kacang Merah.Sedap rupanya kacang merah dibuat apam,resepinya kita ambil dari dapur Kak Yatie Memories.Terima kasih kak untuk resepinya,saya suka sangat.Saya buat dalam acuan lompang saiz S so dapat la 20 ketul apam sebab saya buat 1/2 ja adunan tu.



APAM KACANG MERAH

Sumber :Yatie Memories 


Bahan-bahan:

1 cawan kacang merah~sudah direbus & toskan

1 cawan gula pasir

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

200ml air

200ml santan kotak kara

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh yis~bancuh dg air suam dulu pun boleh

Swdikit pewarna merah 

Cara membuat:

1.Kisar kacang merah yang telah direbus bersama air.


2.Sementara itu satukan semua bahan lain dan gaul hingga sebati.


3.Masukkan sekali kacang merah kisar dan gaul sebati.Perap adunan selama 1-2 jam.


4.Sapukan acuan dengan sedikit minyak.


5.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan biarkan 5 minit barulah dikukus selama 15-20 minit menggunakan api sederhana kuat.


6.Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama kelapa parut putih.


Terima kasih sudi singgah selalu.


Isnin, 6 Januari 2020

Apam Gula Merah Yang Sedap

Salam sayang semua😁Selamat Tahun Baru 2020.Resepi Apam Gula Merah ni kira pembuka tirai 2020 la dalam blog masakan Rahel ni walaupun apam ni dibuat sebelum balik Tawau cuti hari tu😆hari ini baru sempat panaskan balik apam ni kemudian tangkap gambar😁 ni  apam telah ku frozenkan hari tu.Bertambah sedap pula kalau simpan lama2 dalam esbok.Time baru lepas kukus hari tu tidak seberapa sedap,rasa masam n hambar pun ada sebab tu la cepat2 bungkus dan frozenkan,rupa2nya mau dikasi bermalam dulu baru sedap.Mujur tidak melayang ke cik tong hari tu.


Resepi hasil google sana sini dan terjumpa di you tube.Simple dan senang cara membuatnya.Hasilnya pun memuaskan.So daku tak perlu lagi beli Apam Gula Merah dari luar sana.Baik sendiri buat banyak2 pastu frozenkan.Bila teringin baru keluarkan dari icebox dan kasi thaw baru kukus.Enak dong.


APAM GULA MERAH
Sumber:Pn Wan Zura Aishah

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 st yis mauripan
Sedikit garam
1  1/4 cawan gula merah*
1 1/2 cawan air*

Bahan pelengkap/inti
Kelapa parut putih (digaul bersama sedikit garam)

Cara membuat:

1.Masak bahan bertanda* (gula merah + air) hingga larut.Sejukkan.

2.Masukkan tepung gandum,yis,garam ke dalam mangkuk.Tuangkan sirap gula merah tadi.Kacau hingga sebati.Perap adunan selama 2 jam.

3.Sapukan minyak pada acuan apam/acuan lompang.Panaskan air untuk kukus apam.Tuangkan adunan ke dalam acuan sehingga 70% penuh.

4.Kukus adunan selama 15 minit dengan api sederhana.Setelah apam masak,keluarkan dari pengukus.Rehatkan sebentar dan.bolehlah tanggalkan apam dari acuan.

5.Hidangkan apam gula merah bersama kelapa parut.

Sedikit tips by Me👇

☕Saya bubuh yis sebanyak 2 1/2 sudu teh sahaja
☕Untuk.gula merah pula saya guna gula merah yang timbang punya,sedap rasanya dan warna apam pun cantik.
☕Tutup adunan ketika diperap.Adunan tu saya perap selama 1 jam sahaja,tu pun dah naik elok time dikukus.
☕Kacau2 adunan sebelum dituang ke dalam acuan.
☕Balut tudung pengukus dengan kain bersih supaya apam tidak terkena wap.
☕1 adunan ni dapat 29pcs apam guna acuan lompang saiz S.



Terima kasih sudi singgah😊

Isnin, 6 Ogos 2018

APAM MEKAR

Salam sayang semua.Semoga ceria2 selalu.Pepagi ni mau share lagi satu resepi apam kesukaan beta.Texture gebu dan lembut.Bila kita bancuh pun memang tidak cerewet.Resepi dari seberang dan uda ramai yang mencuba.


 APAM MEKAR
Sumber:You Tube

Bahan-bahan:(25pcs apam)
200g tepung gandum
200g gula (saya guna 150g gula caster)
2 biji telur B
200ml  air soda
1/2 st garam
1 st vanila serbuk
2 st SP (ovalet)

Pewarna makan:pink,hijau

Cara membuat:

1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun.Putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan gebu ( sy putar selama 7 minit)

2.Setelah kembang,bahagikan adunan kepada dua bahagian.Warnakan.

3.Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan secara selang-seli ke dalam cup yang disediakan.(paipkan hingga penuh supaya cantik mekar)

4.Kukus dengan api kuat selama lebih kurang 15 minit.



Terima kasih sudi membaca.Selamat mencuba.

Rabu, 24 September 2014

Putri Ayu Coklat

Salam ceria selalu...


Selalunya kuih putri ayu kaler hijau,tapi kali ni muncul dengan kaler coklat pula...bukan hanya kaler yang coklat tapi memang ada rasa coklat.Resepi asalnya putri ayu hijau,tapi daku tambahkan sedikit serbuk koko dalam adunan untuk dapatkan rasa coklat.Bukan suka-suki derhaka pada resepi tau,tapi tekak saja yg teringin banget makan coklat2...hehehe.Apa2 pun..terima kasih tak terhingga kepada Rohaya kerana telah berkongsi resepi yang mudah dan sedap.Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki.Pada kawan-kawan yang mahu mencuba putri ayu coklat...dipersilahkan...cuma ikut ja resepi yang disediakan ya....sazzzzz...

PUTRI AYU COKLAT
Resepi asal:Rohaya1710
Diolah oleh:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum (Rahel tolak 1 1/2 sudu besar & gantikan dg 1 1/2 sb serbuk koko)
1 cawan santan
1 sudu kecil ovalette

150g kelapa parut putih}
1 sudu makan tepung jagung}~digaul rata

Cara-cara:
1.Isikan kelapa putih ke dalam acuan,mampatkan.Sapu acuan dengan sedikit minyak.

2.Pukul gula dan telur hingga sebati,masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat selama lebih kurang 10 minit.

3.Masukkan tepung,santan berselang seli dan pukul lagi hingga sebati.

4.Tuangkan adunan ke dalam acuan.

5.Kukus selama 8-10 minit dengan api sederhana.

Nota:
Rahel tambahkan 1 sudu teh baking powder ke dalam tepung gandum,kemudian ayak.


Selamat mencuba.

Selasa, 20 Mei 2014

Apam Snow White

Salam penuh ceria...semoga sihat dan sentiasa bahagia....


Lama juga blog masakan ni terbiar,hari2 pelawat tengok benda yang sama jak...mesti rasa bosan kan? Tuan tanah kuat bejalan sampai lupa tanggung jawab sebagai seorang blogger masakan...ampun! Kalau dulu Rahel belum ambil apa2 tempahan so senang sikit,ada banyak masa untuk masak n ambil gambar untuk letak dalam blog,tapi kadang tidak ambil gambar juga kalau masak lauk yang sama,nanti bosan pulak tengok kan?

Kali ni tayang Apam Snow White yang memang sudah pemes di kalangan rakan2 blogger masakan n facebook,resepi ni memang sudah tidak asing lagi bagi penggemar apam,malah ada yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan.Sungguh terima kasih yang tak terhingga pada tuan empunya resepi,semoga kita sama2 diberi rezeki...amin.


Apam Snow White

Bahan-bahan:(5 orang)
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara:

1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.

2.Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.

3.Kisar/blend nasi dengan air sampai betul-betul hancur.

4.Campurkan nasi yang telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.

5.Biarkan adunan mesra selama 1 jam,adunan akan mengembang selepas itu.

6.Selepas satu jam,isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15 minit.

7.Note:sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut  bentuk acuan bila dikeluarkan.


Selamat mencuba.

Rabu, 2 Oktober 2013

Seri Ayu

Salam sejahtera dan salam ceria selalu.
 
 
Kuih seri ayu,kuih putri ayu,putu ayu dan macam2 lagi la nama yang diberi,tapi rasa dan bentuk tetap sama.Sudah lama teringin makan kuih yang satu ni,tapi asik terbantut jak sebab ada beberapa kerjaan yang harus didahulukan.Hari ni bukan bermakna Rahel nda' sebok,tapi kerana sudah terlanjur beli kelapa parut semalam jadi diselit-selit la di tengah2 adunan kek..
 
Waktu sarapan Rahel lebih suka makan kuih basah gitu..contoh..kuih talam..kuih pulut..seri ayu..dan macam2 lagi la...tapi kalau petang hari pulak Rahel lebih suka yang goreng2 punya...contoh kuih pisang yang digoreng,cekodok,donut,kuih bom,karipap dan tak ketinggalan yang sama waktu dengan pastry puff...aha...sedap2 kan...
 
Balik pada cerita kuih seri ayu yang Rahel buat untuk sarapan ni,memang sangat gebu dan lembut..sesuai banget pekena the O panas..memang ngam betul.Ucapan terima kasih banyak2 kepada Rohaya selaku penyumbang resepi kuih seri ayu.Mohon pamit ya...kita mau share resepi di sini sebagai rujukan buat pembaca blog Rahel BlogSpot dan juga khasnya kepada diri sendiri.Terima kasih.
 
 
Seri Ayu
Sumber:Rohaya1710
 
Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum ~Rahel guna tepung gandum cap rama2
1 cawan santan
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil perisa pandan~Rahel guna pandan paste
pewarna hijau
 
100g kelapa parut putih
1/2 sudu besar tepung jagung
secubit garam
*mix ketiga bahan di atas
 
Cara-cara:

1.Pukul gula dan telur hingga kembang,masukkan ovalette dan pukul lagi.

2.Masukkan tepung,santan,perisa pandan dan pewarna,pukul lagi hingga sebati.

3.Isikan kelapa putih dalam acuan,tekan sedikit supaya mampat,tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.
 
Nota daripada Rahel:

1.Pukul gula dan telur selama 3 minit,kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi selama 4 minit.Kemudian tambahkan tepung dan santan secara selang seli sambil diputar perlahan hingga sebati.Akhir sekali tambahkan perisa pandan & pewarna hijau.Gaul rata.Jangan overmix.

2.Kukus selama 8 minit dengan api sederhana.

3.Untuk seri ayu saiz Loyang besar,kukus selama 15-18 minit.
 
 
selamat mencuba.


Selasa, 26 Mac 2013

Apam Polkadot

Selamat bertemu kembali...dan apa khabar teman-teman skalian? sihatkah?
 
 
Ini kali mo tayang Apam Polkadot sahaja..sebab kebelakangan ni Rahel macam nda' yakin diri mo bikin ni apam yang cerewet...dulu-dulu memang cun sangat buat apam tapi sejak akhir2 ini macam merajuk pulak apam ni..siap buat perangai lagi...adakah kerana Rahel sudah beralih arah kepada pembuatan kek? ececece...sampai lupa trik! nasib baek la ada kawan-kawan blogger masakan n rakan2 facebook yang sudi memberi tunjuk ajar hingga ini kali memang berhenti sudah tu apam buat perangai...dengar cakap sudah...gebu banget.
 
Oh ya,resepinya macam dulu juga,cuma ada yang Rahel ubah suai sikit..kalau ikutkan resepi yg dulu bahan2 tu kita kena satukan n skali pukul hingga pekat kan..tapi yang ni Rahel pukul gula kastor,telur,ovalet terlebih dulu,kemudian masukkan tepung n susu segar.Rahel lebih selesa guna cara ni..tapi terpulang la pada teman2 kalau nak mencuba skali harung..tapi sendiri mo ingat la...takut jadinya banyak karenah...ada yang senyum...ada yang malu-malu kucing...ada yang ayuuuu...
   
 
Apam Polkadot
Sumber:Rossya
 
Bahan-bahan:
3 biji telur sejuk
220g gula halus
275g softasilk (Rahel guna tepung gandum)}
3 sudu teh baking powder                             }-->>diayak
1 sudu teh ovalet
140g santan (Rahel guna susu segar)
 
Filling n Pewarna pink,purple
 
Cara membuat:
1.Telur,gula halus,ovalet dipukul hingga kembang lebih kurang 7-10 minit.

2.Tambahkan tepung secara bertahap berselang-seli dengan susu segar sambil dikaup balik hingga bercampur rata.

3.Bahagi adunan kepada dua bahagian.Letak pewarna.Sudukan adunan ke dalam acuan apam yang sudah diberi cawan kertas (isi sampai 1/2 ),kemudian letak filling,kemudian sudukan lagi adunan hingga 3/4 penuh.Akhir sekali,dot2kan permukaan.

4.Kukus apam dengan api sederhana selama lebih kurang 10 minit.
 
Catatan:
*Balut tudung periuk dengan kain bersih.
*Jangan buka tudung periuk ketika apam dikukus.
 
 
Terima kasih sudi jengah dapur Rahel Blogspot



Rabu, 24 Oktober 2012

Apam Polkadot

Salam.Sekarang ini lagi trend apam yang didot-dot.Pelbagai warnapun ada.Saya lebih suka pada inti kelapa gula merah,kalau takda tu kita bubuh inti jem bluberi ataupun inti strawberi.Budak-budak pula lebih sukakan inti coklat.Sebenarnya banyak resepi apam polkadot yang kawan share dekat facebook,teringin nak try satu persatu untuk dapat resepi yang senang dan serasi dengan tekak kita.Resepi kali ini boleh tahan juga,bolehlah untuk peneman teh o or kopi o.



Apam Polkadot
Sumber 1:Majalah Rasa


Bahan:
140g tepung gandum}
1 1/2 sudu teh baking powder}-diayak sekali bersama tepung gandum
110g gula halus
75ml susu segar atau susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil ovalet
1/2 sudu teh esen vanila

Filling @ perasa adalah mengikut citarasa masing
Pewarna pilihan

Tips Apam Polkadot Gebu dan Inti Tak Bocor

Cara:

1.Pukul telur putih sehingga kembang elok.

2.Kemudian masukkan ovalet,kuning telur dan esen vanila,pukul lagi sampai kembang.

3.Masukkan gula,pukul sampai kembang lagi.

4.Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.

5.bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.

6.Masukkan setiap warna dalam bag piping atau plastik bersih.

7.Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.

8.Letakkan filling yang digemari,untuk lebih mudah masukkan ke dalam plastik piping,kemudian picit.*picitkan ke dalam bentuk pusar

9.Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.

10.Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Selamat mencuba.



Isnin, 23 April 2012

Bolu Kukus Pulut Hitam

Selamat petang semua...apa khabarnya? Petang-petang ni sesuai sangatlah kalau ada hidangan kuih-muih kegemaran kan..sambil lepak depan lappy sambil kunyah-kunyah Bolu kukus Pulut Hitam...dan minumnya teh o aje.


Rahel memang suka buat Apam ni,senang jer bahan-bahannya dan penyediannya mudah sangat.Kalau search di google memang macam-macam resepi apam yang kita jumpai,tinggal pilih je mana yang berkenan di hati kan.
 

Tapi kan..Bolu Pulut Hitam ni memang pertama kali gue cuba..syukurlah hasilnya memuaskan..lembut dan gebus..siap mekar lagi..dan resepi ni memang hasil intai-intai dekat blog Natural Cooking Club tadi.Kebetulan hari tu sebelum balek Sabah Rahel ada beli tepung pulut hitam di Mersing jadinya rajin cari-cari resepi yang menggunakan tepung pulut hitam..esok-esok mungkin nak terai lagi Kek Pulut Hitam atau brownies pulut hitam...semua best-best kan..tapi kena buat satu persatu.


Bolu Kukus Pulut Hitam


Bahan:
2 biji telur
200g gula pasir
1/2 sudu besar ovalet
1/4 sudu teh garam
225g tepung gandum*
50g tepung pulut hitam*
1/2 sudu teh baking powder*
225ml minuman bersoda manis

Cara:
1.Putar telur,gula pasir,garam dan ovalet hingga kaku selama 10 minit.

2.Masukkan tepung berselang seli dengan minuman bersoda sambil digaul rata.

3.Sudukan ke dalam acuan yang dilapis kertas cawan hingga 3/4 penuh.

4.Kukus selama 15 minit dengan api besar.



Kepada kawan-kawan yang gemar akan kuih-muih yang berasaskan tepung pulut hitam tu boleh la mencuba resepi ni,jangan takut..dijamin menjadik dan mekar je Bolu Kukus Pulut Hitam ni.



Selasa, 13 Mac 2012

Apam Kukus Mekar Cola

Salam petang semua..dah siap minum petang k? singgah sekejap temankan gue minum petang,bole makan apam cola ditemani secangkir milo panas..aduhai sedapnya.


Petang ni gue merajinkan diri lagi buat apam,kira lama jugak tak mengapam..rindu rasanya.Bila gue belek-belek majalah Sedap ternampak pulak Apam Kukus Cola yang mekar cantek,so apa lagi..gue start ke dapur la...tapi kali ni stok bahan-bahan tak cukup la,ada yg tertinggal..korang bole teka apa barang yang tertinggal? sila perhatikan betul-betul gambar apam ni..pastu bolehlah korang agak2 apa yang kureng,tapi itupun selepas korang tengok resepinya 

Apam Kukus Mekar Cola
Sumber:Sedap

Bahan:
2 biji telur L
1/4 sudu teh garam
150g gula kastor
50g gula merah (saya guna brown sugar)
1/2 sudu besar emulsifier (ovalete)
275g tepung gandum
15g susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
225ml coca-cola (saya guna cola dr pt sejuk)
50g cip coklat mini

Cara:

1.Pukul telur,garam,gula pasir,gula merah dan emulsifier sehingga kaku selama 10 minit.

2.Masukkan tepung gandum,susu tepung dan serbuk penaik sambil diayak berselang seli dengan minuman coca-cola sambil dipukul perlahan.Masukkan cip coklat dan kacau rata.

3.Sudukan adunan ke dalam acuan apam kukus bersaiz sederhana yang telah dilapiskan dengan kertas kalis minyak (saya guna cawan kertas).

4.Kukus selama 10 minit dengan api besar sehingga masak.





Khamis, 26 Januari 2012

Steamed Coconut Blossoms

Salam petang semua..lagi buat apa? Sudah siap minum petang k? jemput singgah kejap minum petang..kat sini ada apam yg enak..sebelumnya dah pernah buat jugak ikut resepi ni,tapi yg tu Rahel bakar..so memang lari dari tajuk la kan,tapi kali ni betul-betul kukus punya..dan boleh nampak betapa gebunya kalau dikukus..



Walaupun dalam resepi asal mengesyorkan kita untuk mengguna tepung hongkong,tp yang ni Rahel guna tepung gandum je..sebab itu je  bahan yang ada dan intinya pulak Rahel bagi serunding ayam..dan memang serasi gak apam ni digandingkan dengan serunding ayam..sama-sama ringan gitu..dan satu lagi..dalam adunan Rahel guna santan pekat..emm memang wangi je..


Oklah,skarang Rahel nak teruskan pulak letak resepinya,tapi memang ada yang diubah suai sesuai dengan selera..tapi kalau kawan-kawan nak guna resepi asal pun takpe..pilih je mana yang sesuai ek..

Steamed Coconut Blossoms


Bahan (A):
3 biji telur sejuk dari peti sejuk
210g gula kastor
275g tepung gandum,diayak
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh ovalet
150ml santan pekat

Bahan:
pewarna (pilihan)
serunding ayam secukupnya untuk inti (pilihan)

Cara:

1.Satukan semua bahan ( A) dalam mangkuk,putar dengan kelajuan sedang selama 6-8 minit.

2.Warnakan adunan.Masukkan 1  sudu besar dalam acuan,beri inti,kemudian isi lagi dengan adunan hingga 3/4 penuh.

3.Kukus dengan api perlahan selama 15 minit.



Selamat menikmati Steamed Coconut Blossom

Isnin, 23 Januari 2012

Apam Snow White

Selamat pagi semua...dan selamat bercuti...dah siap  sarapan k belum? Kalau ada yg belum sarapan...jom singgah bersarapan dgn Rahel...kat sini ada Apam Snow White.Apam yg satu ni  memang dah glamour  di kalangan kawan  masak-masak & sebenarnya Rahel pun dah banyak kali buat  sebab  memang suka sangat  dgn rasa & teksturnya..kadang Rahel mkn begitu saja tanpa kelapa parut..tapi kalau ada kelapa parut lg lah sedap lemak rasanya..


Macam biasa...Rahel guna resepi yang  ada kat MyR tu...dan tak  pernah tukar lagi sebab yang  ni pun dah ok  banget kejadiannya...my family  pun  suka sangat kalau  hidang apam snow white ni,tapi kali ni Rahel guna nasi beras perang pulak dalam adunan tu sebab kebetulan ada masak nasi beras  perang..so itu yg kepikiran nak try guna nasi beras perang..dan tetap sama juga kejadiannya...enak banget..


Oklah,nak letak pulak resepinya sebagai rujukan Rahel nantinya kalau nak buat apam lagi..tapi saya pendekkan sikit cara-cara dia..dan terima kasih banyak kepada penyumbang resepi Apam Snow White yang enak ni..ijinkan gue share resepinya kat sini ye..


Apam Snow White
Sumber:Myresipi


Bahan:
3 cawan tepung beras*
1 cawan tepung gandum*
2 cawan gula pasir*
1 paket mauripan*
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara:
1.Masukkan semua bahan bertanda* ke dalam mangkuk,gaul rata.
2.Kisar nasi dan air hingga benar-benar hancur
3.Satukan bahan no.1 dengan bahan yang dikisar,gaul sebati.
4.Biarkan adunan mesra selama 1 jam.
5.Selepas 1 jam,isikan ke dalam acuan apam yang dioles dengan sedikit minyak.
6.Kukus selama 15 minit.




Selamat menikmati Apam Snow White.

Selasa, 10 Januari 2012

Bolu Kukus Pelangi

Selamat bersiaran kembali...dan apa khabar semua?  hari ni cuaca tak menentu je,skejap panas skejap  mendung...skejap lagi  gerimis...pelangi je yang tak kelihatan dari pagi hingga ke petang..jadi sebagai gantinya Rahel buatlah bolu pelangi..hehe.



Resepi bolu pelangi  ni Rahel search kat google tadi...terjumpa  pulak resepi yang senang kat SINI.Hasilnya memang  memuaskan,tapi dalam sukatan gula tu Rahel kurangkan kepada 170g sebab takut manis sangat.Time masukkan tepung dan air soda..Rahel teruskan memukul adunan biar pekat gitu,pastu isikan adunan penuh ke dalam acuan dan air kukusan  mestilah betul-betul  mendidih baru kukus bolu,jangan lupa kukus bolu dengan api kuat  agar bolu pelanginya  mekar tersenyum.

Bolu kukus pelangi

Ingredients:

* 2 eggs
* 200 g caster sugar
* 2 tsp TBM/ Ovalett/ SP (emulsfier)
* 275 g plain flour
* pinch of salt
* 200 ml soda water (lemonade)
* Pandan paste, strawberry flavored paste ( or using food colouring is fine)

Method:

In a large bowl, beat eggs, sugar, eand mulsifier  with electric beater,  until white and fluffy.

Mix the flour & salt, into the eggs mixture little bit at a time,whisk it gently.

Pour in the soda water, whisk again.

Divide the batter among 3 bowl, add the pink colour and green colour each bowl and leave the rest without any colour.

Preheat the steamer, cover the lid with a towel/ cloth.

Put the cupcake paper on the mould. ( I used cut baking paper)

Spoon pink, green and white on the covered mould, steam for 10- 15 minute




Enjoiiii

Khamis, 17 November 2011

Apam Pisang

Salam manis kepada semua..dah siap sarapan k belum? Pagi Rahel ada buat sikit apam pisang untuk sarapan..resepinya mudah banget & senang di sediakan.Rahel ada letak resepinya kat Rahelcake.blogspot..jom layan dulu.


Apam Pisang
Resepi:Rahel

Bahan:
120g pisang ranum,dilenyek halus
100g gula pasir
150g tepung naik sendiri
1/4 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen pisang/vanila
1 biji telur B,dipukul sedikit
1 sudu besar minyak masak
50ml susu segar/susu cair
sedikit pewarna kuning

coklat nutella untuk inti

Cara:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk.Gaul sebati.

2.Tuangkan 1 sudu makan adunan ke dalam acuan,kemudian beri 1/2 sudu kecil inti,tuangkan lagi adunan di atasnya hingga 90% penuh.

3.Kukus apam selama 15 minit dengan api kuat.



Selamat mencuba..

Jumaat, 30 September 2011

Putri Ayu

Selamat malam semua...buat apa tuu?..adoii ngantuknya mata ni.Ingatkan ni malam nak rehat awal..tau2nya masih mengintai lagi kat sini.Oklah kawan,entri kali ni rahel nak share resepi putri ayu dan Rahel tau banyak yang punya resepi putri ayu yang best2 lg sedap,tapi takpe la kan...kita tambahkan lagi satu resepinya kat sini.Rahel buat apam ni untuk minum petang tadi,punyalah sedap.



Putri Ayu  kali ni Rahel buat ikut resepi emak jugak,tapi kena ubah sikit kepada putri coklat,sedap rasanya gandingan rasa coklat dan kelapa parut segar yang wangiii.Nak dijadikan cerita..sebenarnya kelapa parut pun dari hasil tangan sendiri..dengan gagahnya beli kelapa 1 biji,sendiri kupas tempurung dan parut kelapa ikut cara orang dulu2 untuk dapatkan rasa yang fresh pada kuih & cara ini memang lebih sesuai tapi penat sikitlah.Ok,takpa punya,yg penting sedap.Bah..jomlah kita tengok2 apa bahan yang perlu diletak dalam adunan putri ayu..

PUTRI AYU

Bahan:
125g kelapa parut putih
1 sdb tepung jagung
*gaul bahan di atas hingga rata.
*tekankan ke dasar acuan putri ayu.

130g tepung gandum}
20g serbuk koko}
1/2 st baking powder},ayakkan bersama
1 st ovalet
2 biji telur B
120g gula kastor
125ml air kelapa
1/2 st esen vanila

Cara:
1.Pukul telur,gula,ovalet hingga kembang selama 7 minit.
2.Masukkan air kelapa berselang seli dengan tepung.
3.Tambahkan esen vanila.Gaul rata.
4.Masukkan adunan ke dalam acuan hingga paras penuh.
5.Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.

*Oleskan acuan dengan sedikit minyak agar putri ayu mudah
   dikeluarkan dari acuan.


Enjoiii

Rabu, 10 Ogos 2011

Apam Durian

Selamat pagi kepada semua teman2 yang setia melawat blog masakan Rahel.Semoga senantiasa sihat,ceria dan bahagia bersama orang yang disayang.Pagi ni mo share lagi satu resepi apam yang enak banget...harum baunya...kebetulan my abang ada dapat buah durian dari kawan2 jadi pagi ni tertunai sudah hasrat mo merasa apam durian...jadi jom la tengok2 di bawah apa2 yang perlu disiapkan kalau mo buat adunan apam durian yang sedap,lembut,gebu,mekar..


Apam Durian
Sumber:Internet

Bahan:
120g isi durian,lenyek halus
2 biji telur gred A
2 st ovalet
160g gula pasir
200g tepung gandum
100ml air minuman bersoda
sedikit pewarna kuning

Cara:

1.Putar telur,ovalet,gula pasir sehingga kembang/kaku (jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak terjatuh).

2.Masukkan isi durian,air bersoda.Putar lagi selama 1 minit hingga rata.

3.Masukkan tepung dan putar lagi 1 minit hingga rata.Warnakan adunan.

4.Sudukan ke dlm acuan lompang/mufin yg dialas dg kertas cawan (isi penuh).

5.Kukus selama 15 minit dengan api yang kuat.

*panaskan air kukusan hingga mendidih baru kukus apam.


Selamat mencuba.

Rabu, 27 Julai 2011

Apam Carrot

Selamat pagi kepada sahabat yang singgah ke blog Rahel pagi ini.Semoga semuanya sentiasa baik-baik aja...pagi ni saya dapat buat sikit kuih apam carrot untuk sarapan...bercerita pasal apam carrot yg satu ni memang sedap sangat pekena dg kopi atau teh panas...jadi sesiapa yg ada masa tu bolehlah mencubanya di rumah sendiri ye  kena rajin masak2 ni..hehehe..


Apam Carrot
Sumber:Chef Farah Quen


Bahan:
50g carrot,disagat halus
115ml susu cair
150g tepung gandum*
90g brown sugar
1 biji telur B
1 sudu teh ovalet
1 st serbuk penaik*
secubit garam
1/2 st esen vanila

Cara:
1.Panaskan air dlm kukusan.Ayakkan bahan bertanda*.

2.Pukul telur,gula,ovalet dan garam selama 10 minit pada kelajuan sedang.

3.Masukkan tepung beselang seli dengan susu cair sambil diputar terus hingga rata.

4.Tambahkan carrot dan esen vanila,kaup balikkan hingga rata.

5.Sudukan ke dalam acuan apam yg telah dilapiskan cawan kertas (isi hingga penuh).

5.Kukus selama 15 minit dengan api kuat.

Enjoiii...