Selasa, 4 Oktober 2022

Apam Nasi Mudah dan Gebu

Ada lebihan nasi semalam jadi hari ini kita buat apam nasi.Sesiapa yang ada nasi sejuk di rumah tu jangan risau,macam-macam boleh buat dengan nasi itu,tetapi paling selalu korang buat ialah nasi goreng kan? Saya kadang buat juga apam nasi ini tanpa kelapa parut,tapi paling sedap la kalau ada kelapa parut.


Untuk resepi ini kali guna resepi jiran ja,senang dibuat,apam pun lembut dan gebu.Inipun salah satu kuih yang sesuai untuk difrozenkan,buat banyak-banyak selepas kukus sejukkan apam kemudian simpan dalam peti sejuk,bila teringin makan just keluarkan dan kukus sebentar,kemudian bolehlah hidang dengan kopi o.Mudah kan?


APAM NASI MUDAH DAN GEBU

Bahan-bahan:(20pcs apam)
225gram tepung beras
105gram gula kastor
  75gram tepung gandum
170gram (1 cawan nasi sejuk)
1 1/2 cawan air
1 sachet (11gram) yis segera

Pewarna makanan rose pink

Kelapa parut putih secukupnya

Cara membuat:

1.Blend nasi dengan 1/2 cawan air.Blend hingga nasi betul-betul hancur.Masukkan lagi 1 cawan air dan teruskan blend hingga halus.

2.Sediakan dalam basin,tepung beras,tepung gandum,yis dan gula kastor.Tuangkan adunan nasi tadi,kacau hingga rata.Perap adunan selama 30 minit.

3.Setelah adunan diperap,bahagikan kepada dua bahagian,satu bahagian bubuh pewarna rose pink dan satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal.Sapu minyak pada acuan.Isikan adunan ke dalam acuan apam sampai 3/4 penuh.

4.Kukus adunan selama 15 minit dengan api sederhana kuat.Jangan lupa balut tudung pengukus dengan kain untuk elak apam terkena wap.Setelah apam masak,biarkan sebentar supaya senang tanggalkan dari acuan.Bolehlah hidang dengan kelapa parut.

Selamat mencuba.


 


Tiada ulasan: