Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Februari 2015

Cekodok Mackerel

Salam ceria selalu.


Ada baby Alfian membuatkan saya sentiasa terkejar2 sudah kalau mahu masak atau mahu siapkan tempahan,itu pun kena tunggu dia tidur baru ada senang.Konon mahu buat cekodok udang semalam,terlupa pula keluarkan udang dari esbok,sudahnya mackerel dalam tin jadi mangsa...kena masak cepat2 sebelum bos besar terjaga...oke lah jom kita buat cekodok mackerel....


Cekodok Mackerel

Bahan-bahan:
1 tin (230gm) mackerel,dibuang sos,kemudian hancurkan
1 tangkai cili merah,dicincang
3 pokok daun bawang,dipotong
1 biji bawang besar,dihiris
1/2 sudu kecil lada putih biji,ditumbuk
5 ulas bawang putih,ditumbuk
1 biji telur
5 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1.Satukan semua bahan dan gaul rata.
2.Ambil sesudu adunan dan goreng hingga masak.
3.Hidang dengan nasi dan sayur bening....sedap...kalau ada sambal belacan lagi la sedap.

selamat menjamu selera.

Rabu, 29 Januari 2014

Sambal Bilis & Tempe

Selamat bersiaran kembali,semoga ceria selalu.


Sambal Bilis & Tempe


Bahan-bahan:
85g ikan bilis halus~bilas dengan air~toskan~goreng
220g tempe~dipotong sesuai selera~goreng
1 tangkai cili merah~dihiris halus
1 sudu makan cili api~dicincang
5 ulas bawang merah~dihiris halus
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan saus manis ABC
secubit garam

Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak,tumis bawang merah hingga kekuningan.
2.Perlahankan api.Tambahkan,cili api dan cili merah,tumis hingga layu.
3.Masukkan tempe goreng,pes asam jawa,sos cili & saus manis ABC.Kacau rata.
4.Tambahkan secubit garam dan ikan bilis goreng.Kacau rata.Tutup api.Angkat sambal
   bilis & tempe.


Selamat menjamu selera.

Isnin, 26 Ogos 2013

Asam Rebus Ikan Merah Nanas

Selamat bersua kembali.


Asam Rebus Ikan Merah Nanas
Sumber:Buku resepi lauk pauk citarasa Malaysia

Bahan-bahan:
1/2 kg ikan merah (3 potong)-saya guna 900g ikan sulit merah
1 potong nanas (hiris nipis)
1 batang serai (titik)
2 keeping asam keping
Garam,gula & perasa secukupnya
2 mangkuk air-saya guna 800ml air

Bahan dikisar:
5 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm halia muda

Cara memasak:

1.Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama 2 mangkuk air.

2.Masukkan ikan,serai dan asam keeping
.
3.Setelah mendidih masukkan nanas,garam,gula dan perasa secukupnya.Biarkan mendidih sebentar.Angkat dan sedia dihidang.


Selamat mencuba.


Selasa, 22 Januari 2013

Sambal Nanas & Ikan Kurau

Salam...

sedapnyaaa...
Sambal Nanas & Ikan Kurau
Sumber Resepi:Rahel

Bahan-bahan:
450g isi nanas dipotong dadu
200g isi ikan kurau kering-cuci bersih kemudian potong kecil & goreng garing
1 sudu makan gula pasir
1 keping asam keping
sedikit minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
1 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi (ikut selera)
1 sudu teh belacan
100g bwang merah yg sudah dibersihkan

Cara membuat:
1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2.Masukkan isi nanas,garam,gula,asam keping.Kacau sehingga nanas agak empuk.
3.Tambahkan isi ikan kurau goreng tadi.Kacau sebentar hingga sebati.Hidangkan.

Catatan by Rahel:
*Masak Sambal nanasdengan api sedang.
*Sangat sesuai digandingkan bersama nasi minyak atau yang sama waktu dengannya.

Enjoi...


Jumaat, 28 September 2012

Thai Style Fried Fish

Salam...

Thai Style Fried Fish
Sumber Resepi:Q N E Hawker's Fair/Chef Alan Kok

Bahan:
1 ekor ikan tilapia merah (600g)---->saya guna ikan garoupa merah
3 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan A:
1 biji bawang besar-dihirishalus
1 sudu besar hirisan cili merah
1/2 sudu besar hirisan daun limau purut
1 sudu besar hirisan serai

Sauce (gaul sebati)
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil cili padi cincang
100ml air panas

Cara:
1.Panaskan minyak.Goreng ikan sehingga keperangan.Angkat dan letak dalam pinggan.
2.Bahan A di gaul rata,kemudian letak di atas ikan goreng tadi.
3.Kemudian tuangkan bahan sauce di atasnya.Hidang.

Selamat menjamu selera.

Khamis, 1 Mac 2012

Fillet Ikan Dori Goreng Tepung

Salam kepada semua dan selamat bersiaran lagi.Semoga ceria selalu.Hari ni menu kita simple sahaja.Hari tu kita beli fillet ikan dori 1 paket,boleh tahan juga saiz fillet ikan tu,so kita pun cari² idea nak masak apa lagi sebab biasanya kita bubuh garam perah lemon then grill ja,tapi hari daku teringin makan yang krispi² punya so daku tergoreng tepung la fillet ikan tu,sedap rupanya.

 




Fillet Ikan Dori Goreng Tepung
Sumber:Rahel

Bahan:
250g fillet ikan dori-keringkan dengan tisu dapur
sedikit garam

Batter:(disatukan)
100ml air
1 tangkai daun kari,dicincang
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubikayu
1/4 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar minyak masak
1/4 sudu teh serbuk kunyit
secubit garam

Cara:

1.Potong ikan dori sesuai selera,taburkan garam.

2.Panaskan minyak yang cukup dalam kuali.

3.Celup ikan ke dalam batter,goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Hidang bersama sos cili.


Terima kasih sudi singgah.


Ahad, 22 Januari 2012

Solok Lada

Selamat berhujung minggu  semua...ada apa-apa  rancangan k petang ni?..hehehe...Oklah,memandangkan dah berapa hari menghentam kek je..so petang ni Rahel tukar selera pulak kepada menu yg pedas-pedas..nampaknya skarang tengah demam mkn pedas-pedas kan? Dah berapa hari ni Rahel  nampak korang  punya menu yang guna sambal belacan..memang menyelerakan betul..terliur-liur gue tengok tau..



Baeklah  kawan-kawan...menu  kudapan petang ni ialah  Solok Lada,tapi yang ni pun Rahel buat ikut selera  Rahel...sebab lain  orang lain seleranya..tapi yang pasti ianya memang enak di makan panas-panas bersama sos cili atau pun sambal belacan..dan minumannya pulak ialah secangkir nescafe panas...bukan selalu gak minum nescafe,tapi skali-skala tu memang ada keinginan gak  menghirup nescafe yang hangat.Okla,kita teruskan pulak kepada resepinya yang simple dan mudah disediakan...

Solok Lada
Resepi:Rahel


Bahan:
1/2 cawan isi ikan tenggiri yang sudah dicincang halus
1/2 cawan kelapa parut putih
1/2 susu kecil minyak bijan
2 1/2 sudu makan tepung jagung
sedikit lada putih
sedikit garam
sedikit serbuk pati ayam

12 tangkai lada hijau,belah dan buangkan bijinya

Cara:
1.Satukan semua bahan dan gaul hingga mesra.
2.Ambil sedikit adunan dan sumbatkan ke dalam lada hijau.
3.Goreng hingga keperangan.Angkat dan toskan.
4.Hidangkan bersama sos cili atau sambal belacan.





Selamat menikmati Solok Lada dan Nescafe Panas...

Rabu, 28 Disember 2011

Ikan Susu Terbakar

Selamat petang semua...pa khabar? Aduhai..hujan memanjang pulak dalam sehari ni,terperap ja dalam rumah sambil dengar bunyi hujan,siok jugak kedengaran tapi boleh mengantuk juga wo bab udaranya sejuk.Hari ni memang  terlewat dah  masukkan entry  bab lewat jugak siapkan hidangan tengah hari..maklumlah...pagi tadi hidangkan sarapan yang berat-berat..so itu yang rasa kenyang memanjang dan resepi kita hari ni pun memang biasa-biasa saja just main bakar dalam oven ja kemudian tumbuk cili padi untuk cicah ngan ikan bakar..perghhh..mantap jugak rasanya.




Agaknya Rahel tak perlu la letak resepinya bab korang semua pun memang terer bab bakar  membakar ikan kan? Selamat menjamu mata..daaa..



Khamis, 15 Disember 2011

Ikan Kering Masak Lemak Cili

Salam...tengah buat ape? k lagi intai-intai  resepi?  waa kat blog list banyak betui hidangan yang menggiurkan..silau mata hitam gue..tak tau nak terjah yang mana dulu..semuanya best2...Rahel punya hidangan biasa-biasa aja...masak ikut selera tekak sendiri..bab sendiri juga yang ngadap semua..hehehe..


Oklah,kawan-kawan..kali ni menu Rahel memang  simple jer dan sentiasa  simple,sebab masih  kekalkan cara  yang  lama-lama,so jangan hairan  kalau  hari-hari tengok masakan yang guna bahan siiiikit je...tapi itulah cara Rahel yang sebenarnya.ini kerana selalu nampak emak dulu masak tak payah guna banyak rempah dalam masakan tapi rasanya sangat sedap..dan yang penting secukup rasa..kalau banyak rempah pun tak guna jugak kalau tak reti nak seimbangkan rasa dia kan? so masaklah apa adanya.Ok,kita tengok pula resepi ikan kering masak lemak cili ni...


Ikan Kering Masak Lemak Cili
Resepi:Rahel

Bahan:
180g ikan kering (guna ikan kurau)-rendam dengan air 30 minit,cuci,toskan
7 tangkai cili padi merah*
2 tangkai cili merah,hiris
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
3 biji buah keras*
1/2 inci halia*
1 lembar daun bay
120g kacang buncis,buang urat-potong
1 batang carrot,bersihkan-potong
sedikit garam dan gula pasir
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk pati ayam
3 cawan santan sederhana pekat

minyak masak untuk menggoreng

Cara:
1.Goreng ikan sampai masak.Angkat dan toskan.Tumbuk halus bhn bertanda*.
2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan tumbuk dan dau bay
   hingga naik bau.
3.Masukkan santan,biarkan mendidih.Kemudian masukkan carrot,cili merah,
   kacang buncis dan serbuk lada putih.Biarkan hingga 1/2 masak.
4.Kemudian masukkan ikan goreng tadi bersama garam,serbuk pati ayam dan
   gula.Biarkan mendidih sekejap.Kemudian angkat dan hidang.


Selamat menjamu selera..

Khamis, 8 Disember 2011

Ikan Kerapu Masak Lemak Cili

Selamat  malam  semua...lagi buat ape? masih intai blog k? k dah  tido semua? Oklah,tak nak kacau2 korang semua,ni saja Rahel tanya2 sebab masih lagi ada lepak kat blog sambil letak entry yg tertunda lagi.Entry kali ni sederhana jugak resepi dia tapi memang menyelerakan betul..pada Rahel la..sebab Rahel yang merasa semua tu...tapi memang sedap wo..



Oklah..sementara tunggu nasi masak..kita masak ikan dulu ek..jadinya senang nanti..tinggal hidang jew..


Ikan Kerapu Masak Lemak Cili
Resepi:Rahel


Bahan:
1 kg ikan kerapu,dibersihkan dan potong dua
2 1/2 cawan santan sederhana pekat
4 ulas bawang merah}
3 ulas bawang putih}
1 cm halia}
3 buah keras}
7 tangkai cili padi},ditumbuk halus
1 lembar daun bay
1/2 sudu kecil serbuk kunyit*
1/2 sudu kecil serbuk lada putih*
garam dan gula secukup rasa*
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1.Panaskan minyak.Tumiskan bahan tumbuk dan daun bay hingga kekuningan.
2.Tuangkan santan.Biarkan mendidih,kemudian masukkan potongan ikan dan
   bahan bertanda*.Biarkan ikan masak sepenuhnya.Angkat dan hidang bersama
   nasi dagang.




Emmm sedapnya makan ikan lemak cili bersama nasi dagang..mau bertambah-tambah jer nasik kat pinggan...pinggang pun bertambah jugak..hehehe..oh ya,resepi nasi dagang Rahel tak sertakan,sebab semua orang pun tau buat nasi dagang.



Selamat sudah menjamu selera tadi..hihihi..baibai..

Selasa, 22 November 2011

Ikan Merah Terbakar

Salam manis kepada semua sahabat yang sudi singgah ke dapur Rahel,harap semuanya sihat dan ceria selalu.Semua dah siap masak hidangan tengah hari? Rahel hari ni masak yang simple-simple sahaja,tapi pic masakan belum letak,yang ni pic masakan ikan merah terbakar yang tertunda lagi,baru nak tayang..


Oklah kawan-kawan,resepi kali ni memang sangat mudah disediakan & tak perlu guna barah api utk membakar ikan...bakar dalam ketuhar pun sodap...jom layan dulu ikan merah terbakar ni...

Ikan Merah Terbakar
Sumber:Rahel

Bahan:
800g ikan merah (2 ekor),dibersihkan

Bahan Perapan:
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
5 sudu makan minyak masak

Cara:
1.Lumur ikan dengan bahan perap.
2.Bakar dalam ketuhar selama 40 minit dengan suhu 190'C.
3.Siap dihidang bersama sambal tomato.

Sambal Tomato

Bahan:
3 buah tomato besar,dipotong dadu kecil-kecil
7 tangkai cili padi,ditumbuk halus bersama sedikit garam
1/2 sudu makan gula pasir
1 sudu kecil minyak masak
2 buah limau kasturi,ambil jusnya.

Cara:
1.Satukan semua bahan sambal,gaul rata.Hidang bersama ikan bakar.

Sabtu, 12 November 2011

Ikan Merah Masak Kicap

Selamat malam semua...sedang buat ape? dah tidor ke? Lepak sekejap di sini..mo letak gambar jak..resepinya sangat mudah disediakan..agaknya semua orang pun tau buat ikan masak kicap kan? so tak payahlah dilekat resepinya..tayang gambar pun dah cukup...buat cuci-cuci mata jak..


Selamat mencuci mata...

Selasa, 8 November 2011

Kari Ikan

Salam semua,korang tengah buat apa tu? dah siap minum petang k? Hari ni kita masak kari kepala ikan untuk hidangan tengah hari punya,kebetulan di rumah ada stok kepala ikan merah.Selalunya kita suka buat singgang ja kalau part kepala ikan ni,tapi hari ni kita masak kari pula.Setiap orang mesti ada resepi sendiri untuk masak kari so hari ini kita masak kari kepala ikan versi selera kita,tak banyak bahan,simple tapi sedap.




KARI KEPALA IKAN
Resepi by Rahel Blogspot

Bahan:
800g kepala ikan merah,dibersihkan dan dipotong 

2 inci halia}
2 biji buah keras}
6 ulas bawang putih}
4 biji bawang merah},ditumbuk halus

1 sudu kecil halba
7 sudu makan rempah kari ikan,jadikan pes
3 cawan air
100ml santan pekat (ayam brand)
2 biji tomato-dibelah empat
8 buah bendi
Garam dan gula pasir secukup rasa


Cara:

1.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan tumbuk hingga wangi.Maaukkan halba,tumis sebentar hingga naik bau.Masukkan pes rempah kari,tumis lagi sebentar hingga wangi.

2.Tuangkan air,masak sehingga mendidih.

3.Masukkan potongan² kepala ikan.Biarkan mendidih kemudian masukkan tomato,bendi.Bila da hampir masak,masukkan santan.Biarkan mendidih.

5.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Kacau sebentar.Tutup api.Siap.



Selamat mencuba.

Sabtu, 5 November 2011

Kurapu Goreng Bersama Sambal Belacan

Selamat petang kepada semua dan selamat menyambut Aidiladha.Hari ni semua mesti sebok-sebok keluar berbelanja kan? sebab esok kena hidang lauk yang sedap-sedap untuk keluarga yang tercinta & juga tetamu.

Kalau hari ni Rahel nak share pulak satu lagi resepi ikan kurapu goreng yang digandingkan bersama sambal belacan..pastu perah limau kat sambal tu.emm sodap sangat.Ni sebenarnya hidangan tengah hari,baru je nak letak entri...pasni nak ke dapur lagi untuk siapkan hidangan petang..adooiiii macam dah
tak cukup masa la skarang ni..terlalu cepat waktu berlalu...


Oklah kawan-kawan semua..seperti biasa,sebelum keluar,resepi yang satu ni tetap ditayang dulu kat sini...jom lah tengok dulu...

Kurapu Goreng Bersama Sambal Belacan
Resepi:Rahel

Bahan:
500g ikan kurapu (1 ekor),bersihkan
1 biji telur,pukul sedikit
3 sudu makan tepung ubikayu
sedikit garam

Cara:
1.Lumur ikan dengan sedikit garam.Kemudian celup ke dalam telur yang
   sudah dipukul tadi.Angkat dan bolak balikkan dalam tepung ubikayu.
2.Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.Goreng terendam ikan sehingga
   masak.Angkat dan toskan.Letak dalam pinggan.

Sambal Belacan

Bahan:
1/2 biji bawang besar,dimayang
garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar bersama:
2 sudu kecil belacan
2 tangkai cili merah
1 sudu makan serbuk cili
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
9 biji cili padi

Cara:
1.Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga terbit aroma.
2.Perasakan dengan garam & gula.Kacau sebentar.
3.Masukkan hirisan bawang besar,kacau sebentar hingga layu.
4.Angkat dan tuangkan ke atas ikan kurapu yang telah digoreng tadi.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Khamis, 3 November 2011

Ikan Bawal Masak Kicap

Selamat tengah hari semuaa..pa khabar? masak lauk apa untuk hidangan tengah hari? mesti dah siap masak-masak kan? Hari ni Rahel masak ikan bawal je dan sedikit sayur,tapi kali ni nak letak pic and resepi ikan bawal masak kicap.Menu ni sangat simple dan sangat mudah disediakan..lama jugak Rahel tak buat ikan masak kicap ni..kebetulan je my darling terbeli ikan bawal hitam,so fikir2 la nak masak ape ikan ni,tiba2 pulak my darling bagi idea untuk masak kicap...so buatlah ikan masak kicap..seeedap.hehe..


K la kawan-kawan..seperti biasanya..sebelum keluar Rahel letak resepinya dulu kat sini ye..Rahel nak pegi makan dah...


Selamat menjamu mata..daaa..

Sabtu, 29 Oktober 2011

Masam Manis Ikan Bawal

Selamat malam semua..apa crita pulak malam ni..adakah resepi yang best2 nak di kongsi? Adoooii..mata mengantuk sangat ni..macam ada mod "m" lg,tapi kena masuk laporan jugak..tahan je la..Ok malam ni Rahel nak share satu lagi resepi yang Rahel pernah buat jugak dahulu kala tapi tak pernah lagi letak entrinya di sini.


Resepi kali ni..memang sangat mudah dan senang..bagi yang baru belajar memasak macam Rahel la..hohoho..ikan bawal termasam manis yang ada dalam pinggan ni sedap sangat dihidang bersama nasi putih..tak muak kita makan & Rahel pun suka lauk2 yang macam ni..ada masam ada manis.Oklah kawan-kawan..seperti biasa..sebelum tuan tanah pegi rehat,tuan tanah bersedia menyediakan resepi masam manis ikan bawal ni..layan dulu.


Baca betul-betul resepi tu ek..jangan tak baca habis..nanti tersilap masak lagi lauk masam manis tu..jadi pahit pulak...hihihi...

Selamat mencuba dan selamat menjamu mata..daaaaa.

Ahad, 16 Oktober 2011

Sambal Tumis Ikan Kembung

Selamat petang semuaa,dah petang kan? hehehe,sudah menjadi kebiasaan kalau lepas masak mesti posing berabis depan kamera,tapi lauk2 je yang kena posing,tukang masak tak payah posing dulu..udah puas tengok muka dlm cermin..hihihi..masak apa hari ni? masak ikan kembung n rebus kcg buncis dan ada jugak sambal belacan yang tak ketinggalan...jom tengok...



Ok..udah siap masak nasi..jadi sekarang nak masak sambal ikan kembung,bahan-bahannya pun senang nak dapat,masaknya pun sekejap sahaja.pendek kata boleh jimat masa dan tenaga..hihihi..suka yang yang mcm ni..

Sambal Tumis Ikan Kembung
Resepi:Rahel

Bahan:
400g ikan kembung,bersihkan & potong2
1/2 sudu makan asam jawa
1 1/4 sudu kecil garam halus
1 keping asam keping
minyak untuk menggoreng

Bahan Sambal dikisar halus:
1 labu bawang besar
7 biji bawang merah
5 biji bawang putih
3 biji lada merah
21 cili padi
2 sudu makan serbuk cili
3 sudu kecil belacan

Perasa:
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.Lumur ikan dengan garam dan asam jawa.Perap 15 minit.
2.Goreng ikan sehingga garing.Angkat dan toskan.
3.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bahan kisar,asam keping
   hingga garing.
4.Perasakan.Kacau rata.Masukkan ikan goreng,gaul rata sekejap baru
   angkat dan sedia dihidang.

Isnin, 10 Oktober 2011

Ikan Goreng Tepung

Salam hari isnin semua..apa khabar?? masak apa hari ni?? Sederhana dan senang je hidangan hari ni,skali-skala tukar selera pulak,tak tahan dengan lauk yang sedap2 dan berlemak selalu.Rahel masak ikan goreng tepung & rebus sayur sawi sama buat jugak sikit sambal belacan perah limau kasturi emmm ternyata lebih menyelerakan..hehehe..




Ikan Goreng Tepung
Resepi:Rahel


Bahan Ikan:
4 ikan kembung sederhana besar,bersihkan}
2 biji limau kasturi,ambil jusnya}
1/2 sk garam}
3 ulas bawang putih,ditumbuk halus}
2 sk serbuk ketumbar},satukan bahan ini,perap selama 20 minit.

minyak untuk menggoreng ikan

Bahan untuk batter (disatukan):
130ml air
80g tepung gandum
3 ulas bawang putih,ditumbuk halus
1 sk serbuk kunyit
2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk garam

Cara:
1.Panaskan minyak dalam kuali hingga benar-benar panas.
2.Celupkan ikan ke dalam batter,kemudian goreng dalam minyak panas
   dengan api sedang hingga agak garing.Angkat dan toskan.
3.Enak dihidang bersama sayur rebus dan sambal belacan.


Rabu, 24 Ogos 2011

Ikan Susu Panggang

Selamat malam kepada sahabat Rahel yang setia bertamu ke blog masakan Rahel...Malam ni Rahel mo hantar laporan lagi...ikan susu yang terpanggang dalam ketuhar..sangat mudah untuk dibuat sendiri di rumah kalau lagi malas mo bakar guna barah api.Yang panggang dlm ketuhar lagi bagus...terhindar dari asap dan habuk,tak payah penat-penat berkipas depan barah api..terhidu asap jak banyak...dan yang ni tetap ok rasanya...dan pasti semua pun suka sangat...jom panggang ikan


 
Ikan Susu Panggang
Sumber:Rahel


Bahan:
1 ekor ikan susu

Bahan perap:
1 sk garam
1 sk serbuk jintan manis
1 1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk kunyit
3 sdb minyak masak

Cara:
1.Bersihkan ikan,kemudian belahkan ikan macam dalam gambar di atas.
Lumur seluruh permukaan ikan dengan bahan perap.Biarkan selama 30 minit.

2.Alas dulang pembakar dengan kertas foil/kertas pembakar.Sapu dengan sedikit marjerin.
Letak ikan dalam dulang yang telah digris tadi.

3.Panaskan ketuhar 160'C selama 15 minit.
Panggang ikan selama 1 jam pada suhu 160'C.
Hidang bersama lada limau.
Siap untuk hidang.


Selamat menikmati hidangan Ikan Susu Panggang

Jumaat, 1 Julai 2011

Singgang Kampung Ikan Susu

Selamat bersiaran kembali...semoga tetap sihat dan ceria selalu bersama orang yang dicintai.Hari ni cuaca mendung ja..so terperap dalam rumah la jawabnya...ingatkan mahu buat ikan  bakar tapi  tiba-tiba mod 'm" melanda so tak jadi la...last2 buat ikan singgang ja...dan resepi kali ni Rahel masak ikut style kampong tapi sangat sedap..



Singgang Kampung Ikan Susu
Resepi:Rahel


Bahan:
1 ekor ikan susu (500g),bersihkan dan potong
5 biji cili padi,potong
3 biji bawang merah,hiris
3 biji bawang putih,hiris
1 batang serai,ketuk
1/2 st lada putih biji,tumbuk
3 lembar daun bawang,potong
1 sk serbuk kunyit
1 sdm asam jawa,bancuh dg sedikit air
600ml air
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.Masukkan ikan,dan bhn yg lain ke dalam periuk kecuali daun bawang
   dan bhn perasa.Panaskan hingga masak.
2.Perasakan dg garam dan gula.Masukkan daun bawang.Angkat.



Selamat menjamu selera..