Salam kepada semua pembaca blog Rahel,semoga sentiasa sihat dan ceria.Awal-awal lagi ni saya buat kuih bom pisang untuk minum petang.Semalam pergi ke pasar beli bahan-bahan masakan,ternampak pula pisang lemak manis,so kita belilah satu sisir konon untuk makan begitu saja tapi boleh pula teringat kuih bom pisang.Saya teringat kawan saya yang pernah datang rumah saya dulu,dia buatkan kuih bom pisang dan bubuh kelapa parut,sedap pula.Jadi ini hari saya cubalah buat kuih bom macam kawan tu buat.Resepinya mudah sahaja,boleh tengok resepi yang saya sediakan.
KUIH BOM PISANG LEMAK MANIS
Bahan-bahan:
6 buah pisang lemak manis
3 1/2 sudu besar gula kastor
2 biji telur gred B,dipukul sikit guna garfu
1 cawan kelapa parut
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
Cara membuat:
1.Pisang dilenyek hingga hancur.Masukkan gula dan telur.Kacau rata.Masukkan kelapa parut,kacau rata.Tambahkan tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat.Kacau lagi hingga rata.Perap adunan selama 15 minit.
2.Panasakan minyak secukupnya,jemput2kan adunan ke dalam minyak panas.Goreng dengan api sederhana sehingga keperangan.Angkat dan tuskan minyak.Siap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan