Selasa, 23 April 2013

Talam Seri Muka

Selamat petang...
 
 
Kuih Talam memang jarang2 dibuat sebab orang di rumah kami tidak seberapa gemar dengan kuih talam dan yang sewaktu dengannya.Kalau buat pun Rahel aje yang makan banyak,yang ni pun Rahel buat sebab teringin betul mahu makan...jadi semalam beli bahan-bahan n buatlah perlahan-lahan sebab buat kuih talam ni tak macam buat kek...memang mudah cara penyediannya..jom la tengok bahan2nya...
 
 
TALAM SERI MUKA
Sumber:Tempting Kuih
 
Bahan Lapisan Bawah:
700g beras pulut (direndam 6 jam)
500ml santan cair -->>I guna santan pekat
1/2 tsp garam
 
Cara-cara:
1.Toskan beras pulut,masukkan ke dalam Loyang (10 x 10)" yang dialas kertas plastik (14 x 14)".
2.Masukkan santan cair yang dicampur dengan garam.Kukus hingga pulut kembang dan kacau
   sebati.
 
Bahagian Atas:
5 biji telur
600ml santan pekat yang telah dicampur dengan jus pandan
350g gula pasir --->>yg ni Rahel guna 175g gula pasir sahaja
30g tepung jagung
60g tepung gandum
1 tsp perasa pandan--->>yg ni Rahel tak letak sebab Rahel guna jus pandan (12 lembar daun
                                        pandan diblend bersama 200ml air,nanti akan dicampur dg santan
                                        pekat untuk dijadikan 600ml).
 
Cara-cara:
1.Masukkan kesemua bahan di atas dan kacau di atas api hingga naik wap.
2.Turunkan pulut dan tekan padat.Bancuh 1 tbsp. tepung jagung dan 2 tbsp air.Sapu rata di
   atas permukaan pulut.Kukus sebentar.
3.Tuangkan adunan hijau tadi dan kukus semula dengan api sederhana perlahan selama
   35 minit (I kukus selama 40 minit).
 
Catatan by Rahel:
*Jika nak rasa lemak tambahkan sedikit garam ke dalam adunan hijau.
*Sapu seluruh permukaan dan tepi Loyang dengan minyak,kemudian alas dengan kertas
  plastik.Pastikan juga permukaan kertas plastik disapu dengan minyak barulah diletak
  nasi pulut.Mampatkan nasi pulut.Tujuan kertas disapu minyak ialah untuk memudahkan
  kuih talam dikeluarkan dari Loyang,jd taklah melekit sana-sini & juga kuih akan sentiasa
  kemas n tak melekit pada kertas plastik.
*Balut tudung periuk semasa kukus kuih talam.
*Rahel tak tambah pewarna hijau dalam adunan hijau sebab jus pandan dah hijau.
*Kuih talam yg baru lepas dikukus mula2 kelihatan tak cantek permukaannya tapi jangan
  risau ianya hanya sementara.
*Pastikan kuih talam benar2 sejuk selama lebih kurang 5 jam baru dipotong guna pisau
  plastik.
 
 
Selamat mencuba.


10 ulasan:

Sweet red cherry berkata...

cantik talam serimuka yang rahel buat..aku suka juga buat kuih talam tapi nda penah lagi buat serimuka..

Rohah berkata...

pebret ni dek oiii...tak cukup seketul masuk mulut tauu!!

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

Rahel hantar sepiring pun cukup utk akak ni he heee
cantik kaler ijau daun pandan

zila norazila berkata...

Sama dgn zila..huby x mkn kuih2 klu buat zila jew sorg yg nk kena habiskn..cantik color ijau tue rahel.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

owhh.. Rahel... sedapnya serimuka... kalau di rumah akak.. ramai juga peminatnya.. terutama akak & 2 anak perempuan mmg gemar mkn serimuka...

suryabil berkata...

Nampak sedap n lembut talam nya tu...mari le kite tlg join mkan..heheheh

Sue @ Nenie berkata...

Assalamualaikum...Wahhh buat minum petang best ni...lama plak rasanya tak makan sri muka

Unknown berkata...

kemas nya talam kak rahel..mcm teringin jugak nak rasa ckit..

Tanpa Nama berkata...

Wow bestnya, saya klu teringin beli je, tak penah buat pun

Qasey Honey berkata...

cantik kejadian kuih talam tu..sedapnya