Salam.
Awal pagi ni masih lagi hadap laptop sambil tinjau-tinjau blog masakan kawan-kawan.Banyak hari sudah sepi blog masakan Rahel ni.Selalu juga jengah blog tapi takda upload apa-apa sebab kadang terasa liat betul mau ambik gambar,kalau hantar resepi saja tapi takda gambar,macam ada jak yang tidak kena.Nampak masih ramai geng masak-masak yang rajin ambik gambar dan upload setiap hari dalam blog masakan mereka.Hebatnya korang.
Oh ya,hari ni saya menyempatkan diri juga masak sambal Acar Buah.Sedapnya.Boleh bertambah-tambah nasi jika ikutkan nafsu,nasib baik saya tahan-tahan hahaha.Pernah juga beli acar buah ni,sikit saja dalam bekas tu tapi boleh tahan harganya,tapi kalau dikira-kira memang boleh tahan juga harga jeruk buah-buahan yang diguna dalam sambal ni,apalagi jika melibatkan cili padi,confirmlah mahal gila harga cili skarang ni,sejemput saja pun sudah RM2.Kerana suka yang pedas maka dibeli juga walau mahal.
ACAR BUAH
Sumber:Resepi HOME MADE
Resepi by:Chef Norzailina Nordin
Bahan-bahan:
3 sudu besar rempah kari ayam
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan bijan
1 cawan cuka
1 kg campuran jeruk (prun,limau,ceri,mangga,aprikot,kismis,cili,buah kana)
Bahan Kisar:
30 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
10 sm halia
30 tangkai cili kering~direbus lembut
Cara membuat:
1.Sangai bijan terlebih dahulu.Angkat.
2.Kemudian sangai rempah kari hingga harum,angkat.
3.Panaskan minyak,tumis bahan kisar dan rempah kari tadi hingga pecah minyak.
4.Masukkan gula dan cuka.Masak lagi atas api perlahan hingga pecah minyak.
5.Masukkan jeruk.Kacau atas api perlahan hingga pekat dan berminyak.
6.Biar sejuk sebelum ditaburkan bijan dan dihidangkan.
Nota by Chef:Boleh kurangkan cili kering untuk kurangkan pedasnya.
Nota tambahan dari Rahel:
Di cara No.5 Rahel tambahkan 2 cawan air panas,sebab nak masak lebih masa sikit supaya jeruk buah-buahan jadi lembut sebelum pecah minyak.Rahel juga masukkan sedikit garam.Jeruk buah-buahan tu pun Rahel basuh terlebih dulu sebelum masak.
Terima kasih sangat-sangat kepada Chef Norzailina sebab share resepi Acar Buah yang sangat sedap.Banyak lagi resepi beliau yang kena cuba lepas ni.
Selamat mencuba.
Terima kasih awak sudi jengah blog Rahel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan