Isnin, 1 Ogos 2022

Tips Membuat Kuih Bom Agar Tidak Meletup

Salam.Ni hari kita cerita pasal kuih bom bijan yang banyak peminatnya.Ada yang mengadu terpaksa sedia perisai time menggoreng sebab takut kena percikan minyak.Jadi apakata korang ikut sedikit petua yang selalu saya amalkan jika membuat kuih bom,mula-mula korang kena campurkan tepung gandum or tepung ubikayu ke dalam tepung pulut.Kalau ada ubi manis or kentang lagi bagus.Tapi kali ini saya guna resepi yang simple sahaja,takda bubuh ubi manis or kentang.Pastikan juga korang bancuh tepung dengan air secukupnya sebab kalau doh agak keras nanti bila dibentuk bebola akan ada rekahan so boleh jadi kuih akan merekah/meletup time digoreng.

Selepas bubuh inti kelapa gula merah pastikan gesek betul-betul bebola tu dan jangan ada nampak rekahan.Celupkan bebola ke dalam air kemudian sadur dengan bijan.Gesek lagi dekat tapak tangan sehingga bijan betul-betul melekat.Sebelum digoreng sebaiknya rehatkan bebola dalm peti sejuk selama 30-60 minit.Ini part paling penting ni,time korang nak goreng kuih,letak kuali atas dapur,tuangkan minyak secukupnya (goreng kuih mesti tenggelam jadi kena guna banyak minyak) buka api kecik dan masukkan juga bebola tadi,tak perlu tunggu minyak panas baru nak bubuh bebola memang meletop la jadinya.Korang goreng bebola dengan api kecil sahaja lebih kurang 10 minit.Kacau perlahan-lahan sehingga masak time korang goreng kuih bom.Setelah masak angkat dan toskan minyak.Selamat mencuba.



KUIH BOM INTI KELAPA GULA MERAH
Resepi by : Rahel Blogspot

Bahan-bahan (inti kelapa)
225gram kelapa parut putih
120gram gula merah (gula Indon)
1/4 sudu teh garam
5 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara memasak inti kelapa:
Gula merah,air dimasak hingga gula larut kemudian ditapis.Masukkan semula ke dalam periuk air gula,kelapa parut,garam.Masak dengan api kecil sehingga air agak surut.Tambahkan tepung gandum.Teruskan masak sambil digaul hingga sebati dan pekat.Tutup api dan sejukkan.Setelah sejuk timbang 9gram setiap satu dan bulatkan supaya senang nak guna nanti untuk buat kuih bom.


Bahan-bahan untuk doh/kulit:
200gram tepung pulut
50gram tepung gandum
20gram gula pasir
2gram garam halus
184gram air

60gram bijan
Air untuk celup bebola

Cara membuat:
Satukan semua bahan kering dalam basin.Tuang air perlahan sambil diuli sehingga menjadi doh.Bahagikan doh kepada 16 bebola (28gram setiap satu) Bubuh inti kelapa gula merah.Bulatkan kembali.Celupkan bebola ke dalam air kemudian sadur dengan bijan.Sediakan kuali untuk menggoreng.Masukkan minyak secukupnya.Buka api kecil ja dan terus masukkan bebola tadi.Goreng dengan api kecil selama lebih kurang 10 minit sahaja.Setelah masak angkat dan toskan minyak.Siap.



Dah cuba jangan lupa share dekat fb Rahel Home Made.Thanks.

Tiada ulasan: