Rabu, 2 Oktober 2019

KUIH GETAS

Salam ceria😍
Hari ni daku mau share tips membuat kuih getas yang lembut dan sedap gitew.Semua orang pun ada resepi masing2 kan? banyak juga resepinya di google.Kalau kita google resepi kebanyakan guna gula pasir sahaja tapi kalau versy dari seberang memang guna gula merah terutamanya kalau orang sulawesi selatan yang buat.

Di Tawau kami panggil kuih Sawalla (bahasa bugis).Kuih getas gula merah tentunya pilihan gue.Paling suka makan tapi jarang sangat membuat selalu beli ja di gerai dan harga pun memang murah RM1/3pcs.Puas hati makan.


Oh ya,kita di Tawau rata2 guna gula merah dari Indonesia dan tentunya gula merah from Sulawesi Selatan @ Rasanya memang lemak manis dan wangi.


KUIH GETAS
Resepi by Rahel

Bahan:
100g tepung pulut
  20g tepung ubikayu
  50g kelapa parut putih
5 sudu besar air
Secubit garam

Cara membuat:
Dalam mangkuk,satukan tepung pulut,tepung ubi kayu,kelapa parut & garam.Kemudian tuang air sedikit2 sambil kita gaul adunan hingga jadi doh.Bahagi doh kepada 9 bebola.Bentukkan bujur kemudian tekan leper.Panaskan minyak secukupnya.Goreng kuih dengan api perlahan.Setelah masak toskan minyak.

Sira Gula:
50g gula pasir
50g gula merah (sy guna gula merah dr Indonesia)
2 sudu besar air

Cara membuat:
Masak gula pasir,gula merah dengan air (api kecil) sehingga agak pekat.Masukkan kuih tadi dan terus gaul hingga sirap sebati dengan kuih.Bila sudah sebati matikan api dan teruskan menggaul hingga sirap gula jadi keras.


Bentukkan bujur doh itu kemudian tekan sikit bagi meleper/nipis supaya senang masak nanti.


Panaskan minyak secukupnya.Ni api mesti kecil ya supaya kuih tidak merekah.Tak payah tunggu minyak terlalu panas,terus goreng ja kuih tu dan balik2an.Jangan goreng lama sangat sampai meletup2.Goreng sekejap saja dalam 4-5 minit gitew.Angkat memang kuih sebelum merekah/meletup...haha.


Jangan lupa toskan minyaknya ya bossku😀



Kita masak sira gula pula.Ni pun kita guna api kecil saja tau.Supaya sira gula kita nanti tu tidak hangit dan terasa pahit.


Haaa masak sira gula sehingga berbuih dan pekat tapi jangan la terlampau pekat ya bossku..pahit nanti.

Ok,setelah sira gula da pekat kita masukkan la semua kuih yg digoreng tadi tu.Time ni kita mesti buka api yg paling kecik.


Kita gaul perlahan sampai semua kuih disalut dg sira gula gitew.Setelah itu boleh la kita matikan api.

Selepas kita matikan api teruskan gaul kuih perlahan dengan manja gitew.

Kenapa kita kena teruskan gaul? Supaya kuih tu bersalut betul2 dengan sira gula.Teruskan gaul sehingga sira gula jadi keras.Bila sira da keras berhenti la mengacau.Nah siap sudah.Boleh sudah susun cantik2 dalam pinggan pastu ambik gambar.

Selamat mencuba.

Terima kasih sudi singgah.

Tiada ulasan: