Rabu, 10 November 2021

Sagu Bronok

Ini pertama kali saya buat sagu bronok,biasanya saya beli ja di luar jika teringin makan.Walaupun banyak resepi sedap-sedap di google tapi saya tetap memilih untuk mencuba resepi yang ada dalam buku resepi.Lama juga resepi tu terperap.Syukur sangat2 hasilnya memuaskan.Sangat sedap.


 

SAGU BRONOK

Sumber Resepi :Kuih Melayu


Bahan-bahan:

275gram sagu-basuh dan tos

375gram gula (saya bubuh 300gram sahaja)

125gram kelapa parut-ambil yg putih sahaja

2 Liter air

3 sudu makan pewarna merah (sy buh 2 st sahaja)


Cara membuat:

1.Didihkan air di dalam periuk.Masukkan pewarna merah dan gula.Kacau sehingga gula larut.

2.Kemudian masukkan sagu.Kacau tanpa berhenti sehingga likat.(ambil masa 30 -40 minit)

3.Angkat dan masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan.Sejukkan dan potong.

4.Gaul dengan kelapa parut dan hidang.

Saya bubuh 2 sudu teh esen vanila ke dalam adunan supaya wangi.


Selamat mencuba.

3 ulasan:

Sidratul Muntaha berkata...

salam singgah
panggilnya sagu bonok ye?
kami biasa panggil kuih sagu inti kelapa
senang buat tapi mesti guna periuk tahan lekat (kalau kami la)

Ammi berkata...

Antara faveret ammi juga ni. Br tau namanya sagu bronok

Lin berkata...

Sdp ni.. kalau gigi xkuat pun bole mkn.. kuihnya lembut je..