Khamis, 25 April 2013

Bolu Kukus Ketan Hitam

Selamat petang .
 
Hari ni kita teringin banget makan kek tapi nak yang ada kelainan sikit.Kebetulan masih ada stok tepung pulut hitam dalam simpanan jadinya cari2 resepi kek tepung pulut di google tadi,tiba-tiba ternampak kek kukus ketan hitam di dapur Yenni...Nampak sedap n menggoda sebab ada kejunya...dan sudah tentulah gue jadi penasaran seperti apa sih teksture bolu kukus ketan hitam itew...jadi tanpa membuang masa kita mula menyibukkan diri di dapur...and setelah bolunya siap dikukus memang tak sabar mahu tengok hasilnya..jadi kita pun cucuk perlahan2 dengan lidi sate..wah! terasa kejung betul wo...hingga merasa gagal buat bolu kukus..tapi rupa2nya memang begitu la keadaan bolu ketan hitam ni...hehehe...
 
Keadaan Bolu Kukus Ketan Hitam ni memang macam kek span yang padat tapi Wangi aroma pulut hitam tu memang menggoda..hinggakan tak sabar rasanya mau menjamah...ermm...ternyata enak sekali...sanggup makan beberapa potong walau tanpa inti dan topping keju...enak banget.Terima kasih Yenni kerana sudi kongsi resepi kek yang sedap banget..mohon dihalalkan untuk gue share di sini sebagai rujukan pelawat blog saya n juga saya.
 
 
BOLU KUKUS KETAN HITAM
Penulis:Fatmah Bahalwan
Sumber:Yenni's Cake
 
Bahan-bahan:
6 biji telur
200g gula kastor
1 sdt cake emulsifier/ovalette
350g tepung ketan hitam/tepung pulut hitam
1 sdm tepung jagung
1/4 sdt garam
150ml minyak jagung
200ml santan pekat
1/2 sdt esen vanilla
 
Cara membuat:
1.Kocok telur,gula,garam,cake emulsifier hingga kental dan putih.
2.Masukkan tepung ketan hitam,tepung jagung,gaul rata.
3.Tuang minyak dan santan,gaul rata.Tambahkan esen vanilla.Gaul rata.
4.Tuan adunan ke dalam Loyang 8/9" yang telah digris dan dialas kertas minyak.
5.Kukus dengan api sederhana kuat selama lebih kurang 30-40 minit.
6.Setelah kek masak biarkan kek sejuk,kemudian potong kepada dua lapisan.
 
Topping Keju
by:Rahel
 
Bahan-bahan:
250g cream cheese
50g gula kastor
250g fresh cream-diputar hingga kental
100g keju cheddar-diparut
 
Cara membuat:
1.Cream cheese,gula kastor dipukul hingga lembut.Tambahkan fresh cream yg sudah diputar.
   Kaup balik hingga bercampur rata.
2.Sapukan pada setiap lapisan kek dan akhir sekali tabor parutan keju cheddar di atasnya.
 
 
Selamat menikmati.


Selasa, 23 April 2013

Talam Seri Muka

Selamat petang...
 
 
Kuih Talam memang jarang2 dibuat sebab orang di rumah kami tidak seberapa gemar dengan kuih talam dan yang sewaktu dengannya.Kalau buat pun Rahel aje yang makan banyak,yang ni pun Rahel buat sebab teringin betul mahu makan...jadi semalam beli bahan-bahan n buatlah perlahan-lahan sebab buat kuih talam ni tak macam buat kek...memang mudah cara penyediannya..jom la tengok bahan2nya...
 
 
TALAM SERI MUKA
Sumber:Tempting Kuih
 
Bahan Lapisan Bawah:
700g beras pulut (direndam 6 jam)
500ml santan cair -->>I guna santan pekat
1/2 tsp garam
 
Cara-cara:
1.Toskan beras pulut,masukkan ke dalam Loyang (10 x 10)" yang dialas kertas plastik (14 x 14)".
2.Masukkan santan cair yang dicampur dengan garam.Kukus hingga pulut kembang dan kacau
   sebati.
 
Bahagian Atas:
5 biji telur
600ml santan pekat yang telah dicampur dengan jus pandan
350g gula pasir --->>yg ni Rahel guna 175g gula pasir sahaja
30g tepung jagung
60g tepung gandum
1 tsp perasa pandan--->>yg ni Rahel tak letak sebab Rahel guna jus pandan (12 lembar daun
                                        pandan diblend bersama 200ml air,nanti akan dicampur dg santan
                                        pekat untuk dijadikan 600ml).
 
Cara-cara:
1.Masukkan kesemua bahan di atas dan kacau di atas api hingga naik wap.
2.Turunkan pulut dan tekan padat.Bancuh 1 tbsp. tepung jagung dan 2 tbsp air.Sapu rata di
   atas permukaan pulut.Kukus sebentar.
3.Tuangkan adunan hijau tadi dan kukus semula dengan api sederhana perlahan selama
   35 minit (I kukus selama 40 minit).
 
Catatan by Rahel:
*Jika nak rasa lemak tambahkan sedikit garam ke dalam adunan hijau.
*Sapu seluruh permukaan dan tepi Loyang dengan minyak,kemudian alas dengan kertas
  plastik.Pastikan juga permukaan kertas plastik disapu dengan minyak barulah diletak
  nasi pulut.Mampatkan nasi pulut.Tujuan kertas disapu minyak ialah untuk memudahkan
  kuih talam dikeluarkan dari Loyang,jd taklah melekit sana-sini & juga kuih akan sentiasa
  kemas n tak melekit pada kertas plastik.
*Balut tudung periuk semasa kukus kuih talam.
*Rahel tak tambah pewarna hijau dalam adunan hijau sebab jus pandan dah hijau.
*Kuih talam yg baru lepas dikukus mula2 kelihatan tak cantek permukaannya tapi jangan
  risau ianya hanya sementara.
*Pastikan kuih talam benar2 sejuk selama lebih kurang 5 jam baru dipotong guna pisau
  plastik.
 
 
Selamat mencuba.


Isnin, 22 April 2013

Daging Kambing Masak Cili

Selamat bersua kembali.
Jarang-jarang jenguk blog masakan sebab sebok dengan kerja rumah.Kali ni Rahel share pulak resepi daging kambing yang masak pedas.Saja masak yang pedas2 gitu biar tak cepat muak makan.Ok lah,jom tengok apa bahan-bahan yang perlu disiapkan...
 
 
Daging Kambing Masak Cili
Sumber Resepi:Rahel Blogspot
 
Bahan-bahan:
650g daging kambing-dipotong kecil
1 keping asam keping 
1 batang serai-diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
500ml air
 
Bahan dikisar halus:
1 genggam cili padi-
3 tangkai cili merah
2 lembar daun limau purut-buang urat
5 biji buah keras-dicincang
1 ulas bawang besar-dihiris
3 ulas bawang merah-dihiris
5 ulas bawang putih-dihiris
 
Rempah tumis:
1 batang kulit kayu manis
1 biji puah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
 
Perasa:
1 sudu kecil pati ayam
1 1/2 sudu kecil garam/secukup rasa
1/2 sudu makan gula pasir
1 sudu kecil lada hitam
 
Cara memasak:
1.Panaskan sedikit minyak.Tumis rempah tumis,serai,serbuk kunyit dan bahan yang dikisar
   hingga naik minyak.
2.Masukkan air,asam keeping.Biar mendidih.Masukkan potongan daging kambing.
   Masak dengan api sederhana selama 1/2 jam.Perasakan dengan bahan perasa.Kacau rata.
3.Biar masak sebentar.Angkat.Siap.

 
Selamat menjamu selera.


Sabtu, 20 April 2013

Chocolate Banana Crepe

Selamat malam and selamat berhujung minggu.Semoga ceria selalu.


Chocolate Banana Crepe
Sumber Resipi:Wendy Kor

Bahan untuk krep:
100g tepung kek
20g tepung ubi kentang
10g tepung jagung
10g tepung kastard
50g gula
2 biji telur
100g susu cair/segar
250g air
10g minyak

Bahan untuk inti
Coklat ganache:
250g coklat
150g krim putar (dairy)

Krim coklat:
250 krim putar (non-dairy)
20g serbuk koko
5 biji pisang

50g coklat masakan--utk hiasan

Cara membuat krep:
1.Gaul tepung kek,tepung ubi kentang,tepung kastard & tepung jagung dalam sebuah mangkuk. Tambah gula,telur,susu dan gaul sehingga sebati dengan pemukul telur.

2.Kemudian tambah air serta minyak sehingga adunan sebati.Gunakan ayak sekiranya adunan berketul.

3.Panaskan kuali tidak lekat atas api sederhana dan sapukan sedikit mentega atau minyak.

4.Tuangkan sesenduk adunan dan putarkan kuali untuk membentuk krep yang nipis dan bulat.Setelah masak keluarkan dan biarkan sejuk.

Cara menyediakan inti

A.Ganache:Cairkan coklat dan krim putar secara double boil.Biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk sehingga padat.

B.Krim Coklat

1.Pukul krim putar non dairy sehingga kembang dan tambah serbuk koko.Gaul sehingga sebati.

2.Paipkan krim coklat ke atas sekeping krep & susun potongan pisang di atas.Paipkan ganache coklat di atas dan lipat ke dua dua sisi krep.Kemudian gulungkan dengan kemas.

3.Hiaskan krep dengan menggunakan coklat masakan cair.


Selamat menikmati Chocolate Banana Crepe.
Terima kasih kepada yang sudi order.

Rabu, 17 April 2013

Biskut Suji Salju


 
 
Hari ni kebetulan kita tak sebok sangat..jadi menyempatkan diri mencuba biskut suji salju dari dapur Yatie...ermm memang sangat sedap dan lemak...secukup rasa..kalau nak lebih manis boleh aje tambahkan sikit gula.Kita suka tekstur biskut yang mudah cair dalam mulut...tapi time lepas bakar pun kena angkat dengan manja sebab memang senang pecah.Yatie,terima kasih banyak-banyak sebab share resepi Biskut Suji Salju yang sememangnya enak dan sangat serasi dengan tekak gue.Minta halal ye untuk resepinya.Skarang nak share pulak resepinya di sini sebagai tatapan pengunjung setia dapur Rahel dan juga untuk kita yang suka makan biskut yang mudah cair.Jom kita tengok pula bahan-bahannya.
 
 
BISKUT SUJI SALJU
Sumber:Yatie 
 
Bahan A:
150g minyak sapi
100g mentega
100g gula kastor
1 camca teh esen vanilla
1 biji kuning telur
 
Bahan B:
100g cornflakes,dikisar halus
100g tepung jagung
50g suji (semolina)
 
Bahan C:
280g tepung gandum
 
Susu tepung secukupnya-untuk salut bisut yang sudah masak
 
Cara membuatnya:

1.Putar bahan A hingga sebati.Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata.Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.

2.Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemaran.Buat hingga siap bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 15-20 minit.

3.Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung.Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.
 
 
Selamat menikmati.


Isnin, 15 April 2013

Tat Nenas Gulung

Selamat petang...
 
Macam dalam musim raya pula bila nampak tat nenas kan? Ini semua disebabkan kerana satu orang makcik tu tayang-tayang acuan tat gulung di facebook..makcik tu siap jual acuan tat gulung lagi.Betul-betul buatkan saya nda senang duduk kalau tidak beli satu acuan tatnya tu...kebetulan juga saya memang belum punya koleksi yang begitu...nah..apa lagi...gue tak mau ketinggalan...gue order juga...memang nda sabar mo menggulung tat.Oh ya...mana la tau kalau2 ada yang teringin membeli acuan tat gulung..silahkan singgah di rumah makcik tu...rumahnya tak jauh...dekat sahaja.

 
 
Untuk resepi Tat Nenas Gulung pulak saya ambil dari dapur Noor Masri.Di dapur beliau memang banyak resepi biskut yang sedap-sedap n dah banyak kali saya guna resepi ni untuk buat tat gulung,hasilnya memang sangat gebu and sedap...memang tak menghampakan...teman-teman pun boleh juga cuba resepi ni yea...pastinya akan suka banget.Terima kasih banyak-banyak to Noor Masri kerana sudi kongsi resepi tat nenas gulung yang sedap,ijinkan gue share di sini untuk rujukan pengunjung dapur Rahel Blogspot dan juga untuk diri saya sendiri.Jom kita tengok bahan-bahan dia.
 
TAT NENAS GULUNG
Sumber:Noor Masri
 
Bahan:
1 kg tepung gandum
625g mentega (2 1/2 buku mentega)
4 kuning telur
1 putih telur
1/2 sudu teh garam halus
15g gula halus-resepi asal tak letak
1 sudu teh esen vanilla
 
1 kg jem nenas
 
Sapuan:

1 kuning telur + pewarna kuning + 1/2 sk air-kacau sebati
 
Cara membuat:

1.Campurkan kuning telur,putih telur,garam,esen vanilla dan pewarna kuning dalam mangkuk kecil.Pukul sedikit.

2.Dalam mangkuk besar,gaulkan mentega,gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti.

3.Kemudian masukkan campuran telur tadi.Gaul sebati.Masukkan dalam acuan tat gulung,picit dan letakkan jem.Kemudian gulung.

4.Sapu atasnya dengan bahan sapuan kemudian bakar pada suhu 160'C selama 20 minit atau sehingga masak.(suhu dan masak bergantung pada jenis oven)
 
*Jika adunan keras yakni gulungan putus-putus bolehlah tambah sedikit lagi marjerin/mentega sehingga mendapat adunan yang betul-betul lembut.
 
 
Selamat mencuba...


Jumaat, 12 April 2013

Pau Kacang Merah

Selamat bertemu kembali walau hanya di alam maya...semoga pengunjung setia dapur RB sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga tercinta...
Awal-awal lagi kita sudah bangun memproses Pau kacang merah ni..semalam Nampak kat dapur Shiela..licin dan gebu...itu yang kita terus tertarik untuk mencuba.Memang tak menghampakan...sangat2 sedap..tapi kita guna tepung super fine aje...tepung pau dah abis...dah lama tak simpan stok tepung pau sebab kita ni kadang rajin kadang malas...takut nanti tepung pau berkulat...hehehe.Apa2 pun terima kasih banyak-banyak kepada tuan empunya resepi ni..Shiela..ijin kan gue share resepi ni kat sini sebagai rujukan pengunjung setia dan juga kita yang suka buat homemade pau....terima kaseh...
Award dari blog Nasya cantik kan award ni...terima kasih banyak-banyak yea Nasya kerana sudi jemput Rahel untuk ambik award ni...
Pau Kcang Merah
Bahan Inti Kacang Merah:
500g kacang merah
1 1/2 cawan gula pasir
3 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar tepung gandum
2-3 helai daun pandan
Air secukupnya
Cara memasak:

1.Rendam kacang semalaman hingga kembang.Bilas dan rebus hingga pecah dan empuk.Matikan api dan sejukkan sebentar.

2.Setelah sejuk,blend atau kisar separa halus.Tak perlu halus sangat,tak sedap bila makan nanti.

3.Kemudian jerang balik atas dapur dengan menambah air,daun pandan yang disiat disimpul dan masukkan gula.

4.Gula boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa memasing.Bila sudah hamper sebati dan pekat masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga sebati.

5.Akhir sekali masukkan minyak jagung.Bila sudah pekat,matikan api dan sejukkan dulu sebelum digunakan.
Bahan Untuk Doh Pau:
1 kg tepung Pau 'Blue Key'
11g yis kering 'mauripan'
1 sudu kecil bread improver 'nona'
2 sudu besar shortening
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula kastor
2 1/2 sudu kecil garam halus
3 cawan air biasa
Cara membuat:

1.Bancuh yis dengan 1 cawan air,lepas tu taburkan denga sedikit gula supaya yis tu membiak berbuih-buih elok.

2.Satukan bahan-bahan yang lain dan masukkan balance air yang tinggal dua cawan tadi sedikit demisedikit dan gaul rata.

3.Kemudian uli tanpa henti lebih kurang 15 minit hingga betul-betul sebati dan memutih doh
tu.Sambil menguli ditumbuk-tumbuk sedikit doh tu untuk buang angina yang berlebihan.Rehatkan doh sebentar lebih kurang 5 minit.

4.Kemudian bagikan kecil-kecil untuk dimasukkan inti.Kalau buat bajet comey-comey 1 kg tepung ni boleh dapat hingga 40 biji pau.

5.Setelah dimasukkan inti lapikkan dengan daun pisang  dan susun dalam pengukus.Susun jarang-jarang.Biarkan naik seketika.Sebaiknya diletak di tempat ada cahaya supaya ia cepat mengembang.

6.Setelah permukaan pau itu betul-betul naik bolehlah dipanaskan kukusan kita.

7.Kukus pau lebih kurang 5-7 minit sahaja dengan api yang sederhana.
*Rahel guna tepung paling halus dan uli doh guna mesin pengadun selama 10 minit.

*Rahel tak lapikkan dengan daun pisang tapi guna paper cup sahaja.

*Rahel kukus pau 7 minit dengan api sederhana kuat.
Enjoi...


Khamis, 11 April 2013

Kek Keju Dingin Blueberi

Selamat petang.Apa khabar? sudah siap minum petang? Hari ni mood mahu makan kek yang enak gitu..konon2 mahu buat Russian black n white chocolate kek atau kek coklat indulgent hinggakan di facebook pun minta tolong kawan-kawan carikan resepinya...tapi akhirnya mood pemalas pulak yang datang...nah inilah hasilnya...Rahel memilih untuk buat kek yang enak..nyaman tapi ringkas...wallaaa...
 
 
KEK KEJU DINGIN BLUEBERI
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek 
 
KEK SPAN VANILA
 
Bahan-bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A
130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}-->>>diayak A
40g air
60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila
 
Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8".Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar
   pada suhu 170'C.
2.Satukan gula kastor,ovalette,telur dan bahan A ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan ke-
   lajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukarkan kelajuan tinggi & pukul lagi sehingga kembang
   selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air dan esen vanilla.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi
   selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
6.Setelah masak,telangkupkan agar ia tidak mendap.
   Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biar-
   kan ia sejuk.
7.Potong kek nipis untuk dasar kek keju dingin blueberi.
 
 
Inti Keju & Blueberi
 
Bahan-bahan:
250g krim keju
200ml krim putar tenusu (dairy whipping cream)
80g gula kastor
60g air panas mendidih}
13g serbuk gelatin halal}-->>>disatukan
 
Inti Blueberi-untuk hiasan
 
Cara membuat:
1.Griskan acuan bulat berukuran 7 inci x 3 inci.Lapik dengan plastic wrap.
2.Masukkan satu lapisan kek span ke dalam acuan dan ratakan dasarnya.
3.Pukul krim putar hingga kembang dan pekat.Ketepikan.
4.Pukul krim keju dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
   Masukkan krim putar tadi dan dikacau hingga sebati.
5.Tuangkan larutan gelatin yang sudah sejuk ke dalam adunan keju.Kacau hingga sebati.
6.Tuangkan adunan ini ke atas kek span tadi.Simpan dalam peti sejuk selama 5-6 jam sebelum
   dipotong.
7.Hiaskan dengan inti blueberi.
 
 
Selamat menikmati kek keju dingin blueberi...memang sedap banget...dijemput mencuba yea....


Rabu, 10 April 2013

Kuih Kacang Merah

Selamat pagi dan salam manis kepada pengunjung setia dapur RB.Semoga sentiasa sihat dan ceria dalam lindungan-NYA.

 
 
Pagi ni kita share gambar n resepi kuih kacang merah @ kuih bom kacang merah yang disukai ramai.Tengah semangat mahu membuat kuih bom..rupa-rupanya stok bijan di dapur tinggal sikit nasib baek ada stok bijan hitam..jadi kita campurlah kedua-duanya...tapi Nampak lagi berseri kan? Kuih bom ni memang salah satu kuih kegemaran kami..tapi dulu-dulu tidak berapa suka yg inti kacang..kita sangat suka yang inti kelapa gula Melaka..habis intinya dikorek..hehehe..ok la tu..resepi kita ambik dari buku resepi koleksi kuih-muih..terima kasih kepada penyumbang resepi..kuih kacang merah sangat enak..lembut..tapi sukatan air kena tambah la..
 

 
 
KUIH KACANG MERAH
Sumber:Koleksi Kuih-muih
 
Bahan-bahan:
350g tepung beras pulut}
50g tepung kanji}
1 sudu kecil serbuk soda bicarbonate}-ditapis
 
60g gula}
180ml air (yg ni sy tambah utk doh lembut 400ml++)}-dimasak dan biarkan sejuk
 
60ml minyak masak
Biji bijan
Minyak goring yang mencukupi
300g pes kacang merah
 
Cara-cara:

1.Ayakkan tepung beras pulut,tepung kanji & serbuk soda bicarbonate ke dalam mangkuk besar.

2.Didihkan air bersama gula sehingga gula larut,biarkan sejuk.

3.Tuangkan 2 ke dalam 1,pukul sehingga menjadi doh yang lembut,tambahkan minyak,uli lagi sehingga doh menjadi kenyal.

4.Bahagikan doh kepada bahagian kecil,setiap bahagian diisikan 2 sudu kecilpes kacang merah.Celupkan ke dalam air,sadurkan dengan bijan.

5.Goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga berwarna kuning keemasan,tapiskanminyak.


 
Selamat mencuba.


Ahad, 7 April 2013

Blueberry Cheese Tart

Selamat berhujung minggu...semoga ceria selalu.Hujung minggu ni lagi santai di rumah sambil menikmati Bluberi Cis tat kesukaan ramai.Semalam siapkan tempahan blueberi cis tat,jadi Rahel pun tak mau ketinggalan untuk merasa...so kita buatlah sikit untuk kita punya.Resepi kali ni dari buku resepi kek & biskut chef Hanieliza...memang terbaek...
 
 
Blueberry Cheese Tart
Sumber:Resipi Biskut & Kek Chef Hanieliza
 
Kulit Tart
 
Bahan A:
125g mentega
125g marjerin
100g gula halus
1 biji telur gred B
500g tepung gandum
 
Cara membuat:
1.Pukul mentega,marjerin dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan telur dan kacau rata.
3.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4.Masukkan adunan ke dalam acuan tat dan tekan supaya leper dan kemas dalam acuan tat.
5.Cucukkan dengan garpu supaya doh tidak gelembung.
6.Bakar dalam ketuhar pada suhu suhu 170,C selama 12 sehingga 15 minit.
 
 
Inti Keju & Bluberi
 
Bahan-bahan:
250g krim keju
50g mentega
80g gula halus
250g blueberry filling
 
Cara membuat:
1.Pukul krim keju,mentega,gula halus sehingga gebu.
2.Keluarkan kulit tat dan masukkan inti bluberi dan krim keju.
3.Bakar semula selama 5 minit lagi.
4.Angkat dan sejukkan.
 
 
Selamat menikmati.


Jumaat, 5 April 2013

Tat Keju Nenas

Selamat malam kepada yang sudi jengah dapur Rahel BlogSpot di malam ini...semoga ceria selalu.Malam ni tetiba pulak tayang Tat Nenas...macam dalam mood raya la pulak.Kebetulan pula time kemas-kemas esbok masi ada lebihan-lebihan jam nenas dalam esbok jadi apa tunggu lagi...segera cari resepi tat nenas yang lebih menarik dan pastinya enak banget...mungkin kerana adanya keju cheddar kesukaan ramai...so jangan ketinggalan untuk mencuba Tat Keju Nenas...
 
 
TAT KEJU NENAS
Sumber:Sedap
 
Bahan Kulit:
150g mentega tanpa garam
50g marjerin
50g gula aising
1/4 sudu teh garam
2 biji kuning telur
225g tepung paling halus
35g tepung jagung
25g tepung susu
50g keju cheddar-diparut halus
 
Bahan untuk egg wash:(gaul rata)
2 kuning telur
1 sudu teh susu cair
 
Bahan untuk tabur:
50g keju cheddar-disagat
 
Bahan inti Nenas:
450g nenas,parut
125g gula pasir
1/8 sudu teh garam
3 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
25g keju cheddar-diparut
1 sudu teh jus lemon
 
Cara membuat:
1.Inti:masak nenas sampai air meresap.Masukkan gula pasir,garam,cengkih dan kayu manis.
   Masak lagi sambil dikacau hingga kering.Tambahkan keju parut dan jus lemon.Gaul rata.
   Dinginkan.Bentuk bulat-bulat kecil.
2.Kulit:pukul mentega,marjerin,gula aising selama 30 saat.Masukkan kuning telur.Pukul rata.
3.Tambahkan tepung paling halus,tepung jagung dan tepung susu sambil digaul rata.Tambah-
   kan keju parut.Gaul rata.
4.Ambil adunan kulit sebesar ujung ibu jari.Bulatkan.Leperkan.Beri inti nenas.Bulatkan kembali.
5.Letakkan di Loyang yang sudah digris dengan marjerin atau alas Loyang dengan baking
   paper.
6.Bakar tat pada suhu 150'C guna api bawah selama 25 minit sampai setengah masak.
7.Keluarkan tat dari oven.Biarkan suam.Oles dengan kuning telur,tabur keju parut.
8.Bakar kembali tat pada suhu 150'C selama 20 minit sampai masak.
 
Catatan by Rahel:
*Inti nenas:Rahel guna inti nenas tanpa keju,beli dekat kedai bahan-bahan bakery.
*Egg Wash:Rahel letak sikit pewarna lemon yellow untuk kaler kuning yang cantek.
*Kulit/doh:Rahel guna butter salted jadi tak payah letak garam lagi.Doh sangat
  lembik,sebaiknya disimpan dalam peti sejuk 10-15 minit sebelum diberi inti untuk
  memudahkan kerja2.Kalau ada bilik berhawa dingin lagi baek...hehehe
*Masa membakar:Rahel bakar tat pada suhu 150'C guna api atas n bawah selama
  15 minit.Kemudian keluarkan tat dari oven dan biarkan suam baru oles dengan
  kuning telur & tabur keju cheddar parut.Bakar lg 15-20 minit api atas n bawah pd
  suhu 150'C.
*Untuk 1 adunan Rahel dapat 100++ tat keju nenas.Sedap banget.
 
 
Enjoi....


Khamis, 4 April 2013

2 TAHUN SUDAH RAHEL BLOGSPOT

Selamat pagi....apa khabar rakan-rakan skalian? Sihatkah?
Mula-mula ingat buat brownies untuk makan-makan saja,tapi tetiba teringat pulak yang hari ni udah genap 2 tahun usia dapur Rahel Blogspot..memang skejap saja rasanya..masa berlalu begitu pantas.Semalam tengah belek-belek buku resepi yang berlonggok di almari,tiba2 pulak terpandang Buku Resepi Kek & Biskut yang mana di dalamnya ada 44 resepi kek dan biskut yang mudah dan cepat,segera gue ambik buku tu..lembar demi lembar dilihat dengan teliti...aiseee...hermm..time tu memang tengah malam buta...hehehe..bila terpandang gambar brownies yang meleleh coklatnya tu daku terus memilih untuk buat brownies...sebab kebetulan memang lama sudah nda' buat brownies...nah...ni kalilah.Untuk pengetahuan kawan-kawan..brownies kali ni memang sangat sedap...sangat lembut..sangat gebu...sangat moist...memang sempurna banget...tak rugi mencuba..

Oh ya,sebelum kita teruskan ke babak resepi,tak lupa juga Rahel nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua geng masak2...tak kira dari blogger masakan,blogger suka-suki & facebook yang sudi dan setia melawat dapur Rahel BlogSpot yang masih banyak kekurangan dan perlu diperbaiki lagi.Semoga apa yang Rahel kongsikan di sini dapat memberi mamfaat buat rakan2 & pengunjung Rahel BlogSpot.

BROWNIES
Sumber:Resepi Biskut & Kek Chef Hanieliza

Bahan A:
1 cawan susu cair  -->saya guna susu segar
1 cawan mentega cair  -->saya guna corn oil
1 cawan air panas
2 cawan gula perang (290g)

Bahan B:(Kacau Rata)
2 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C:(Diayak)
2 cawan tepung gandum (240g)
1 cawan serbuk koko (85g)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
150g badam kisar (dipanggang)

Bahan D:(Krim Coklat)
250g coklat masakan
1 sudu makan marjerin
2 sudu makan krim putar

Cara Membuat:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 175'C selama 10 minit.
2.Kacau semua bahan A supaya sebati.
3.Masukkan bahan B.Kacau rata.
4.Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5.Lapikkan kertas dalam Loyang 10x10 inci.
6.Bakar selama 45 sehingga 50 minit.(saya bakar pd suhu 170'C selama 25 minit)
7.Sejukkan brownies dan salutkan dengan bahan D.

Krim Coklat
1.Panaskan coklat di dalam periuk ataupun bekas secara double boil.
2.Apabila coklat sudah cair,tutup api dan campurkan marjerin.Kacau sebati.
3.Masukkan krim putar dan kacau lagi.
4.Salutkan pada kek/brownies dan hias mengikut kesukaan.


Enjoi...

Rabu, 3 April 2013

GANACHE

Salam...



GANACHE
Sumber:Pabulous Cake Business (Chef Alex Goh)

Ingredients:
300g dark compound chocolate
200g UHT whipping cream
50g unsalted butter

Method:
*Cook whipping cream until boils.Add it into the finely chopped chocolate and stir until melted
  completely.
*Add butter and mix until well combined.Leave it overnight to thicken.
 

Selasa, 2 April 2013

Roti Goreng Keju Inti Coklat

Salam😊



Roti Goreng Keju Inti Coklat
Sumber:Sedap

Bahan dasar roti goring:(Anggaran 20 ketul)
300g tepung gandum 
4g yis segera/1 sudu teh
15g susu tepung/2 sudu besar
30g gula pasir/2 sudu besar
1 biji telur 
150ml air sejuk
50g marjerin
1 sudu teh garam
1 sudu besar keju parmesan,i skip

Bahan Pelapis:
100ml air,untuk pencelup
100g serbuk roti kasar

Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1.Campur tepung gandum,yis segera,susutepung,gula pasirdan serbuk penaik.Kacau rata.

2.Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh licin.Masukkan
marjerin dan garam.Uli sehingga elastic.Biarkan doh rehat selama 30 minit.

3.Kempiskan adunan.Masukkan keju parmesan.Uli rata.

4.Timbang setiap bahagian adunan seberat 20g.Bentukkan bulat.Biarkan doh rehat selama 10 minit.

5.Leperkan adunan.Bubuh inti dan bentukkan bulat/bujur.

6.Celupkan dalam air.Gulingkan di serbuk roti kasar.

7.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.


Pesan:
Untuk inti sosej,rebus terlebih dahulu sosej kemudian potong kepada 3 bahagian.



Bahan Inti:
50ml krim pekat
150g coklat masakan hitam,dipotong-potong

Cara membuat:

1.Panaskan krim pekat.Masukkan potongan coklat masak hitam.Kacau sehingga coklat larut.
Bentukkan bebola.Sejukkan ke dalam peti sejuk.



Selamat mencuba.