Selasa, 2 April 2013

Roti Goreng Keju Inti Coklat

Salam😊



Roti Goreng Keju Inti Coklat
Sumber:Sedap

Bahan dasar roti goring:(Anggaran 20 ketul)
300g tepung gandum 
4g yis segera/1 sudu teh
15g susu tepung/2 sudu besar
30g gula pasir/2 sudu besar
1 biji telur 
150ml air sejuk
50g marjerin
1 sudu teh garam
1 sudu besar keju parmesan,i skip

Bahan Pelapis:
100ml air,untuk pencelup
100g serbuk roti kasar

Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1.Campur tepung gandum,yis segera,susutepung,gula pasirdan serbuk penaik.Kacau rata.

2.Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh licin.Masukkan
marjerin dan garam.Uli sehingga elastic.Biarkan doh rehat selama 30 minit.

3.Kempiskan adunan.Masukkan keju parmesan.Uli rata.

4.Timbang setiap bahagian adunan seberat 20g.Bentukkan bulat.Biarkan doh rehat selama 10 minit.

5.Leperkan adunan.Bubuh inti dan bentukkan bulat/bujur.

6.Celupkan dalam air.Gulingkan di serbuk roti kasar.

7.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.


Pesan:
Untuk inti sosej,rebus terlebih dahulu sosej kemudian potong kepada 3 bahagian.



Bahan Inti:
50ml krim pekat
150g coklat masakan hitam,dipotong-potong

Cara membuat:

1.Panaskan krim pekat.Masukkan potongan coklat masak hitam.Kacau sehingga coklat larut.
Bentukkan bebola.Sejukkan ke dalam peti sejuk.



Selamat mencuba.

9 ulasan:

Unknown berkata...

wah suka ni Rahel, kalau dpt merasa alangkah bahagia nya di lawan dgn nasi dagang akak heeee buat minum petang ni kan

JaSSNaNi berkata...

gulllrppp.. Telan air liur teringin...
bak mai 2 ketul boleh? nak makan tea time jap gi.. huaaaaa.. sedap nye roti goreng cheese...

INA berkata...

Salam Rahel..

sedapnya roti goreng nie..harus cuba nie..hihihii

Shiela berkata...

Assalam Rahel.. Best kalo dapat wat minum petang ni..

Tanpa Nama berkata...

bestnya rahel, ala2 donut ye tapi letak cheese kat dlm tu, walah dpt byngkan dgn inti coklatnya lg

Sweet red cherry berkata...

sedapnya makan roti yang coklatnya cair dimulut ni..

Chah berkata...

Kehadapan rahel yang manis n suwit....

Sila tinggalkan beberapa ketoi utk dahku..sbb esok pagi subuh2 adam ai akan terbang ke sabah bah demi bun yg moolat2 itu.sekian... ;)

Mas berkata...

wahhh...sedapnya tengokk
boleh try nnti...

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

Sedapnys Rahel
ada coklat dlmnya tu