Rabu, 29 Februari 2012

Makaroni Bakar

Salam petang semua..dah siap minum petang k? Petang ni Rahel buat Makaroni Bakar pulak sebagai pelengkap minum petang,so malam nanti tak masak2 lagi bab yang ni pun dah buat kita kenyang memanjang.Ada jugak Rahel jalan-jalan sambil jeling-jeling dapur korang semua..memang tak boleh tenung lama-lama,semuanya menggamit selera...


Kalau dulu-dulu selalu nampak geng masak-masak buat makaroni bakar,ingatkan susah nak buat,tapi rupa-rupanya memang mudah dan tak cerewet,lepas bakar je dah boleh hidang and makan time panas-panas lagi...waduh..harum banget.. 


Baeklah teman-teman,sambil tunggu korang siap minum petang,gue siapkan dulu ini makaroni bakar..

Makaroni Bakar
Sumber:Rahel


Bahan:
170g makaroni
120g keju mozzarella
200g daging ayam kisar
5 lembar daun sup}
3 lembar daun bawang},dipotong halus
1/2 cawan mix vege
3 sudu kecil serbuk cili
1 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil lada putih
1 tangkai cili merah,dicincang
1/2 sudu kecil serbuk oregano
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu kecil garam (secukup rasa)
1 sudu kecil pati ayam
2 biji telur,dipukul rata
1 cawan susu segar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato

Cara:
1.Rebus makaroni selama 10 minit.Toskan.
2.Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk,tambahkan makaroni,gaul rata.
3.Griskan acuan 4''x8'' dengan sedikit mentega,tuangkan adunan makaroni ke
   dalam acuan.
4.Bakar pada suhu 170'C selama 1 jam.Hidang bersama sos cili.

*Taburkan sedikit keju mozzarella di atas permukaan,kemudian bakar (jika suka).


Selamat menikmati Makaroni Bakar.

Selasa, 28 Februari 2012

Cekodok Lobak Merah

Salam manis kepada kawan-kawan semua,tengah buat ape tu? 
Petang tadi kita ada buat kudap-kudapan yang ringan je untuk minum petang,oleh kerana sebok jalan sana jalan sini sampai kerja kerja dalam blog pun terabaikan.Oh ya,sebenarnya resepi cekodok lobak ni dah Rahel hantar kat fb tadi petang,mungkin ada yang tengah menerai tu,harap-harap sesuai dengan selera.

 

Kepada yang gemar buat cekodok kat umah,Rahel sharekan lagi satu resepi cekodok lobak merah kat sini,biar bertambah banyak koleksi resepi cekodok,boleh tukar-tukar selera..jom layan skejap..

Cekodok Lobak Merah
Sumber:Rahel


Bahan:
1 batang lobak merah (180g),dipotong kecil
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh serbuk penaik
1 cawan gula pasir
2 biji telur
1/2 cawan santan cair
1 sudu besar susu tepung/serbuk krim kelapa
1 sudu besar minyak masak
secubit garam

Cara:
1.Kisar lobak merah,air dan telur sehingga hancur.
2.Tuang ke dalam mangkuk,tambahkan bahan yang lain,gaul rata.Akhir sekali masukkan minyak,kacau rata.
3.Panaskan minyak yang cukup dalam kuali,ambil sedikit adunan guna tangan,kemudian punjutkan ke dalam minyak panas.Goreng dengan api perlahan hingga perang.Angkat dan toskan.

Pesan:
*Kalau tak pandai punjutkan adunan guna tangan,gunakan sudu kecil.
 

 

Selamat mencuba.

Pasta Sayuran

Selamat bersiaran di tengah hari.Korang dah siap masak k? Hari ni Rahel buat pasta je untuk makan tengah hari punya.Skali-skala tukar menu memang siok rasanya..tak banyak kerjaan kalau buat pasta spageti jer,lagi pun ni Rahel letak sayur2an aje..saja tak letak seafood atau daging..dah slalu makan yang macam tu...



Pasta Sayuran



Bahan:
100g spageti,direbus-toskan
50g carrot,potong dadu
7 buah kacang buncis,potong kecil
1/2 capsicum kuning-potong dadu
2 kelopak kubis panjang,hiris nipis
3 tangkai daun sup,potong halus
3 ulas bawang putih-dicincang
1 cawan air


Bahan perasa: (disatukan)
1 sudu kecil sos LP
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil tepung jagung,bancuh dengan sedikit air
sedikit garam


Cara:
1.Panaskan sedikit olive oil,tumis bawang hingga kekuningan.Masukkan air dan biarkan mendidih.

2.Tambahkan bahan perasa,kacau rata.

3.Masukkan carrot,capsicum,kacang buncis,kubis panjang dan daun sup,biar masak sebentar.

4.Tutup api,masukkan spageti,gaul rata.Angkat dan tabur sedikit serbuk mint.Hidang.




Isnin, 27 Februari 2012

Orange Chocolate Cup Cake

Salam manis kepada semua yang sudi singgah menjenguk dapur Rahel,harap korang semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Malam ni tuan tanah takde buat banyak kerjaan,skarang duduk ngadap laptop sahaja sambil jalan2 ke dapur korang semua...satu persatu gue datangi tau,tapi ada gak tempat yang tak boleh nak tinggalkan komen...susah sangat..jadinya gue balik la tanpa tinggalkan jejak..


Petang tadi gue ada buat sikit kek kecik,dapat beberapa ketul,sedaaap dimakan begitu saja,tak perlu kasi topping/cream..memang tak cepat muak kita makan..lagi-lagi terasa banget orennya..itu yang buat gue rasa siok makan.Sebelum ni ada juga buat kek oren tapi tak guna resepi ni dan yang ni pun baru pertama kali Rahel buat..naseb baek menjadik..lembut dan gebu je texture kek ni...sesuai la dihidang time nak sarapan atau pun minum petang...


Ok la,sampai di sini je dulu gue borak-borak sendirian..hehehe...cakap sendiri sambil senyum sendiri dah ni.Oh ya,kalau ada sesiapa yang nak menerai resepi kek oren ni..boleh jer guna limau mandarin atau oren sunkis..tetap harum punya kek...tapi rasa2nya gue ada kerja yang perlu disiapkan..jadi jangan ke mana-mana yer..singgah DI SINI ambik resepinya....


Selamat menikmati Orange Chocolate Cup Cake

Sambal Belacan

Selamat malam semua..korang mesti tengah hanyut dalam mimpi...hehehe..kalau ada yang belum tidor..singgah skejap kat sini,lepak sambil cerita bab sambal belacan yang semestinya disukai ramai..tapi lain orang lain cara dan bahan-bahan yang diguna dalam sambal belacan,jadi mari kita semak pulak bahan-bahan yang Rahel guna untuk menyiapkan sambal belacan...hmm tengok gambar dulu...



Ok la,ni aje bahan-bahan yang Rahel guna tuk buat sambal belacan,harap korang suka,sebab sambal belacan ni sesuai dihidang bila-bila masa..kalau malas masak lauk pun boleh hidangan sambal ni je dengan nasi puteh..konpem berselera punya...


Sambal Belacan
Sumber:Rahel

Bahan:
60g cili padi
40g belacan
3 tangkai cili merah,buang biji
1 biji bawang besar
9 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
1 biji limau kasturi,ambil jusnya
1/2 sudu makan asam jawa,bancuh dengan sedikit air
1/4 cawan minyak masak
1 cawan air

Cara:
1.Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar,termasuk 1/4 cawan minyak masak.
   Kisar bahan hingga hancur.
2.Panaskan sedikit minyak,tumis bahan kisar hingga pecah minyak.Siap.

*Rasa garam dan gulanya sebelum tutup api.



Selamat mencuba...

Ahad, 26 Februari 2012

Kuih Bom Pisang

Selamat bersiaran kembali dan selamat berhari minggu,semoga korang semua gembira bersama keluarga,sahabat dan kawan-kawan.Hari ni Raheltak ke mana-mana,duduk rumah je layan laptop.Pagi tadi Rahel buat sikit kuih bom pisang yang lembut dan gebu,skejap je dah licin kami kerjakan.Kalau cakap bab kuih bom/cekodok pisang memang ramai yang gemar makan kan? Rahel aje..dari kecik sampai skarang ni tetap tak lupa pada kuih bom pisang ni,kalau ada buag pisang kat rumah,memang tak ketinggalan dengan kuih bom pisang ni..

Ok la,bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita semak resepinya...

Kuih Bom Pisang
Sumber:Rahel

Bahan:
7 buah pisang emas,dilenyek halus
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula kastor
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar susu tepung
2 biji telur dipukul rata bersama secubit garam
1/4 sudu teh esen pisang/esen vanila

Cara:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk,gaul rata.Perap selama 10 minit.

2.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.

3.Menggunakan tangan,ambil sedikit adunan dan punjutkan ke dalam minyak panas tadi.Goreng kuih bom dengan api perlahan hingga perang.Angkat dan toskan.

*Kalau tak pandai guna tangan utk punjutkan adunan,gunakan sudu kecil.


Selamat mencuba...

Sabtu, 25 Februari 2012

Telur Goreng Berempah Kari

Selamat tengah hari semua dan selamat berhujung minggu,walau pun korang sebok keluar jalan-jalan..kena ingat jugak tuk makan tengah hari kan? Hari ni gue masak yang simple-simple aje,macam menu orang bujang,tapi skali-skala simple pun takpe kan,yang penting kualitinya...



Telur Goreng Berempah Kari


Bahan:
4 biji telur,direbus-dibuang kulitnya
1 sudu makan rempah kari daging,dibancuh dengan sedikit air
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah}
2 ulas bawang putih}
1/4 sudu kecil lada putih biji}
1 sm halia}
2 buah keras},ditumbuk hingga halus
1 1/4 cawan santan sederhana pekat
sedikit serbuk pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Batter:(satukan)
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung beras
1/2 sudu makan tepung gandum
secubit garam
40ml air

Cara:

1.Panasakan minyak dalam kuali,celup telur rebus tadi ke dalam batter.Goreng telur selama 1 minit.Angkat dan toskan.

2.Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi,masukkan rempah kari dan daun kari,kacau sebentar hingga wangi.

3.Masukkan santan dan bahan lainnya.Kacau rata.Angkat dan sajikan.


Pesan:Kelar sikit putih telur yang dah siap kupas tadi,kemudian celup ke dalam batter dan goreng agar tidak meletop ketika digoreng.




Selamat menajmu selera...

Jumaat, 24 Februari 2012

Dadar Sayuran

Selamat bersiaran kembali.Apa khabar semua? sihat k? heiii...sunyi nampaknya..pegi mana semua orang ni? Petang ni saja lepak skejap dalam blog,sambil tu mo letak resepi dadar sayuran yang teramat simple dan mudah banget tuk disiapkan.Tapi kan..yang ni sesuai pada yang gemar makan sayuran,kalau yang tak gemar makan memang sorry-sorry laa.



 


Dadar Sayuran
Sumber:Google

Bahan:
100g tepung gandum
220ml air
1 biji telur
sedikit garam
3 lembar daun bawang,potong halus

Cara:

1.Satukan semua bahan kulit dalam mangkuk,gaul rata hingga tidak berketul.
2.Panaskan kuali anti lekat,sapu dengan sedikit minyak,kemudian lap dengan tisu.
3.Tuangkan 1/5 cawan adunan tepung ke dalam kuali,layangkan.Biarkan hingga masak.Angkat dan ketepikan.

Inti Sayuran: (disatukan dan gaul rata)
100g mix vege,dicelur dalam air mendidih,toskan
100g kentang,potong dadu,kukus/rebus hingga empuk,toskan dan haluskan
1 sudu kecil sos lada hitam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
garam secukup rasa

Cara membuat Dadar Sayuran:
1.Ambil satu keping dadar,beri sedikit inti,kemudian gulung dengan kemas.Siap.

 

Biasanya kan..gue suka goreng dadar sayuran ni dan memang sedap..wangi jer,sesuai dihidang bersama sos cili atau sos kegemaran masing-masing,so korang boleh buat mana satu yang korang berkenan..tapi kalau nak goreng dadar jugak..nanti gue kasi itu bahan batter untuk korang celup itu dadar pastu goreng dalam 2-3 minit jer..tak perlu goreng sampai kecoklatan tau..nanti hangit pulak rasa dia...


Bahan batter:
2 sudu makan (mumbung) tepung gandum
2 sudu makan (mumbung) tepung ubi kayu
2 sudu makan (mumbung) tepung beras
1/8 sudu teh serbuk penaik
1/8 sudu teh soda bikarbonat
sedikit garam
100ml air
1 sudu makan minyak masak

Cara:

1.Satukan  semua bahan batter,kacau rata.
2.Ambil dadar sayuran tadi,celup ke dalam batter,kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas hingga kekuningan selama 2-3 minit.Angkat dan toskan.
3.Sedia untuk dihidang.




Rabu, 22 Februari 2012

Kek Coklat Tanpa Telur

Selamat bersiaran kembali,apa khabar semua? Harap kawan-kawan semua sihat ek.Kali ni gue tayang kek coklat tanpa telo lagi,sedap pulak kek coklat ni kan? tapi gue sebenarnya dah lupa siapa pemilik resepi ni,so kalau ada kawan-kawan yang tau asal resepi kek coklat tanpa telo ni,tolong bagitau gue yer..



Sebenarnya ni kali kedua Rahel buat kek guna resepi ni dan hasilnya tetap sama,maksudnya time lepas bakar kek ni agak garing permukaan atasnya,tapi bahagian dalam tetap gebu dan lembut walaupun agak padat sikit banding dengan kak Dayang punya resepi eggless coklat cake yang moist lembut,tapi terpulanglah pada selera memasing kan?..





Hmmm...korang nampak ada bebola coklat kat permukaan kek tu kan?..yang tu Rahel buat dari pada kek coklat jugak dan mana-mana kek coklat pun sesuai dibuat macam tu,hanya tambahkan dengan jem buah-buahan jer,pastu gaul sebati dan bentuk bebola kecil,kemudian golekkan dalam serbuk koko dan siap...oklah,Rahel letak dulu resepi bebola coklat ni,mana tau ada yang berminat,silahkan dicuba..jangan ragu-ragu.

Bebola Coklat
Resepi:Rahel

Bahan:
200g kek coklat,dihancurkan
2 1/2 sudu besar jem buah-buahan (Rahel guna jem blueberry brand Hero)
2 sudu besar serbuk koko (Rahel guna serbuk koko brand Tudor)

Cara:
1.Satukan kek coklat yang telah hancur dengan jem buah-buahan.Gaul rata.
2.Bentuk menjadi bebola kecil setiap satu 20g.
3.Golekkan dalam serbuk koko.Siap.

RESEPI KEK COKLAT TANPA TELUR

Bahan-bahan:
1 3/4 cawan tepung kek*
1/4 cawan tepung koko*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 cawan gula kastor
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak
1 1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar cuka
1 cawan susu segar

Caranya:
1.Ayak bersama bahan bertanda* ke dalam mangkuk.Tambahkan baki bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sebati.
2.Tuang ke dalam loyang 7 inci dan bakr selama 1 jam 10 minit pada suhu 170C.


Selamat mencuba.

Selasa, 21 Februari 2012

Sotong Paprika

Salam manis kepada semua yang sudi singgah jalan-jalan kat dapur Rahel,apa khabar korang semua? harap sihat semua ye.Kali ni Rahel hantar resepi sotong lagi,tak tau kenapa..gue tak pandai jemu makan sotong ni,tak kira la masak apa..tetap gue suka banget dan kali ni gue buat ''Sotong Paprika'' memang sedap banget rasa dia,ditambah lagi dengan texture sotong yang rangup...adoiii..sedapnya.

 


Ok la,jom kita semak pulak apa bahan-bahan yang perlu disiapkan untuk masak sotong paprika...


Sotong Paprika
Resepi:Rahel


Bahan:
450g sotong,dibersihkan dan potong ikut selera
1/2 paprika merah}
1/2 paprika kuning}
1/2 paprika hijau},dipotong kecil
3 ulas bawang putih,dicincang
1/2 inci halia,dicincang

Bahan Sauce:(disatukan)
1 1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan sos soya pekat
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil gula pasir
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung
garam secukup rasa

Cara:
1.Tumis bawang dan halia hingga naik bau.
2.Masukkan sotong,kacau sebentar biar setengah masak.
3.Masukkan pula bahan sauce dan paprika.Kacau sebentar hingga masak.
   Angkat dan sajikan.




Selamat menikmati Sotong Paprika...

Ahad, 19 Februari 2012

Steamed Wet Chocolate Cake Sempena Harijadi My Darling

Selamat Harijadi Encik Suami.



Semalam Rahel meluangkan masa untuk menyiapkan Kek Coklat yang sentiasa menjadi pilihan ketika hendak meraihkan hari-hari yang teristimewa dalam keluarga Rahel.Sudah terbiasa guna resepi Kek Coklat Kukus Basah dari Chef Zubaidah Bt Che'pa yang sememangnya menepati citarasa keluarga Rahel.Keknya memang sedap walau pun tanpa krim/topping,tapi kali ni Rahel buat siap dengan krimnya. 


Hari ini 19 Februari bertepatan dengan Harijadi My Darling,so awal-awal lagi dah bangun mempersiapkan hidangan untuk kami meraihkannya.Tapi yang pertama dirasmikan ialah kek tapi memang takde tiup lilin,korang pun tau kan apa hukumnya kalau tiup2 lilin kat kek harijadi.Jadinya kami pun dapat makan kek yang tersangatlah sedap walaupun simple je cara penyediaannya dan korang pun boleh gak try buat kek ni dan percayalah...lebih sedap hingga menjilat jari...hehehe..


Ok la tu...sambil lepak sambil tulis resepi,mula-mula kita siapkan dulu Kek Coklat Kukus..perhatikan betul-betul yer...jeng jeng jengggg...


Steamed Wet Chocolate Cake
Sumber:Buku Resepi/Zubaidah Bt Che'pa


Bahan:
200g tepung superfine
100g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur B (Rahel guna 4 biji telur)
200g gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara:

1.Ayak tepung,serbuk penaik,soda dan serbuk koko.Ketepikan.

2.Di bekas lain pukul telur,susu,gula dengan jaring.

3.Masukkan tepung yang diayak dan kacau sebati.

4.Masukkan minyak masak,gaul rata.

5.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.

6.Tuang ke dalam acuan bulat 8" yang telah digris dan dilapik dg baking paper.Kukus selama 45-60 minit atau sehingga masak.

7.Setelah kek masak,biarkan sejuk,bahagi kepada 4 lapisan.



 Inti Cream Cheese & Blueberry Fruit Filling
Resepi:Rahel

Bahan:
250g cream cheese,biarkan pada suhu ruang
75g gula kastor
80g mentega
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 sudu besar blueberry fruit filling,dibancuh dengan 2 sudu besar air panas,kemudian tapis
2 1/2 sudu besar blueberry fruit filling,dibancuh dengan 2 1/2 sudu besar air panas
50g kepingan almond,disangai sekejap
buah strawberry secukupnya untuk hiasan,dibelah dua

Cara:

1.Dalam mangkuk satukan cream cheese,mentega,gula kastor,kemudian putar hingga lembut,tambahkan esen vanila,blueberry filling yg sudah ditapis tadi,putar lagi hingga rata.

2.Ambil satu keping kek,letak adunan cream cheese,ratakan.Kemudian beri sedikit blueberry filling yg dari 2 1/2 sudu besar tadi dan ratakan.Buat seperti ini sebanyak 3x.

3.Kemudian tutup seluruh permukaan kek dengan baki adunan cream cheese.Simpan kek dalam peti sejuk selama 3 jam.Kemudian beri topping coklat.

4.Keluarkan kek dari peti sejuk,tuangkan chocolate ganache perlahan-lahan sampai menutupi semua permukaan kek termasuk bagian tepi kek.

5.Letak semula kek ke dalam peti sejuk selama 3 jam.Kemudian keluarkan kek dari peti sejuk dan hias tepinya dengan kepingan badam.

6.Akhir sekali,hiaskan permukaan atas dengan buah strawberry.Siap untuk disajikan.

*Kek boleh disimpan dalam peti sejuk selepas di hias sebelum dihidang,jika suka kek yang dingin.




Enjoiii...

Donat Kentang

Selamat malam semua..kalau belum mengantuk..temankan gue lepak skejap sambil makan-makan donut kentang...




Donut Kentang
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
250g tepung roti
5g yis segera
40g gula kastor
10g tepung susu
100g kentang,direbus hingga empuk,kemudian haluskan
140g air sejuk dari peti sejuk
30g mentega

Cara:
1.Campurkan tepung roti dan yis,kemudian masukkan gula,tepung susu,kentang dan
   air,gaul rata sehingga menggumpal.

2.Tambahkan mentega dan teruskan menguli sehingga doh menjadi licin dan anjal.

3.Biarkan doh di atas permukaan yang telah ditabur tepung & ditutup dengan kertas
   plastik.Biarkan doh mengembang selama 40 minit.

4.Panaskan minyak yang cukup dalam kuali,punjutkan doh guna tangan dan terus
   masukkan dalam minyak panas.Goreng hingga perang.Angkat & toskan.

5.CARA 2:Jika ingin membuat donat menggunakan penerap donut,canaikan doh
   pada ketebalan 1 1.5cm setelah doh mengembang selama 40 minit ( cara no.3)
   Rehatkan selama 10 minit.Terap doh dengan menggunakan penerap donat
   dan letakkan ke dalam dulang yang telah ditabur tepung.
   Ketepikan selama 25-30 minit untuk doh mengembang dengan secukupnya.

6.Kemudian goreng donat dengan api perlahan hingga perang.Angkat dan toskan.

Enjoiii..


Jumaat, 17 Februari 2012

Mini Black Forest Cake

Salam manis kepada kawan-kawan semua,apa pulak yang kawan2 buat untuk minum petang ni? Rahel rileks je sambil ngadap laptop,faham-fahamlah..semalam dah buat kek mini ni,pastu letak dalam peti sejuk,so petang nanti bolehlah hidang Mini Black Forest Cake,tapi tunggu my laling balek kerja,baru makan kek sambil dating..hihihi...






Ha,yang kat bawah ni pulak dah jadi kek gulong coklat,korang boleh buat macam ni gak kalau rasa-rasa malas nak buat yang bertingkat macam dalam pic kat atas tu..buat je mana-mana yang sesuai dengan selera korang ye.

Mini Black Forest Cake

Bahan Adunan Kuning Telur:
70g coklat masakan
150ml susu cair
60ml minyak masak
6 biji kuning telur
1 sudu teh emulco coklat
110g tepung gandum
20g serbuk koko
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Bahan Adunan Putih Telur:
6 biji putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar
150g gula kastor

Cara:
1.Untuk membuat adunan kunig telur,cairkan coklat masakan dan susu cair dengan cara
   double-boil.

2.Dalam mangkuk kecil,satukan minyak masak,kuning telur dan emulco coklat,kacau
   rata.

3.Satukan bahan cara 1 dan 2,kacau rata.

4.Ayakkan tepung gandum,serbuk koko,soda bikarbonat ke dalam cara no.3,kacau
   rata.

5.Untuk membuat adunan putih telur,putar putih telur dan cream of tartar hingga
   berbuih,masukkan gula kastor secara bertahap (3x) sambil diputar hingga gebu
   dan bertanduk.

6.Tuangkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur secara bertahap (3x)
   sambil dikaup balikkan hingga rata.Kemudian masukkan ke dalam bag piping
   dan picitkan ke dalam dulang pembakar sebesar 2''.Bakar dalam ketuhar selama
   10 minit pada suhu 170'C.
   (alas dulang pembakar dengan baking paper tanpa disapu butter)

7.Setelah masak,biarkan sejuk,kemudian potong tepi dengan kemas.

8.Ambil satu keping kek,picitkan whip cream di permukaan,kemudian beri 1/2 sudu
   kecil inti blueberry,kemudian tompok satu keping kek di atasnya dan picitkan lagi
   whip cream di permukaannya,kemudian beri lagi 1/2 sk inti blueberry dan akhir
   sekali tompokkan satu keping kek lagi di atasnya,picitkan whip cream,kemudian
   tabur coklat kikis di atasnya.Ayakkan sedikit serbuk koko di atas coklat kikis tadi
   dan hias dengan hirisan strawberry.

9.Simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidang.

Sediakan bahan untuk topping dan inti:
150g blueberry fruit filling,campur dengan sedikit air panas jika terlalu pekat
80g coklat masakan,dikikis kasar
1 1/2 cawan non-dairy whipped cream,diputar hingga gebu (bertanduk)
buah strawberry secukupnya untuk hiasan,dibelah empat (ikut selera)
30g serbuk koko






Khamis, 16 Februari 2012

Sotong Black Pepper

Selamat malam semua..dah malam kan? hehehe...apa pulak yang korang buat skarang ni? tengah on line k? Rahel sebenarnya tengah fikir-fikir lagi nak buat ape,tolong bagi idea..ada orang kat sini k? tolong la.Baeklah,korang fikir2lah dulu ek,skarang gue mau tayang Sotong Black Pepper je,ni pun gue makan untuk lunch tadi,jadinya skarang gue tayang pic je..pastu gue mau keluar kejap makan angin..nak tengok-tengok keadaan kat luar..jom jalan-jalan...nanti balek baru gue kasi itu resepi,mana tau ada yang nakkan resepi sotong berlada hitam...



Gue udah balek dari jalan-jalan,skarang mau letak itu resepi Sotong Black Pepper...

Sotong Black Pepper
Sumber:Rahel

Bahan:
400g sotong-dibersihkan & potong ikut suka
1 buah capsicum merah,dipotong dadu
7 tangkai cili padi,potong kecil
3 ulas bawang putih,dicincang
1 inci halia,dicincang
1 pokok daun bawang,potong kecil

minyak untuk menumis

Bahan Perasa:
1/2 sudu kecil sos lada hitam
1/2 sudu kecil lada hitam biji,ditumbuk
1 sudu kecil sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih dan halia hingga terbit bau.
2.Tambahkan pula cili padi,dan sotong,biar masak sekejap.
3.Masukkan capsicum,daun bawang dan bahan perasa,kacau sebentar.Angkat
   & sajikan.



Selamat menjamu selera..

Dorayaki Black Forest

Selamat bersiaran menjelang tengah hari..apa khabar korang semua? apa pulak hidangan sarapan kali ni? Pepagi lagi dah belek-belek majalah Sedap,cari resepi yang senang-senang saja..dan kali ni daku terjumpa pulak Dorayaki yang dimodernkan ke versi black forest,tapi sure..Rahel memang tak berapa tau benda ni,pernah nampak Dorayaki tapi belum pernah rasa.Time tengok gambarnya yang cantek terus tertarik lagi nak mencuba,bahan2nya pun memang simple-simple aje dan kebetulan semua bahan yang diperlukan dalam resepi tu memang ready kat dapur,jadinya Rahel cuba-cuba nasib la..


Nah..untuk yang ingin tahu macam mana rasa Dorayaki ni,memang sedap,tambahan pulak dengan adanya krim pekat manis dan parutan coklat.Time Rahel makan dorayaki ni memang dapat rasa yang dorayaki ni adalah lempeng/pancake bagi orang Melayu,so terpulanglah pada korang jika nak bagi inti atau pun makan begitu saja..tapi rasa-rasanya lebih sesuai digandingkan dengan sos coklat atau madu. 





Ok lah tu,gue kasi itu resepi Dorayaki skarang ek..boleh la korang try nanti...

Dorayaki Black Forest
Sumber:Majalah Sedap

Bahan:
2 biji telur
1 sudu makan madu
20g gula aising
1/4 sudu teh garam
100ml susu cair
135g tepung gandum
10g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan Inti:
100g krim pekat manis,pukul sehingga kembang
100g coklat masak hitam,kikis kasar

Cara:
1.Pukul ringan telur,madu.gula aising dan garam sehingga rata.Tuangkan susu cair
   sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.

2.Tuang ke dalam tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik yg telah diayak
   dan dikacau rata.

3.Sudukan di kuali anti lekat.Biarkan sehingga kembang.Balikkan & biarkan masak.

4.Tekankan dengan krim pukul.Taburkan kikisan coklat masak hitam.Tutup dengan
   dorayaki yang lain.


Selamat menikmati Dorayaki Black Forest

Rabu, 15 Februari 2012

Taufu Kukus

Selamat bersiaran di awal malam,korang tengah buat ape? dah siap makan malam k? kali ni daku nak share satu resepi taufu yang terkukus pastu kasi sayur and udang sikit,barulah enak.Tapi kan..gue macam ada mengantuk sikit walaupun masih awal lagi..mungkin bab satu hari tak makan kek..hihihi..bukan main lagi korang ek..macam-macam cara korang goda Rahel..tapi takpe..gue sabar je layan taufu kukus ni..kenyang...



Korang pun nak juga k? Mari layan Taufu Kukus skejap...jeng jeng jenggg...

Taufu Kukus
Sumber:Rahel


Bahan:
1 kotak (300g) taufu lembut,dikukus selama 5 minit
1/2 inci halia,cincang halus
1 tangkai cili merah,buang biji-cincang
80g brokoli,dicelur dalam air mendidih selama 1 minit,toskan
1 pokok daun bawang,dipotong
70g isi udang segar,dipotong kecil
1 cawan air

Bahan Perasa:
1/2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil sos soya cair
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil gula pasir
1/4 sudu kecil lada putih
secubit garam

Cara:
1.Letak taufu kukus tadi ke dalam pinggan,susun brokoli di tepinya.
2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis halia hingga wangi.
3.Tambahkan udang dan cili merah,air,biarkan mendidih selama 1 minit.
4.Masukkan pula bahan perasa dan daun bawang,kacau sebentar.Angkat &
   tuangkan ke permukaan taufu kukus dan brokoli tadi.Sajikan.



Selamat menikmati Taufu Kukus yang enak...

Pizza Danish

Selamat pagi semua..apa khabar? dah siap sarapan k? Pagi ni Rahel layan pizza danish pulak.Sebenarnya dah lama simpan buku yang resepi Hidangan Berkeju ni,kadang ada tengok-tengok gak tapi dulu tak prasan sangat yang resepi pizza danish pun ada dalam buku tu.Semalam bila duduk belek-belek buku resepi tetiba ternampak pulak akan resepi pizza danish,bila tengok bahan-bahan dan cara-cara membuatnya mudah,terus tertarik pulak nak mencuba..time tu tengah bayangkan pizza yang berlapis-lapis pastrynya macam pastry puff,so dengan pantasnya gue kasi keluar semua bahan-bahan dan siapkan dohnya,bila selesai buat dohnya terus simpan dalam peti sejuk.Pagi-pagi lagi dah keluarkan doh dari peti sejuk,pastu kasi inti dan topping mozzarella,kemudian bakar...tingggg dah siap.





Ok la,pada sesiapa yang teringin mencuba Pizza Danish ni,gue sertakan resepinya kat sini sebagai rujukan.Layan skejap Pizza Danish.

Pizza Danish
Sumber:Buku Resepi Hidangan Berkeju/Chef Noraini Zakaria


Bahan A:
500g tepung roti
50g
50g marjerin
25g susu tepung
5g garam
5g pemantap roti (bread improver)
11g yis Mauripan
1 biji telur
470ml air
250g pastry marjerin

Bahan:
10 batang sosej ayam (Rahel guna udang segar)
200g sayur campuran
200g keju mozzarella
100g mayonis

Cara membuat:

1.Satukan bahan A (kecuali pastry marjerin dan air) dalam mangkuk adunan.Gaul hingga sebati.Tuangkan air dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal.

2.Canai doh senipis 1/2 sm.Letakkan pastry marjerin dan balut.Canai hingga sebati.

3.Lipat kali pertama kemudian simpan dalam peti sejuk.Apabila doh sudah  sejuk,canaikan dan lipat doh untuk kali kedua.Simpan semula dalam peti sejuk.

4.Keluarkan doh dan ratakan.Potong empat segi mengikut saiz dikehendaki.Sosej dibelah dua dan letakkan menyilang atas doh.Biarkan doh mengembang selama 30 minit.

5.Setelah doh kembang,letakkan sayur campuran atas sosej dan taburkan keju Mozzarella.

6.Bakar dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 20 minit.

Setelah masak,paipkan moyonis
 


Selamat menikmati Pizza Danish. 

Isnin, 13 Februari 2012

Sotong Goreng Rangup

Selamat petang semua..apa khabar? harap korang semua sihat sentiasa.Hari ni Rahel nak share pulak satu resepi sotong goreng yang rangup,mungkin ada yang tengah cari-cari resepi ni kan? Sebenarnya Rahel slalu guna resepi ni kalau nak goreng sotong,sebabnya memang rangup je kejadiannya..dan gue suka banget..macam tak nak makan nasi dah..asyik layan sotong rangup je..hehehe..





Ok la,jom kita semak pulak resepinya...

Sotong Goreng Rangup
Sumber:Rahel


Bahan:
400g sotong,dibersihkan dan dipotong nipis

Bahan untuk perap:
1/2 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil serbuk ketumbar

Bahan untuk Batter:(satukan bahan ini & gaul rata)
50g tepung gandum
50g tepung ubikayu
50g tepung beras
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar minyak masak
165ml air

Cara:
1.Perap sotong dengan bahan perap selama 20 minit.
2.Panaskan minyak yang cukup dalam kuali.Celup potongan sotong ke dalam batter.
   kemudian goreng sehingga keperangan.Angkat dan toskan.



Selamat menikmati hidangan "Sotong Goreng Rangup''.

Ahad, 12 Februari 2012

Onion Ring

Selamat petang semua..dan selamat menjamu hidangan petang.Setelah penat tik tok tik tok depan laptop gue cari-cari jugak resepi buat dikunyah-kunya time nak minum petang.Teringat pulak ke Onion Ring yang sememangnya mudah untuk disediakan..sangat sedap..sesuai dengan selera gue.Oh ya,resepinya gue cari-cari di MyR dan terjumpa la resepi dari Vdia ..bila tengok bahan-bahannya memang mudah je dan tak cerewet penyediaannya,so gue pun tertarik nak mencuba..hemm..memang enak..my laling pun kata sodap..dan skejap je dah licin kami bedal..oklah,pada yang nak mencuba tu..silahkan..dijamin puas hati..



Inilah dia resepinya

Onion Ring
Sumber:Vdia

Bahan:
1 biji bawang besar
75g tepung gandum
1/2 sudu besar tepung jagung/tepung kanji
1/2 sudu kecil garam dan gula
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak (Rahel guna 1 1/2 sudu besar myk masak)
minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Kupas bawang besar.Basuh dan keringkan.Potong bulat-bulat lebih kurang
   1 cm tebal.
2.Campur semua bahan-bahan dari tepung hingga 1 1/2 sudu besar minyak
   masak.
3.Panaskan minyak.
4.Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga perang
   atau garing.

Sabtu, 11 Februari 2012

Kurma Ayam

Selamat berhujung minggu semua..semoga sentiasa riang dan gembira bersama orang yang tersayang.Hujung minggu ni Rahel tak ke mana-mana,duduk rumah je sambil layan laptop.Banyak gak tayangan yang menyelerakan..tapi hari ni Rahel nak tayang ''Kurma Ayam'' je,lama betul tak masak menu yang satu ni.



Kurma Ayam
Sumber:Rahel

Bahan:
450g ayam,dipotong kepada beberapa bahagian
2 1/2 sudu makan rempah kurma,bancuh dg sedikit air utk dijadikan pes
3 ulas bawang putih,dicincang*
3 biji kentang,dipotong dadu
1 biji bawang besar,dibahagi dua (1 bhgian di potong dadu kecil2,1 bhgian di
   potong dadu besar)
1 inci halia,dicincang*
1/2 sudu kecil lada putih*
2 1/2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam,gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang*
1 buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 batang kulit kayu manis*

sedikit minyak masak

Cara:

1.Panaskan minyak masak dalam periuk,tumis bwg yg didadu kecil,bahan bertanda* hingga terbit bau.Masukkan pula rempah kurma,tumis hingga wangi.

2.Tambahkan santan cair,biarkan hingga mendidih.Masukkan ayam,biarkan merenih selama 10 minit.

3.Tambahkan kentang,bwg dadu besar,santan pekat,garam & gula.Biarkan mendidih selama 15 minit sambil dikacau skali-skala.


Selamat menikmati ''Kurma Ayam''