Jumaat, 24 Februari 2012

Dadar Sayuran

Selamat bersiaran kembali.Apa khabar semua? sihat k? heiii...sunyi nampaknya..pegi mana semua orang ni? Petang ni saja lepak skejap dalam blog,sambil tu mo letak resepi dadar sayuran yang teramat simple dan mudah banget tuk disiapkan.Tapi kan..yang ni sesuai pada yang gemar makan sayuran,kalau yang tak gemar makan memang sorry-sorry laa.



 


Dadar Sayuran
Sumber:Google

Bahan:
100g tepung gandum
220ml air
1 biji telur
sedikit garam
3 lembar daun bawang,potong halus

Cara:

1.Satukan semua bahan kulit dalam mangkuk,gaul rata hingga tidak berketul.
2.Panaskan kuali anti lekat,sapu dengan sedikit minyak,kemudian lap dengan tisu.
3.Tuangkan 1/5 cawan adunan tepung ke dalam kuali,layangkan.Biarkan hingga masak.Angkat dan ketepikan.

Inti Sayuran: (disatukan dan gaul rata)
100g mix vege,dicelur dalam air mendidih,toskan
100g kentang,potong dadu,kukus/rebus hingga empuk,toskan dan haluskan
1 sudu kecil sos lada hitam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
garam secukup rasa

Cara membuat Dadar Sayuran:
1.Ambil satu keping dadar,beri sedikit inti,kemudian gulung dengan kemas.Siap.

 

Biasanya kan..gue suka goreng dadar sayuran ni dan memang sedap..wangi jer,sesuai dihidang bersama sos cili atau sos kegemaran masing-masing,so korang boleh buat mana satu yang korang berkenan..tapi kalau nak goreng dadar jugak..nanti gue kasi itu bahan batter untuk korang celup itu dadar pastu goreng dalam 2-3 minit jer..tak perlu goreng sampai kecoklatan tau..nanti hangit pulak rasa dia...


Bahan batter:
2 sudu makan (mumbung) tepung gandum
2 sudu makan (mumbung) tepung ubi kayu
2 sudu makan (mumbung) tepung beras
1/8 sudu teh serbuk penaik
1/8 sudu teh soda bikarbonat
sedikit garam
100ml air
1 sudu makan minyak masak

Cara:

1.Satukan  semua bahan batter,kacau rata.
2.Ambil dadar sayuran tadi,celup ke dalam batter,kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas hingga kekuningan selama 2-3 minit.Angkat dan toskan.
3.Sedia untuk dihidang.




10 ulasan:

mala berkata...

yang goreng nmpk sedap .. cicah sos pulak :-)

Qasey Honey berkata...

bkenan la dgn dadar sayuran ni...
mesti sedapkan...
bleh la QH cuba nti...
tq resepi...

dZana berkata...

wah sedapnya... nnti boleh cuba jugak ni ..

rahel berkata...

Zana,memang sedap ni dihidang time sarapan atau minum petang..silahkan dicuba..

rahel berkata...

QH..
semestinya sedap hingga tak cukup..hehe..cuba la..

rahel berkata...

Mala..pandai awak teka..hehe..yang goreng memang lebih sedap..

Rohah berkata...

Akak dapat rasakan keenakannya di sini..

rahel berkata...

Cerrr...hehehe..

Sheery Dream Cakes berkata...

rahel...
dadar sayuran tu mmg nampak sedap... cantik lg tu...

rahel berkata...

thanks Diana,sedap ni di kunyah-kunya time tengok afc...