Jumaat, 29 April 2011

Chocolate Cupcake

Selamat bersiaran kembali,apa khabar korang semua? dah siap minum petang k? Petang ni kita buat chocolate cup cake lagi,resepinya kita cedok dari buku resepi.Sedap sangat kek coklat ni,lembut dan gebu tekstur dia dan yang paling bestnya kita tak cepat jemu makan tau..tapi kali ni kita hidang dengan cara biasa2 aje,tak letak aising atau topping coklat..tapi memang lebih baek lagi makan macam tu...



Chocolate Cup Cake
Resepi:Chef Noraini Zakaria


Bahan:
250g mentega
250g tepung naik sendiri
40g serbuk koko
210g gula kastor
4 biji telur A
50ml susu segar
1 st esen vanilla

Bahan krim mentega,jika suka:
120g mentega
120g gula aising
1/2 st esen vanilla
sedikit pewarna (pilihan)

Cara:
1.Panaskan ketuhar 160'c,sediakan acuan.
2.Ayak tepung dan serbuk koko,kemudian masukkan gula kastor,telur,susu
   segar,esen vanilla.Putar selama 3 minit hingga adunan menjadi pekat.
   Ketepikan.
3.Di dlm mangkuk lain putar mentega hingga kembang dan gebu,masukkan
   ke dalam adunan tepung dan gaul rata.
4.Masukkan ke dlm cawan sebanyak 1 sdb dan letak 2 kiub coklat,kemudian
   letak lagi adunan hingga  3/4 penuh.Letak 1 kiub coklat untuk topping.
   Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.Sejukkan di atas rak sebelum
   dihias.
5.Untuk toping:pukul mentega dan gula sehingga lembut,masukkan esen
   vanilla dan pewarna,gaul rata.Masukkan dlm piping bag dan hiaskan di
   atas kek.



Selamat mencuba..

Tiada ulasan: