Jumaat, 29 April 2011

Ayam Pop Corn

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu.Macam biasa la kan..kalau tengah siok tengok tv tu mesti mo ada jugak yang dikunyah-kunyah baru best.Ini pertama kalinya buat ayam popcorn ni..selalunya dapat merasa ayam popcorn di kfc jak..memang siok la celup ke dalam sos cili dan minumannya pun coca cola jugak..haaaa...


Oklah..bolehlah di cuba lagi resepi ni,jika senang2 ke dapur nanti...silahkan di tengok2 resepinya di bawah tu...

AYAM POPCORN
Resepi:Rahel

Bahan:
300g isi ayam dipotong dadu kecil2.
garam secukup rasa
2 sk serbuk lada sulah
1 sk serbuk pati ayam
1 sk serbuk kunyit
200g tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit

Cara:
1.Masukkan daging ayam tadi ke dlm mangkuk,kemudian masukkan telur
   dan kunyit,gaul rata.
2.Tabur garam,serbuk pati ayam dan lada sulah,gaul rata2.Masukkan tepung
   dan gaul hingga sebati.
3.Goreng pop corn ayam sehingga garing dan kekuningan.

Tiada ulasan: