Jumaat, 29 April 2011

Donut Mini



Salam ceria kepada semua yang sudi beekunjung ke dapur Rahel,harap korang baik2 aje.Kali ni Rahel ada buat Donut Mini,sedap jak di makan walau pun tak letak topping.Tapi daku tak mau ketinggalan juga salut donut dengn snow powder.Dia punya rasa tidak terlalu manis gitu.Resepinya pulak Rahel ambil dari Majalah Sedap.so jemput la makan donut dengan kita😁





Donut Mini
Sumber:Majalah Sedap

Bahan:
350g tepung roti
100g tepung gandum
2 st yis
1/2 st serbuk penaik
50g gula pasir

250ml air sejuk
40g marjerin
1 st garam

Bahan hiasan:
100g Snow powder

Cara:
1.Campurkan tepung gandum,yis,baking powder,gula.Kacau rata.Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh.

2.Masukkan marjerin dan garam.Uli lg sehingga menjadi doh menganjal.Biarkan doh rehat 20 minit.

3.Tumbuk doh utk keluarkan angin,uli lagi sebentar untuk melembutkan doh.Canai & terap doh,kemudian susun di atas dulang yg ditaburi sedikit tepung.Biarkan selama 30 minit.Goreng dlm minyak panas dg api sederhana sehingga menjadi keperangan.Angkat & toskan.



Enjoiii..

Tiada ulasan: