Rabu, 12 Oktober 2022

Beppa Janda @ Kuih Janda

Lain macam saja nama kuih ini kan tapi itulah nama sebenar kuih khas bugis ini.Kuih dulu-dulu yang sentiasa dirindui.Sedap sangat hidang dengan kopi panas.Selain Beppa Janda ada juga yang memanggil nama kuih ini Kuih Lidah Sapi,mungkin sebab texture kuih lembut gebu.Ada satu kuih yang hampir sama texture kuih ini tapi saya tak berapa tahu apa nama kuih itu,tapi orang Cina saja yang banyak buat kuih tersebut.Oklah,sesiapa yang berani mencuba dipersilahkan.Resepi kita sudah sediakan.


 

BEPPA JANDA @ KUIH JANDA


Bahan-bahan:

400g tepung gandum

250g gula merah (gula aren)

150ml air

175ml minyak masak

2 sudu makan air

1 sudu teh baking powder

Sedikit bijan


Cara membuat:

1.Masak gula merah dengan 150ml air.Masak sehingga gula merah larut.Biarkan air gula sejuk.

2.Tapis air gula ke dalam basin.

3.Bancuh 2 sudu makan air dengan baking poder,kemudian masukkan ke dalam air gula merah.Kacau rata.

4.Masukkan tepung,kacau rata.

5.Masukkan minyak masak,kacau hingga sebati.

6.Sediakan dulang yang dilapik kertas pembakar.Sudukan adunan ke dalam dulang tadi,bagi jarak sebab kuih akan melebar bila dibakar.Boleh juga bulat-bulatkan adunan kemudian susun dalam dulang.Taburkan sedikit bijan di atas doh.

7.Bakar adunan dalam oven pada suhu 175C selama 30-35 minit.



Khamis, 6 Oktober 2022

Kuih Bom Pisang Lemak Manis

Salam kepada semua pembaca blog Rahel,semoga sentiasa sihat dan ceria.Awal-awal lagi ni saya buat kuih bom pisang untuk minum petang.Semalam pergi ke pasar beli bahan-bahan masakan,ternampak pula pisang lemak manis,so kita belilah satu sisir konon untuk makan begitu saja tapi boleh pula teringat kuih bom pisang.Saya teringat kawan saya yang pernah datang rumah saya dulu,dia buatkan kuih bom pisang dan bubuh kelapa parut,sedap pula.Jadi ini hari saya cubalah buat kuih bom macam kawan tu buat.Resepinya mudah sahaja,boleh tengok resepi yang saya sediakan.



KUIH BOM PISANG LEMAK MANIS


Bahan-bahan:

6 buah pisang lemak manis

3 1/2 sudu besar gula kastor

2 biji telur gred B,dipukul sikit guna garfu

1 cawan kelapa parut

1 1/4 cawan tepung gandum

1/4 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh soda bikarbonat


Cara membuat:

1.Pisang dilenyek hingga hancur.Masukkan gula dan telur.Kacau rata.Masukkan kelapa parut,kacau rata.Tambahkan tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat.Kacau lagi hingga rata.Perap adunan selama 15 minit.

2.Panasakan minyak secukupnya,jemput2kan adunan ke dalam minyak panas.Goreng dengan api sederhana sehingga  keperangan.Angkat dan tuskan minyak.Siap.




Selasa, 4 Oktober 2022

Apam Nasi Mudah dan Gebu

Ada lebihan nasi semalam jadi hari ini kita buat apam nasi.Sesiapa yang ada nasi sejuk di rumah tu jangan risau,macam-macam boleh buat dengan nasi itu,tetapi paling selalu korang buat ialah nasi goreng kan? Saya kadang buat juga apam nasi ini tanpa kelapa parut,tapi paling sedap la kalau ada kelapa parut.


Untuk resepi ini kali guna resepi jiran ja,senang dibuat,apam pun lembut dan gebu.Inipun salah satu kuih yang sesuai untuk difrozenkan,buat banyak-banyak selepas kukus sejukkan apam kemudian simpan dalam peti sejuk,bila teringin makan just keluarkan dan kukus sebentar,kemudian bolehlah hidang dengan kopi o.Mudah kan?


APAM NASI MUDAH DAN GEBU

Bahan-bahan:(20pcs apam)
225gram tepung beras
105gram gula kastor
  75gram tepung gandum
170gram (1 cawan nasi sejuk)
1 1/2 cawan air
1 sachet (11gram) yis segera

Pewarna makanan rose pink

Kelapa parut putih secukupnya

Cara membuat:

1.Blend nasi dengan 1/2 cawan air.Blend hingga nasi betul-betul hancur.Masukkan lagi 1 cawan air dan teruskan blend hingga halus.

2.Sediakan dalam basin,tepung beras,tepung gandum,yis dan gula kastor.Tuangkan adunan nasi tadi,kacau hingga rata.Perap adunan selama 30 minit.

3.Setelah adunan diperap,bahagikan kepada dua bahagian,satu bahagian bubuh pewarna rose pink dan satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal.Sapu minyak pada acuan.Isikan adunan ke dalam acuan apam sampai 3/4 penuh.

4.Kukus adunan selama 15 minit dengan api sederhana kuat.Jangan lupa balut tudung pengukus dengan kain untuk elak apam terkena wap.Setelah apam masak,biarkan sebentar supaya senang tanggalkan dari acuan.Bolehlah hidang dengan kelapa parut.

Selamat mencuba.