Sabtu, 17 Ogos 2013

Kit Kat Bites Square

Pertama nampak kit kat bites di wall qaseh honey kita terus suka sangat.Tak sabar mahu buat juga so kita tak mahu buang masa lagi,cepat-cepat pergi kedai mencari bahan-bahan.So jadi la dengan jayanya.Pada yang suka kudapan macam ni bolehlah mencuba ya.



 


Kit Kat Bites Square

 
Bahan-bahan:
100g butter
200g coklat masakan dipotong kecil
3 sudu besar golden syrup-sila kurangkan-kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
225g Digestive biskut-dikisar halus
225g Maltersers-Rahel ganti Kit Kat Bites
 
Untuk hiasan:
100g maltersers-Rahel ganti dgn Kit Kat Bites
50g coklat masakan putih
50g coklat masakan
 
Caranya:
1.Kisarkan biskut hingga halus.

2.Sediakan Loyang berukuran 8",gris Loyang dengan sedikit butter dan alas dasar & sisi Loyang dengan kertas minyak.Sebelah pu tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari Loyang.

3.Dalam periuk kecil,satukan coklat,butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.Matikan api.Masukkan biskut yang telah dikisar tadi dan gaul hingga rata.

4.Kemudian masukkan maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.Untuk mengelakkan malterser cepat cair.Maltersers itu Rahel masukkan dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru Rahel keluarkan dari peti ais dan terus masukkan.(ini cara kak Azlita)Tuangkan dalam Loyang.Taburkan atasnya dengan malterser hiasan dan simpan dalam peti ais hingga beku.

5.Bila dah beku,keluarkan dari Loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah dicairkan.Potong kecil dan siap untuk dihidangkan.
 
Terima kasih kepada Kak Azlita & Qasey Honey untuk resepinya.
 
 
Selamat mencuba.


Rabu, 14 Ogos 2013

Almond Crisp

Selamat Hari Raya Aidil Fitri,maaf zahir & batin.Entry kali ni kita share pula resepi cemilan yang sedap,habis satu mesti nak lagi dan lagi.Nampak macam senang ja nak buat tapi perlu kesabaran juga,kena cepat-cepat potong sebelum sejuk,kalau tak memang hancur jadinya.Cara yang paling senang iaitu guna acuan aluminium untuk buat muffin/kek cawan,tak perlu kelam kabut nak memotong.
 
 
Almond Crisp
Diolah oleh:Rahel
 
Bahan-bahan:
120g tepung Florenta
150g almond flake
sedikit bijan hitam (tak letak pun tak mengapa)
 
Cara membuat:
1.Bakar almond flake dalam oven selama 5-7 pada suhu 175'C.Ketepikan.
2.Sediakan loyang 13" x 9".Alas dengan baking paper.
3.Satukan tepung florenta dengan almond flake.Tuang di atas loyang yang telah dilapik
   baking paper.Ratakan.Taburkan sedikit bijan hitam.
4.Bakar dalam oven pada suhu 175'C selama 12-15 minit atau sehingga masak.
5.Setelah masak,segera keluarkan dari oven dan terus potong-potong ketika masih panas.
  Biarkan sejuk.Simpan dalam bekas kedap udara.
 
 
Selamat mencuba.


Khamis, 1 Ogos 2013

Lidah Kucing Ombre

Salam sejahtera...
 
 
Skarang ni biskut Lidah Kucing tangah hangat di alam maya,so Rahel pun nda mo ketinggalan mencuba lidah kucing versi ombre..len kali jika ada kesempatan mahu try lagi buat yang warna pelangi...memang meriah nampak.Biskut lidah kucing ni memang enak banget,lagi-lagi kalau ditambah parutan keju cheddar semakin bertambah la enaknya.Tapi kali ni Rahel buat tanpa keju pula.Semenjak Rahel posting Lidah kucing keju hari tu memang tak putus-putus pertanyaan bab Loyang lidah kucing tu,namun apakan daya..Rahel nda' dapat tolong sebab kita memang ndada jual itu Loyang...harap maaf ya teman-teman.

 
 

Oh ya,resepi biskut lidah kucing ni ada pelbagai cara jugak kan...sebab ada yang pukul putih telur secara asing dan ada jugak yang masuk terus dalam adunan butter dan yang ni pula kena pukul putih telur dalam bekas lain baru dicampur dengan adunan butter.Pada Rahel yang ni lebih senang dan memudahkan pekerjaan.Resepi asal sebenarnya tak letak apa2 pewarna pun tapi Rahel yang ubah menjadi lidah kucing ombre...alahaiii...sebenarnya kes mau testing pewarna ungu violet satu botol besar yang dibagi oleh Kak Yong hari tu...terima kasih banyak ya Kak Yong...memang cantik pewarna ni...suka banget.Pada yang teringin merasa biskut lidah kucing tu silahkan merajinkan diri,buat sendiri lagi elok..puas hati makan..hehehe.
 
 
 
Lidah Kucing Ombre
Sumber:Ria
 
Bahan-bahan:
200g gula halus
250g butter
250g tepung gandum
5 biji putih telur (150cc/150ml)
1/2 st vanilla
 
Cara membuat:

1.Panaskan oven pada suhu 165'C dan oles loyang dengan marjerin/butter.

2.Pukul gula,butter dan vanilla sampai lembut dan berwarna pucat.Ketepikan.

3.Dalam bekas lain,pukul putih telur sampai kaku/soft peak.

4.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter dan gaul rata.

5.Masukkan putih telur yang sudah kaku ke dalam adunan tepung,gaul rata dengan spatula.Adunan dibahagi tiga,beri pewarna sesuai selera.

6.Masukkan adunan dalam piping bag,gunting hujungnya,paipkan ke Loyang lidah kucing dan cetak sesuai ukurannya.

7.Bakar dalam oven selama 25 minit.


 
Selamat mencuba.