Pertama nampak kit kat bites di wall qaseh honey kita terus suka sangat.Tak sabar mahu buat juga so kita tak mahu buang masa lagi,cepat-cepat pergi kedai mencari bahan-bahan.So jadi la dengan jayanya.Pada yang suka kudapan macam ni bolehlah mencuba ya.
Kit Kat Bites Square
Bahan-bahan:
100g butter
200g coklat masakan dipotong kecil
3 sudu besar golden syrup-sila kurangkan-kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
225g Digestive biskut-dikisar halus
225g Maltersers-Rahel ganti Kit Kat Bites
Untuk hiasan:
100g maltersers-Rahel ganti dgn Kit Kat Bites
50g coklat masakan putih
50g coklat masakan
Caranya:
1.Kisarkan biskut hingga halus.
2.Sediakan Loyang berukuran 8",gris Loyang dengan sedikit butter dan alas dasar & sisi Loyang dengan kertas minyak.Sebelah pu tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari Loyang.
3.Dalam periuk kecil,satukan coklat,butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.Matikan api.Masukkan biskut yang telah dikisar tadi dan gaul hingga rata.
4.Kemudian masukkan maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.Untuk mengelakkan malterser cepat cair.Maltersers itu Rahel masukkan dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru Rahel keluarkan dari peti ais dan terus masukkan.(ini cara kak Azlita)Tuangkan dalam Loyang.Taburkan atasnya dengan malterser hiasan dan simpan dalam peti ais hingga beku.
5.Bila dah beku,keluarkan dari Loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah dicairkan.Potong kecil dan siap untuk dihidangkan.
Terima kasih kepada Kak Azlita & Qasey Honey untuk resepinya.
Selamat mencuba.
5 ulasan:
salam rahel,aduiii sedapnya lepas raya baru nampak ni macam nak buat aje lah
Hai Rahel..
sangat menarik kit kat bites tu..em, sedapnya coklat..ada lagi ka?hihi..
salam aidilfitri Rahel
masih mood raya kan
coklat bite emmm yummy pasti sedap ni
kit kat tu memang suka nak lg anak2 memang pantang jumpa
Sedapnya..
Sedapnya..
Catat Ulasan