Rabu, 14 Ogos 2013

Almond Crisp

Selamat Hari Raya Aidil Fitri,maaf zahir & batin.Entry kali ni kita share pula resepi cemilan yang sedap,habis satu mesti nak lagi dan lagi.Nampak macam senang ja nak buat tapi perlu kesabaran juga,kena cepat-cepat potong sebelum sejuk,kalau tak memang hancur jadinya.Cara yang paling senang iaitu guna acuan aluminium untuk buat muffin/kek cawan,tak perlu kelam kabut nak memotong.
 
 
Almond Crisp
Diolah oleh:Rahel
 
Bahan-bahan:
120g tepung Florenta
150g almond flake
sedikit bijan hitam (tak letak pun tak mengapa)
 
Cara membuat:
1.Bakar almond flake dalam oven selama 5-7 pada suhu 175'C.Ketepikan.
2.Sediakan loyang 13" x 9".Alas dengan baking paper.
3.Satukan tepung florenta dengan almond flake.Tuang di atas loyang yang telah dilapik
   baking paper.Ratakan.Taburkan sedikit bijan hitam.
4.Bakar dalam oven pada suhu 175'C selama 12-15 minit atau sehingga masak.
5.Setelah masak,segera keluarkan dari oven dan terus potong-potong ketika masih panas.
  Biarkan sejuk.Simpan dalam bekas kedap udara.
 
 
Selamat mencuba.


9 ulasan:

Ita Rossi berkata...

selamat hr raya Rahel.

Ada yg bergurau, jika buat biskut ni tak boleh angkat utk org. Buat makan sendiri sbb biskut ni 'sangat mahal.' Mkn sekeping tak puas. Berkeping2 pun tak cukup!

Sweet red cherry berkata...

hai..

selamat hari raya rahel..Nampak menarik dan sedap almond crisp tu

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

selamat hari raya maaf zahir batin
sedapnya biskut

Unknown berkata...

selamat hariraya aidilfitri dari Brunei Rahel sedap nampaknya biskut tu, akak mencari tepung florenta sampai skrg belum jumpa kat sini gigit jari je lah huhu

Amie berkata...

Rahel menang best!

dZana berkata...

selamat hari raya maaf zahir dan batin

mamaAna berkata...

Selamat hariraya Rahel...
Memang sedap biskut nie...
Mama buat biskut KKA nie
dengan tepung Siebin (Bee-Sting Mix) je......
xpakai pun tepung Flarenta...
Xjumpe pun tepung Flarenta nie.
Cantik kejadiannya & yang pastinya sedap..

Tanpa Nama berkata...

selamat hari raya rahel

sedapnya, kita klu almond crunch ni makan sikit2 okey lah klu byk2 jadi tak suka pulak haha

tapi tepung florenta susah gila nak dpt time nak raya haritu

Melly Octaviana berkata...

Rahel... Melly punya sebalang pun sampai kuching lagi..hehe
Selamat Hari Raya.. :D