Salam semua.Apa khabar? Awal kita upload gambar terung masak lemak kampung style.Saya kalau masak lemak sayur,suka bubuh sedikit ikan bilis dan cili supaya kuah bertambah sedap dan pekat.Dan yang paling bagus tak perlu lagi bubuh penyedap rasa sebab dah ada ikan bilis pengganti msg.
Hari ini menu memang simple sahaja,ada nasi putih,terung masak lemak pedas digandingkan dengan ikan kerisi goreng.Ingatkan mahu buat sambal belacan juga tapi memandangkan sayur sudah ada rasa pedas jadi kita skip dululah sambal belacan tu.Mungkin ada yang teringin mencuba resepi terung masak lemak ini,jadi nanti saya sertakan resepinya di bawah ya.Kalau kamu masak sayur macam ini confirm bertambah-tambah nasi,pastikan masak nasi lebih sikit ya.
TERUNG MASAK LEMAK CILI
Bahan-bahan:
300g terung,dipotong sesuai selera
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai,diambil putihnya sahaja,hiris nipis
Satu genggam cili api
Satu genggam ikan bilis
125ml santan pekat
250ml air
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Bawang merah,bawang putih,cili,serai,ikan bilis ditumbuk sehingga lumat.
2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan ditumbuk tadi sehingga wangi.
3.Masukkan potongan terung,gaul sebentar,masukkan air.Masak sehingga terung agak lembut.Masukkan santan.Perasakan dengan garam.Biarkan mendidih.Tutup api.
Selamat mencuba.
2 ulasan:
Sedapnya.. nanti Kak Sue nak cuba jugak lah..
Hi Kak Sue.
In sha Allah sedap.Terima kasih sudi mari tengok dapur kita.
Catat Ulasan