Khamis, 22 September 2022

Roti Gulung Serunding Ayam

Roti gulung serunding ayam  salah satu roti febret  saya.Teringin mahu buat yang macam dijual di kedai roti tapi bahan-bahan tidak cukup pula,takda stock daun bawang dan cili merah.Jadi saya buat bentuk roti gulung cinnamon saja.Teringat lagi dulu asal masuk kedai roti mesti tercari-cari roti gulung serunding,confirm terbeli dua biji,tapi paling tidak seronok kalau masuk kedai roti baru tidak jumpa itu roti idaman.Hampa.

Sebenarnya kita boleh buat sendiri roti idaman di rumah.Sekarang banyak sudah kedai jual bahan-bahan untuk buat roti dan kek.Bukan itu sahaja,ramai sudah geng bakers yang mengajar untuk buat roti,kek,biskut,dessert dan masih banyak lagi yang mereka ajar.Yuran pula murah-murah,banyak pilihan.



Asalnya sayapun tidak berapa pandai lagi buat roti tapi oleh kerana saya suka makan roti jadi saya masuk kelas membuat roti secara hands on.Dapat juga ilmu dan boleh sudah membuat macam-macam roti,dapat berkenalan dengan bakers yang lain.Dalam resepi ini saya guna pelembut roti(Rfb) buatan chef Rusman,hasilnya roti sangat gebu dan lembut.Sedap roti Serunding ini dengan secawan teh tarik.Next time kita buat pulak yang ala bakery punya.Selamat mencuba.


ROTI GULUNG SERUNDING AYAM


Bahan-bahan:

300g tepung roti

 30g tepung gandum

 40g gula kastor

1 1/2 sudu teh  yis segera

3 sudu besar susu tepung

1 sudu teh Rfb (pelembut roti)

1 biji telur gred C

150g air

 30g marjerin

1/2 sudu teh garam


Inti:

Serunding ayam secukupnya (beli ready made)

1 sachet mayonis       }

20g susu pekat manis }~~~mix


Glaze:(mix)

1 kuning telur

1 sudu besar susu segar


Cara membuat:

1.Satukan kedua-dua jenis tepung,gula,yis dalam mangkuk besar.Masukkan susu tepung,rfb dan garam.Gaul rata-rata.

2.Campurkan telur dan air.Uli adunan menjadi doh.

3.Bubuh marjerin dan uli lagi sehingga doh licin dan kenyal.Tutup dan biar kembang dua kali ganda.Setelah doh kembang tekan-tekan doh dan uli semula ke saiz asal.


4.Canai doh menjadi empat segi.



5.Bubuh mayonis atas doh,kemudian taburkan serunding ayam.Gulung doh perlahan-lahan.


6.Cantumkan hujung doh (cubit2kan) kemudian potong gulungan doh kepada 9 bahagian.Susun dalam loyang 8"x 8".Rehatkan lagi sehingga mengembang selama 30-40 minit.

7.Sapu kuning telur atas permukaan doh.Bakar roti pada suhu 170C selama 25-30 minit.



8.Setelah roti masak,keluarkan dari oven.Sapu permukaan roti dengan marjerin/butter.



Tiada ulasan: