Salam Sayang.semoga ceria selalu.Ini adalah resepi pertama yang saya share dalam tahun 2022.Semoga bisa bermanfaat.Seiapa yang rajin bolehlah merasa air tangan sendiri.Kalau nak buat untuk jualan pun boleh juga tapi paling best kalau korang join pjj Tart Nenas by Rahel.Yuran pun harga mampu milik.
TART NENAS GULUNG
Tekan Video 👉🎞Video
Bahan-bahan:(68pcs tart gulung)
220g butter
50g gula aising
300g tepung gandum
20g tepung jagung
10g tepung kastard
20g susu tepung
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur B
Inti:
350g jem nenas,sukat 1 st dan bentuk bujur
Egg Glaze:mix
2 kuning telur
Setitik esen vanila
Sedikit pewarna kuning lemon
1/2 sudu teh susu pekat manis
Cara membuat tart:
1.Satukan butter,gula aising.Kacau rata.
2.Tambahkan esen vanila,telur.Kacau rata.
3.Masukkan susu tepung,tepung jagung,tepung kastard.Gaul rata.
4.Masukkan tepung,uli sebati.
5.Masukkan doh ke dalam acuan tart,tekan memanjang kemudian letak inti dan gulung kemas.Susun dalam tray.
6.Bakar dalam oven 160°C selama 20 minit.Setelah itu keluarkan tart dari oven.Rehatkan atas meja anggaran 20 minit.Kemudian sapu peemukaan tart dengan kuning telur.
7.Bakar semula tart selama 35-40 minit atau sehingga masak.
Nota:
Untuk mendapatkan tart nenas gebu sila guna 2 biji kuning telur dalam adunan tart,jangan bubuh putih telur.(buang putih telur & gunakan 2 biji kuning telur sahaja)
Terima kasih sudih singgah.
2 ulasan:
memang terbaik resepi Rahel
cik. nur join pjj
Terima kasih Mama Sara Nur😘
Catat Ulasan