Khamis, 7 November 2019

MUFIN PISANG

Selamat pagi semua,semoga sentiasa sihat ceria selalu.Pagi ni kita awal pula bangun jadi sempat la buat Mufin Pisang yang sedap secukup rasa gitew.Mujur elok kejadiannya walau ada tersilap teknik sikit sebab baca resepi pun tak habis terus pi main campur bahan😀

Sembang bab mufin pisang sedap ni sebenarnya saya teringat Mufin Pisang di McD tu,sedap dan ringan tapi macam terlebih esen pisang sampaikan saya agak fening2 sikit dibuatnya😂 faham2la esen pisang tu kan memang semerbak betul,jadi kalau kita tersilap bubuh banyak2 memang bikin pening hidu baunya.Ok la,jom kita tengok pulak apa bahan2 yang perlu ada untuk mufin yang sedap ni.




MUFIN PISANG
Sumber:Chrissie Bakers

Bahan-bahan:(12 muffin)

3 buah pisang saiz besar
1/2 cawan gula caster
2 sudu besar gula perang
1 biji telur gred A
1/3 cawan minyak masak/minyak jagung/canola
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk biji pala (optional)
1 1/2 cawan walnut cincang

Cara membuat:
1.Lenyek pisang guna garpu.Tambahkan telur,gula & garam kemudian gaul sebati.Masukkan minyak,gaul lagi hingga bercampur rata.

2.Masukkan tepung,baking powder,baking soda,serbuk kayu manis,serbuk biji pala.Gaul rata.Tambahkan walnut cincang.Kaup balik hingga bercampur.

3.Sudukan adunan ke dalam cawan mufin (1/2 or 3/4) kemudian tabur sedikit walnut cincang di atasnya.

4.Bakar adunan dalam oven pada suhu 160°C selama 25-30 minit.


Nota:
Walnut kena bakar terlebih dahulu selama 10 minit baru dicincang.Alihkan sedikit walnut cincang utk tabur di atas adunan.

Nak Mufin Pisang yang semerbak korang letak ja 1/2 sudu teh esen pisang dalam adunan.

Selamat mencuba.


Tiada ulasan: