Jumaat, 26 April 2019

TEPUNG GOMAK

Morning😉
Pagi ni baru sempat masukkan resepi kuih gomak.Ini sebenarnya hidangan untuk minum petang semalam.Bukan rajin sangat pun buat kuih yang satu ni,tapi memandangkan ada juga bahan2nya dalam esbok jadi dikerjakanlah.

Biasanya kitaorang main beli saja kuih gomak ni di tamu😊my darling yang suka makan.Kalau pergi tamu biasanya saya lebih suka beli kuih talam,bingka,apam gula merah,onde2,kuih bom.Oklah..jom kita tengok pula resepi tepung gomak ala Rahel 👇


TEPUNG GOMAK

250g kacang hijau di sangai hingga kuning.kemudian kisar halus,ayak.

INTI KACANG:
150g kacang tanah,bakar dlm oven atau goreng
  50g gula caster
1 sudu besar minyak masak

Cara membuat inti:
1.Kisar halus kacang tanah yg telah dibakar/goreng.
2.Setelah dikisar,tuang ke dalam mangkuk,gaul dengan gula caster dan minyak.Bulat2kan supaya senang bungkus dengan tepung nanti.

Kulit Tepung:
150g tepung pulut
125ml air (lebih kurang)

Cara membuat:
1.Letak tepung pulut dalam mangkuk.Tuang air sedikit demi sedikit sambil diuli.Bahagikan kepada beberapa bahagian (terpulang anda nak saiz besar or kecil)

2.Bulat2kan doh,kemudian leperkan dan letak 1 ketul inti kacang.Kemudian bulatkan kembali.Kemudian tekan bebola hingga leper.

3.Panaskan 1 liter air hingga mendidih.Masukkan bebola.Tunggu sampai bebola naik terapung.Angkat dan toskan air.Segera golek ke dalam tepung kacang hijau.
Siap.
Terima kasih sudi singgah😍

Tiada ulasan: