Jumaat, 4 Ogos 2017

DAGING MASAK HITAM

Salam ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ’‹




DAGING MASAK HITAM ๐Ÿฒ
    Resepi by Chef Hanieliza

Bahan-bahan:

500g daging
10 biji bawang merah}
3 ulas bawang putih   }
2 inci halia                 } Dikisar
15 tangkai cili kering}

3 batang serai (diketuk)

1 sudu makan serbuk jintan manis}
1 sudu makan serbuk jintan putih  } Dibancuh
3 sudu makan air                            }

1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan air
5 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Potong daging kecil dan nipis.Basuh dan tuskan.
2.Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar,serai,serbuk jintan manis,dan
   serbuk jintan putih yang sudah dibancuh sehingga wangi.
3.Masukkan daging dan air.Masakkan sehingga lembut dan air kering.
4.Masukkan kicap dan asam jawa.Masakkan lagi sehingga pekat dan naik minyak.
5.Tutup api dan angkat.Sedia dihidangkan.




Selamat mencuba ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹

Jumaat, 28 Julai 2017

FRENCH STYLE MILLE CREPES

Salam ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


Masih ingat lagi semalam time upload gambar ramuan crepes di fb,konon mau bagi free masuk pjj mango float pada yang berjaya menjawab dengan betul๐Ÿ˜…rata2 bagi jawapan Cream Puff...ya la tu...makcik tau...di kepala korang memang ada cream puff jew ๐Ÿ˜so pa kata kita tukar menu pulak...lama sangat nda' buat benda ni.Oh ya,sedap n nyaman krim dia ni...macam korang telan pastry cream untuk cream puff tu...macam ice cream...๐Ÿ’‹๐Ÿฆ

Lagi satu nak pesan,jika korang jenis yang terer buat ketayap/dadar confirm senang juga buat crepes,tapi kalau tangan yang jenis kejung...hermmm faham2 la sendiri.Kalau kreatf bolehlah pelbagaikan inti crepes ni..sesuai selera la katakan.Makcik ingat mo letak raspberry filling juga,tapi confirm la budak kecik tu tak mau makan...assammm.Biasa kalau di Cafe mahal juga seslice crepe ni,anggaran 8-10 ringgit,boleh tahan kan ๐Ÿ˜Š



CREPES

Bahan-bahan:

A:225g Fresh Milk
    135g telur (timbang tanpa kulit)
    1/4 st garam
      65g Tepung gandum
      28g Icing sugar

B:30g Butter,dipanaskan hingga cair

Cara membuat Crepes:
1.Satukan bahan A,kacau hingga sebati kemudian tapis.

2.Tambahkan butter cair,kacau sebati.

3.Panaskan non-stick frying pan dengan api sederhana.Tuangkan adunan.Lenggangkan.Biarkan crepes masak hingga nampak gelembung.

4.Tanggalkan crepes.Buat sampai habis.Biarkan suam/sejuk sebelum letak custard filling.

5.Setelah crepes sejuk bolehlah lepa dengan custard filling.

6.Simpan Mille Crepes dalam peti sejuk sebelum potong/hidang.

Pesan:
saya guna non stick pan 9" untuk masak crepes
1 adunan dapat 9 crepes so klu uols nak kek tinggi sila buat dua adunan.



 CUSTARD FILLING

A;170g Fresh Milk
    100g instant custard powder

B:360g Non-dairy fresh whipping cream (pukul hingga pekat)

Cara membuat:
1.Satukan bahan A,kacau sehingga pekat.
2.Tambahkan bahan B,kaup balik hingga sebati.

 Sedap pulak custard filling ni....nyum nyum nyummmm


Selamat mencuba.๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹

Rabu, 19 Julai 2017

NASI LEMAK

Hi semua...


Hari ni santai-santai saja di rumah,so dapat idea masak nasi lemak untuk hidangan tengah hari.Biasa nampak macam leceh buat nasi lemak kan,lagi2 part buat sambal...hanya penjual nasi lemak yang tau.Boleh saja lantai dapur korang dipenuhi percikan sambal.Untuk hari ni kita cuba pula resepi yang mudah tapi sedap.Memang tertarik betul sudah dengan resepi Chef Hanieliza,hari-hari jadi rujukan.Sedap oh sambal bilis ni,nasinya pun secukup rasa lemaknya.Cuba la ya...



NASI LEMAK
Resepi by Chef Hanieliza (Edisi ke 2 Senangnya Memasak Nasi)

Bahan A:(Nasi)
1 kg beras gred AAA (sy guna beras wangi AA sahaja..hehe)
5 cawan santan
3 helai daun pandan (disimpul)
3 keping hirisan halia
3 biji bawang merah (dihiris)
Garam secukupnya
Sedikit gula (sekiranya suka)

Cara membuat Nasi:
1.Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit.Tuskan.
2.Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
3.Apabila nasi sudah kering,kacau rata dan tutup semula periuk.Biarkan ia sentiasa panas 
   di dalam periuk nasi.

Bahan B:(Sambal)
2 cawan ikan bilis (direndam sebentar)
20 tangkai cili kering}
3 labu bawang besar}---Dikisar halus
Sedikit belacan}
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar (dihiris kasar)
1 sudu teh gula (sy letak 3 sudu makan penuh gula merah)
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara Membuat Sambal:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi.
2.Masukkan air asam jawa,ikan bilis,garam,gula dan bawang besar.
3.Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih dan pekat dengan api perlahan.
4.Apabila sudah pecah minyak,angkat.Hidangkan bersama nasi lemak tadi.

Pesan tuan tanah:Sedap nasi lemak ni tau,so korang jangan lupa hidangan sampingan,timun,telur rebus,ikan bilis goreng,kacang tanah goreng.


Selamat mencuba.Terima kasih awak sudi singgah selalu.

Isnin, 10 Julai 2017

KEK PANDAN LEMBAP

Hi semua.


Sempatkan diri untuk bersiaran di petang hari selepas membantai kek pandan.Terus terpikat sejak pandang pertama...cehhh! Saya suka texture kek ni,gebu dan lembap.Kalau bab kek butter macam ni memang cepat habis ja lagi-lagi kalau ada indocafenya..fuhhh nyaman.


Oh ya,ramai yang suka makan kek butter kan? so korang pun bolehlah mencuba resepi ni.Soal rasa memang secukup rasa sudah.Kalau korang masih ragu2 bolehlah cari cikgu2 yang mengajar online di facebook,ada tu yang buat kelas butter cake,lagi komplit banyak teknik2 dan tips yang diberi tapi bukan percuma tau,korang kena la keluarkan modal juga baru la namanya tolong menolong.


KEK PANDAN LEMBAP
Resepi by Chef Norzailina Nordin (100 resepi kek,biskut,manisan & kudapan)

Bahan-bahan:
250g mentega
220g gula kastor
3 biji telur gred A
260g tepung naik sendiri}
1 sudu teh soda bikarbonat} diayak
160 ml santan pekat
  60 ml jus pandan
Sedikit pewarna hijau

Cara Membuat:

1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.

2.Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

3.Campurkan dengan separuh bahan yang diayak.

4.Tuangkan separuh santan dan jus pandan.

5.Masukkan baki bahan yang diayak.Apabila sebati,masukkan pewarna hijau.Ratakan adunan ke dalam tin 20cm yang dialas kertas kalis minyak dan digris.
   
6.Bakar pada suhu 170c selama 50-60 minit atau sehingga masak.



Selamat mencuba.Terima kasih sudi membaca coretan saya.

Selasa, 4 Julai 2017

KERUTUK AYAM

Salam ceria selalu.Confirm semua masih dalam suasana hari raya kan...hehehe.Masih belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir dan batin,yang sudah jemu dengan lauk raya tu confirm tercari-cari menu yang berasaskan sup atau sayur rebus plus sambal belacan..wallaaaa...


Masa baru balik dari cuti hari tu kami terbeli lemang dan juga rendang daging,tapi dapat habiskan satu batang lemang saja dan rendang pulak habis.Time pi pasar masih lagi teringat akan baki lemang tu,sayang pulak kalau dibiar sampai basi,jadi kesudahannya saya beli ayam dan santan fresh,tapi masih tak tau lagi mo masak apa.Sampai rumah macam biasa,belek2 buku resepi cari idea maka ternampak resepi Kerutuk Ayam.Bila dibaca resepi memang senang buat,bahan2 pun sudah ada,so mula la beraksi.Ha..ni pertama kali saya masak Kerutuk Ayam tau..memang sedap dan puas hati,dapatlah kami gandingkan dengan lemang dan nasi putih.Kenyang.


KERUTUK AYAM
Resepi by Chef Hanieliza (Edisi ke 2 Senangnya Memasak Ayam)

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibuang kulit dan dipotong kecil)

Bahan Kisar:
2 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
5 biji bawang merah (digoreng)

4 sudu makan rempah kerutuk
1 sudu makan kerisik
1 sudu makan gula merah
2 cawan santan
Garam secukup rasa
3 sudu makan minyak

CARA MEMBUAT:
1.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
2.Masukkan rempah kerutuk kemudian kacau sehingga sebati.
3.Masukkan ayam,kerisik,garam,gula merah,dan santan.Biarkan sehingga mendidih.
4.Pastikan kacau sekali-sekala.
5.Apabila sudah pekat dan ayam menjadi lembut,tutup api dan angkat.
6.Hidangkan bersama nasi ataupun roti.

Pesan dari Rahel:
-Tambahkan 1 sudu kecil pes asam jawa dalam masakan.
-Tambahkan 1 sudu kecil serbuk pati ayam maggi dalam masakan.


Selamat mencuba.Terima kasih sudi membaca coretan Rahel.

Sabtu, 17 Jun 2017

KUIH KETAYAP

Hi semua.
Saya sempatkan diri menaip sikit malam ni sebelum mengantuk.Kali ni kita buat kuih ketayap pulak.Kuih ni kuih orang dulu-dulu,dengar bahannya memang simple tapi kalau tak kena tekniknya hancur juga jadinya.Ada beberapa resepi pernah saya try tapi kurang memuaskan,kurang ini la kurang itu la..tapi resepi kali ni memang menjadi bah.Puas hati sangat-sangat.Lembut dan sedap.


Sebenarnya saya mula jemu dengan resepi di google sebab kadang tak habis cakap.Jadi sambil buat biskut raya sambil tu saya selongkar buku resepi,saya mula teringat akan majalah rasa yang sentiasa ada pelbagai resepi kuih-muih,kek,dsb.Hari tu memang niat mau buat kuih ketayap sebab sudah terbuat inti kelapa gula merah,sayang pula kalau terbiar ja dalam esbok.Kalau teringat masa remaja dulu mau sangat buat kuih ketayap ni tapi memang tak cun..takut tak menjadi...hihihi.Ini salah satu kuih kesukaan saya,bila pegi ke gerai kuih muih confirm terbeli kuih ketayap ni.Saya memang sukakan kuih muih yang ada inti gula merah atau pun kelapa.Ok la,saya share resepi di bawah sana,korang cuba la ya,sedap tau.



KUIH KETAYAP
Sumber:rasa,ogos,2010

BAHAN INTI:
150g Gula Merah
190g Air
1/2 biji kelapa parut
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan

CARA MEMBUAT:
1.Masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2.Kemudian masak di atas api sederhana dan kacau agar sebati dan melengas.
3.Masukkan sedikit tepung gandum agar inti ini melengas.Angkat dan ketepikan.

BAHAN KULIT:
110g Tepung Gandum
375ml santan (saya guna santan kotak ayam brand 125ml+250ml air paip)
1 biji telur
2 helai daun pandan,dikisar dengan sedikit air dan ambil airnya sahaja  (yg ni sy abaikan saja)

CARA MEMBUAT:
1.Masukkan tepung gandum dan telur ke dalam mangkuk,kemudian masukkan santan dan
   kacau hingga sebati.
2.Jika suka bolehlah dimasukkan air daun pandan.Tapis adunan ini.
3.Panaskan kuali yang telah dilengser dengan sedikit minyak.Tuangkan sesenduk adunan ini
   dan lenggang-lenggangkan kuali tadi,supaya adunan rata dan nipis.
4.Setelah masak,angkat dan ketepikan.Buat sehingga selesai semuanya.
5.Kemudian ambil kuih dadar tadi dan masukkan inti di tengah-tengahnya.Kemudian lipatkan
   bahagian atas dan bawah lalu gulung ketayap kemas-kemas.Lakukan sehingga selesai dan
   hidangkan.

pssst:masa timbang tepung gandum ari tu macam saya tertuang 150g,apapun cuba dulu 110g,
         klu terasa cair sangat,maka betul la tu sy letak 150g tepung gandum...dapat la 11 keping
         dadar.
 

Selamat mencuba.

Rabu, 14 Jun 2017

RENDANG TOK

Hi semua.
Hari ni awal rehat,so sempat la bersiaran,tapi ni lauk yang dimasak beberapa hari yang lalu..hehehe.Sebelum terlupa baik cepat-cepat letak resepi di sini.


Sedap la Rendang Tok ni,teringat pulak masa pi makan di Imago Kota Kinabalu hari tu,rasa hampir sama,tapi Rendang Tok di Shah Alam tu memang tip top betul..sukar untuk dilupakan...hehehe.Rendang Tok ni saya gandingkan dengan Lemang segera ja hari tu,maklumlah satu Tawau ni kehabisan bekalan beras pulut,padahal dah rancang nak buat pulut kuning...adoiii..sabar ja la.


RENDANG TOK (RENDANG DAGING)
Resepi by Chef Hanieliza

Bahan A:
1 kg daging (dipotong sebesar 3 inci)
2 cawan santan pekat
3 sudu makan gula merah
3 keping asam gelugur (sy letak 2 keping sahaja)
1/2 cawan kerisik
2 cawan air
3 helai daun kunyit (dikoyak)
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa

Bahan B:
2 sudu makan ketumbar
1 susu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 tangkai cili kering
5 biji cili api (sekiranya suka)
10 biji bawang merah
3 inci halia
5 batang serai
2 inci lengkuas

Cara membuat:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga naik/pecah minyak.
2.Masukkan daging dan air.Masakkan sehingga daging lembut dan naik minyak.
3.Masukkan santan,garam,gula merah,asam gelugur,kerisik,daun limau purut dan daun kunyit.
4.Masukkan sehingga pekat dan pecah minyak.Kacau sekali-sekala.
5.Tutup api dan hidangkan.


Selamat mencuba dan terima kasih sudi singgah membaca coretan saya.

Selasa, 13 Jun 2017

KARI DAGING

Salam semua.
Sebelum masuk rehat malam ni daku menyempatkan diri upload gambar dan resepi masakan kari daging yang sedap.Memang tak cukup masa sudah skarang untuk skodeng sana-sini sebab sebok da siapkan tempahan biskut raya.Oh ya,ini pun resepi dari Chef Hanieliza juga.Saya gandingkan dengan acar timun saja dan juga nasi putih.Memang kaw2 oh.


KARI DAGING
Resepi by Chef Hanieliza

Bahan-bahan:
1 kg Daging
5 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan kerisik

5 biji bawang merah}
3 ulas bawang putih}-------> dihiris
2 inci halia}

3 tangkai daun  kari
4 cawan santan
5 biji kentang (dibelah 4)
2 keping asam gelugur
2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Potong daging dalam saiz kecil.Basuh dan tuskan.
2.Perap daging dengan rempah kari,kerisik dan sedikit garam.Biarkan seketika.
3.Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dihiris dan daun akri sehingga
   wangi dan garing
4.Masukkan daging dan air.Masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
5.Masukkan santan,kentang,asam gelugur dan garam.Biarkan seketika mendidih.
6.Kecilkan api dan biarkan masak sehingga pecah minyak dan pekat.
7.Sedia dihidangkan bersama ketupat ataupun nasi.


Selamat mencuba.Terima kasih sudi membaca.

Jumaat, 2 Jun 2017

Rendang Ayam & Onde-onde Pulut Hitam

Salam sejahtera diucapkan khasnya kepada semua pembaca blog ini.Semoga sentiasa dalam rahmatNya.Amin.Sudah berapa hari puasa,tapi baru berkesempatan upload menu berbuka puasa hari pertama.Sempatlah juga masak sikit lauk dengan berpandukan buku resepi...hehehe.Biasa kalau takda buku resepi,boleh jadi bingung mo masak apa kan?,tapi kalau ada..ya senang ja,tinggal pilih menu kesukaan.

Hari pertama puasa Rahel pilih untuk masak Rendang Ayam.Bahannya mudah dan senang dimasak.Sedap pulak tu.Nampaknya dalam bulan puasa ni saya pulun resepi Chef Hanieliza.Senang dan sedap.



RENDANG AYAM
Resepi by Chef Hanieliza (Buku Resepi Senangnya memasak Ayam)

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibuang kulit dan dipotong kecil)
3 labu bawang besar}
5 ulas bawang putih}
5 batang serai}
1 inci halia}------------------------> dikisar
1 inci lengkuas}
1 inci kunyit hidup}
15 tangkai cili kering}
15 biji cili api}
2 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit (Rahel guna daun limau purut sebab takda daun kunyit)
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.
2.Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya sebati.
3.Kacau sehingga sebati.Apabila sudah pekat,tutup api dan angkat.
4.Sedia dihidangkan.

Pesan dari Rahel:
1.Panaskan minyak secukupnya.Tumis bahan kisar hingga naik minyak.
2.Masukkan ayam,santan,kerisik,daun kunyit/limau purut.Perasakan dengan garam.
3.Rahel letak 1/4 cawan gula kabung.


Time berbuka puasa memang terasa kurang lengkap kalau takda kuih muih kan,so Rahel buat la juga onde-onde pulut hitam.Tahun yang lalu2 Rahel kadang beli kuih di bazar,sampai boleh beli berapa jenis kuih.Suka betul.Tapi tahun ni dah janji akan buat sendiri di rumah,tak pegi bazar lagi.


ONDE-ONDE PULUT HITAM

Resepi by Rahel

Bahan-bahan:
  50g tepung pulut hitam
100g tepung pulut putih
125ml air + secubit garam

Gula Melaka secukupnya untuk inti,dikikis
150g kelapa parut putih 

Cara membuat:
1.Sediakan tepung pulut dalam mangkuk,tuang air sedikit2 sambil diuli jadi doh.
2.Bahagikan doh kepada 15 bahagian atau sesuai selera anda.Beri inti gula Melaka.Bulatkan.
3.Sediakan air 1 liter dalam periuk,masak hingga mendidih.Masukkan bebola dan biar masak
   hingga terapung.Angkat dan toskan.Segera golekkan di atas kelapa parut.
4.Sedia dihidang.


Selamat mencuba.Terima kasih sudi membaca.


Ahad, 21 Mei 2017

Roti Jala

Hi.Bertemu lagi dalam rancangan yang tidak dirancang...hehehe.Setelah sekian lama daku tak merasa roti jala akhirnya tertunai juga hari ini.Dibuat untuk sarapan pagi.Roti jala ni memang sudah popular dari dulu kan? Sekarang ni ramai da yang jadikan roti jala sebagai sumber pendapatan.Ada juga yang buat kelas online,so jimat masa dan tenaga,tak perlu susah datang kelas.Bukan itu sahaja,malah skarang ni orang pun sudah pandai memilih roti jala.

Kalau dulu hidang roti jala ada kuah kari pun sudah cukup tapi skarang orang cari pulak roti jala yang lembut hingga ke petang.Wah...hebat betul selera orang zaman sekarang.

Bah..kalau begitu,apa kata korang cuba pulak resepi roti jala yang saya sertakan ni,dijamin memang lembut dari pagi hingga petang hingga ke malam.Resepi ni memang saya guna setiap kali buat roti jala,malas da tukar2 resepi.Harap dapat membantu korang ya.


KARI AYAM
Resepi kari dari Chef Hanieliza

Bahan A:
1 Ekor ayam,dipotong kecil dan dibersihkan
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk cili dibancuh dg 1/2 cawan jus asam jawa
4 biji ubi kentang dibelah 4
2 cawan santan
2 sudu makan kerisik
3 biji tomato dibelah 4
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B:(Tumisan)
6 biji bawang merah,dihiris
4 ulas bawang putih,dihiris
2 inci halia
3 tangkai daun kari
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara membuat:

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.

2.Masukkan serbuk kari,jintan manis dan serbuk cili yang dibancuh dg jus asam jawa.Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.

3.Masukkan ayam,kentang,santan,kerisik dan garam.Biarkan mendidih hingga ayam dan  kentang empuk ataupun lembut.

4.Perlahankan api dan masukkan tomato.Biarkan sehingga pecah minyak.

5.Hidangkan bersama nasi,roti,pulut ataupun ketupat.

Pesan:1 ekor ayam tu banyak tau kalau sudah masak kari,jadi sebaiknya buat 1/2 sahaja.



ROTI JALA

Bahan-bahan:
250g Tepung Gandum
2 biji telur
400ml air
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Cara membuat:

1.Ayakkan tepung gandum ke dalam mangkuk.

2.Masukkan telur,garam,pewarna,air.Kacau rata,kemudian tapis.

3.Panaskan kuali leper anti lekat.

4.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala,pusingkan acuan yang berisi adunan di permukaan kuali untuk membentuk juraian jala.

5.Biarkan sampai masak/kelihatan beku.Angkat dan gulungkan kemas.Buat langkah seperti ini sehingga semua adunan habis diguna.

6.Hidang bersama kuah kai ayam/daging.

Pesan:Jika ramai rakyat jelata di rumah,gandakan adunan roti jala supaya anda tak nyesal.

Terima kasih sudi membaca.Selamat mencuba.

Khamis, 9 Februari 2017

TART LANDAK @ TART GUNTING

Hi apa khabar semua? Lama tak bersiaran,harap kamu orang tidak jemu singgah selalu ya.Kali ni kita share resepi Tart Landak atau Tart Gunting,intinya tu mesti la jem nanas kan...sebab jem nanas ja yang sedap..ada juga jem epal tapi belum berkesempatan menerai..next episode la ya...



Buka mata dan pasang telinga...hehehe...dengar  dan baca betul2.Resepi ni lama dah saya simpan,mula2 google resepi tart gunting yang simple bahan dan paling penting nak yang gebu dan sedap.Skalinya terjumpa pulak pula di blog Kak Azie Jaya...kak Azie oo kak Azie halalkan ya resepinya,saya nak tempek sini pula untuk rujukan saya & juga pembaca blog Rahel.Harap kamu orang sudi cuba ya.

Saya menyesal pula buat Tart Landak ni.Menyesal sebab buat 1 adunan saja,kalau tau hasilnya sangat sedap,awal2 dah pulun sampai 5x adunan...wakakakaka....BAROKO.Tart Gunting ni kena la buat besar sikit baru padan,sebab klu kecik boleh hancur...makan 2-3 biji dah puas rasanya...tunggu 2-3 jam gitu baru sambung bantai lagi...last2 satu hari saja boleh ludes semua na...


Oh ya,sebenarnya pemilik asal resepi kata resepi ni untuk buat niaga selama bertahun2 da.Terima kasih banyak sis ku Shiela D Dapoq selaku owner resepi Tart Nenas Landak yg marvelous ni,semoga sentiasa dimurahkan rezeki.Saya dah berkenan sangat dengan resepi ni..mungkin suatu hari nanti akan sy guna resepi ni untuk niaga juga.

Sementara budak Alfian tertidur nyenyak,emaknya ambik kesempatan untuk menaip resepi..jommm

TART NENAS LANDAK YANG GEBU DAN SEDAP
Resepi by Shiela D Dapoq
Sumber: Azie Jaya
Diolah Oleh:Rahel

Bahan-bahan:
300gram Tepung Gandum
4  sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula icing
200g Butter Anchor
2 kuning telur

1/2 kg jem nenas
kuning telur + pewarna kuning telur

Cara-cara:
Ayak tepung gandum,tepung jagung,dan gula icing ke dalam bekas.Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.Kalau guna unsalted butter,masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai.Kemudian masukkan kuning telur dan satukan menjadi doh.Simpan selama 20 minit di dalam peti ais.

Bulat-bulatkan doh,kemudian dileperkan dan masukkan inti yang telah dibulat-bulatkan.Kemudian ditutup kemas dan bentukkan seperti buah nenas.Gunting mengikut corak disukai.Cucuk bunga cengkih di bahagian atas,jika suka.

Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 150c selama 30-35 minit.

Pesan dari Rahel
Timbang jem nenas 10g
Timbang doh 19g
1 adunan dapat 29 biji Tart Landak

Nak Tart Nenas sedap,kena la guna bahan berkualiti

Selamat mencuba.