Salam manis selalu buat pembaca Rahel Blogspot.
Jika semalam Rahel tayangkan Durian Cream Puff hari ni tayangkan Chocolate Eclair pula.Sebenarnya adunan untuk cream puff dan eclair adalah sama.Bentuknya pula terpulang pada citarasa masing-masing.Kebiasaan letak custard filling untuk kedua-dua benda ni,tapi jaman skarang ada pelbagai perasa atau pelbagai cream untuk dijadikan filling.Untuk resepi pastry boleh lihat DI SINI.Isikan doh ke dalam piping bag dan gunting hujungnya sebesar 2cm.Kemudian paipkan ke atas dulang sepanjang 3 inci.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 30-35 minit api atas dan bawah.
CUSTARD FILLING:
200g UHT whip cream (Anchor)
100g instant custard powder
250ml susu full cream
Cara-cara:
1.Pukul UHT whip cream sehingga keras.Simpan dalam peti sejuk.
2.Satukan instant custard powder bersama susu full cream.Kacau hingga pekat.
3.Tambahkan UHT whip cream tadi.Kaup balik hingga rata.
4.Masukkan ke dalam piping bag.
CHOCOLATE GLAZE
150gm coklat masakan~dicincang
100gm UHT whipping cream
Coklat rice secukupnya untuk hiasan
Cara-cara:
1.Panaskan whipping cream.Tuang ke dalam cebisan coklat masakan.Kacau hingga coklat melarut.
PENYELESAIAN:
Paipkan custard filling ke dalam pastry tadi.
Celupkan pastry ke dalam chocolate glaze.
Hias dengan coklat rice.
Selamat mencuba.
6 ulasan:
aduh rahel bagi akak terliur lah tengok pepagi ni belum sarapan lagi ni
Waaa... mabelesnya..
Rajin betul kamu ni rahel. Kat sini tgh hujan.. dpt layan seketul.. asyikkk.. cer hantar ke sini. Hihihihi. Nice pic.. simple n terang. Guna camera dslr ke.
salam rahel .. lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa x singgah sini .. harap sihat ya ... alahai coklat eclair memang cair dihatiku... hii
suka suka.. alamak, terasa lapar pula malam2 butaa nih. hehe
Sedapnya akk tgk...nk jugakkkk
Catat Ulasan