Salam ceria selalu...
Terasa seronok bila sendiri dapat menyiapkan sedikit bun coklat untuk dinikmati bersama coklat yang meleleh.Kalau dulu selalu beli bun coklat yang ada inti coklat dalamnya,sedap betul,tapi tak seberapa puas sebab cepat habis,next time akan cuba pula buatkan bun coklat yang ada inti.Skarang musim meroti...di mana2 ada ja yang pos gambar roti yg comel2 dan gebu,fenomena bun sarang lebah melanda Malaysia,jadi skarang kita tukar angin pula ke bun coklat meleleh yang semestinya membuatkan kita menjilat jari...jom lihat dan try.....
Bun Coklat
Resepi by:Agnes Chang
Bahan A:
400g tepung berprotein tinggi
3 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam
Bahan B:
140g gula kastor
2 sudu teh yis
1 sudu teh bread improver
Bahan C:
280ml air
80g mentega
Cara membuat:
1.Ayak bahan A ke dalam mangkuk,masukkan bahan B dan gaul rata.Perlahan-lahan tuangkan air sambil menguli doh sehingga lembut.Masukkan mentega dan teruskan menguli sehingga doh lembut dan kenyal,jika doh ditarik tidak terputus.
2.Kemudian ketepikan doh sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal.
3.Tekan doh,uli sebentar sehingga lembut.Timbang doh 30g dan bulatkan,susun dalam bekas foil 5 1/2 " x 6 1/2" atau loyang 6"x 6''.Biar doh kembang.
4.Bakar pada suhu 170c selama 20 minit.Setelah masak gliss dengan butter.
Jika mahu hidang bun coklat dengan coklat cair sediakan 1 cup dark coklat cincang 1 1/2 cup UHT whip cream.Panaskan whip cream sehingga naik wap.Tuangkan ke dalam serpihan coklat.Kacau hingga coklat larut.
Selamat mencuba.