Rabu, 3 Disember 2014

Cekodok Kentang

Selamat pagi dan salam ceria selalu.


Menu pagi ni simple2 sahaja..cekodok kentang yang gebu2.Ikutkan hati mahu saja buat yang macam2,sebab tekak ni pun macam2 yang dimahunya,tapi memang tak sempat sebab selalu terkejar2..si kecik balik2 tersedar..

Cekodok yang saya buat ni memang sangat exspress..sesuai kepada yang tidak punya banyak masa di dapur..hehehe.Hari tu saya masak sup ABC dan terlebih kentang pulak,jadi tak mau membazir kan..jadi saya simpan lebihan2 kentang tu dalam peti sejuk..plan mahu buat roti kentang atau donut kentang la kunun..akhirnya jadi cekodok kentang pula pagi ni...ok la tu..janji ada terhidang bersama nescafee susu...mantap...yang gila kentang pun boley cuba cekodok kentang ni...dijamin puas hati...

Cekodok Kentang
Resepi:Rahel Blogspot 

Bahan-bahan:
200g kentang yg sudah direbus-lecek
100g gula caster
2 biji telur M
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
220g tepung gandum

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1.Satukan kentang lecek,telur dan gula.Kacau sebati.
2.Tambahkan tepung,serbuk penaik,soda bikarbonat.Gaul rata.
3.Panaskan minyak,jemputkan doh ke dalam minyak.Goreng hingga masak.


Selamat mencuba.

6 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

Gebu gebas cekodok kentang rahel..fuh, comel dan bulat mcm pkai acuan pula tu..hehe..

IeRA berkata...

Sedapnya.. copy resepi ye

Ummiakid @ lily berkata...

waaa...bestnya...harus cuba resepi cucur ni sebab anak saya peminat setia cucur bolat bolat ni...thanks Rahel...

Bicara Kak Noor berkata...

akak pun suka cucur bolat ni kentang pun ada ni kat umah boleh try resepi rahel

Tina Othman berkata...

bestnya, kat rumah pun byk stok kentang, konon nak buat karipap tapi tak rajin

mesti lembut kan rahel cekodok ni sb ada kentang

fazianbatrisyia berkata...

Comey....bulat2...