Sabtu, 29 September 2012

Pisang Bakar Rangup

Salam semua.Hari ini saya terlebih rajin sikit so saya buatlah pisang bakar  versy orang putih konon.Sedap sangat sebab crunchy pastu boleh cicah saus coklat lagi.Berbaloi untuk anda cuba.



Pisang Bakar Rangup
Sumber Resepi:Rahel

Bahan:
12 buah pisang emas-buang kulit
3 sudu makan penuh marjerin/mentega
3 sudu makan penuh tepung gandum
1 sudu makan penuh gula pasir
1 sudu teh serbuk kayu manis
100g corn flakes-diramas kasar
sedikit coklat cair

Cara:
1.Panaskan oven 180'C.
2.Panaskan marjerin hingga cair.Tutup api.Masukkan gula pasir,kacau sebentar.Masukkan.pula tepung gandum,kacau rata.
3.Taburkan serbuk kayu manis di atas pisang.Celupkan pisang ke dalam bancuhan tepung.Kemudian golekkan pisang dalam corn flakes.Susun pisang dalam dulang yang telah disapu marjerin/mentega.
4.Bakar pisang selama 30 minit.Hidang panas-panas bersama coklat cair.

*pisang emas boleh digantikan dengan pisang yang lain.


 



Selamat menikmati pisang bakar...

7 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum Rahel:D
Bila makan ni mesti ada bunyi krap krup... krap krup...sbb ada cornflake...mmg sedap...

Fuat Gencal berkata...

Hayırlı sabahlar, ellerinize sağlık. Çok iştah açıcı görünüyor. İyi hafta sonları.

Saygılar..

Wani SK berkata...

uniknya resepi.. terbaik la boleh la buat nanti...

Unknown berkata...

bestnya pisang bakar ni Rahel belum pernah buat tapi mesti nk kena buat sbb simple je resepi nya kanyg pasti sdp bangat ni

Evelyn Gemina berkata...

Selamat malam k.rahel, wah bakar pisang pulak ya, bagi2 sikit ya : )

Love2cook Malaysia berkata...

Omg...this is too tempting dear!!!

Uda berkata...

Tak pernah jumpa.n tk pernah makan pisang bakar cam ni.....mesti best ni!!!!!