Selamat malam semua dan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang tercinta dan tersayang.
Kek Span Vanila
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A
130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak
40g air
60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila
Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.
Rahel mohon maaf kerana tak dapat terjah dapur kawan-kawan semua..line kat sini tersangat la slow..letak entry kek span vanila pun dah terkial-kial depan laptop.Selamat mencuba.
23 ulasan:
nampak gebusss ;)
cantik kek Rahel...mmm Rahel kalau masak apa pun cantik..macam orangnya jugak..ha..ha..ha..
elok je jadinya....
Rahel...nampak gebu kek nie
Nampak cantik n gebusss je kek span vanilla tu rahel
gebam gebu..cicah ngan kopi pun sedap juga tau..
salam rahel!!!
alahai nampak gebussss, mesti sedap ni
cantik betul keknya...klu tambah bluebery nie musti sedap...
mmg gebu betul nampak kek akak nih.. sure xsedar mkn byk2 slice kan.
cantik sgt kek nya rahel.. yg biasa akak buat sedikit mendap..
Cantik kek span rahel....elok naik sama rata dan gebus.akak buat beberapa kali asyik kecut je bila keluar oven, tengok resepi Rahel ni lepas keluar oven terus telengkupkan agar tak mendap..tips berguna ni.
kek black forest kat bawah tu...yummm...sedapnya
gebunya kek rahel..nak tny tepung kek tue guna tepung apa?
@lfidah,tepung kek khas utk buat kek la..i guna brand nona je..tq.
rahel..dtg sini nk salin resepi ..he hehe nampak gebuuu sgt2..jatuh cinta tgok:)
dah try resepi ni..suami suke dan puji..dia kate sedap..tp sy gune tepung gandum je
Nk tnye boleh? Tepung kek & tepung gandum sama ke? Maaf sye baru belajar nk buat kek. :)
Slm rahel... Knp dkt nk hbs masa 45min tu kek jd kecut? Xsmpt nk telekupkn..huhu
Wsalam Fiza...
Adunan tak cukup kembang....
salam,,,,guna tepung naik sendri boleh ker
Nel...mungkin boleh guna tpg naik sendiri,tp kena abaikan baking powder tu.
Cantiknya kek!!
Setelah lama praktis, barulah saya berjaya buat kek cantik. huhuhu (lama betul tau) anyway rahel pakai oven ape ya?
Harga Set Bersalin Shaklee
DapurIbuCergas
Farha Ibu Cergas...
Tahniah kerana telah berjaya buat kek span...sy guna oven biasa saja macam Faber n Milux.Tq
Catat Ulasan