Isnin, 14 Mei 2012

Kek Span Buah Pic

Salam manis dan selamat bersiaran kembali walau pun line tenet di sini tersangat slow.Apa khabar semuanya?



Semalam Rahel dah tayang Kek Span Vanila kan..itu sebetulnya bahan pertama yang kita kena sediakan untuk Kek Span Buah Pic dan semalam juga la Kek ni telah disediakan dan dihidang,jadinya skarang Rahel tinggal kunyah-kunyah kerupuk muruku je..hehehe..
Resepi kali ni tetap menggunakan resepi Kek Span Buah Pic Chef Noraini Zakaria dan kekawan pun patut terai kek ni tau..sebab sangat sedap rasa dia..lagi-lagi kalau dah keluar dari peti sejuk..emm tersangatlah nyaman membelai lidah..memang patut dipuji resepi Chef Noraini ni sebab kek span dia pun sangat lembut,gebu dan moist..lagi-lagi kalau dah ditambah dengan fresh cream atau buah-buahan..memang semakin terserlahlah keenakannya..tak rugi beli buku resepi HIDANGAN KEK.. 


Bahan-bahan:
1 biji kek span vanila 8''atau 9''dibahagi dua

Kek Span Vanila

Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A

130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

40g air
 60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.

2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.

3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.

4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.

5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.

6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.


Bahan Hiasan:
1 tin buah pic
Sedikit badam cincang-->tak letak pun
1 liter krim putar (non-dairy whipping cream)-dipukul hingga kembang

Cara:
1.Letak satu lapisan kek di atas papan kek,beri krim putar di atasnya.
2.Kemudian susun dan beri jarak buah pic di atasnya.Sapu nipis lagi krim di atasnya.
3.Letak satu lapisan kek lagi di atasnya.Sapu krim di seluruh permukaan dan tepi kek.
  Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Selamat menikmati Kek Span Buah Pic.

21 ulasan:

zila norazila berkata...

haii gebunya..:) nak sepotong bolehhh..simple tp menarik:)

rahel berkata...

Zila...bole je..bila nak datang Sabah ambik kek? hihihi..

ummiaisyah berkata...

spesel ni...mmg sedap dimkn sejuk2...mcm kek eskrem!

Nazrah berkata...

Licin je icing dia yek.. nampak sungguh sedap

Rohah berkata...

nak yg kat atas stand ye....

Yana Shaiful berkata...

Rahel..kita nk 2 potong huhuu..sedapnyaa..geram nk amek ^__^

FnF Simple Life berkata...

cantik dan sangat kemas

dZana berkata...

suke tgok rahel.. cantik2.. bila la akk nk pandai buat deco2 kek agaknya.. huuu

asyifamustaffa berkata...

cntik, kemas + mengiurkan....
bila la agaknya nak buat deco mcm nie...kek yg simpel mimpel bole le buat...hehe....

Qasey Honey berkata...

Rahel...cantiknya kek kamu tu...putih suci bersih lg...gebu pulak tu...geram tgk wlaupon deconye simple...yg dh potong tu bg kt Qh aje ehhh...hihi

Unknown berkata...

cantiknya tgk rupa kek span pic rahel ni nampak simple jer deco tu tapi menarik:)

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

Salam Rahel waduuhh cantik dan enak bangat nih! cantik betullll... pandainyaa.... suka!!!

Zack berkata...

as salam rahel,
sponge kek, peaches dan fresh cream adalah satu gabungan mantop. mmg terkenang2lah bila mkn ni ;) yummm..

Love2cook Malaysia berkata...

I'm awestrucked by your lovely cake dear. You are an amazing baker....just beautiful!!! Nak sepotong jugak...:)

Tanpa Nama berkata...

salam rahel

aduhai, lama tak singgah ni, dijamu mata pulak dgn kek span pic ni, dpt byngkan mcmna rasanya

ni yg buat rasa nak try ni hehe, mintak izin copy resepi ye

Tanpa Nama berkata...

alah lg satu lupa nak ckp, tabik spring dgn rahel

licin gila lepa frosting tu, kalau saya buat mcm tu, berpeluh2 lah hehe

♥MAMASYAZA♥ berkata...

alahaiiii gebunya, mesti sedap niii

ucubakery berkata...

baki dari sepotong tu simpan dlm petiais ucu tau rahel...hihihi..

Mamasya berkata...

Kek dah siap berbedak..cantik..putih licin krim keliling kek....mmg expertlah Rahel bab deco. nengok yg dah potong tu sedapnya....yummm

Nadz Nazharzan berkata...

Rahel, terpukau tgk lepaan cream kat kek ni.. So perfect!

ayaaina berkata...

SALAM..hye nk tye topping tu letak pe ye?ley bg resepi x? please emel me
norhidayahseman@gmail.com :)
tringin la nk bwt kek mcm ni.tp de problem bwt topping.xreti sgt