Khamis, 6 Oktober 2011

Kek Sifon Oren

Selamat bertemu kembali dan mat malam semuaa...belum tidur lagi? hehe..Sebelum masuk rehat..Rahel mo share ni resepi kek sifon oreng yang gebu punya..memang sangat sedap dan lembut...laju jak makan...oklah kawan-kawan,harap anda sudi mencuba resepi ini.

Kek Sifon Oren
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan A:
100g tepung kek
1/2 st serbuk penaik
5 biji telur gred A
60g gula kastor
5 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus oren
1 st pes oren

Bahan B:
5 biji putih telur gred A
100g gula kastor
1/2 st serbuk krim tartar

Cara:

1.Bahan B:pukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula kastor & serbuk krim tartar.Pukul lagi hingga pekat dan gebu dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 7 minit.Apabila adunan ini dicolek dengan jari,ia keras dan berekor.

2.Bahan A:Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan.Masukkan gula kastor,kuning telur,minyak,jus oren dan pes oren.Gaul perlahan-lahan dengan senduk kayu hingga sebati.

3.Masukkan putih telur 1/2 bahagian dan gaulkan.Kemudian masukkan 1/2 lagi & gaul perlahan-lahan hingga tiada kelihatan putih telur lg.Tujuan digaul perlahan ialah supaya gelembung2 udara dalam putih telur tidak pecah.Kek lebih gebu.

4.Sediakan acuan sifon yang berlubang di tengahnya.Tidak perlu digris atau dilapik kertas.Tuangkan adunan dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 45 minit.

5.Telangkupkan kek atas dawai penyejuk dan biarkan ia sejuk selama 15 minit barulah keluarkan kek dari tin.

Note:
*kalau nak kek warna oren tambahkan sedikit pewarna oren dalam adunan kuning telur.




4 ulasan:

amie berkata...

Selamat petang Rahel,
kek shiffon memang sedap... tapi kalau nak makan, mesti sedia air minum sekali supaya tak tersekat di tekak... he hehhhee

Nuwairani berkata...

kak rahel ni memang pandai buat kek yang lembut2 mcm span, cipon ni...kite tak pandai la...

rahel berkata...

Amie,
betul tu..kek sifon memang sedap tapi faham2lah..kena siap air..hehe.mekasih krn sudi tinggalkan jejak.

rahel berkata...

Nuwairani,
akak pun baru belajar ni..ramai lagi kwn2 kita yang pakar bab kek ni..belajarlah buat ye...