Bertemu lagi kita di sini ye....
Seronok rasanya dapat siapkan lagi satu kek yg kecil2 ni..sebenarnya lama sudah mo buat tp asyik tertunda ja...sebok layan resepi2 yang lain.Sebenarnya buat red velvet cupcake ni nda'la susah sangat...senang ja bah..tapi kali ni saya buatkan aising lemon cheese ja,...disebabkan kerana ada rasa geli2 dg pewarna merah yg banyak tu..maka pilihan saya adalah aising lemon cheese ja...tapi terpulanglah pada kawan2 klu mo yg rasa cream cheese..pandai2lah buat sendiri krimnya ye..boleh tengok resepi dan cara2nya di bawah tu...jom..
Red Velvet Cupcake
Sumber:Asian Food Chanel
Bahan:
3 biji telur B
1 1/2 cup gula pasir
1 1/2 cup minyak
1 cup yogurt
2 sdb pewarna merah
1 st cuka
1 st esen vanila
2 1/2 cup tepung gandum,ayak
1 sdb serbuk koko
1 st soda bikarbonat
1 st garam
Cara:
1.Panaskan oven 170'c.Siapkan tin mufin & alas dg papercup.
2.Dalam food processor,putar telur/gula,minyak,yogurt,pewarnamerah,cuka, esen vanila sehingga rata.
3.Masukkan tepung gandum,serbuk koko/soda bikarbonat,garam.Putar lagi hingga rata dan halus.
4.Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh.Bakar selama 25 minit.
5.Bila sudah masak,keluarkan dr oven & biarkan kek sejuk baru diberi aising.
Di bawah ini ada 2 jenis topping (aising lemon & cream cheese) terpulang hendak guna yang mana satu.
Bahan aising lemon:
8 sdb gula aising,ayakkan
1 sdb perahan lemon
Cara:
1.Satukan bahan aising dan kacau guna whisk hingga rata & halus.Tuang ke
atas permukaan kek.
Bahan cream cheese:
250g cream cheese,biarkan pd suhu ruang
1/2 cup gula aising,ayak
1/4 cup whipping cream
parutan kulit lemon dr 1 buah lemon
Cara:
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk pengadun.Pukul sehingga lembut
& halus.
2.Isikan ke dlm bag piping dan paipkan cream cheese ke permukaan kek.
Enjoi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan