Jumaat, 15 Julai 2011

Ayam Goreng Sambal Belacan

Selamat datang  ke blog masaka  Rahel, bertemu lagi  kita di sini hari ni...semoga semuanya tetap baik2 saja..Hari ni saya masak ayam goreng sambal belacan,sedap sangat di makan dengan nasi putih..tetapi maaf aja la kpd  yang nda' sesuai makan belacan hihihi  maklumlah tak semua  orang suka mkn belacan...Pada yang minat makan belacan tu jemput mkn ayam goreng sambal belacan.Menu ni sangat sederhana dan bahannya pun taklah byk sangat..


Ayam Goreng Sambal Belacan
Sumber:Rahel


Bahan:
500g ayam,potong
1 biji telur*
1 sudu besar sos soya cair*
1 1/2 sdm tepung ubi*
3 cili merah
5 biji bawang merah,hiris
3 ulas bawang putih,hiris
2 inci lengkuas,hiris
1 inci halia,hiris
1 bawang besar,potong ikut suka
1 1/2 sudu makan belacan
garam & gula secukup rasa

Cara:
1.Satukan ayam dg bhn bertanda*.Goreng ayam dg api perlahan hingga masak.
2.Blender bahan yg lain kecuali bwg besar & perasa sehingga halus.
3.Panaskan sedikit minyak & tumis bhn blender hingga terbit aroma & garing.
4.Perasakan dg garam & gula.Masukkan ayam goreng & bawang besar.
5.Tumis sekejap hingga bawang besar layu.Angkat.Hidang.

*jika suka pedas tambahkan cilipadi*


Enjoi.

Tiada ulasan: