Selasa, 31 Mei 2011

Kek Span Coklat


Selamat sejahtera dan selamat bertemu kembali..sedang buat ape tu? macam sunyi jak..ehehe..hari ni kena lagi dengan potongan kek span coklat,udah nda' ,so hari ni merajinkan diri lagi untuk membaking rindu sangat dengan kek yang lembut dan gebu ni,makan begitu saja tanpa topping,kalau terlebih rajin dapat jugak dikasi selimut dengan aising atau krim pekat,tapi nda' apa-apa jugak kalau nda' berselimut sebab memang sudah sedap pun..




Bah,ok la kawan-kawan,nanti Rahel share jak resepinya di sini ya..dapatlah kamu menengo


KEK SPAN COKLAT GEBU

Bahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila


Cara:

1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.

2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.

3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.

4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.

5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.



Selamat mencuba.

Lempeng Pisang

Selamat pagi semua....apa khabarnya pagi ini? harap sihat semua ek..
Tiap pagi mesti kena sarapan juga barulah rasa ok kan...dan pagi ni
Rahel buat lempeng pisang sahaja,sedap gak cicah ngan sos blueberry.




Oklah kawan-kawan..pada yang belum sarapan tu,mgkn boleh cuba
lempeng pisang ni..ianya sedap tau..oh ya..sebelum Rahel teruskan
bersarapan..baiknya Rahel letak dulu resepi lempeng pisang yang sa-
ngat mudah disediakan ni...

Lempeng Pisang
Resepi:Rahel

Bahan:
2 buah pisang berangan yg sudah masak,dilenyek halus
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur B,pukul dengan garpu selama 1 minit
secubit garam
1 st esen pisang

Bahan sos blueberry:
2 sudu besar jem blueberry
150ml susu segar
2 1/2 st tepung jagung

Cara:
1.Ayak tepung,bkg powder,soda ke dalam mangkuk.Masukkan pisang
   yang sudah dilenyek,gaul rata.
2.Tambahkan,esen pisang,garam,minyak masak,gula dan telur.Gaul sebati.
2.Panaskan nonstik pan kecil,oles dg sedikit marjerin.Tuangkan 3 sudu besar
   adunan,biarkan hingga masak.Buat seperti ini hingga habis.
3.Untuk sos strawberi:kisar jem blueberry bersama susu segar.Masukkan
   tepug jagung,kacau rata.Masak dengan api perlahan hingga menjadi sos.
4.Hidang lempeng pisang bersama sos blueberry.


Selamat mencuba...

Isnin, 30 Mei 2011

Udang Bakar

Salam manis buat semua yang sudi singgah ke dapur Rahel,harap semua sihat dan ceria selalu.Kali ni nak share pulak satu resepi udang terbakar dlm kuali,bukannya apa..mod "m" datang menyerang,so buat hidangan yang senang & mudah disediakan..tapi menjilat jari..emmm..


Oklah kawan-kawan..sebelum Rahel pegi makan..macam biasa la kan..resepi tetap ditinggalkan di sini untuk rujukan di masa2 mendatang,jom layan dulu..

Udang Bakar
Resepi:Rahel

Bahan:
300g udang segar,bersihkan
1/2 sk black paper
2 sudu kecil sos LP
1 sudu kecil gula pasir
1 sb jus lemon
sedikit garam
1/2 st gula
1 tangkai daun kari

Cara:
1.Perap udang dg bahan-bahan yg lain selama 15 minit.
2.Panaskan nonstik pan,sapu dg satu sudu besar marjerin.
3.Masukkan udang,daun kari & panggang dg api perlahan
   sambil dibolak-balikkan hingga masak.


Selamat mencuba dan selamat menjamu mata..

Pasta

Selamat pagi kepada semua,apa khabar korang semua? harap sihat ek.Hah...pagi-pagi dah siapkan  hidangan pasta untuk sarapan..memang sesuai sangat rasanya..boleh bertahan kenyang sampai ke tengah hari nanti,pastu kalau untk lunch pulak,tak payah nak makan banyak-banyak tau..ambik sikit hidangan jer untuk kawal pembesaran..hehehe...oklah,jom kita semak pulak bahan-bahan untuk menyiapkan pasta yang sangat mudah disediakan ni...jeng jeng jengggg...



Pasta
Resepi:Rahel


Bahan:
150g spageti,rebus hingga lembut
3 lembar daun bawang,potong halus
200g udang segar,buang kulit dan ususnya
1/2 st black paper
2 sdm sos tiram
1 1/2 cawan stok ayam
1 cili padi,mayang halus
sedikit garam
5 ulas bawang putih,dicincang

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang hingga layu.
2.Masukkan stok ayam,biarkan mendidih.Kemudian masukkan semua bahan
   kecuali spageti.Biarkan mendidih hingga masak.
3.Masukkan spageti dan kacau rata sebentar.Tutup api.Siap untuk dihidang.



Enjoiii...

Black Forest Kukus

Selamat sejahtera kepada semua.Pagi ni Rahel share lagi resepi kek yang senang dan ringkas je,pada Rahel kek ni agak padat sikit berbanding dengan kek span yang dibakar,mungkin kerana penggunaan tepung gandum dalam batter kek ni

.

Rahel selalu guna tepung kek atau tepung superfine untuk buat kek span sebab hasilnya lebih ringan dan lembut gitu,tapi kali ni ikut resepi betul-betul,kononnya nak rasa yang ori dalam resepi tu..dan inilah hasilnya.




Black Forest Kukus



Bahan:
4 biji telur
1/4 st garam
120g gula pasir
100g tepung gandum
20g serbuk koko
1/2 st serbuk penaik
25g mentega,cairkan
3 sdm air

Cara:

1.Pukul telur,garam,dan gula pasir sehingga kembang.

2.Masukkan tepung s-fine,serbuk koko,serbuk penaik sambil diayak & dikacau rata.

3.Masukkan mentega cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan.

4.Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

5.Bila kek sudah masak,biarkan sejuk sepenuhnya.

p/s:dalam resepi ori kek ni menggunakan hiasan buttercream warna putih,kemudian ditabur dengan parutan coklat masakan dan dihias dengan ceri marachino.


Jumaat, 27 Mei 2011

Nasi Goreng Daging Burger

Selamat bertemu kembali,apa kabar semua? harap sihat n ceria selalu.Semua dah siap masak2 k? masak apa pulak hari ni? Kali ni Rahel buat nasi goreng dengan potongan daging burger emm..sedap juga,skali-skala buat yg ringkas je tapi puas hati jugak makan..paling penting air tangan sendiri kan?



Oklah kawan-kawan..macam biasa la kan..sebelum tuan tanah keluar,resepi nasi gorengnya yang simpltetap akan dishare jugak di sini..

Nasi Goreng Daging Burger


Bahan:
2 cawan nasi putih
1 keping daging burger,digoreng setengah masak,potong dadu.
1/2 cawan mix vege
1 biji cili merah,mayang halus
1 biji telur
1 kuntum bunga lawang
1/2 st serbuk lada sulah
5 biji bawang merah,mayang halus
1 1/2 sdm sos tiram
1 st sos ikan
garam secukup rasa
1 st serbuk pati ayam

Cara:

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang hingga layu.

2.Masukkan kacang buncis,cili merah,bg lawang.Kacau sebentar,kemudian masukkan telur & kacau lg sebentar.

3.Masukkan nasi dan bahan yg lain,kacau sehingga masak.

Selamat menikmati Nasi Goreng Daging Burger.

Mangkuk Gula Merah

Selamat sejahtera,bertemu kembali di pagi yang indah ini...semoga sentiasa sihat dan ceria selalu.Menu pagi ni utk sarapan ialah ''mangkuk gula merah'' enak sangat rasanya digandingkan dengan teh panas,unik sikit kan namanya?Mula-mula tengok resepi cam tak percaya je klu kuih ni akan tersenyum,tapi setelah mencuba..terjawablah teka-teki di hati,kuihnya senyum semua..hehe


Dulu pernah gak Rahel try satu resepi apam gula merah..tapi tak mudah senyum la pulak..jual mahalll..hehe..tapi abis jugak dimakan sebab rasanya tetap menepati citarasa tekak,time tu Rahel belum ada lagi blog masakan seperti skarang ini,so tak dapatlah nak letak entri resepi & picnya.


Bah..oklah teman-teman..seperti biasa la kan..sebelum undur diri,resepinya akan dikongsikan di sini.Ini untuk rujukan tuan tanah nanti dan utk kawan2 yang teringin mencubanya.

Mangkuk Gula Merah
Resepi:Sisca Soewitomo,Indonesia

Bahan:
125g gula pasir
125g gula merah,dikikis halus
150ml air
250g tepung gandum
1/2 st serbuk soda bikarbonat
1/2 st yis
1 biji telur
100ml minyak masak

Cara:
1.Sediakan acuan dan panaskan pengukus.
2.Masak gula pasir bersama gula merah & air.Setelah larut/mendidih
   angkat dan sejukkan.
3.Campur tepung gandum dg larutan gula.Kacau hingga rata,tambah-
   kan serbuk soda bikarbonat,yis dan telur.Kacau sebati.
4.Tuangkan minyak sedikit-demi sedikit sambil terus dikacau.
5.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera..daaaa..

Khamis, 26 Mei 2011

Sambal Bilis

Salam manis buat semua..apa khabarnya hari ini? dah siap masak k? ada menu spesial k? hehehe..banyak tanya pulak ni..okla kawan-kawan..kali ni Rahel masak lauk kegemaran sendiri ikut bahan-bahan yang ada dlm simpanan...resepinya sangat ringkas dan mudah..masak pun sonang jew.


Nah kawan-kawan semua..ini aja resepi lauk sambal bilis..ringkas aja kan? bahan2nya pun sudah semestinya ada slalu kat dapur,so kalau nak menu sambal bilis yang senang2..buat aja ikut selera memasing atau buat ikut bahan-bahan yang ada pada resepi ini..pastinya anda semua akan suka...



selamat menjamu selera..

Selasa, 24 Mei 2011

Kari Ikan Tenggiri


Selamat bersiaran di tengah hari..skejap lagi nak hidangkan menu untuk lunch.Kali ni Rahel  masak kari ikan yang simple dan mudah  banget penyediaannya,tapi kari ikan kali ni tak  guna  santan sebab nak  kurangkan  kolesterol,bayangkanlah kalau hari-hari  masak yang  beminyak dan bersantan...mesti cepat bersantan dan berminyak juga  badan kita...so beringat-ingatlah  sikit kalau masak.




Kari Ikan Tenggiri
Resepi:Rahel


Bahan:
1/2 kg ikan tenggiri,dibersihkan
25gram rempah kari ikan
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras-tumbuk halus*
1 inci halia*
1 sk serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 1/2 cawan air 
100ml santan kara
garam secukup rasa
2 st gula pasir

Cara:

1.Blender bahan bertanda*.Panaskan minyak dalam kuali.

2.Masukkan bahan yg di blender,rempah kari.Tumis bahan ini hingga garing atau pecah minyak.

3.Masukkan potongan ikan,asam keping,air .Teruskan masak sehingga mendidih.Tambahkan santan.Kacau sedikit.Perasakan dengan garam dan gula.

4.Biarkan mendidih hingga masak.Angkat.Hidang.




 

Terima kasih sudi singgah.

Kek Span Vanila



Kek Span Vanila
Resepi:Noraini Zakaria

Bahan Kek Span:
120g gula kastor*
10g ovalette*
4 biji telur gred A*
130g tepung kek/superfine*
1 sudu teh serbuk penaik*
40ml air
60g minyak masak atau mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara:

1.Panaskan oven pada suhu 170c.Siapkan acuan bulat 9'',griskan dg mentega dan alas dasar acuan dg baking paper,tepi acuan ditaburi sedikit tepung.

2.Satukan bahan bertanda* dalam mangkuk sederhana besar.Menggunakan pemukul elektrik putar sehingga kembang dan gebu.Masukkan esen vanila & air.Putar lagi sehingga sebati dan masukkan minyak.Gaulkan hingga sebati.

3.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45minit.Bila dah masak,telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap.Terbalikkan semula &
lorekkan tepinya dg pisau & keluarkan  kek.Biarkan ia sejuk.Kek dibahagi 3.

Bahan Krim dan hiasan:
500g krim putar
1 st esen vanila
sedikit blueberry
80g coklat masakan

**pukul krim putar sehingga gebu/kaku bersama esen vanila**

**letakkan 1 lapisan kek  sapu dg krim putar dan beri hirisan blueberry,buat cara seperti ini sebanyak 2x dan terakhir di atas diberi hirisan coklat**

**simpan kek dalam peti sejuk selama 3 jam baru potong**

**saya menyimpan kek semalaman baru potong..rasanya pasti lebih enak**


Selamat mencuba.

Kek Gula Perang

Salam manis,apa khabar semuanya hari ini? Semoga  sihat dan baik-baik saja ye.Seperti  biasanya..kalau dah lepak kat  blog  ni tak lengkap  rasanya klu  tak ada buah tangan,so hari ni saya share lagi 1 resepi kek di sini..sedap kek ni..blh cuba.



Kek Gula Perang
Sumber:Buku Resepi


Bahan:
225g tepung gandum*
175g gula perang
150ml minyak masak (saya guna minyak bunga matahari)
4 biji telur gred A
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu besar serbuk penaik*
60ml susu segar
1 st madu


Cara:
1.Panaskan oven 170C.Siapkan acuan yg di gris dan dialas dg baking paper.
2.Ayak bersama bahan bertanda*.
3.Pukul bersama gula,telur,minyak,susu,madu hingga sebati.
4.Masukkan sedikit demi sedikit tepung sambil digaul rata.Tambahkan kismis.
   Kaup balikkan.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 50 minit atau sehingga
   masak.


Selamat menikmati kek yang enak..daaa..

Isnin, 23 Mei 2011

Ayam Bijan

Selamat tengah hari semua..dah siap masak-masak k? hari ni masak ape utk lunch? Walaupun dah menjadi rutin harian untuk menghidangkan masakan yang sedap-sedap tapi kadang2 tu rasa buntu dan jemu jugak klu asyik nak masak hidangan yg sama setiap hari..so kali Rahel try pulak buat ayam bijan yang telah Rahel perapkan semalaman bersama sos..tujuannya ialah supaya  bahan2 sos tu dapat menyerap sepenuhnya  ke dalam  isi ayam..dan  lagi satu..memang  mudah nak disediakan..

Oklah kawan-kawan,macam biasa la kan..sebelum Rahel pegi tinjau-tinjau blog korang semua..baek Rahel tinggalkan dulu resepinya kat sini..senang nak rujuk nanti..



Ayam Bijan


Bahan:
2 bahagian paha ayam,dibersihkan
1 sdm gula perang
2 sdm minyak bijan
1 sdm sos tiram
1 sdm sos cili
1 sdm kicap masin
2 sdm kicap manis
1 sudu makan sos LP
5 ulas bawang putih,ditumbuk halus
1/2 sudu teh lada hitam biji,ditumbuk halus

1 sdm bijan

Cara:

1.Perap ayam bersama bahan2 yg lain selama 1 malam (letak dalam peti sejuk).

2.Panaskan oven pada suhu 200'C selama 15 minit.Susun ayam dalam dulang pembakar yang dilapik dengan aluminium foil,kemudian tuangkan bahan perapan di atasnya dan taburkan bijan.

3.Panggang ayam selama 1 jam pada suhu 200'C.

4.Hidangkan bersama nasi putih dan sayuran.



Terima kasih sudi singgah selalu.

Moist Chocolate Cake

Selamat bertemu kembali,semoga semuanya sihat dan baik-baik selalu.Macam biasa,saya suka dengan kek coklat jadi hari ni mo kongsi lagi satu resepi kek coklat yang enak berkrim..dan dah tentu ramai jugak yang suka pada kek coklat,lebih2 lagi klu keknya moist..sedap betull..macam nda' mo berhenti makan.



Nah..tengoklah dalam pic di bawah ni,menggiurkan betul kan? hehehe..Sengaja letak topping coklat yang meleleh,nanti yang tengok pun terliur-liur jak..maaflah ye...tapi nda' apa-apa..boleh juga buat sendiri di rumah nanti dapat makan kek coklat dengan sepuas-puasnya...emm yummy..


Bah..oklah kawan-kawan..letih pulak menaip ni,macam mo rehat sekejap,tengok-tengoklah di bawah tu..ada jugak disertakan resepinya bagi yang mo menerai kek coklat ni.

Moist Chocolate Cake
Sumber:Majalah Rasa

Bahan:
375g mentega
480g gula kastor
4 biji telur L
200g tepung superfine
125g serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik

Cara:

1.Panaskan oven 170C.Siapkan acuan,griskan dan alas dg baking paper.

2.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul rata.

3.Masukkan tepung,serbuk koko dan serbuk penaik.Gaul sebati.

4.Masukkan adunan ke dlm acuan.Bakar selama 50 minit atau sehingga masak.Biarkan kek coklat sejuk sebelum  disapu royal aising & topping coklat.



Bahan Royal Icing:
1 putih telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
250g gula aising,ayakkan

Cara:

1.Masukkan jus lemon ke dalam putih telur dan pukul sehingga berbuih.

2.Tambahkan gula aising sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan hingga pekat (bertanduk).Sapukan pada keseluruhan permukaan kek hingga rata dan kemaskan ikut kreativiti masing-masing.

3.Terakhir sekali,tuangkan perlahan-lahan topping coklat di permukaan kek.

4.Paipkan royal aising merah jambu dengan bentuk rosette di permukaan kek.

p/s:
alihkan sedikit royal aising,beri pewarna merah jambu untuk bunga.
 

Bahan topping coklat:
110g dark chocolate TUDOR
10 sudu makan krim pekat
2 sudu makan madu
1 sudu teh esen vanila

Cara:

1.Letakkan dark coklat dlm mangkuk tahan panas.Kemudian panaskan dengan cara double-boil,kacau hingga cair.Masukkan krim pekat & kacau lagi hingga rata.Angkat.Tambahkan esen vanila,madu dan teruskan kacau sehingga benar-benar rata.Siap.

Kek Marble

Selamat pagi semua..tengah buat apa tu? dah siap sarapan k belum? hari ni nak share lagi satu resepi kek yang sedap,tekstur lembut dan gebu dan kena sangat pada selera Rahel yang suka makan kek..hehehe..pada Rahel senang sangat buat kek ni,orang yg baru belajo buat kek pun boleh buat.Oklah kawan-kawan,Rahel letak kat bawah je resepinya ye..jom layan..





Kek Marble
Resepi:Rahel

Bahan:
4 biji telur L
200g mentega/marjerin
230 tepung gandum}
2 st serbuk penaik},ayakkan
190g gula kastor
1 st chocolate emulco
1 st esen vanila


Cara:
1.Panaskan 0ven 170'C.Siapkan acuan dan griskan kemudian lapik dg
   baking paper.
2.Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu selama 3-5 minit.
3.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul perlahan hingga rata.
   Kemudian masukkan esen vanilla,tepung gandum.Gaul sebati.
4.Bahagikan adunan kepada 2,satu adunan dimasukkan chocolate emulco
   dan 1 bahagian biar pada warna asal.
5.Kemudian selang-selikan adunan ke dalam loyang & bakar selama 1 jam
   atau sehingga masak.

p/s:
adunan sangat gebu dan pekat,jadi selepas masukkan adunan berselang-
seli ke dlm loyang ratakan dengan lidi/copstik.
  

Sabtu, 21 Mei 2011

Nasi Goreng

Selamat bertemu kembali..harap kawan-kawan semua sihat & ceria sentiasa.Tetiba jak hari ni Rahel kepingin makan nasi goreng..kebetulan ada stok nasi semalam yah sesuai sangat la dijadikan nasi  goreng walaupun hanya simple saja dan tak lupa gak dengan potongan cili padi..memang mantap la rasa dia..
Oh ya,walaupun resepinya sangan mudah dan simple..Rahel nak share jugak kat sini sebagai rujukan kalau lagi bengong nak masak ape..jom tinjau-tinjau resepi..

Nasi Goreng
Resepi:Rahel


Bahan:
3 cawan nasi
1/2 cawan ayam kisar
1/2 cawan sayur campuran
1 biji telur
7 biji cili padi,cincang
1 sk serbuk lada putih
1 kuntum bunga lawang
1 lembar daun salam
2 sudu makan sos tiram
1 sk serbuk pati ayam
5 biji bawang merah,dimayang halus
3 ulas bawang putih,dimayang halus
1/2 sk pati ayam
garam secukup rasa

Cara:

1.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bawang hingga layu.Masukkan ayam kisar,cili padi,sayur campuran,bg lawang dan daun salam.Tumis hingga setengah masak.Masukkan telur,kacau sedikit.

2.Masukkan nasi,serbuk lada sulah,serbuk pati ayam,sos tiram,garam dan kacau hingga benar-benar masak.Tutup api dan angkat.


Selamat menikmati masakan sendiri..sedap hingga pinggan licin..

Jumaat, 20 Mei 2011

Smoothie Pisang Oat

Selamat pagi semua....semoga semua sihat dan ceria selalu..Pagi ni tak buat kuih untuk sarapan...saya hanya sarapan smoothie pisang oat,maklumlah..kena jaga badan juga..klu hari2 sarapan yg berat-berat  badan tak tahan sangat.Walaupun ni hanya minum kisaran pisang dan oat badan tetap segar dan terasa kenyang sampai tengah hari.Sesiapa yg tak nak makan yg berat2 di pagi hari tapi tetap bertenaga bolehlah ikut cara ini...


Oklah kawan-kawan..Rahel letak aja resepinya kat sini ye..ingat tau...

Smoothie Pisang Oat
Resepi:Rahel

Bahan:
3 biji pisang berangan
3 sudu besar oat segera
360ml susu rendah lemak
sedikit serbuk cinnamon untuk taburan

Cara:
1.Blender bersama semua bahan hingga halus & tuang dalam gelas.
2.Taburkan serbuk cinnamon di atasnya.Siap untuk dinikmati.

Rabu, 18 Mei 2011

Blended Orange Cake

Merajinkan diri lagi petang ni  buat kek oren,ni  resepi dari Kak Fida,Myr.Kek ni sangat sedap..lembut dan lembap dan yg paling penting kek oren ni sangat harumdah banyak  teman masak2 yang  telah mencubanya...apa tidak..resepi yg begitu mudah & bahannya pun senang je...jadi....layanlah.

 

Blended Orange Cake
Sumber:Kak Fida.MyR


Bahan:(loyang 8x8inc)
1 biji buah oren
1 cawan minyak
2 cawan gula halus ( saya guna 1 1/4 cawan gula)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder*


Cara:

1.Cuci buah oren,potong dan buang biji dan urat puutih di tengah2.Potong lagi buah oren kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan ke dalam blender bersama minyak,gula,telur & kisar halus.

2.Tuang bahan yg dikisar ke dlm mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil  dikacau sebati.

3.Tuang adunan ke dlm loyang yg beralas dan gris.Bakar pd suhu 170'C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.



 


Selamat mencuba.

Selasa, 17 Mei 2011

Panada

Selamat petang semuanya..apa khabar? dah siap minum petang k? Hari ni Rahel buat lagi kuih panada..sedap,lembut & gebu.Kuih ini sangat populer d Indonesia terutamanya di kalangan orang sulawesi-utara (Manado).Panada  sangat enak di hidangkan ketika sarapan atau pun minum petang,membuatnya jg sangat senang,intinya boleh dpelbagaikan ikut selera masing-masing.Rahel selalu menggunakan ikan tuna,sardin sebagai inti panada.,tapi kali ni Rahel cuba pula inti ayam masak kicap,sedap pula.Sesiapa pun bisa menikmati kuih panada yg sedap ini.Jika teringin mencuba kuih panada bolehlah buat ikut resepi yg ada kat bawah ni.

 

Panada
Sumber:Internet


Bahan:(12pcs,timbang doh 46g setiap satu)
350g tepung gandum
1 sudu besar yis
1 sudu besar gula pasir
1 sudu makan penuh marjerin
1 sudu besar susu tepung (tak guna pun tak apa)
1 sudu teh garam*
145ml air suam*
1 biji telur B

Cara:
1.Satukan bahan bertanda*.Gaulkan semua bahan kering,kacau rata,masukkan telur,kemudian masukkan marjerin dan kacau rata.

2.Tuangkan air suam perlahan-lahan sambil digaul rata,kemudian uli doh selama 15 minit.

3.Biarkan doh mengembang selama 1 jam (tutup doh dg tuala).Bila doh sudah mengembang,tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli lagi selama 1 minit.

4.Kemudian buat bulat-bulat setiap satu 40g.Biarkan lagi 10 minit untuk mengembang.

5.Canai doh nipis dan beri inti (tekap doh menggunakan acuan karipap).Biarkan lagi 10 minit baru goreng hingga warna keperangan.Angkat dan toskan.

 


Bahan inti:
3 keping paha ayam,ambil isinya sahaja kemudian potong kecil.
2 biji kentang,dipotong kiub
100g mix vege
5 sudu makan kicap pekat
3 ulas bawang putih,cincang
2 inci halia,dicincang
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

Caranya:
1.Tumis bawang dan halia hingga layu.Masukkan ayam,bunga lawang,kayu manis.Tumis sehingga berubah warna.

2.Masukkan kentang dan air.Masak sehingga air surut.Masukkan kicap pekat,gula dan garam secukup rasa.Teruskan masak sehingga kentang empuk dan air benar2 kering.

3.Setelah masak biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum diguna.
 

Selamat mencuba.

Ahad, 15 Mei 2011

Spageti Goreng Seafood

Selamat pagi semua,apa kabar? Pagi ni sarapan apa ek? hehe..Hmm selalunya buat mee goreng je,kali ni tukar selera pulak ke spageti goreng,sedap juga spageti ni,untuk resepinya saya buat ikut selera saya yang simple tapi sedap banget.O ya teman-teman..walau pun masakannya sangat simple dan teramat mudah..saya nak jugak letak resepinya di sini untuk jadi rujukan di masa-masa mendatang..mana la tau terlupa..he2.


Spageti Goreng Seafood
Resepi:Rahel

Bahan:
200g spageti-rebus hingga lembut-toskan*
10 ekor udang segar-bersihkan
5 ulas bawang putih-cincang halus
5 tangkai daun sup-potong halus*
1/4 sk oregano*
1/2 sudu makan serbuk cili*
1 sk serbuk lada hitam*
1 sk serbuk pati ayam*
garam secukup rasa*
4 sudu makan sos tomato*
1 sudu makan sos tiram*
2 sudu makan kicap manis*
1 sk gula pasir*
sedikit minyak untuk menumis
5 biji cili padi-cincang halus,jika suka pedas*

Cara:
1.Dalam loyang satukan semua bahan bertanda* dan gaul hingga rata.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau,kemudian
   masukkan udang dan tumis sebentar.
3.Masukkan pula bahan2 yg disatukan tadi,kacau dan tumis lagi hingga
   masak.Tutup api.Angkat.Siap untuk dinikmati.

Udang Goreng Tepung

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali,harap semua sihat dan ceria.Emm...hari ni menu kegemaran kita pulak yang termasak,tapi itupun buat yang sederhana je..macam tajuk entri kali ni Udang goreng tepung,saja nak share kat sini macam mana nak buat udang yg bersalut tepung...cewah...hehehe..macam la orang len tak tau buat..huhuhu...


Kalau nak tau Rahel memang suka makan isi udang ni,lagi2 klu masih segar,mesti sedap sangat..bole buat salad udang dan macam2 lagi la..k la kawan2 sebelum undur diri..Rahel share dulu resepi udang goreng tepung kat sini ee..boleh jadi rujukan Rahel dan juga kawan-kawan nantinya...jom tengok dulu.


Selamat mencuba dan selamat menjamu selera..

Sabtu, 14 Mei 2011

Koleksi Rasa

Sisipan Kasih
Sisipan Kasih
Sumber:Majalah Rasa


Bahan:
250ml air kopi O (tanpa susu)
3 st gula halus
300g ais krim berperisa vanila

Cara:
1.Tuangkan air kopi O dan gula ke dalam gelas.Gaulkan sehingga gula larut.
2.Masukkan ais krim dengan perlahan-lahan.
3.Taburkan serbuk koko sebagai hiasan.

Selasa, 10 Mei 2011

Donat Cincin

Salam ceria selalu😊


Selamat bertemu kembali,harap kawan-kawan semuanya sihat,tengah buat apa tu?...hari ni Rahel buat donut sebagai pelengkap untuk hidangan petang,nak cerita sikit pasal donut cincin ni,rasanya sedap sangat,lembut & gebu je pertama kali ikut resepi terus menjadi,tapi time nguli doh memang lengan & bahu sengal-sengal sangat..hehehe..biasa laa..uli doh guna tangan,kalau nak donut yang lebih cantek..kena la guna mesin penguli,tp Rahel tak punya lg mesin penguli..hihi..kesian.


Oklah kawan-kawan..tangan dah letih ni,nak rehat sekejap...jika teringin nak rasa donut yang lembut gebu..try la resepi ni,mesti kawan-kawan akan suka.Resepinya Rahel dah letak kat bawa tu..jemputlah tengok yee...jom..layann.

DONUT CINCIN

Bahan A (diayak)
250g tepung protein tinggi
50g teoung gandum
2.5g pelembut roti
20g susu tepung
5g serbuk penaik

Bahan B:(dibancuh)
45g gula caster
2.5g garam
20g telur

Bahan C:(dibancuh)
170g air sejuk
5g ragi segera

Bahan D:
20g mentega
20g lemak sayuran

Cara membuat:

1.Sebatikan bahan B dan C,kemudian masukkan A,kacau rata untuk menghasilakan doh.

2.Campurkan D,uli doh sehingga lembut dan kenyal.

3.Tutup dan biarkan 30 minit.

4.Canai doh menjadi nipis,terapkan dengan penerap donat.

5.Letakkan dinatas loyang pembakar yang bergris,biarkan mengembang 2 kali ganda daripada saiz asalnya.

6.Goreng dalam minyak panas sehingga berwarna perang keemasan.

Terima kasih sudi singgah blog Rahel😍

Roti Coklat Kismis

Salam semua😍 Semoga ceria selalu.Hari ni saya cuba membuat Roti Coklat.Tajuk Roti Coklat Kismis tapi tak bubuh kismis.Lebih cuka letak chocolate sebagai inti.


Saya bukanlah pro buat segala yang berkaitan dengan doh beryeast ni,tapi saya suka belajar,lebih2 lagi kalau part makan serah ja pada saya..hahaha.Oh ya,mungkin ada yang teringin mencuba so saya sertakan juga resepinya ya,memang puas hati makan ni,lagi2 kalau peminat coklat.



Roti Coklat 
Sumber:Buku Resepi Aneka Roti


Bahan A:
300g tepung berprotein tinggi
5g tepung susu
3g pelembut roti~saya skip
10g serbuk coklat~saya skip

Bahan B:
50g gula kaster
1/2 st garam
30g telur
180g air sejuk
7.5g yis
1/2 st coklat emulco

Bahan C:
15g mentega
15g lemak sayuran
*saya guna mentega

Bahan D:
150g kismis~saya skip

Inti:
Chocolate Filling secukupnya

Cara:

1.Bancuhkan bahan A dan B hingga menjadi doh,masukkan bahan C,uli doh sehingga lembut dan kenyal.Masukkan bahan D,gaul sebati.

2.Tutup dan rehatkan selama 30 minit.Bahagikan doh kpd 42g setiap satu.Bentukkan menjadi bulat.Biarkan lagi rehat 10 minit.

3.Tekan2 doh bagi leper,kemudian letak 1 audu kecil chocolate filling,bentukkan doh menjadi bebola,susun ke dalam tray yang dialas bking paper.

4.Biarkan doh naik 2x ganda,sapukan telur cair .Bakar pada suhu 170°C selama 25 minit.



  Terima kasih sudi jengah blog masakan Rahel😍