Khamis, 7 April 2011

Coconut Pound Cake

Selamat sejahtera dan selamat bertemu lagi.Apa kabar semua? harap semuanya sihat.Hmm hari ni semangat betul nak try kek yang satu ni,sampai sanggup baking and deco2 kek lagi,mula-mula tu ingatkan kek tak menjadik bab lepas keluar dari oven nampak  macam berat  sangat dan lagi2 time  kek dah sejuk..lagilah nampak kejung,time tu dalam hati ada rasa kecewa sikit..hehehe..kek macam boleh lempar
lembu je..


Tapi rupanya saya silap,sebab kek yang berat dan nampak kejung dr tadi ternyata kek yang paling sedap dan lembut sangat,senang cair di mulut,puas hati sangat-sangat,boleh belasah banyak-banyak,faham2 je tuan tanah kuat makan kek,pantang nampak kek,semua mo di cuba..Kepada yang teringin mengikut jejak saya..digalakkan mencuba kek ni,tak rugi tau..tengok bahan-bahannya..senang je nak dapat buatnya pun senang jugak.Okla  kawan-kawan,banyak cakap  sudah ni,tengok aja di bawah tu..ada udah resepinya saya letak...layann.




Coconut Pound Cake
Resepi:Majalah Sedap


Bahan:
150g mentega tawar
200g gula kastor
4 biji telur
250g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk vanilla
200ml santan pekat segera
50g kelapa kering segera,dikisar halus
sedikit pewarna hijau,jika suka

Cara:
1.Pukul mentega tawar dan gula sehingga lembut selama 6 minit.
2.Masukkan telur satu persatu berselang-seli dengan sebahagian
   tepung gandum sambil dipukul rata.
3.Masukkan baki tepung gandum dan serbuk penaik sambil diayak
   dan dikacau rata berselang-seli dengan santan pekat segera.
4.Masukkan kelapa kering segera,garam dan serbuk vanila.Kacau
   rata.
5.Tuang ke dalam loyang bersaiz 20x20x7 cm yang sudah disapu
   marjerin  dan dialas kertas kalis minyak.
6.Bakar selama 35 minit dengan suhu ketuhar 170'C atau sehingga
   masak.

Topping Coklat
Resepi:Rahel

Cara:
100g cream cheese
2 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil chocolate emulco
1 sudu kecil esen vanila

Cara:
1.Pukul bahan krim hingga lembut.Sapukan pada lapisan kek.


Enjoiiii...

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Rahel...
Sedapnya kek tu..dahlah tgah teringin nak makan yang manis2...
dah satu lg cantiklah pokok yang terpacak kat belakang tu...heheheh

rahel berkata...

tima kasih Kak Kama,saje letak pokok kristal kat belakang...biar bertambah serinya...hehe..